
Setiap hari aku berulang jaga suami dekat hospital. Tiba – tiba keluarga angkat suami datang, tuduh aku mengandung anak jantan lain. Mereka kata aku jaga suami sebab nak duit insurans. Paling s4kit hati, adik angkat yang perempuan tu usap belai rambut suami aku..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku baru berkahwin bulan 9 tahun lepas. Awal – awal perkahwinan aku memang rasa bersyukur sangat sebab dapat suami yang pada pandangan keluarga aku nampak baik, lembut tutur kata dan kuat agama.
Aku pula baru habis belajar masa tu, jadi bila dia ajak kahwin memang aku terima dengan niat nak bina rumah tangga yang baik sama sama. Ayah aku pun suka tengok cara dia bawa diri depan keluarga. Tapi tak lama lepas kahwin, aku mula nampak banyak benda yang aku tak pernah nampak sebelum ni.
Dalam rumah tangga baru beberapa bulan, aku dah diuji dengan keguguran kali pertama pada bulan 1. Masa tu memang aku sedih sangat sebab aku dah mula pasang angan – angan nak jadi ibu. Dalam keadaan aku masih bersedih dan cuba kuatkan diri, tiba – tiba suami lafazkan talak dekat aku.
Lepas tu dia kata dia dah rujuk dengan MAIS dan katanya tak perlu pergi mahkamah. Katanya kalau nak rujuk, terus bersama semula pun dah dikira rujuk dan mahkamah cuma rekodkan berapa kali cerai dan rujuk sahaja. Aku yang tak tahu apa sangat pasal benda ni cuma ikut je cakap dia. Jadi kami pun hidup bersama semula macam biasa.
Tapi sejak kejadian tu, hubungan kami dah tak pernah sama macam mula – mula kahwin dulu. Setiap kali berg4duh, dia akan balik rumah mak angkat dia dan bermalam dekat sana berhari – hari. Sedangkan sebelum kahwin dulu, tak pernah sekali pun dia tidur dekat sana sebab dia anak yatim dan dia selalu cakap dia berdikari. Aku mula rasa pelik sebab lepas kahwin semuanya berubah.
Bila aku tanya kenapa dia selalu balik sana, dia marah dan cakap aku cemburu tak tentu pasal. Padahal aku cuma pelik sebab setiap kali ada masalah antara kami, keluarga angkat dia yang jadi tempat dia mengadu, bukannya aku sebagai isteri dia.
Sampai kadang – kadang aku rasa macam aku ni orang luar dalam hidup dia sendiri. Segala keputusan pun mesti melibatkan mak angkat dia dulu. Bulan 5 kami berg4duh besar sampai hampir sebulan dia tak balik rumah. Masa tu kami masih duduk dengan mak ayah aku sebab dia kata belum mampu nak sewa rumah sendiri.
Dia janji dia akan datang ambil aku semula bila dah ada rumah sewa. Aku percaya sebab aku fikir mungkin dia perlukan masa. Dalam masa yang sama, keluarga aku yang banyak tanggung makan minum kami berdua. Suami aku cuma bagi aku RM150 sebulan untuk belanja.
Tapi setiap kali mak dia telefon minta duit untuk keluarga angkat atau adik beradik angkat dia, dia akan cuba sedaya upaya bagi walaupun sedikit. Aku pula nak beli barang dapur pun kadang – kadang guna duit keluarga aku sendiri. Aku pernah menangis sorang – sorang dalam bilik sebab rasa malu dengan mak ayah aku.
Keluarga aku tak pernah ungkit pun pasal duit yang mereka keluarkan untuk kami. Tapi sebagai anak, aku tetap rasa bersalah sebab rumah tangga aku masih berg4ntung pada mereka. Aku pula tak dibenarkan bekerja walaupun aku dah habis belajar.
Seminggu sebelum raya haji, dia datang jumpa aku dan bayar rumah sewa sekali dengan aku. Kami siap merancang nak pindah masuk lepas raya haji nanti dan mulakan hidup baru jauh dari semua masalah ni. Aku betul – betul berharap kali ni semuanya akan berubah jadi lebih baik. Tapi rupanya Allah dah tentukan perkara lain.
Masa raya haji tu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia patah peha, rahang dan tangan sampai kena masuk hospital lama. Bila dapat berita tu, aku terus pergi hospital dan jaga dia dekat sana. Aku langsung tak balik rumah sebab nak pastikan dia ada orang uruskan makan minum dan keperluan dia.
Hampir sebulan aku ulang alik dan tidur dekat hospital untuk jaga dia. Dalam keadaan aku sendiri tengah mengandung masa tu, aku tetap cuba buat yang terbaik sebagai isteri. Tapi keluarga angkat dia datang dan mula pertikaikan status perkahwinan kami sebab isu cerai sebelum ni. Aku rasa macam aku ni bukan isteri dia.
Yang paling aku tak boleh lupa bila mertua aku cakap, “Betul ke anak tu anak dia? Betul ke mengandung? Kenapa perut masih tak nampak?” Masa tu aku baru mengandung sebulan lebih. Logik ke perut nak nampak macam orang mengandung lima atau enam bulan? Aku memang terasa sangat dengan tuduhan tu.
Lepas tu mereka tak bagi aku jaga suami atas alasan kami dah bercerai. Tapi adik angkat perempuan boleh pula usap – usap suami aku dekat hospital tanpa ada masalah. Aku bukan marah pasal tu, cuma aku tertanya – tanya kenapa aku sebagai isteri dilayan macam orang asing. Aku rasa terh1na sangat masa tu.
