Malam tu aku dan isteri tak makan lagi, susu anak pun dah habis. Anak umur 2 tahun datang dekat kami, dia tunjuk botol susu. Aku letak air masak

Malam tu, susu anak sulung habis. Duit aku hanya tinggal beberapa keping duit syiling, isteri aku pun dah risau takut anak nak susu. Tiba-tiba anak datang minta susu. Aku dan isteri pucat, dalam poket tinggal duit syiling je..

#Foto sekadar hiasan. Duit RM1 dekat tapak tangan aku genggam kuat kuat. Nak beli air pun belum tentu lepas, apatah lagi nak beli makan. Kebetulan malam tu memang aku lapar sangat sampai perut dah mula pedih. Tahun tu tahun 1998, masa aku masih bujang lagi.

Aku jalan tak tentu arah sebelum singgah dekat satu surau berhampiran rumah sewa untuk solat Isyak. Dalam poket memang tinggal seringgit tu je. Aku tenung duit tu lama lama sambil fikir, apa sangat yang boleh aku buat dengan duit ni. Entah macam mana, tangan aku terus masukkan duit tu dalam tabung surau.

Aku fikir mungkin lebih baik bersedekah daripada pegang duit yang tak cukup nak beli apa apa pun. Dalam hati aku cuma pujuk diri supaya bersabar. Mungkin ni peluang untuk aku rasa sedikit macam mana hidup orang yang betul betul susah.

Aku selalu teringat dekat anak anak kecil yang tunggu mak ayah balik kerja dengan harapan ada bawa kuih atau makanan. Duduk dekat pintu dengan penuh harapan. Tapi akhirnya mak ayah balik dengan tangan kosong sebab memang tak ada duit. Memang pedih kalau difikirkan.

Aku pernah tengok satu rancangan TV pasal keluarga susah. W4rtawan tu tanya seorang budak lelaki umur lebih kurang 10 tahun, kalau ada duit adik nak makan apa. Budak tu tunduk dan jawab perlahan, “Roti canai.” Masa dengar jawapan tu memang aku rasa sebak.

Roti canai yang masa tu baru 70 sen pun dia tak mampu nak beli. Malam tu aku rasa aku faham sedikit apa yang budak tu rasa. Lapar memang susah nak dijelaskan dekat orang yang tak pernah melaluinya. Lepas habis solat, aku balik semula ke rumah sewa.

Masa tu aku duduk dengan tujuh orang kawan lain. Kebetulan malam tu semua tak ada dekat rumah. Jadi aku ambil keputusan untuk tidur je. Aku baring dekat lantai ruang tamu sambil cuba pejam mata. Dalam kepala cuma fikir satu benda, tidur mungkin boleh buat aku lupa lapar sekejap.

Sambil tu aku doa supaya esok lebih baik daripada hari ni. Aku harap sangat ujian ni tak lama. Tak lama lepas tu tiba tiba pintu rumah diketuk bertalu talu. Bila buka pintu, jiran aku berdiri depan rumah sambil pegang satu bungkus nasi goreng.

“Nah, kami teringat dekat Azamin. Saja beli lebih tadi.” Lepas tutup pintu, terus air mata aku jatuh. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu. Aku cuma rasa Allah dengar doa aku malam tu. Dengan sedekah seringgit dan doa yang entah macam mana bunyinya, Allah hantar pertolongan dengan cara yang aku langsung tak sangka.

Tu kisah pertama. Lepas tu datang pula kisah kedua sepanjang hidup aku yang memang penuh dengan susah payah. Aku pernah kerja cuci kereta, jadi pelayan kedai makan, cuci kasut orang dan kutip hutang macam Ah Long. Aku juga pernah jadi pengawal keselamatan dan buat kerja housekeeping dekat resort. Macam – macam kerja aku buat asalkan boleh terus hidup dekat Kuala Lumpur.

Pernah juga sampai dua hari aku cuma minum air kosong sebab tak ada duit nak beli makan. Ada orang taw4rkan kerja yang gaji lebih lumayan, tapi aku tolak sebab kerja tu melibatkan benda yang salah. Ada yang ajak jual d4dah, jadi bouncer kelab malam dan macam macam lagi kerja yang aku tahu boleh bawa padah.

Aku rela lapar daripada cari duit dengan cara yang memalukan mak ayah aku. Aku percaya kalau kita tinggalkan benda yang Allah larang, Allah akan jaga kita balik. Masa tu aku kerja dekat sebuah syarikat saham dekat Jalan Raja Chulan. Gaji boleh tahan juga kalau campur dengan kerja lebih masa sampai subuh.

Aku kerja dekat bahagian pemprosesan sijil saham dan data entry. Masa tu sijil saham masih lagi guna kertas dan memang banyak sangat nak kena urus setiap hari. Satu hari lepas habis solat Jumaat, aku sampai semula dekat pejabat lebih kurang pukul 2.45 petang. Tiba tiba seorang pegawai muda terus marah aku.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” Aku jawab, “Pergi sembahyang. Hari ni Jumaat.” Dia terus cakap, “Sembahyang lama sangat ke? Kawan kawan awak pun tak pergi sembahyang. Lain kali tak payah pergi sembahyang.” Memang ada beberapa kawan aku yang hari Jumaat pergi berjalan dekat Pertama Kompleks atau Bukit Bintang dan tak pergi solat. Tapi bila dia cakap macam tu, memang aku terasa sangat.

