
Suami jadi pelupa, cakap pun mengarut macam budak – budak. N4jis dia berterabur melimpah tapi dia kata anak aku yang k3ncing. Doktor kesan dia ada k4nser otak. Bila dia masuk wad, aku masih marah – marah. Aku jadi serabut sebab aku tak boleh kerja. Aku fikir duit. Aku fikir bil. Aku fikir anak.
#Foto sekadar hiasan. Hai admin, kalau sudi siarkan ya. Aku cuma nak meluahkan kisah hati. Bila aku baca kisah orang lain, ramai yang mengeluh pasal pasangan masing – masing. Dulu aku pun macam tu. Selalu mengadu, selalu komplen pasal suami aku.
Masa tu aku rasa hidup aku paling susah, paling berat. Aku rasa aku sahaja yang diuji. Perkahwinan kami cuma bertahan tiga tahun sahaja. Tiga tahun yang penuh dengan air mata, penat, sabar, marah, dan akhirnya penyesalan. Sejak mula – mula kahwin, suami aku s4kit.
Dia tak boleh berjalan sebab kaki dia ada besi. Doktor kata kena jaga betul – betul. Masa tu orang lain baru nak bina hidup, aku pula mula belajar erti sabar. Aku yang tolong dia bangun, aku yang pakaikan baju dia, aku yang urus semua. Tapi aku buat semua tu dengan ikhlas. Aku tak pernah berkira. Aku rasa, inilah tanggungjawab aku sebagai isteri.
Setahun lepas tu, keadaan dia makin baik. Dia dah boleh berjalan walaupun perlahan. Dia dapat kerja sebagai pemandu lori. Hidup kami mula ada perubahan sikit demi sikit. Dari menyewa bilik kecil, kami dapat pindah ke rumah sewa. Ada kereta, ada motor. Walaupun tak mewah, aku rasa cukup. Aku rasa bahagia waktu tu.
Tapi bila masuk tahun ketiga, ujian datang lagi. Kali ni lebih berat. Kepala dia pula s4kit. Mula – mula aku fikir migrain biasa. Rupanya bukan. Dia selalu pening, munt4h, makan tak lalu, tidur tak lena. Aku tengok dia berubah. Badan dia susut, muka dia cengkung.
Waktu tu aku mula hilang ikhlas. Aku penat. Aku balik kerja, aku kena masak. Aku kena basuh kain. Anak kami baru setahun, aktif, lasak, kejar sana sini. Semua kerja rumah aku buat seorang diri. Dalam masa yang sama aku kena jaga suami yang s4kit.
Per4ngai dia pun berubah. Jadi macam budak – budak. Kejap ingat, kejap lupa. Dia k3ncing tak beritahu sampai melimpah dekat lantai walaupun aku dah sediakan botol. Bila aku tanya, dia kata anak yang k3ncing. Cakap pun banyak mengarut. Masa tu aku selalu naik angin.
Aku mengaku, aku selalu mengungkit. Aku selalu marah – marah. Aku lepaskan apa yang aku rasa dalam hati. Tapi dia cuma diam. Dia tak meIawan. Dia tak menjerit. Aku tahu aku berd0sa, tapi aku betul – betul tak larat. Yang buat aku makin penat, bila dia sihat dulu, sikap dia baran sikit.
Bila aku marah, dia boleh naik angin berkali ganda. Tapi bila dia s4kit, dia senyap. Cuma dengan anak, dia sangat penyayang. Anak kami manja dengan dia. Aku selalu tengok anak tidur atas d4da dia. Masa tu aku tak tahu, itu mungkin kenangan terakhir mereka.
Aku tak tahu apa sebenarnya peny4kit dia. Lima enam kali ulang alik hospital, jumpa doktor, baru akhirnya doktor kesan dia ada k4nser otak. Masa dengar berita tu, aku terus menangis. Lutut aku rasa lemah. Dunia aku macam runtuh. Tapi walaupun aku tahu dia s4kit tenat, aku masih layan dia dengan kasar.
Bila dia masuk wad, aku masih marah – marah. Cakap lepas. Aku buat dia terasa hati. Hampir tiga minggu dalam wad, kami asyik berg4duh. Aku sendiri tak faham kenapa hati aku jadi sekeras tu. Aku jadi serabut sebab aku tak boleh kerja. Aku fikir duit. Aku fikir bil. Aku fikir anak. Dia pula tak boleh kerja.
Tapi dalam wad, dia nampak macam tak s4kit sebab ubat cukup. Selera makan dia naik. Makanan hospital tak cukup, dia minta aku belikan lagi dekat kantin. Dia kata dia asyik lapar. Masa tu aku tak tahu, mungkin itu tanda badan dia sedang meIawan s4kit.
Bila besi dekat kaki dia dibuang sebab nak buat MRI otak, Iuka kaki dia dijangkiti kuman pula. Jangkitan tu merebak ke paru – paru. Doktor kata tak sempat nak buat pembedahan otak. Aku masih berharap. Aku masih fikir dia akan sembuh.
Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Dia pergi meng3jut seminggu sebelum Raya Haji tahun lepas. Pagi tu aku masih sempat pegang tangan dia. Dia pandang aku lama. Aku ingat lagi mata dia. Tenang. Masa tu aku tak tahu itu pandangan terakhir dia pada aku. Patutlah sebelum tu dia asyik cakap nak balik kampung masa Raya Haji. Patutlah dia asyik sebut orang tua dia. Allahu Rabbi. Hati aku h4ncur bila aku sedar semua tu.
Seburuk – buruk suami aku, dia tetap ayah kepada anak aku. Bila dia tak ada, baru aku rasa kehilangan yang sebenar. Sunyi rumah. Sunyi hati. Anak aku masih mencari dia. Masih panggil ayah bila nampak lori lalu depan rumah. Bukan aku tak redha. Aku redha.
Tapi aku tertanya tanya, kenapa waktu dia masih ada, aku tak jaga hati dia sebaik mungkin. Kenapa aku lepaskan marah aku pada orang yang paling perIukan aku. Baru aku sedar, kehilangan akan buat kita lebih menghargai seseorang. Tapi bila masa tu dah berlalu, semuanya tinggal kenangan dan penyesalan.
Kepada semua pembaca, hargailah pasangan selagi dia masih bernafas. Jangan tunggu sampai hilang baru nak sedar nilai seseorang. Aku rindukan arw4h suami aku. Mohon doakan untuk arw4h suami aku. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu
Komen netizen :
Permata Cahaya : Innalillah.. semoga suami puan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. puan sabar ya.. mungkin ini ujian puan.. puan kena kuat untuk anak puan.. memang cakap senang dari buat. tapi nak buat macam mana.. Allah lebih sayang dia.
Ani Anita : Lumrah dalam kehidupan begitulah. Kita diuji sebab Allah tau kita kuat. Diuji dengan s4kit diuji dengan kehilangan. Saya dah melalui semua fasa tu. Hanya yang pernah melaluinya yang benar – benar faham bagaimana perasaannya kan… harap awak bersabar… Alfatihah buat arw4h semoga arw4h suami awak d itempatkan di kalangan para solihin.
Rizal Rodzuan : Hadiah terbaik yang dapat puan beri kepada arw4h adalah doa anak yang soleh, so didik anak puan supaya ingat dan sayang ayahnya dan banyakkan doa kepadanya, didik jadi anak yang soleh kalau boleh hafiz alquran. Dan puan banyak beristighfar dan doa supaya Allah ampunkan puan, bukan hak manusia untuk tentukan. Semoga puan dan keluarga dirahm4ti Allah swt.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.