Bekas suami berebut nak anak. Dia dapat hak penjagaan sebab aku tak kerja. Bila aku dah kahwin lain, pergi bercuti sana sini, bekas suami suruh aku ambik, jaga anak-anak

Setiap malam aku menangis. 4 anak aku semua bekas suami ambik. Aku merayu semata – mata nak jumpa anak. Sehinggalah aku kahwin lain, aku bahagia dengan suami baru. Kami berjalan, bercuti ke luar negara. Tiba – tiba bekas suami cakap, aku tak ingat anak. Dia suruh aku ambil, jaga anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Aku dah bercerai dengan bekas suami lama dah. Sudah empat tahun kami berpisah. Hasil perkahwinan dulu, kami ada enam orang anak. Masa awal perceraian, hidup aku memang tunggang – langgang. Kami berebut hak penjagaan anak.

Masa tu aku suri rumah sepenuh masa, memang tak ada pendapatan tetap. Aku cuba pertahankan anak – anak, tapi akhirnya bekas suami menang hak penjagaan. Keputusan tu buat aku jatuh terduduk. Semua anak dijaga oleh dia. Bekas suami sendiri cakap, aku hanya boleh melawat anak – anak seminggu sekali sahaja. Tak lebih dari itu.

Waktu tu, jiwa aku memang tersiksa. Setiap malam aku menangis, rindu anak – anak. Rindu nak dengar suara mereka, rindu nak peIuk, rindu nak tengok depan mata. Anak – anak sebenarnya dijaga oleh nenek mereka, mak mertua aku, sementara bekas suami pergi kerja.

Aku tahu, dari segi fizikal anak – anak cukup makan dan pakai. Tapi sebagai ibu, perasaan kehilangan tu bukan semua orang boleh faham. Aku terp4ksa menelan hakik4t yang aku hanya ibu yang datang melawat, bukan ibu yang bangun pagi sediakan sarapan.

Lama – kelamaan, aku penat. Penat fikir pasal anak, penat menangis rindu anak, penat merayu pada bekas suami semata – mata nak jumpa anak. Setiap kali minta tambahan masa, ada saja alasan. Setiap kali aku minta bertolak ansur, aku pula yang dipersalahkan.

Dari situ, aku cuba p4ksa diri untuk move on. Bukan sebab aku tak sayang anak, tapi sebab aku nak terus hidup. Akhirnya aku buat keputusan kahwin lain. Dalam hati aku fikir, buatlah anak lain. Anak – anak biarlah bapa mereka jaga. Aku pun manusia, aku pun nak rasa bahagia.

Aku bina hidup baru, aku buka buku baru. Dua tahun kahwin baru, aku masih tak ada anak lagi. Tapi aku bahagia dengan suami aku sekarang. Aku dan suami kerap pergi bercuti. Kadang – kadang kami holiday dalam negara, kadang – kadang luar negara.

Ada masa aku ikut suami pergi outstation, sambil dia bekerja, aku temankan. Kami makan di tempat menarik, jalan – jalan tanpa tekanan. Itu cara aku cari bahagia. Itu versi hidup aku yang terkini. Bila aku kerap muat naik gambar bercuti di Instagram, bekas suami mula komen.

Dia tulis, mak lupa anak. Ayat pendek, tapi pedih. Aku pilih untuk blok dia. Aku tak mahu emosi aku terganggu. Tapi dia sanggup buat akaun palsu semata – mata nak tengok kehidupan aku sekarang. Mungkin sebab komennya tak dilayan, dia mula cari aku balik.

Tiba – tiba dia suruh aku jaga anak – anak. Aku pelik. Dulu dia yang hadkan aku jumpa anak. Sekarang dia pula suruh aku ambil. Aku cakap terus terang, aku tak nak jaga sepenuh masa. Aku cuma nak melawat anak – anak seminggu sekali, dan bawa mereka berjalan seminggu sekali. Itu saja kemampuan emosi aku masa tu.

Jadi setiap minggu aku bawa anak – anak keluar. Pergi membeli beIah, keluar makan, beli apa yang mereka nak. Semua aku buat demi nak tengok anak – anak gembira bila bersama aku. Aku tak pernah berkira. Aku tak pernah ungkit duit. Aku cuma nak cipta memori dengan mereka.

Entah apa yang buat bekas suami s4kit hati sangat dengan aku, aku sendiri tak tahu. Dia p4ksa aku ambil anak – anak. Dia cakap aku sedap hidup, tak jaga anak, sedangkan dia setengah m4ti cari duit untuk bagi anak – anak makan sambil jaga mereka sekali.

Mungkin dia s4kit hati tengok aku boleh berjalan, bercuti, tanpa perlu fikir jaga anak setiap masa. Aku bincang dengan suami baru pasal hal ni. Alhamdulillah, suami aku cakap dia tak kisah. Dia sanggup terima anak – anak aku. Dari situ, rutin hidup kami terbalik.

Anak – anak tinggal dengan aku. Bekas suami pula datang melawat seminggu sekali, kadang – kadang sebulan sekali sebab aku selalu ikut suami outstation sambil bekerja. Anak kecil aku bawa bersama, anak yang besar tinggal di rumah dengan pembantu yang jaga.

Seperti biasa, bekas suami m4kin s4kit hati bila tengok aku berjalan sana sini, bergambar dengan anak – anak dan suami baru. Dia siap komen, ‘acah – acah keluarga bahagia dengan anak aku.’ Kali ni suami aku balas. Dia tanya,’sekarang kau tak bahagia ke? Kalau kau nak anak kau, kau boleh ambil bila – bila masa. Senang sikit kami suami isteri nak holiday dan travel. Kalau kau nak aku jaga anak kau pun boleh, mungkin kau tak mampu jaga benih sendiri.”

Ayat tu buat bekas suami sentap. Dia mula maki hamun. Aku cuma geleng kepala. Aku betul – betul tak faham. Memang tak boleh tengok orang lain bahagia ke. Bila aku baca kisah orang lain yang hampir sama, aku sedar satu benda. Ada lelaki yang bukan rindu anak, tapi rindu kuasa.

Bila bekas isteri mula bahagia, mula senyum, mula hidup tenang, ego mereka terus tercalar. Mereka tak suka tengok perempuan yang mereka tinggalkan mampu bangkit dan bahagia tanpa mereka. Aku cuma seorang ibu yang cuba hidup. Aku tak sempurna. Aku pernah jatuh, pernah kalah. Tapi aku belajar satu perkara, kebahagiaan aku bukan lagi ditentukan oleh orang yang pernah Iukakan aku. Aku berhak hidup, berhak senyum, dan berhak bahagia dengan cara aku sendiri.

Komen Netizen :

Ariana Amir : Jantan mer0yan memang macam itu per4ngai dia. Aku pun dulu lepas bercerai, dua orang anak dengan aku, dua orang lagi dengan dia. Lepas itu, seorang anak yang dengan dia meninggaI. Tidak lama kemudian, dia bagi pula seorang lagi anak yang dengan dia kepada aku balik.

Anak – anak yang dengan aku, dia tidak pernah ambil tahu langsung. Tanya khabar anak – anak pun tidak, apatah lagi nafkah, memang tidak pernah bagi. Lepas lapan bulan pegang status ibu tunggal, aku kahwin baru. Alhamdulillah, suami baru boleh terima anak – anak aku.

Baru empat bulan aku kahwin, bekas suami s4kit hati tengok aku dengan anak – anak bahagia. Dia buat cerita, katanya dia tidak datang tengok anak – anak sebab suami baru aku beri amaran, cakap jangan ganggu keluarga kami, sebab itu dia tidak datang tengok anak – anak. Padahal sebelum aku kahwin lagi, dia memang tidak pernah peduli langsung hal anak – anak.

Anonymous participant 880 : Dia s4kit hati sebab awak dapat suami kaya. Anak enam orang tapi masih ada lelaki nak jadi suami. Dia ingat perempuan lepas beranak enam, tidak ada orang nak. Dia ingat bawah sudah longgar, tidak ada orang mahu.

Mesti hati dia tersiat – siat. Bekas aku pergi bercuti, siap anak aku ada orang gaji jaga. Sedangkan dia pula, mak sendiri jadi orang gaji jaga cucu. Dapat pula anak lelaki yang sengkek, tidak ada duit. Kalau mak mertua tahu awak bahagia, mesti s4kit hati juga.

Mak mertua aku ingat aku sengkek sebab suri rumah. Siap h1na aku. Katanya kena ada duit dalam poket. Aku senyum saja. Duduk rumah, tidak kerja pun ada duit sebab kerja dari rumah. Anak dia yang manja itu yang tidak ada duit. Kita sebagai isteri ni bertahan saja sebab nak jaga aib suami. Siap cover suami.

Sekarang sudah tidak ada. Aku cakap saja dengan anak, ini ibu belanja, ini ibu bayar, ini ibu beli. Siap ulang ayat. Nanti ibu cari duit, ibu belanja. Biar mak mertua s4kit hati. Anak dia yang sengkek, dia cop menantu yang tidak ada duit.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :