Baru 5 bulan kahwin dan kena taIak dua kali. Suami kata taIak itu boleh dilafaz sebanyak mungkin kalau lafaznya taIak 1

Suami seorang yang kuat main game. Pernikahan kami kena tunda sebab dia terlajak tidur main game. Kepala aku benjoI ditumbvk puncanya aku tak nak main game sekali kerana nak uruskan baby. Untuk ambil hati dia, aku main game juga tapi anak aku terabai kerana kami kuat main game.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Tak tau la nak mula macam mana. Aku rasa celaru kucar kacir hati ni. Aku baru lepas habis p4ntang melahirkan seorang anak luar nikah dan bakal bernikah minggu hadapan. Dengan ayah kepada anak yang sama. Terp4ksa rela juga aku menerima untuk menikah dengan lelaki itu untuk menutup a1b demi menjaga maru4h keluarga aku. Kalau kami tak menikah, anak ini akan diserahkan pada keluarga angkat. Mana mampu untuk aku melepaskan anak aku walaupun bukan lahir dalam pernikahan.

Lelaki itu aku kenal sejak zaman sekolah lagi. Dia merupakan senior aku. Dia tua setahun. Menyulam cinta bertahun lamanya membuatkan kami terIanjur. Setelah bertahun seronok dalam d0sa, tahun lepas Allah tunjukkan kuasanya. Aku hamil. Dalam masa yang sama lelaki tu berkenalan dengan perempuan lain satu kilang dia bekerja. Dia tetap berhubung dengan perempuan tu walaupun perempuan tu dah berpunya. Aku pun tak faham kenapa perempuan tu melayan walaupun dah berpunya. Semoga pasangan dia tak curang jugak. Dan aku? Str3ss sangat. Lelaki tu mem4ksa aku untuk gugvrkan kandungan. Ketika tu baru 2 minggu. Aku hampir juga menggugvrkan.

Terima kasih pada sahabat aku yang menyedarkan aku dan menegah untuk aku gugvrkan. Sahabat aku pernah bekerja sebagai pembantu kIinik swasta dan memberitahu risik0 untuk mendapat k4nser rahim amat tinggi. Lelaki tu meng4muk dan marah. Katanya dia tak akan menikah dan setuju untuk aku simpan anak ini. Sehabis boleh dia mem4ksa aku, mem4ki hamun dan menafikan itu anak dia.

Aku tau yang anak luar nikah boleh dibinkan nama ayah kandung jika mereka menikah sebelum usia kandungan 3 bulan. Dalam tempoh tu aku usaha dengan memujuk dia menikahi aku. Memujuk dia untuk jujur pada ayahnya mengenai kandungan aku. Tapi hampa. Katanya ayah dia ada s4kit jantung dan tak nak ambil sebarang risik0. 3 bulan berlalu begitu saja. Dan dia sudah tidak berhubungan dengan perempuan tu. Sehinggalah keluarga aku tahu. Ketika itu kandungan aku sudah 7 bulan.

Abah aku tak marah malah memujuk dia untuk menikah dengan aku. Abah kata aku harus menikah dengan dia untuk menutup malu dan kebajikan anak akan datang. Untuk segala keperluan dia memberi aku duit dan aku beli sikit – sikit barang bayi secara online. Namun dia sentiasa mengungkit wang yang pernah dia bagi.

Dan bila berlaku salah faham, dia selalu akan menyalahkan aku atas segala salah silap yang pernah aku buat. Katanya aku lah punca dia curang. Aku tak pandai kawal em0si. Padahal aku tengah hamil masa tu. Wajar la aku terem0si dan marah. Sebab aku sendiri pun tak faham diri aku masa tu. Dia sentiasa jadikan alasan yang aku tak m4tang tak reti jaga em0si untuk dia melakukan perkara yang aku tak suka.

Dia juga suka main game. Aku sangat terganggu sebenarnya dengan sikap kaki game dia ni. Untuk urusan nikah yang memerlukan aku berbincang dengan dia amatlah sukar. Bila aku call dia akan reject sebab tengah main game. Bayangkan aku chat dan call dia dari jam 2 petang sampai pukuI 3 pagi baru dia respon dan itu pun bila dia nak tidur.

Itu waktu dia cuti. Bayangkan jika hari dia kerja. Memang tak akan dapat bincang. Jadi macam mana urusan nak selesai. Sikap acuh tak acuh dia buat aku tertekan. Ada satu ketika tu dia main game seharian sampai 3 pagi. Esoknya dia ada kursus nikah. Tapi hari pertama dia terlepas kerana terlajak tidur. Tarikh nikah lagi 3 minggu. Dan sebab kes tu borang dia delay dan tarikh nikah kena ubah.

Tu belum kes jumpa perempuan lain dalam game sampai ke whatsapp berhubung. Siap saling hantar gambar dan dia buat folder khas untuk gambar perempuan tu. Masa kes dia menggataI balik ni aku dalam p4ntang 2 minggu. Bayangkan betapa teruknya em0si aku masa tu. Dengan family lagi yang masih tak dapat terima aku c0nteng arang di muka mereka.

Aku jadi marah pada anak aku. Malam hari biasanya aku paling nak meng4muk dengar anak aku menangis. Aku pernah pukuI badan anak aku. Pernah abaikan anak aku menangis tak bagi dia susu. Pernah terfikir nak ambil pis4u dan tik4m anak aku. Allahuakbar.. Syukur aku tersedar. Aku tak kuat masa tu. Tapi lepas sebulan gejala baby blues m4kin lama m4kin hilang. Tekanan dan support yang kurang buat aku jadi macam tu tapi aku tak salahkan sesiapa. Memang semua tu berpunca dari diri sendiri. Hadap jela kan.

Dan dia, masih macam tu la. Masih menyalahkan aku dan kata aku menyusahkan dia padahal aku buat semua ni untuk anak kami. Tiap kali berg4duh dia mesti akan suruh aku taat sebab dia suami aku. Dan dia juga selalu ugvt untuk batalkan pernikahan dan akan mentaIakkan 3 bila g4duh masa dah nikah nanti. Belum nikah dah fikir nak taIak 3 kalau g4duh. Aku tak tau la apa nasib aku nanti.

Kata m4kian tak perlu cakap la. Banyak sangat. B0doh bebaI dan binatang dalam hutan tu memang makanan dia kalau tengah marah aku. Solat ke laut. Bila aku tegur, dia kata aku ustazah, kata aku bajet baik. Tapi bila datang ke rumah aku elok pulak solat. Katanya nak tunjuk baik depan abah aku. Yela nak nikahkan. Bila aku tanya nanti nikah nak solat tak? Laju je jawab ‘tak.’ Haih hip0krit.

Aku sebenarnya kesiankan anak aku. Waktu di kIinik untuk cucvk sebulan anak aku menangis nak susu semasa tunggu giliran. Aku minta dia ambil bekas susu dalam kereta tapi masa tu dia sedang main game. Aku terp4ksa dodoi anak aku satu kIinik sebab dia tak hirau nak berhenti dan ambilkan susu dalam kereta. Lebih rela terus main game takut m4ti dalam game. Rela tengok anak lapar. Kesian anak aku.

Adakah aku betul untuk menikah dengan dia? Aku ada terbaca satu kata – kata ni. ‘Pilihlah ayah yang baik untuk anak – anak mu kelak kerana anak – anak mu tak dapat memilih ayah mereka.’ Akan terdidik dengan baik ke anak aku nanti?

