Dulu gaji aku besar, aku bagi duit, bawa mertua jalan-jalan. Bila aku menganggur, duit pun kurang, tiba-tiba mertua benci aku. Datang rumah aku pun taknak

Dulu aku tempat mertua luah perasaan, paling disayangi. Bila aku dah tak berduit, terus jadi menantu paling dibenci, siap kena buang group Whatsapp. Baru ni aku ajak mertua datang rumah nak sambut harijadi anak, dia bagi alasan demam. Tapi kami dapat tahu mak mertua ada..

#Foto sekadar hiasan. Hi min. Tolong hide profile ya. Aku nak minta pendapat atau nasihat sebagai kekuatan kepada aku. Aku dah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 2 orang anak perempuan. Di awal perkahwinan, aku bahagia bersama keluarga mentua.

Kami selalu bawa mak dan ayah mentua berjalan – jalan kerana ketika tu, alhamdulillah, gaji aku besar, mampu tambah pendapatan suami aku. Keadaan aku dengan ipar duai juga baik. Mak dan ayah mertua tinggal di utara, kami dari Kuala Lumpur kerap balik menjenguk mereka walau kadang – kadang duit hanya cukup – cukup sahaja.

Kisah silam keluarga mentua agak menyedihkan kerana terdapat cucu tak sah taraf dalam keluarga tu, ada ipar duai yang bercerai berai dan g4ntung tak bertali. Ini menjadikan mak mertua sentiasa meluahkan rasa sedih, risau kepada aku.

2 tahun kemudian, aku diberhentikan kerja dan menganggur. Aku dan suami sudah mula jarang balik ke kampung dan membantu keluarga mentua kerana kami pun hanya cukup – cukup sahaja. Sekiranya ada lebih, kami tetap beri kepada mentua.

Sejak tu, kakak ipar kerap muat naik status di Facebook mengata kami macam – macam dan aku adukan kepada mentua, katanya kami ni buruk sangka. Mentua yang dulu rapat dan baik dengan saya tiba – tiba turut bencikan kami.

Kejadian sebelum kahwin terus diungkitnya. Halnya ialah suami berhutang dengan abang ipar walhal abang ipar juga berhutang dengan suami. Tetapi kakak ipar yang terlebih lebih memerli kami. Kami tetap mohon maaf kepada semua.

Ingatkan benda ni dah tamat, suatu hari adik ipar menghantar mesej menghentam kami berdua. Menuduh kami macam – macam. Mengatakan aku b0moh suami aku, sehingga mak mentua aku kata tak menghalalkan susu yang mengalir ke tubuh suami aku.

Aku str3ss sampai aku tumpah d4rah dan baru tahu aku mengandung masa tu. Malas nak panjang cerita, kami minta maaf juga walau bukan salah kami. Tapi mentua tetap tunding salah ke arah kami. Kami cuba berdamai, tanya mentua apa salah kami, tapi mentua tak pernah sekali pun jawab.

Aku mengandung dalam keadaan yang sangat str3ss sampai terfikir nak gugurkan kandungan ketika tu. Suami sangat – sangat tersepit dengan masalah ni. Di antara aku dan ibu bapanya. Aku sampai tahap dah tak boleh terima apa yang mereka buat.

Sampaikan WhatsApp group keluarga pun takde kami berdua. Bila suami tanya, katanya kami yang keluar group tu dan kami membuang keluarga. Anak kedua aku lahir dan mempunyai beberapa masalah kesihatan. Tapi keluarga mentua langsung tak ambil peduli. D4rah daging mereka sendiri.

Ketika tu, mereka nak datang menjenguk pun tak. Sedangkan kalau cucu yang lain, dengar kata batuk terus datang menjenguk. Kadang – kadang terlintas dalam fikiran, mentua memang tak sukakan kami ke. Anak – anak pun jarang berjumpa dengan atuk opah mereka.

Bila kami balik ke kampung, mak mentua tak pernah pun teruja atau menyambut kami. Seolah – olah tak hairan pun. Sekarang anak – anaknya yang lain dah senang. Mentua rajinlah datang ke Kuala Lumpur, tinggal di rumah abang ipar.

Tak pernah pun nak datang rumah kami walau diajak banyak kali. Yelah, rumah kecil. Kami hanya berjumpa di rumah abang ipar. Baru – baru ni, suami telefon mentua tanya khabar. Katanya demam. Suami saja tanya, tak datang Kuala Lumpur ke.

Katanya tak dapat datang dalam masa terdekat sebab demam. Kami merancang untuk buat sambutan hari lahir anak kedua kami jadi suami saja pelawa. Tetapi mentua demam, tak apalah, lagipun utara ke Kuala Lumpur jauh perjalanannya.

Selang 3 hari, mentua suruh kami datang rumah abang ipar, tapi kami tak boleh datang kerana kerja dan sibuk menyiapkan persiapan untuk sambutan hari lahir anak kami. Terk3jut juga bila dapat tahu mentua dah ada di Kuala Lumpur.

Mentua memang sudah sedia maklum dan apa salahnya kalau datang ke rumah kami. Namun kami tetap jemput mentua untuk datang ke rumah kami. Katanya ada hal lain dan tak dapat datang. Keesokan harinya kami dapat tahu, rupanya mentua datang Kuala Lumpur sebab nak buat k3jutan untuk sambut hari lahir abang ipar. Luluh hati kami berdua.

Aku menangis sekuat hati, luluh h4ncur berkecai perasaan aku. Suami hanya diam membisu. Kalau kau di tempat aku, apa yang kau buat. Perlu ke kami pergi jauh dari keluarga mentua? Sebenarnya aku dah tak mampu nak bersabar dan terima semua ni.

Tapi tetap bersabar dan terus bersabar. Aku sampai terfikir nak terus jauhkan diri dari mereka. Aku buat baik pun tak dipandang. Buat jahat mestilah salah. Sedih hati ni dah tak tertanggung lagi. Allahuakbar.

Ulasan Pembaca :

Nor Khusana : Dah sedar orang belah sana boikot kau sekeluarga, tak perlu tersua – sua. Tarik diri dan buat hal sendiri. Padam dan sekat semua talian. Tak kisah jika mereka kecam, tak itu pun kau tak buat apa – apa tetap kena kecam juga. Sekarang kau susah dan tak bekerja, belah sana tak suka sebab dah tak ada taburan hadiah dan wang ringgit. Tunggu kau bekerja semula, dah senang, dengan sendiri mereka datang. InsyaAllah.

Issa Yanggang : Apa la nak sedih sangat. Kalau aku lah kan, aku block semua. Langsung tak nak tahu hal mereka. Kalau betul mereka anggap kau keluarga, mereka tetap bersama kau. Susah ke senang ke, bukan waktu senang saja. Jaga keluarga kau tu elok – elok. Pandai la mentua tu cari kau kalau dah insaf.

Faiezah Abdul Karim : Macam aku, aku tak simpan pun nombor mentua dan ipar ipar. Di Facebook pun tak tambah. Sebabnya tak nak jadi macam ni lah. Tapi kalau ada apa apa hal dengan keluarga mentua, tunggu suami beritahu. Kalau tak ada, aku pun tak tanya apa – apa. Kau abaikan saja mereka tu. Janji kau dah jemput mereka datang majlis kau. Nak datang atau tak, terpulang pada mereka. Sekarang kau jaga diri, anak – anak dan suami tu saja. Kuatkan diri ya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :