
Malangnya, suami buat fitnah tentang aku dekat mak ayah dia. Dia tinggalkan aku tanpa satu sen pun di tangan. Rumah sewa tak berbayar, aku hanya suri rumah tangga yang mengh4mbakan diri sepenuhnya untuk dia. Aku yang ada masa dia miskin…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebelum ni ada aku luahkan dekat admin selepas sebulan diceraikan, tapi ni yang terbaru aku nak kongsikan, Min. Tolong siarkan ya Min. Aku perlukan kata – kata semangat dan pandangan daripada orang lain.
Rupanya memang bekas suami aku seorang yang sangat licik. Dia dah rancang awal dan dengan begitu rapi untuk menceraikan aku demi memudahkan dia berkahwin dengan janda lain. Ni lah pepatah yang pernah aku dengar, seorang suami sanggup menjandakan isterinya demi mengejar janda yang lain.
Berbalik pada kisah aku, dari awal lagi dia bagi alasan nak ceraikan aku kononnya dia disih1r oleh ibu dia sendiri. Kononnya lagi dia dah pergi berubat dengan dua orang ustaz, dan kedua dua ustaz tu cakap untuk dia sembuh daripada sih1r tersebut dia perlu ceraikan aku terlebih dahulu.
Lepas tu dia cakap lagi ustaz tu tak mampu nak pulihkan dia daripada sih1r tersebut sebab ibu dia guna sih1r Siam. Wallahualam. Aku sendiri cakap dekat dia, kalau betul seorang ustaz cakap macam tu, ibarat ustaz tu memperlekehkan kuasa Allah. Tapi aku tahu bekas suami aku tu menipu.
Dia sanggup gunakan nama perubatan Islam dan nama ibu dia sendiri semata – mata nak buat aku bersetuju dengan cadangan dia. Kononnya dia cuma lepaskan aku sementara sahaja, lepas dia sembuh nanti dia akan rujuk semula dengan aku.
Dengan hati yang berat aku setuju, Min. Sebab aku dah terpengaruh dengan cerita rekaan dia dan demi nak dia sembuh aku ikut sahaja cadangan dia. Tapi segalanya terbongkar tak sampai sebulan selepas dia ceraikan aku apabila aku dapat tahu dia dah berkahwin dengan seorang janda yang boleh dikatakan lebih berharta daripada aku yang tak ada apa – apa ni.
Bertahun – tahun aku sanggup susah senang bersama dia, Min. Aku yang ada masa dia miskin. Pernah dia jatuh s4kit akibat saluran jantung tersumbat. Aku sebagai isteri yang serba kekurangan ni lah yang ke hulu ke hilir ulang alik ke hospital untuk jaga dan tengok dia.
Waktu tu mak ayah dia pun tak datang menjenguk dengan alasan jauh. Sedangkan tak lama selepas dia s4kit tu, mak ayah dia boleh pula datang melawat rumah baru adik dia yang tak jauh pun dari rumah sewa kami. Tapi langsung keluarga dia tak singgah tengok keadaan dia.
Kecil hati memang kecil hati, tapi aku pendam dan cuba berfikiran positif. Yang buat aku lebih terkilan, bekas suami tergamak buat fitnah tentang aku dekat mak ayah dia. Kononnya aku yang tuduh ibu dia menyih1r dia. Ya Allah, sungguh aku tak sangka dia yang aku anggap suami yang mulia tergamak fitnah aku macam tu semata – mata nak hasut kedua – dua orang tuanya supaya membenci aku dan seterusnya merestui dia berkahwin lain.
Bila aku datang ke tempat kerja dia, rata – rata kawan dia termasuk ketua tempat dia bekerja langsung tak tahu yang dia ceraikan aku demi perempuan lain dan abaikan anak – anak. Menurut mereka juga, semua rakan setugas dia turut dijemput ke majlis perkahwinan dia dan mereka memang tak tahu menahu tentang per4ngai sebenar dia yang sanggup ceraikan aku yang selama ni banyak bersusah payah bersama dia.
Kalau ikutkan, dari awal lagi dia memang beria ajak aku ke mahkamah. Sampai lah selesai semua proses perceraian di mahkamah, rupa – rupanya semuanya adalah perancangan licik dia. Aku sahaja yang tak tahu dan tak nampak selama ni dia cukup pandai berpura – pura di depan aku dan anak – anak.
Memang masa semua ni terbongkar aku ada hubungi ipar kepada isteri baru dia. Tujuan aku cuma nak mereka tahu perkara sebenar. Tapi apa yang aku cuba terangkan, bekas suami aku cukup pandai putar belitkan semula cerita kepada isteri baru dan ipar dia.
Ya Min, akhirnya mereka pula tuduh aku mer0yan dan tak boleh terima hakikat yang aku dah diceraikan. Jujurnya aku redha jika ni qada dan qadar Allah buat aku. Tapi jauh di sudut hati aku, aku tak akan maafkan setiap inci penipuan dan pengkhianatan yang bekas suami aku dah lakukan.
Hari ni dah sebulan lebih aku diceraikan. Anak – anak langsung bekas suami tak datang tengok. Dia tinggalkan aku tanpa satu sen pun di tangan. Rumah sewa tak berbayar, dan aku pula sebelum ni hanyalah seorang suri rumah tangga yang mengh4mbakan diri sepenuhnya untuk dia.
Silap aku juga. Aku terlalu mengagungkan dia sebagai suami dahulu. Aku sangat berharap isteri baru dia dan seluruh keluarga isteri dia termasuk bekas mentua, ipar dan biras aku yang dah diputar belitkan cerita sebenar oleh bekas suami aku, akhirnya akan tahu juga perkara yang sebenar.
Tapi aku tak tahu lah, Min. Isteri baru dia tu memang dari awal dah tahu atau tak yang dia masih suami orang ketika mereka mula bersama. Sebab aku dapat tahu pun isteri baru dia tu seorang janda, tapi janda yang berada dan berduit berbanding aku yang tak ada apa – apa ni.
Aku ni cuma bekas isteri yang miskin. Sebab tu dia sanggup buang aku dan anak – anak. Doa aku dan aku juga mohon doa daripada pembaca yang lain, tolong doakan supaya bekas suami aku tu menerima kifarah atas segala penganiayaan yang dia dah lakukan terhadap aku.
Ya, aku sedar aku bukan orang berada berbanding isteri baru yang dia kahwini tu. Dia berkereta besar, ada rumah besar dan berjaya dalam hidup. Aku pula? Sekadar melukut di tepi gantang. Mungkin sebab tu juga keluarga dia besar hati tengok anak lelaki mereka dapat perempuan yang berduit. Sekurang – kurangnya anak lelaki mereka tak susah lagi macam waktu bersama aku dulu. Sekian Min, luahan hati aku. Harap dapat disiarkan supaya aku dapat kata kata semangat untuk terus kuatkan diri. Terima kasih.
Ulasan Pembaca :
Najwa Baderi : Alhamdulillah, puan dikurniakan rezeki paling mahal di dunia iaitu anak – anak. Kuatlah demi anak – anak. Bina hidup baru dan cari kerja demi mereka. Pindahlah dari situ sebab rumah tu pun dah jadi kenangan bersama dia.
Tak ada apa yang perlu diingat sedangkan sampai macam tu sekali dia sanggup fitnah sis sebagai ibu kepada anak kandung dia sendiri. Pindahlah ke tempat lain, jauh daripada dia. Kalau tak berjumpa pun tak apa. Aku doakan sis dan anak anak sentiasa dilindungi. Banyakkan berdoa dalam bulan yang mulia ni. Lagipun dia ada peny4kit jantung kan? Entah – entah kifarah atau karma tu datang dengan cara yang kita sendiri tak tahu.
Nurun Halida : Perceraian bukan satu pengakhiran, tapi satu permulaan. Mulalah tuntut hak – hak isteri yang diceraikan di mahkamah. Anak juga ada haknya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.