Jika saya lebih berbahagia dengan orang lain, suami sanggup melepaskan saya pergi

Ketika usia perkahwinan 8 tahun, saya dan suami terp4ksa PJJ. Ketika itulah saya rapat dengan seorang jejaka yang lebih berusia. Ia berlanjutan sehingga dia mengajak saya meninggaIkan suami untuk bersama dengannya. Ketika itu saya perlu membuat keputvsan, saya rasa muda dan dihargai..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya L, seorang perempuan bekerjaya, umur di saat saya menaip karangan ini hampir mencecah 40. Tetapi cerita yang saya akan kongsikan ini berlaku hampir 6 tahun yang lepas.

Ketika itu saya dan suami memasuki tahun ke-8 perkahwinan. Sedikit latar belakang mengenai kami, kami berkahwin di usia yang muda, malah bertunang ketika masih di universiti. Saya dan dia bukan cinta pertama masing – masing, tetapi di saat awal perkenalan, ‘chem1stry’ kami sangat kuat dan kami membuat keputvsan bertunang di tahun akhir pengajian ijazah, dan berkahwin 3 tahun kemudian.

Kami dikurniakan sepasang anak yang comel, sihat dan pintar. Rumahtangga kami adalah tipikal, semuanya berkisar tentang dua orang yang membina partnership untuk hidup bersama, mencari duit dan kemewahan untuk memberikan keselesaan dan pendidikan yang terbaik untuk anak – anak. Saya menjawat jawatan pr0fessional di sebuah syarik4t swasta yang sangat dikenali, manakala suami mewarisi perniagaan keluarga di bandar selatan tanah air, di mana letaknya rumah pertama kami.

Masuk usia ke-8 perkahwinan, saya ditawarkan jawatan yang lebih tinggi di HQ terletak di ibu negara. Pertukaran ini bersifat sementara dan syarik4t menjanjikan yang saya akan dibawa kembali untuk mengetuai bahagian selatan tanahair selepas beberapa tahun. Suami sentiasa memberi sokongan, walaupun ada ketikanya kerjaya memerlukan saya meninggaIkan keluarga berminggu lamanya untuk lawatan kerja ke dalam dan luar negara. Tetapi kerana dia sentiasa menyokong, saya mengambil keputvsan untuk menerima tawaran tersebut. Dan beginilah cerita ini bermula.

Saya memandu setiap minggu ke ibu negara dan pulang ke selatan pada hujung minggu. Kami adalah pasangan yang rajin bersukan dan merupakan fitness enthusiast, malah aktiviti sukan lah yang menemukan kami pada awalnya. Jadi walaupun berjauhan dan meninggaIkan keluarga, saya masih meneruskan stail kehidupan seperti biasa.

Aktiviti sukan dan sosiaI saya menyebabkan saya rapat dengan jejaka A. Beliau berusia lebih tua, seorang duda dengan seorang anak perempuan. Kami pada mulanya berkawan dan bertukar cerita mengenai sukan dan anak – anak. Saya sangat menyenangi A, dan kerana beliau juga berseorangan ketika itu, kami banyak meluangkan masa bersama pada lewat petang di gym dan running track.

Suami saya tahu tentang kami, saya tahu dia cemburu namun dia juga mempercayai saya secukupnya. Kami tidak pernah berg4duh, tapi hubungan kami mulai mendatar kerana jarak dan masa, walaupun kami masih dapat melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ibubapa dengan sempurna. Masuk bulan ke-7 persahabatan saya dengan A, A membuat pengakuan bahawa dia mahukan saya lebih dari kawan. Ketika itu, saya mula mempersoal diri sendiri, tentang apa yang saya telah lakukan bersama A.

Saya tahu A melayan saya dengan istimewa, dan saya telah membenarkan ia berlaku. Ketika itu saya berada di persimpangan. Bulan – bulan berikutnya bagaikan mimpi, indah seperti dibuai cinta tetapi dih4ntui perasaan bersalah setiap kali saya menghubungi keluarga dan pulang di hujung minggu. Ia berlanjutan sehingga A mengajak saya meninggaIkan suami untuk bersama dengannya. Ketika itu saya tersentak dan kembali ke dunia nyata. Saya perlu membuat keputvsan.

Bersama A membuat saya rasa muda dan dihargai seperti di zaman awal percintaan, tetapi akhirnya saya membuat keputvsan yang cinta saya adalah milik suami dan anak – anak kami. Saya tidak mahu meruntvhkan sebuah perkahwinan dan mer0sakkan kebahagian anak – anak demi mementingkan perasaan sendiri ketika itu. Ya, akhirnya saya membuat keputvsan yang saya tidak memerlukan cinta baru. Apa yang saya dan kami perlukan adalah kehangatan dalam perhubungan dan bersama kembali.

Saya memohon untuk ditukarkan semula tetapi tidak dibenarkan, jadi ketika itu saya nekad meletakkan jawatan dan kembali ke selatan tanahair untuk membetulkan keadaan kami. Saya menceritakan semuanya tentang A kepada suami. Saya masih ingat, ketika itu suami cuma memeIuk saya dan mengatakan yang dia cuma mahu membuat saya bahagia, dan jika saya lebih berbahagia dengan orang lain, beliau sanggup melepaskan saya pergi. Ketika itu saya menangis semahu – mahunya, malah keperitan dan tangisan itu lebih hebat dari tangisan mengiringi pemergian arw4h bapa suatu ketika dahulu.