Entahlah. Kadang aku terfikir untuk sekadar menikah dan rela jika ditaIakkan. Biar orang tau anak aku tu berbapa dan aku dah diceraikan pun dah cukup. Biar anak aku selamat dari c4cian orang walaupun aku tak bahagia. Kadang aku berangan akan ada lelaki yang sanggup untuk menikah dengan aku dan terima anak aku seadanya tapi tu semua mimpi je. Mana wujud lelaki yang nakkan anak selain anak dia, tambah lagi anak tu luar nikah.

Aku tertekan sangat. Aku jadi murung fikirkan nasib aku kelak lepas nikah. Dalam masa sama aku kesiankan abah dan keluarga aku. Aku buntu. Maaflah andai korang semak baca sebab panjang sangat. Aku tak tahu nak luah di mana. Orang menanti hari nikah penuh debaran. Aku pula tak bahagia dan bagai hilang harapan. Kalau inilah baIasan yang dapat kikis d0sa – d0sa zina aku, aku redha. Tolong doakan aku lapang d4da dan kuat untuk anak aku pada hari akan datang.Terima kasih sebab membaca. – Star Anise (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Kini aku sudah selamat bernikah dan baby dah pun masuk 6 bulan. Syukur baby sihat dan m4kin aktif dan aku menetap di negeri suami bekerja. Sepanjang pernikahan ini aku sudah ditaIakkan 2 kali walaupun usia perkahwinan baru 5 bulan. Aku ditaIakkan ketika kami berg4duh dan seIisih faham.

Pada fahaman dia taIak itu boleh dilafaz sebanyak mungkin kalau lafaznya taIak 1. Sampai la aku tarbiah dia bab taIak. Tidur dalam kursus nikah gamaknya. Maklumlah nikah sebab terp4ksa je. Jadi boleh la sesuka hati lafaz banyak mana pun. Dalam 2 kali taIak tu juga tak pernah kami ke mahkamah untuk failkan cerai. Kiranya kami rujuk semula dengan dia lafazkan mahu rujuk dan kami bersama. Dia takut akan kena denda sebab kami baru nikah duit pun tak berapa ada dengan baby lagi perlu tanggung.

Sepanjang tempoh itu aku juga telah dipukuI sebanyak 3 kali. Kali terakhir kepala aku benjoI ditumbvk beberapa kali. Puncanya aku tak nak main game sekali kerana nak uruskan baby dan hal – hal rumah. Kant0i dia bermain game dengan perempuan. Aku s4kit hati sebab rasa macam tak dihargai. Sanggup dia main game dengan perempuan lain dengan alasan aku tak mau main padahal aku sibuk uruskan dan bagi perhatian pada anak.

Selama kami bernikah ni dia langsung tak tolong dalam bab kerja rumah. Duit nafkah juga tiada. Duit keperluan rumah tak pernah cukup tapi dia sanggup beli jam baru dan servis kereta walaupun awal bulan duit gaji dah kurang sangat. Terp4ksa aku guna duit simpanan untuk susu baby dan barang dapur. Aku dip4ksa untuk kurangkan makan sebab dan 0verweight lepas melahirkan. Tapi untuk makanan dia perlu dihidang bak raja.

Hidup dia cuma pergi kerja balik kerja makan dan main game. Main dengan anak paling lama hanya 10 minit itupun aku yang suruh. Lepas main dengan anak terus hadap hp dan game. Tak pernah ada pillow talk bersama. Tak pernah nak bincang hal – hal berkaitan rumah tangga dengan aku. Segala keputvsan aku yang buat dan jika keputvsan tak kena dengan kehendak dia, aku akan dipersalahkan.

Nafkah zahir terbabas, sama juga dengan nafkah batin. Banyak kali dia kant0i tengok p0rn. Bila aku suarakan katanya sebab appearance aku dah tak cantik sebab dah gemuk. Ya aku cuma suri rumah dan hanya berg4ntung pada duit gaji dia. Jadi keperluan aku memang tak ada. Nak beli krim malam pun tak boleh. Keadaan aku memang totally out. Muka m4kin kusam dan tak ada seri. Dia malu tiap kali keluar rumah aku pakai baju sama. Memang saya tak ada baju sebab dah overweight. Mintak belikan tak nak.

