
Jiran kami nampak lelaki tu datang dengan grab dan bawa isteri aku pergi. Dia tinggalkan cincin nikah, cincin tunang dan rantai yang aku belikan atas meja mekap. Mak ayah aku jatuh s4kit sebab hal ini. Bapak mertua pulak sanggup…
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam pada semua… Mahligai impian yang aku bina sudah h4ncur berkecai. Isteri aku sudah lari dengan seorang lelaki berbangsa asing (India). Aku jumpa gambar mereka berdua di atas katil di sebuah hotel. Rupanya sebelum berkahwin dengan aku, dia tidur dengan lelaki itu hari – hari.
Aku sedih. Kami berg4duh dan isteri aku minta maaf. Aku memang s4kit hati. Minggu lepas dia lari dari rumah. Lelaki tu bawa dia. Aku tak nak kat isteri aku dah dan aku lafazkan cerai depan mertua aku. Selepas berkahwin, dia tak nak tidur dengan aku.
Dia kata s4kit lah, macam – macam alasan. Aku ingatkan betul. Sampailah aku terjumpa gambar dia main dengan lelaki tu. Kami berg4duh. Aku betul – betul bingung, tak tahu nak buat apa. Kahwin baru sebulan masa tu. Lepas tu dia minta maaf dan cakap dia akan lupakan kisah lalu dan setia dengan aku.
Lepas tu hidup kami macam biasa. Sampailah minggu lepas dia cabut lari. Jiran nampak lelaki tu datang dengan grab dan bawa dia pergi. Dia tinggalkan cincin nikah, cincin tunang dan rantai yang aku belikan atas meja mekap. Aku rasa sedih sangat.
Parents aku dah jatuh s4kit. Diorang suruh cepat – cepat selesaikan kes ni. Mereka tak sanggup hadapi benda ni. Apa lagi aku… Teruk keadaan aku sekarang. Aku tak boleh fokus pada kerja. Hidup aku dah musn4h. Aku nak bina semula.
Perkahwinan kami bertahan empat bulan je. Ni semua gara – gara dia buat hubungan sulit dengan lelaki tu sejak tiga bulan sebelum kami kahwin. Aku tak giIa kat dia. Tapi aku sangat sayangkan dia. Dia pernah pukuI aku tapi aku dah maafkan.
Sebab aku anggap dia emosi masa tu. Apa saja yang dia nak, aku beli untuk dia. Takpelah. Malas nak fikir… Dia memang tak layak untuk aku. Itu je yang aku boleh cakap. Ini memang masa yang sangat susah untuk aku lalui. Terp4ksa – p4ksa senyum depan kawan – kawan ofis bila diorang tanya, “Bini sihat?” “Bini masak apa?”
Aku sekarang risau. Macam mana kes cerai aku nanti. Dari segi hukvmnya dah jatuh talak dah rasanya. Sebab aku sebut ayat “Aku ceraikan isteri aku bernama ****” depan mak bapak dia, mak aku dan seorang rakan. Perempuan tu tak tahu pergi mana.
Kalau kes dibawa ke mahkamah nanti dia tak datang, hakim akan sahkan perceraian aku ke? Saksi ada, mertua aku cakap diorang akan bagi kerjasama. Bapak dia hari tu cakap, “Dari sekarang, awak bukan menantu saya tapi saya anggap anak lelaki saya.
Anak perempuan saya buat jahat. Saya takkan anggap dia anak saya lagi…” Mak dia menangis meminta maaf kat aku. Semua ahli keluarga dia sokong aku. Malah saud4ra mara dia pun call aku dan minta maaf. Diorang cakap diorang akan cari dia, tapi aku cakap aku tak nak dia lagi.
Aku kenal dia sejak tahun 2006. Dia ni memang dari keluarga baik – baik. Aku tak sangka jadi macam ni. Bapak dia mula – mula tak percaya, tapi lepas tunjuk gambar, terus terdiam dan menangis. Mak dia pula baru cerita yang anak dia selalu juga keluar dengan lelaki tu. Aku tak faham. Kenapa dia berkahwin dengan aku sedangkan dia nak lelaki tu?
Tapi aku masih ingat, sebelum kahwin dia pernah cakap, “Lepas kahwin, dua tiga minggu sekali bagi la saya keluar dengan kawan – kawan, tapi jangan call… Jangan tanya dengan siapa saya keluar.” Aku memang suspicious, tapi tak nak tuduh yang bukan – bukan.
Bapak dia setuju bayar balik duit hantaran sebab dia rasa bersalah. Aku nak cepat – cepat benda ni berlalu. Masa mula – mula lepas jumpa gambar tu, aku pergi jumpa seorang ustaz minta nasihat. Dia cakap kalau tak boleh terima, kasi cerai. Tapi pada masa yang sama, isteri ustaz tu tengok muka aku, dia tanya, “Awak ni baru kahwin kan? Apa nama isteri?”
Lepas tu dia diam sekejap. Then dia pergi solat Maghrib. Bila dia balik, dia cakap… “Isteri awak ni dah kena jampi kena berubat…” Sebab tu aku sudi maafkan isteri aku tu. Lepas tu nak berubat. Tapi kuasa Allah. Dah berubat pun dia lari juga. Aku tak boleh buat apa.
Aku call kakak lelaki tu. Aku berjaya dapat nombor diorang. Kakak dia selamba je cakap, “Isteri awak tu lawa. Kalau dia ajak tidur, bukan saja adik saya, lelaki mana pun confirm on.” H4ncur luluh hati aku masa tu. Tuhan je tahu. Hari tu masa pergi Pejabat Agama Daerah Petaling, ustaz cakap anggap je Allah nak bagi isteri lain yang lebih baik untuk aku.
Kesilapan aku dalam hal ni ialah aku tergoda dengan kecantikan isteri aku. Dan aku kahwin dengan dia walaupun aku tahu bab agama memang minah ni fail. Silap besar aku. Aku nak tanya. Jika kes dibawa ke mahkamah, macam mana? Isteri aku tak dapat dihubungi. Dari segi hukvm memang aku dah ceraikan dia kan? – Nash (bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Ummiy : Nash… u bukan b0doh masa tu tapi masih berfikiran w4ras, memberi peluang dan ruang untuk ex-wife you. Sekarang ni isi borang tu. Kalau tak boleh, cari seseorang yang boleh dipercayai, isi borang di depan orang tu. At least you have someone to talk masa you isi borang tu.
Yang penting sekarang, jangan bagi ruang untuk rasa menyesal atau putus asa. Ingat apa yang terjadi adalah kehendak Allah. Ada masa kita gembira ada masa kita kecewa. Kecewa bukan selama – lamanya kita kecewa. Kecewa akan mengajar kita lebih matang. Banyakkan berdoa. Mungkin u akan kata ummiy pandai bercakap sahaja, tanpa pengalaman ummiy tak pandai berkata – kata. Pengalaman mengajar segalanya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.