Saya memohon maaf, dan suami saya masih menjadi seorang lelaki yang saya telah kenali bertahun – tahun lamanya – masih seorang yang pemaaf dan sangat penyayang. Kini 6 tahun telah berlalu dari peristiwa itu. Suami saya boleh membuat lawak mengenai perkara itu di hadapan anak – anak, tentang bagaimana daddy hampir kehilangan oleh mommy. Syarik4t tidak menerima perletakan jawatan saya, dan akhirnya akur dengan permintaan saya untuk ditukarkan ke tempat asal. Membaca isu viraI yang seringkali melalui laman facebook membuatkan saya sedar yang saya bernasib baik kerana membuat keputvsan yang betul 6 tahun lepas.

Sejak peristiwa itu, saya dan suami memastikan kami mempunyai cukup masa bersama berdua tanpa anak – anak, dan meluangkan masa lebih kerap bersama keluarga. Hubungan kami kembali hangat malah kami menjadi lebih rapat dari sebelumnya. Suami sememangnya mengamalkan agama lebih baik dari saya, tetapi peristiwa itu menyedarkan saya bahawa saya bukanlah isteri yang baik untuk suami, dan kesed4ran itu lebih mendekatkan diri saya dengan-Nya.

Situasi, tekanan, harapan dan jangkaan seseorang itu mungkin sentiasa berubah seiring dengan masa, tetapi tidak orang yang kita pernah kenali. Dialah manusia yang pernah membuat hati kita bergetar suatu ketika dahulu, dan dia masih orang yang sama, jika kita sendiri tidak merubah tanggapan itu. Dan kebanyakan masanya, cinta itu sudah berada di depan mata. Cuma kita terlalu b0doh untuk tidak memegangnya. – L.H (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ejue Mohd Amin : Sebab tu dalam islam, BATAS pergaulan kena sentiasa jaga. Kalau hal kerja, cukup hal kerja. Jangan lebih – lebih nak lunch sama – samalah, lepak sama – samalah, gym sama – samalah. Tu semua langkah – langkah membuka pintu untuk orang ketiga masuk. Benda ni rasa seronok sebab sya1tan bagi rasa seronok nak runtvhkan masjid sendiri. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.

Nur Saleha Saleha : Alhamdulillah, Allah segera menyedarkan confessor. Tahniah puan kerana telah membuat keputvsan yang betul. Lelaki yang baik dan tahu d0sa pahala, tidak akan pernah mengganggu rumahtangga orang lain. Berd0sa besar hukvmnya. Buat kita semua yang dah berkahwin, jagalah batas – batas dalam berkawan. Tak perlu terlalu akrab, tak perlu keluar dengan rakan berbeza jantina tanpa ada urusan yang jelas, tak perlu berwhatsapp dan sebagainya di luar waktu kerja.

Tak perlu meluah perasaan dan bercerita mengenai hal rumahtangga pada mereka. Tak perlu saja – saja bermanis mulut tanya khabar, dah makan ke belum semua tu. Tak perlu. Sebab semuanya boleh membuka peluang untuk sya1tan masuk j4rum. Semoga confessor dan keluarga kekal bahagia sampai syurga.

ام ايمان : Tetamu tidak akan masuk sekiranya kita tidak membuka pintu. Sebab tu kena jaga batas dalam pergaulan, terutama sekali yang berlainan jantina. Tahniah kepada puan kerana tidak termasuk ke per4ngkap sya1tan yang ingin meruntvhkan mahligai yang sekian lama dibina.

Tazri Mohd : Permulaannya satu je, melayan. Dah kahwin pun kalau melayan orang lain selain pasangan yang sah memang menjemput natijah buruk. Anda bernasib baik kerana masih boleh berfikir secara waras. Ramai yang jadi tak waras bila syok melayan dan dilayan. Macam beruk dapat bunga, itulah perumpamaannya.

Ummi Dan Sayed : Tiada istilah kawan antara lelaki dan perempuan terutama yang telah berumahtangga, letak tu dalam kepala inshaAllah. Di tempat kerja bercakap bila perlu sahaja dengan berlainan jantina mengenai kerja sahaja bukan meIeret – Ieret. Tak ada keluar makan sekali ke apa walau beramai – ramai. Kalau terp4ksa ke mana – mana elakkan berdua tumpang kereta, naik grab lebih baik. Kita rasa kita kuat tapi kita lupa sya1tan ada di mana – mana untuk sesatkan manusia. Jadi, jagalah batas pergaulan.

Sulaiman Akhlakan : Bukan main positif komen bila kes pompuan, cuba kalau confessor lelaki, mesti kena hamun dah. Tapi confessor ni sebenarnya dah curang pun, bermain perasaan sampai si A nak buat bini. Jadi memetik kata – kata peng0men tegar wanita sebelum – sebelum ini, “sekali dah curang pasti curang lagi.” Si suami harus ada backup plan dah ya, ramai lagi pompuan kat luar sana.