Dia selalu cakap yang pernikahan ni tak akan sama macam pasangan lain. Jadi jangan nak berangan lebih. Dia selalu tekankan yang kami bernikah sebab anak je. Ya sebelum bernikah tu memang aku dah suarakan pada abah untuk batalkan pernikahan tapi abah tak setuju. Demi selamatkan maru4h anak aku, abah merancang untuk kata kepada keluarga besar kami yang kami sudah bernikah di sempadan pada dua tahun lepas dan abah hanya tau bila aku sedang hamil.

Logik abah kata tak akan anak beranak nak tengok surat beranak baby. Kata abah lagi itu jelah dia mampu buat untuk tutup a1b anak aku dengan keluarga besar menganggap anak aku ni sah. Ouh ya kami bernikah tiada majlis ya. Cuma akad di masjid dan tiada makan – makan besar. Cuma makan – makan antara keluarga kecil kedua beIah kami sahaja. Banyak lagi hal – hal yang dia cuIas. Bab solat ke laut. Uruskan hantar anak kIinik pun susah nak kawtim. Beli barang keperluan dapur pun aku yang pergi dengan adik perempuan dia menaiki motor. Dia hanya mahu duduk di rumah jika cuti. Katanya penat kerja nak rehat.

Cuti hadap hp main game. Antara sebab dia terIampau fanatik dengan game ialah kawan – kawan. Kawan – kawan ditempat kerja selalu puji gameplay dia hebat. Setiap season konfem akan ada pada rank paling tinggi. Jadi dia sentiasa menjadi rujukan kawan – kawan yang lain dalam bab game malah dia dipuji meIambung. Untuk ambil hati dia, aku akan bermain game juga. Sampai satu tahap aku rasa anak aku terabai kerana kami kuat main game. Jadinya bila saya berhenti main untuk bagi perhatian pada anak, dia pula buat hal macam yang aku cakap tadi.

Ya aku baca satu – satu komen pada confession yang lepas. Tapi apakan daya aku tak mampu nak tolak untuk tidak bernikah atas desakan orang tua juga. Dalam aku mendapat suami yang per4ngai tak semenggah ni, aku bersyukur Allah bagi adik – adik ipar yang baik dan memahami. Salah sorang adik ipar aku pernah kata mereka sedar diri sebab mereka kenal abang mereka. Mereka kesiankan aku dan anak. Syukur Allah Maha Adil. Aku mohon doa semua untuk saya kuat. Aku plan untuk minta fasakh akan datang. Segala bahan bukti dah aku kumpul. Aku akan mula meniaga dalam masa terdekat ni untuk persediaan pada plan aku.

Aku tak nak harapkan duit ibubapa aku kerana mereka juga ada krisis kewangan yang teruk. Jadi untuk berpisah perlu untuk aku tebalkan simpanan aku dahulu demi keperluan anak saya. Aku dah penat. Aku pernah cuba nak bunvh diri. Mer4ung menangis langsung tak dipeduli. Aku sedar aku s4kit. Tapi aku tak mampu rasa nak dapatkan rawatan. Harap cerita aku ni dapat jadi pengajaran yang berz1na akan ada baIasannya dan baIasannya tak mudah. Sebelum buat sesuatu fikirlah dahulu. – Star Anise (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Erra Syahirah Saharudin : Semua orang buat silap, tapi yang penting macamana kita betulkan silap tu. Saya rasa tindakan confessor nak failkan fasakh tu betul, demi anak dan puan sendiri sebab lelaki yang tidak bertanggungjawab macam tu akan kekal tak guna sampai tua. Saya doakan semuanya dipermudahkan.

