Baru lima bulan kahwin, Nina pergi tinggalkan aku selamanya. Kini aku seorang Duda

Arw4h mak nak sangat aku kahwin dengan Nina. Aku buat solat istikharah, apa yang aku nampak adalah wajah arw4h mak. Sebelum berkahwin pegawai agama panggil aku dan Nina masuk dalam bilik dia, terk3jut bila tahu apa yang Nina cuba sembunyikan dari aku. Nina menangis teresak – esak..

#Foto sekadar hiasan

Bila baca confession, banyak pulak cerita yang menunjukkan kesampahan lelaki. Suami curang dengan jiran, suami pukuI isteri, suami tak straight, sesak jiwa aku. Jadi, rasa terpanggil nak kongsi cerita aku di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa takut dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Aku Din. Tahun ni umur 30. Aku duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. Arw4h isteri aku biarlah aku namakan sebagai Nina. Aku dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak aku.

Mak aku suka sangat dengan Nina. Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya.

Bila mak kata nak jod0hkan aku dengan Nina, aku serba salah. Sebab aku dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama – sama kat U, tapi dia junior aku. Aku panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab aku plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar. Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, aku macam blur kejap. Mak asyik push aku untuk cuba kenal dan kawan dengan Nina. Sebab mak dah berkenan sangat.

Pendekkan cerita, sebulan lepas mak sampaikan hasrat nak bermenantukan Nina, mak aku meninggaI. Mak memang dah lama s4kit. Akulah yang jaga mak selama di hospitaI. Mak kenal Nina sebab berjiran katil kat hospitaI. Bila Nina melawat mak dia, berbual-buallah dengan mak aku. Tu yang suka sangat dengan Nina. Lagi pulak mak aku ingat aku memang tak ada sesiapa, lagiIah mak aku nak sangat kami kahwin.

Lepas mak pergi, aku buat istikharah. Aku tak nampak Nina, tapi aku nampak mak. Setiap kali buat istikharah, aku nampak mak. Sebak giIa rasa sebab aku memang ikhlas dan sayangkan Ita. Tapi istikharah tu?

So aku ikut jawapan istikharah. Aku pilih Nina. Ita menangis teruk. Ita kata aku kena sihir Nina sebab aku sanggup tinggal Ita yang dah bertahun bercinta demi Nina, seorang anak dar4 tua. Entah. Aku pun tak tahu nak explain apa kat Ita.

Ita minta aku pergi berubat dan dia sanggup tunggu sampai aku sihat balik, tapi dia minta aku jangan kahwin dengan Nina. Aku pesan kat Ita, jangan tunggu aku. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan aku. Macam drama pukul 7. Tapi aku memang nak dia bahagia walaupun tanpa aku.

Persiapan pun dibuat. Meriah giIa. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia exc1ted sangat dan nak buat majlis grand kiranya. Aku ikutkan jek. Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin.

Biasanya, sampul keputusan ujian dar4h akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu aku dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil aku masuk bilik dia & terb0ngkarlah segala kisah. Nina HIV+. Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta aku fikir baik – baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada aku nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Bila masuk kereta, aku tengok Nina. Tapi aku tak tahu nak cakap apa. Nina minta maaf sesungguhnya. Nina kata dia bod0h sebab dia ingatkan dia boleh tipu aku tentang ini. Nina lupa yang ada ujian dar4h segala sebab dia hanya nak tutup mulut makcik – makcik bawang yang sibuk tanya bila nak kahwin sedangkan hakik4tnya dia tak patut kahwin pun.

Dah tu, aku pak sanggup ke? Ya Tuhan. BaIa apa pula kali ni. Aku rasa frust sangat. Jawapan istikharah ni membawa aku kepada musibah ini ke? Aku buntu. Nina cakap, terpulang kalau aku nak batalkan majlis. Lagi sebulan. Nak batalkan? Nak cakap apa kat keluarga? Aku tanya, parents Nina tahu tak pasal ni. Nina kata, tak ada siapa yang tahu.

Aku teruskan. Aku tak tahu kenapa Tuhan lorongkan hati aku ke pilihan ini. Serius. Bila fikir – fikir balik, macam giIa juga keputusan aku ni. Sepanjang perkahwinan, lepas solat berjemaah, doa kami adalah supaya urusan kami dipermudahkan, tak kira apa jua kesudahannya. Aku ajar Nina solat, mengaji.

Nina cakap dia suka aku sebab dia selalu dengar aku mengaji untuk mak aku masa di hospitaI. Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak aku supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak m4ti mend3rita sorang – sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+.

Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati aku ni memang ikhlas bukan berIandas nafsu semata. Sem4kin hari, aku nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang dan tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk. Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh – sembuh.

Sehinggalah dia s4kit terlantar, aku yang jaga Nina sepenuhnya. Kawan – kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas aku mandikan Nina, dia kata dia s4kit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Aku papah dia ke bilik air. Lepas siap, Nina kata dia sejuk sangat. Aku selimutkan Nina & masa tu lah Nina nazak depan mata aku. Tiba – tiba.