Setiap kali aku cuba luahkan apa yang aku rasa dekat suami, dia tetap pilih untuk pertahankan keluarga angkat dia. Dia cakap aku jaga dia semata – mata sebab duit insurans yang dia bakal dapat nanti. Aku memang terk3jut dengar tuduhan tu sebab aku jaga dia siang malam masa dia terlantar dekat hospital. Kalau aku pentingkan duit, aku takkan sanggup susah macam tu.
Lepas dia keluar hospital, dia pilih untuk tinggal dengan mak angkat dia dan bukannya balik bersama aku. Aku pula duduk sorang dekat rumah dengan tekanan yang makin bertambah. Aku menangis hampir setiap malam sebab rasa macam kehilangan suami walaupun sebenarnya aku masih ada suami. Sampai akhirnya aku keguguran buat kali kedua.
Masa tu memang aku rasa dunia aku gelap. Aku kehilangan anak dan dalam masa yang sama kehilangan tempat berg4ntung. Aku nak pergi jumpa suami sekadar menjenguk pun tak dibenarkan sebab mak dia tak izinkan katanya. Aku tertanya – tanya, sejak bila seorang isteri kena minta izin orang lain untuk jumpa suami sendiri?
Apa yang buat aku lebih sedih, awal perkahwinan dulu mereka langsung tak ambil tahu pasal dia. Tapi bila ada duit insurans dan pampasan, tiba – tiba semua muncul dan ambil berat. Aku bukan nak menuduh sesiapa, tapi memang tu yang aku nampak berlaku depan mata aku sendiri. Suami aku pula tetap percaya mereka lebih daripada aku.
Aku juga pernah jumpa sejenis d4dah dalam poket seluar dia. Aku tak terus tuduh apa – apa, aku cuma beritahu mertua sebab aku harap mereka boleh nasihatkan dia kalau betul dia terlibat dengan benda tak baik. Tapi akhirnya aku pula yang dimarahi oleh suami. Dia kata aku buka aib dia dekat keluarga.
Aku pernah cadangkan supaya kami pergi mahkamah dan selesaikan semua hal berkaitan perceraian dan rujuk ni secara rasmi. Tapi dia kata tunggu mak dia ada masa dulu. Lepas tu dia kata tunggu kaki dia sembuh dan boleh berjalan baru nak pergi mahkamah. Siap nak bawa mak dia sekali.
Kadang – kadang aku rasa aku ni isteri dia atau apa?? Semua benda dia nak minta izin mak dia dulu. Semua benda dia nak cerita dekat mak dia dulu. Aku pula macam tak ada tempat langsung dalam hidup dia. Aku masih ingat masa aku mengidam nak makan buah kundang yang besar dan manis tu.
Aku cakap dekat dia kalau dapat sebiji pun jadilah sebab teringin sangat. Tapi dia telefon mak dia dan mak dia kata aku mengada – ngada. Masa tu aku terus diam sebab aku dah tak ada tenaga nak berg4duh. Bila kami duduk berjauhan macam ni, dia mula fikir macam – macam pasal aku.
Dia tuduh aku keluar dengan lelaki lain dan buat benda yang tak sepatutnya. Aku cuma jawab kalau aku betul ada orang lain, aku takkan jaga dia dekat hospital sampai berminggu – minggu tak balik rumah. Tapi jawapan dia memang buat hati aku h4ncur.
Dia cakap, “Aku kalau boleh tak nak minta pun kau jaga aku. Mak aku boleh jaga.” Sampai hari ni ayat tu masih terngiang – ngiang dekat telinga aku. Aku rasa macam aku bukan isteri dia, cuma orang asing yang tumpang nama dalam hidup dia.
Aku ikhlas berkahwin dengan dia, tapi aku sendiri tertanya – tanya kenapa dia tak ikhlas menerima aku sebagai isteri dia. Sekarang aku dah betul – betul buntu. Aku tak tahu apa hala tuju rumah tangga aku selepas semua yang berlaku. Aku dah penat menangis, penat berharap dan penat mempertahankan hubungan ni seorang diri. Apa yang patut aku buat? Aku dah mula rasa putus asa.
Ulasan Pembaca :
Nor Adila Ali : Jelas tu suami awak memang dayus. Kesiannya awak, orang yang dianggap ikhlas menerima diri kita rupanya mudah sangat percaya fitnah dan hasutan daripada orang luar. Tak apa, awak kuatkan semangat. Pergi dapatkan kerja dan tak usah fikir lagi pasal keizinan suami kalau dia sendiri tak mampu sediakan nafkah. Makan minum dan pakaian isteri pun keluarga awak yang tanggung.
Awak juga boleh failkan saman fitnah kalau tuduhan yang dia lemparkan tu memang tak benar. Ajar sikit suami awak tu. Saman juga perosak rumah tangga pada mak angkat dan keluarga angkat dia tu sebab mereka memang tak ada pertalian d4rah pun dengan suami awak. Semoga awak terus kuat untuk perjuangkan hak awak dan beri pengajaran kepada suami serta keluarga angkat dia yang tak betul tu.
Rabiatul Adawiyah Mohd Rosli : Lebih baik awak tinggalkan saja lelaki macam tu. Tak layak pun digelar suami. Walaupun mak angkat, suami awak layan mereka elok – elok, tapi awak yang dah halal dibuat macam sampah. Entah – entah mak angkat dia dah ada rancangan nak jodohkan anak dia dengan suami awak, sebab tu asyik suruh dia datang sana.
Entah – entah ada benda yang keluarga angkat dia ugvt atau pengaruhi dia. Tinggalkan sajalah. Bukannya nak jadi batu api, tapi kalau dah seteruk ni sampai bila awak nak bertahan? Nak tunggu sampai awak pula yang h4ncur baru nak bertindak? Fikirkan demi kebaikan diri awak sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.