Norlaila Mohd Din : Anggaplah dugaan yang datang ni sebagai proses nak cuci d0sa, hadapinya dengan bijak kerana Allah masih bagi u peluang. Jika rasa suami tak mendekatkan u dengan tuhan, cari ilmu dan ruang yang lain. Bunvh diri? Tu makna anda gagal ujian tuhan, syukur anda masih ada peluang untuk baiki diri. Ayuh teruskan perju4ngan meIawan dugaan sebab tu lah perlumbaan kita semua untuk mencapai kejayaan hakiki, akhir4t sana. Sama – sama kita ingat mengingati, d0sa lama untuk kita sentiasa bertaubat kepadaNya. Semoga kita semua berjaya sampai ke penamat dengan jayanya, bukan tersasar.

Nadylla Shariff : Pergi rujuk pejabat agama dulu, sementara tu kumpul bukti, kalau dipukuI lagi buatlah laporan dan buat pemeriksaan doc di kIinik kesihatan gov pun bole kalau tak ada duit. Jangan biar hidup dalam genggaman laki tak guna macam ni. Dia pun memang tak berapa nak kahwinkan asalnya. Takpe bina hidup baru dengan baby dan confessor masih ada keluarga. Keluarga dah banyak berk0rban dan bantu, diorang mesti tak nak u disiksa dalam perkahwinan macam ni.

Mus Siti : Kak… confession lama tu saya baca balik komen, ada ramai yang nasihat, dah buat silap sekali kenapa nak buat silap besar kali kedua dengan mengahwini dia. Ye abah yang suruh tapi abah tak tau per4ngai dia sebenar macam mana. Akak yang dah tau, kenapa nak teruskan jugak? Orang nasihat pun akak tak nak dengar.

Noor Izrain : Assalammualaikum cucu – cucu pompuan dalam group ni. Terlalu menyesakkan hati nenek bila membaca masalah para isteri yang disiksa mentaI, em0si dan fizikaI. Nasihat nenek, kalau da sampai ke tahap bercerai kali kedua, mengapa cucu masih tak letak limit pada perkahwinan cucu. Limit maksudnya di sini, titik tolak untuk membuat keputvsan meninggaIkan dia. Mohon fasakh bukan mudah banding dengan penceraian yang cucu dah dapat 2 kali tu.

Proses mohon fasakh ambil masa, selalunya sukar dapat kerjasama dari pihak suami. Dua tiga kali mahkamah panggil pun belum tentu datang. Maaf dari apa yang nenek tengok, sebenarnya cucu macam tak serius nak lepaskan diri. Takpelah, kalau sanggup nak hadap, hadaplah. Kalau betul nak ajar dia supaya berubah, pergi pejabat agama dan buat daftarkan penceraian. Pedulikan dia kena saman, biar dia rasa. Setelkan dulu hal mahkamah, lalui proses tersebut sebab nanti bila ditaIakkan lagi, rekod dah ada.

Jangan main – main dengan taIak. Banyak kes, suami tak mengaku dah taIakkan isteri 3 kali bila di mahkamah. Isteri pulak perlu buktikan yang taIak telah jatuh berkali – kali. Tak salah pun kalau bercerai, kalau ia memud4ratkn hidup cucu dan cicit nenek tu. Sebaliknya ia adalah terapi bagi isteri yang dah terlalu mend3rita dek perbuatan suami. Sebab cucu tak tegaslah maka suami sem4kin berani mend3ra cucu. Kesian kat cicit nenek tu, cucu masih untung kerana family di belakang yang menyokong.

Cuba ter0pong bagi tengok suasana jauh ke depan, janganlah hanya pandang masalah yang depan mata sahaja kerana masalah yang depan mata tu lah yang akan membawa banyak lagi masalah yang besar. Keluarlah dari kemeIut ini. Sementara ahli family masih kuat menyokong sebab lama kelamaan diorang pun dah meIuat nak dengar masalah cucu ni. Ini je lah nasihat nenek.