Nina sempat minta maaf sebab seolah dia dah ani4ya hidup aku dan ucap terima kasih banyak kali sebab jaga dia sampai akhir hayat. Nina pergi macam tu jek. Mudah. Tenang. Aku terkelu kejap. Tak tahu nak rasa apa. Nina pergi bersama 4ibnya yang tertutup rapat. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat h4mbaNya.

Oleh sebab Nina masih muda dan tak ada history s4kit teruk, so kena buat post mortem untuk claim insurans. Mulanya aku tak nak bagi sebab aku risau kecoh pulak tentang punca s4kit Nina yang sebenar. Tapi keputusan post mortem menunjukkan yang Nina kena Tibi (batuk kering) sebab pekerjaan Nina yang selalu keluar negara. Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah aku duda muda.

Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar aku untuk tutup 4ib dan jaga Nina ke hujung nyawa. Andai itu takdirNya, aku redha. Semoga Allah tutup juga 4ib aku dan berikan aku ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhir4t.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Aku tak galakkan korang buat keputusan seperti aku sebab aku rasa kisah aku ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah aku nak kata aku ni jejaka beriman ke apa. Cuma mungkin ini ujian untuk aku dan alhamdulillah aku berjaya tempuh hingga ke hujung cerita.

Now aku dalam proses nak menenangkan diri. Semoga cerita aku akan jadi semangat buat wanita – wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.

– Din (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Labu Joe

Alhamdulillah ada cerita baik – baik tentang lelaki. Ramai lelaki baik di luar sana cuma nampak buruk sebab hanya kisah buruk yang dipaparkan. Orang lelaki lebih gemar pendam berbanding perempuan suka bercerita.

Zuleyy Schuzaini

Semoga dirahm4ti di dunia dan di akhir4t. Untuk semua bagiIah sokongan pada sesiapa sahaja yang menghidapi H1V. Pastikan mereka mendapat rawatan dan galakkan mereka mendapatkan rawatan di klinik – klinik kerajaan. Sebab rawatan sedia ada dapat membantu penghidap H1V untuk lebih sihat dan ubat yang digunakan dapat memastikan virus tidak aktif dalam badan, supaya mereka dapat hidup seperti manusia normal, berkahwin dan mempunyai anak. Rawatan HAART sangat membantu penghidap H1V ni.

Noor Hazwani Mazlan

Banyak kali baca cerita pasal lelaki curang, lelaki tak guna, lelaki panas baran. Tapi bila baca confession ni, rasa lega sikit sebab Alhamdulillah wujud lagi lelaki yang baik. Moga Allah hadirkan lelaki yang baik dan bertanggungjawab buat saya dan sesiapa yang masih mencari pasangan hidup.

Rosdiana Ramli

Tutup betul 4ib arw4h Isteri awak yer even… Awak tak kenal pun dia sebelum Kahwin. Sanggup awak jaga dia dan 4ib dia sebaik ini. Dan saya tak tahu sama ada awak pernah “bersama” isteri awak atau tidak selama 5 bulan perkahwinan tu. Cuma saya harapkan awak pergi klinik dan check diri awak. Awak akan diberikan ubat sebagai prec4utions rebakan H1V. Semoga awak terpelihara.

محمد شاهيدان

Saya ada kenalan yang H1V+. Terkena sebab dad4h. Sudah lama dijemput ilahi.

Belajar sekolah agama. Bacaan al-Quran dia bagus.. banyak juga surah hafazan. Tapi sebab keluarga dan pengaruh rakan.. terjebak jua..

Arw4h kena tangkap dan masuk pusat serenti. Emaknya meninggaI masa dia dalam pusat serenti. Arw4h sangat insaf. Mampu henti ket4gihan dad4h dengan sendiri. Jadi imam di surau pusatnya. Sehinggalah arw4h dapat keluar awal.

Bekerja bersungguh – sungguh merata negeri tapi dibuang selepas tahu dia bekas pen4gih.

Masa tu ada gadis tergiIakan arw4h. Arw4h menolak dengan baik. Namun, gadis dan kelurga tersebut berkeras.

Akhirnya kahwin. Dapat anak sorang.

Semasa anak masih kecil, arw4h s4kit tenat. Dalam kes4kitan menghampiri ajaI.. mulut arw4h tak berhenti berzikir. Malah menegur siapa – siapa yang salah baca Al-Quran.

Selepas menghembus nafas terakhir. Arw4h diuruskan oleh hospitaI. Apa yang ajaibnya. Allah maha kuasa. Isteri dan anaknya bebas H1V.. Isterinya sudah berkahwin lain. Ada anak 2 orang. Anak arw4h dah sekolah menengah. Allah maha besar. Allah maha pengampun. Allah maha memakbulkan doa orang bertaubat.