Aku terus jawab, “Apa? Tak payah sembahyang? Tak apa, sekarang juga saya berhenti.” Aku terus keluar dari pejabat dan tinggalkan dia dekat situ. Pada aku, rezeki semuanya milik Allah. Kerja yang kita buat pun mestilah dapat reda daripada Allah juga.

Alhamdulillah aku menganggur cuma seminggu. Lepas tu ada seorang remiser ambil aku kerja sebagai pembantu dia dekat syarikat yang sama. Masa tu aku dah tak berada bawah arahan pegawai tu lagi. Berbalik kepada kisah yang berlaku dalam hidup aku. Satu malam aku memang dah betul betul buntu. Duit dah habis langsung.

Bukan sebab berfoya foya atau beli benda bukan bukan. Tapi memang gaji cukup cukup makan je. Esok nak pergi kerja pun aku dah tak ada duit tambang bas. Nak pinjam duit daripada orang pun aku dah malu sangat. Aku bentang sejadah dan solat sunat dua rakaat. Aku teringat pesan arwah guru dan mak aku.

“Kalau susah sangat, solat dua rakaat dan mintalah apa yang kau nak daripada Allah.” Aku menangis malam tu. Aku malu dengan Allah sebab kadang kadang aku lupa bersyukur. Aku dah tak tahu nak minta tolong dekat siapa lagi. Masa tu memang aku rasa hanya Allah tempat aku bergantung.

Lepas habis berdoa, aku ambil al Quran kecil milik aku untuk tenangkan hati. Masa aku buka helaian demi helaian, tiba tiba ada sekeping duit RM50 terselit dekat dalam tu. Air mata aku terus mengalir. Aku sendiri tak sangka macam mana duit tu boleh ada dekat situ.

Tapi malam tu aku tahu Allah sedang bantu aku dengan cara yang aku tak pernah jangka. Aku percaya ramai orang dekat luar sana pun pernah melalui pengalaman macam ni. Ada yang Allah bantu melalui manusia, ada yang melalui jalan yang logik dan ada juga yang datang tanpa disangka sangka.

Itulah Allah. Dia tak pernah tinggalkan h4mba Dia yang berg4ntung harap kepadaNya. Sekitar tahun 2010, Allah sekali lagi bantu aku ketika aku betul betul kesempitan duit. Malam tu susu anak sulung aku habis. Dalam poket pula tinggal beberapa keping syiling je.

Aku dan isteri pun belum makan apa apa malam tu. Bila anak aku umur 2 tahun datang dekat mak dia dan minta susu, memang luluh hati aku masa tu. Aku capai botol susu dan tuang air suam ke dalamnya. Anak aku tengok botol tu dengan muka hairan sebab tak ada w4rna putih macam selalu. Tapi dia tetap ambil dan hisap perlahan lahan.

Beberapa saat kemudian dia berhenti dan pandang muka aku. Aku takut kalau dia menangis sebab lapar. Aku malu kalau jiran dengar dan tahu keadaan kami sampai anak sendiri tak ada susu. Isteri aku pun dah mula panik dan pucat menunggu reaksi anak kami. Aku pula cuma mampu diam dan tunggu.

Tiba – tiba anak aku pandang kami berdua sambil senyum dan cakap, “Mmm… sedap.” Masa tu memang rasa macam hati aku disiat siat. Isteri aku terus menangis semahu mahunya. Anak kami sambung minum air suam tu sampai tertidur.

Kadang – kadang hidup memang sempit, susah dan menyesakkan dada. Tapi kita sebenarnya tak pernah keseorangan. Allah sentiasa ada dan sentiasa dengar setiap rintihan h4mbaNya. Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar.

Allah Tolong Aku. Alhamdulillah, sekarang kehidupan aku dah jauh lebih baik berbanding dulu. Aku dah tak perlu lagi fikir macam mana nak cari duit untuk makan esok atau macam mana nak cukupkan tambang pergi kerja. Tapi semua kesusahan yang pernah aku lalui tu masih segar dalam ingatan dan sampai sekarang aku tak pernah lupa.

Sebab tu kalau aku jumpa orang yang susah, aku cuba bantu setakat yang aku mampu. Kadang kadang aku belanja makan, hulur sedikit duit atau sekadar dengar luahan mereka. Aku tahu macam mana rasanya lapar, macam mana rasanya buntu dan macam mana rasanya bila tak tahu nak minta tolong dekat siapa.

Aku percaya setiap rezeki yang Allah bagi tu ada bahagian untuk orang lain juga. Dulu orang pernah bantu aku waktu aku jatuh, jadi hari ni aku pula cuba jadi asbab untuk bantu orang lain bangun semula. Semoga Allah tak pernah tarik rasa syukur daripada hati aku dan tak jadikan aku lupa diri bila hidup dah lebih selesa daripada dulu. – Azamin Amin

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :