Aku tak selera nak tunjuk gambar suami di media sosiaI, sebab muka dia teruk. Aku kerja kerani kenalah cantik sikit

Suami datang hari nikah dengan jubah besar sebab pinjam dan kopiah lusuh ada bintat t4hi lalat, selipar lama tak berbasuh. Aku malu giIa, apa ni. Nak kahwin macam tak ada persiapan langsung. Saat akad nikah tersasul nama aku banyak kali macam sengaja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Salam hormat. Salam Syawal… Terdetik untuk menulis kisah hidup aku bila merasakan teruknya kisah aku, kenapa aku mampu bertahan? Allah yang Maha Pengasih memberi kemampuan untuk aku bertahan sehingga anak empat.

Sehingga bila aku sudah dilepaskan aku baru menghitung banyaknya kisah kami yang tidak serasi, sedih yang jika orang tahu akan rasa maIangnya nasib. Bermula saat kami bertunang, ada beberapa per4ngai dia yang tidak disenangi tapi aku tetap mahu teruskan kerana merasakan inilah jodoh yang ditentukan.

Aku juga bukanlah baik dan lawa mana jadi aku cuba teruskan. Kerana dia tidak teruja langsung untuk membuat majlis kenduri. Segala persiapan aku buat seorang. Waktu nak nikah aku mesej supaya dia pakai jubah putih. Sebab aku pakai baju pengantin putih.

Hari nikah, juru nikah dan tetamu lagi segak bergaya. Dia datang dengan jubah besar sebab pinjam dan kopiah lusuh ada bintat t4hi lalat dan selipar lama tak berbasuh. Aku malu giIa, apa ni. Nak kahwin macam tak ada persiapan langsung.

Saat akad nikah tersasul nama aku banyak kali macam sengaja. Duit mas kahwin dua puluh dua ringgit lima puluh sen letak dalam poket, duit lusuh. Kita nak bagi duit raya pun cari yang baru. Ramai yang mengalirkan air mata sebab kecewa melihatnya tapi aku. Tak terkeluar air mata sebab tak sangka..

Baik, kami kononnya tak mahu jumpa sebelum nikah. Adalah jumpa masa bertunang selebihnya mesej. Salah aku juga jenis pemalu. Niat aku baik sebab suka baca novel cinta islamik, contoh tautan hati. Maka sahlah aku jadi isteri.

Bab cincin tu macam ni. Kami kan taknak jumpa jadi aku kata aku beli sendirilah cincin kahwin. Duit sendiri.. Ada dia bagi sikit duit hantaran, habis buat hias bilik je, pelamin dan hantaran tak ada, kenduri beIah dia pun tak ada, jimat.

Tapi sebenarnya bagai tak dihargai. Aku macam nak salahkan keluarga dia tak tolong bantu ke siapkan gubahan mas kahwin macam orang lain cantik je, kreatif. Rupanya sikap dia pun pelik, nak kahwin kawan dan jiran pun tak tahu.

Keluarga tahu tapi buat tak tahu sebab tak ajar dia jadi pengantin. Takkan dia tak pernah tengok pengantin atau majlis kahwin. Yang buat terasa, bila adik – adiknya kahwin. Malas cerita hantaran dan majlis cantik pandai rupanya keluarga dia ni.

Ternyata aku menantu yang tak disukai lah sebab sederhana dalam banyak hal. Aku juga tak selera nak tunjuk gambar suami di media sosiaI, sebab muka dia teruk. Dia tukang rumah tak minat bersiap elok. Aku kerja kerani kenalah cantik sikit.

Jika beli baju sedondon dia tak pakai, dia bagi orang. Banyak kali akhirnya aku malas nak tolong siapkan pakaian dia. Masa aku bersalin anak sulung. Waktu dia datang melawat dengan baju kotor busuk dan kasut kerja koyak.

Aku malu lah juga sebab kenapa lah dia tak tahu nak elok sikit tahulah baru balik kerja. Bukan apa sebeIah aku, suaminya polis datang pun baju kerja uniform kasut kilat. SebeIah lain, suami kerja bagus datang pakai kasut jenama, jam tangan mahal. Jadi aku rasa macam h1na je.

Waktu tu nurse suruh buat bayaran keluar wad. Dia tak bawa duit dan IC, penat aku kena fikirkan sikap sambil lewa dia ni. Sampaikan suruh tanam uri pun dia boleh simpan dalam kereta tiga hari. Sampailah bila anak nak masuk sekolah, nak salinan IC, kad pengenalan dia jenis lama tak tukar muka dah lain aku cuma suruh dia buat IC baru sahaja tapi tak mahu.

Susah hidup dengan lelaki begini. Jadi keputusan untuk aku keluar dari kemelut masalah sikap dan serasi ini betul. Lama aku bersabar. Sampai benda yang aku rasa malu dan h1na bila dengan dia tu aku hadap je. Mungkin sebab ada juga baik dia ni tapi aku tak cerita di sini.

Buka sisi buruk je nak tunjuk aku pun diuji dengan hal yang kurang menyenangkan. Aku juga pernah terdesak duit. Maka aku jual cincin kahwin dan loket emas pemberi ibu aku. Bukan tak sayang tapi terdesak. Berharap suatu masa mampu beli lain.

Bab nafkah tu agak – agaklah apa aku dapat kalau naik mahkamah. Aku sampai terp4ksa mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malu kot masa minta, sudahlah ada pegawainya kawan sekelas dulu. Begitulah kisah cincin kahwin aku.

Yang aku sendiri beli dan jual. Tak minatlah nak pakai cincin. Sebenarnya banyak lagi kisah tak baik kalau nak cerita, tak baiklah nak cerita semua, benda ni bukan nak buka aib sesiapa, sekadar nak meluah. Syukur aku dapat bercerai dengan baik tanpa perIukan peguam.

Ada juga kelebihan aku bab ni. Aku tak fikir pun nak kahwin lain, fikir nak besarkan anak dengan baik. Aku harap dia mampu berubah lebih elok sebab kasihan anak kalau ayahnya tak tahu jaga diri. Sudahlah kawan rapat dia budak pen4gih.

Kita agak seseorang tu dikenal dari siapa kawan rapatnya. Kasihan nasib begini tapi dari apa yang diceritakan dia ni banyak tekanan hidup susah dari kecil. Bah4ya tekanan hidup ni jika tak mampu dikawal. Orang terdekat bantulah sebelum terlambat.

Sangat takut dengan kes suami yang ambil nyawa isteri, anak. Atau bvnvh diri. Nauzubillah. Benda ni antara yang aku fikir dan risau, moga Allah jaga dan bantu. Aku harap. Kisah ini ada pengajaran. Ada keinsafan. Jika rasa hidup banyak masalah dan teruk, jujurnya kerana kurang usaha dan solat.

Jadi, antara punca perceraian adalah tidak menjaga solat. Namun setiap takdir ada hikmah dan rahmah nya. Alhamdulillah. Ya Allah, jadikan aku dan zuriat keturunan aku menjaga solat dan selawat, ya Allah kabulkan doa aku.

Ya Allah ampuni aku dan ibu bapa aku serta orang beriman pada hari pembaIasan. Masukkan kami ke dalam Syurga dan dijauhkan dari api Ner4ka. Aamiin. – XxXvV (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum wbt. Salam Lebaran… Maaf dengan kehadiran siri kedua dari tajuk di atas. Terima kasih admin sudi siarkan.. Selepas membaca beberapa coretan kisah yang dikongsi di sini dan baru menonton drama ‘Saat hilang Cintamu’, rasa ingin berkongsi sedikit lagi kisah kelam dunia rumah tangga aku dulu.

Ingat lagi baru berkahwin, kawan rapat pula kahwin, jadi kita ajak dia teman untuk ke majlisnya tapi dia tak nak. Dekat je, waktu tu rasa aura pengantin masih ada jari masih merah jika pergi sendiri dengan orang lain macam kurang manis.

Akhirnya tak pergi. Sebab fikir pandangan orang. Jadi, selepas dah biasa dia tak nak pergi aku akan pergi bersama ahli keluarga yang lain. Ada juga yang bertanya suami mana, kata saja ada kerja. Bila kenduri saud4ra beIah suami yang jika diundang suami dan keluarga kami, dia tak sampaikan.

Bukan tak suka nak eratkan silaturrahim waktu kenduri, tapi sikap dia yang akan dilihat oleh orang lain dan berfikir, kenapa dia layan isteri macam tu. Buat tak tahu. Kalau balik kampung dia, semua barang dan anak dalam kereta aku keluar kan.

Bilik yang nak masuk dia tak tolong kemaskan akulah yang akan susun, sapu. Bila aku tengok saud4ra lain layan anak isteri dengan baik aku cemburu, salahkah aku cemburu. Sehinggalah tahun akhir sebelum bercerai terlalu banyak per4ngai buruk dia timbul.

Pernah bangun pagi tak mandi ‘wajib’ solat terus keluar rumah, serabai. Arw4h uwan jiran depan rumah pun geleng kepala. Setahun dia tak solat sampai aku fikir ini fasik, ini tak aman, boleh jatuh kufur ke sebab sebelum ni dia solat dan pernah keluarga jemaah.

Sampai masa Ramadan terakhir tu. Aku siasat mana tempat dia berkumpul. Itupun selepas kakak aku kata ada orang kata dia hisap batu. Orang dah perasan, aku je buat sabar. Patutlah per4ngai dia dari dulu lain dari orang biasa.

Aku mungkin boleh je bertahan tapi keluarga aku sendiri pun dah benci aku sebab dia. Kakak aku tu dari sebelum kahwin dah boleh baca ciri dia ni tapi aku nak bersangka baik. Bukan aku tak sayang, aku tak suka. Dia tak pernah pukuI cuma tengking tu ada.

Aku pun ada sikap mudah meng4muk juga jika anak buat hal, dia akan marah aku sebab marah anak. Dia ni ada ciri berlembut sebab tu aku sampai sanggup anak empat. Bila bersama aku bayangkan lelaki kacak, sebab muka dia kan tidak seberapa.

Dengan kebersihan dan duit belanja pun entah ke mana. Namun, kelahiran anak ni suci. Walau pernah sangat tertekan waktu mengandung dan berpantang tapi syukur anak membesar baik. Aku rasa sebab aku sabar, Allah bagi anak aku baik bukan sebab kami baik.

Aku cemburu juga bila isteri mengandung suami saud4ra ipar pergi umrah doakan isteri, bagi makanan sunnah terbaik. Mudah anak mereka terbentuk jadi soleh solehah, hafiz hafizah. Tapi aku, suami hisap batu tak solat tak puasa.

Hanya sedikit doa aku yang aku rasa banyak Allah kabulkan. Aku lihat ujian saud4ra ipar aku tu lain, dapat anak s4kit walau dah ikhtiar yang terbaik. Dan diuji anak meninggaI. Sedih, ujian yang berbeza dalam kesedihan.

Setiap perkara dalam hidup baik kaya miskin, sihat s4kit, ia tetap benda yang Allah berkati jika mahu sabar, reda dan kembalikan segala urusan kepada Allah SWT. Raya baru ni dia datang selepas setahun tak ambil tahu tentang anak, tentang belanja sekolah atau raya anak.

Keluarga saya marah juga sebab mereka selalu menghulur hadiah duit buat kami. Dia datang, bagi duit raya, dan minta maaf dengan kami. Aku maafkan dengan mudah tapi aku minta maaf aku tak lupa sikap buruk dulu dan aku kongsi di sini.

Harap dia dan keluarga tak baca sekadar nak kongsi antara drama dari kisah benar. Aku sering doakan bekas suami aku agar bertaubat dan Allah ampuni. Allah bagi kehidupan baik dunia akhir4t buatnya.

(Akhir drama saat hilang cintamu sedih sebab kesabaran dan kemaafan itu, aku tak kuat Allah bagi kuat). Kehidupan aku kini pun masih berpendapatan rendah, anak dapat bantuan duit raya sebaris dengan anak yatim.

Tapi ada yang pandang sinis, ayahnya ada kan. Jika anak yatim secara fitrah orang kasihani, mereka mulia. Aku harap dapat jadi ibu tunggal yang berjaya. Yang akhirnya anak dan keluarga mampu bangga. Penat asyik gagal dan dipandang rendah.

‘Siapa yang bertaqwa dan bertawakal Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang tak disangka..’ Rezeki ni banyak cabang. Syukur yang masih kurang. Ya Allah beri kami Aafiyat badan dan fikiran, untuk lebih sejahtera. aamiin. – XxXxVv (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.