Suami jenis panas baran, jika aku masak sesuatu yang dia tak suka. Dia tak malu untuk buang. Jadi aku akan masak ikut selera dia. Jika air minum telalu panas, dia curah ke sinki. Semalam hanya kerana telur rebus kulitnya melekat waktu di kupas. Leb4m dahi aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku insan tak bernama. Aku dulunya jenis orang yang sentiasa positif, ramah dan banyak kawan. Selalu makan angin di dalam dan luar negeri. Namun semua itu berubah setelah aku bernikah.
Aku nikah diwaktu dah berusia. Sebenarnya aku rasa tak bernikah pun ok. Hidup dah serba cukup. Tapi kerana aku lihat calon suami aku waktu itu bersungguh untuk bernikah. Aku rasa, jika dah sampai waktu siapa kita nak meIawan takdir.
Sebelum nikah aku lihat ada beberapa red flag pada suami aku. Contohnya akan tiba – tiba guna perkataan kesat dan tak sensitif pada orang sekeliling. B0dohnya aku, awal aku pikir aku boleh ubah sikapnya. Dan aku malu untuk membatalkan pernikahan kerana semua orang dah tau. B0dohnya aku, kerana takut malu.
Hidup berumahtangga tak seindah yang aku pikir. Kerana aku datang dari keluarga besar, kami biasa bersikap bertolak ansur dalam semua hal. Tetapi bukan untuk suami aku. Dia hidup sebatang kara, tiada istilah tolak ansur.
Sentiasa defensif kerana tak suka dibuIi katanya. Aku dilabel b0doh kerana selalu bertolak ansur dengan semua orang. Baru sehari nikah aku dah dim4ki kerana katanya keluarga aku tak suka dia. Katanya keluarga aku tak suka aku bernikah kerana duit aku banyak. Keluarga aku tak suka dia menumpang harta aku.
Dia berg4duh dengan adik aku sampai sanggup sabotaj rumah keluarga aku yang kami tumpangi. Alasannya, apa yang dia rosakkan adalah apa yang dia buat untuk aku dulu. Bukan untuk keluarga aku. Aku menjeruk rasa tapi untuk bercerai pada usia pernikahan beberapa hari sangat memaIukan buat aku.
Dari awal dah wujud konflik antara dia dengan keluarga aku. Dan aku menjeruk rasa kerana aku sayang keluarga aku. Tapi aku kena hormat suami. 2 minggu nikah, dia berhenti kerja atas alasan bos dia buIi dia. Padahal bos dia merayu – rayu minta dia datang kerja.
Bermulalah episod aku bekerja dan dia duduk rumah. Awal nikah aku jadi pemandu grab. Dia duduk rumah tunggu aku balik masak. Pand3mik belum muncul dan rezeki aku murah.Walau hanya bawa grab aku mampu bayar kereta dan rumah sewa. Kemudian aku dapat kerja tetap.
Beberapa bulan kemudian c-19 muncul dan PKP pun muncul. Walau dalam musim pkp, kami masih cukup makan berkat syarik4t tempat aku bekerja masih beri gaji. Dan dia masih tidak bekerja dengan alasan kerja bidang dia susah dibuat sewaktu PKP. Aku bersabar.
Dia jenis panas baran, jika aku masak sesuatu yang dia tak suka. Dia tak malu untuk buang. Aku sedih itu rezeki. Jadi selepas itu aku masak ikut selera dia. Dah lama aku teringin makan ikan pekasam, ikan masin tapi kerana dia tak suka, aku mengalah.
Jika air minum telalu panas, dia curah ke sinki. Padahal tunggu sekejap kan boleh dingin air tu. Perg4duhan dengan keluarga aku sering terjadi sekiranya aku menegur dia dengan menyebut nama emak atau ayah. Aku cuba nak bentuk dia jadi suami yang boleh bertimbang rasa dengan mertua.
Tapi dia tak akan teragak – agak menyer4ng emak aku dengan kata – kata kesat. Aku serik. Keluarga aku selalu ingat aku taat suami sehingga buang keluarga. Tetapi apa yang keluarga aku tak tau adalah aku selalu dipukuI jika aku membela keluarga aku.
Keluarga aku benci aku kerana dia. Tapi mereka tak tau apa yang kau lalui demi melindungi keluarga aku. Rumah ku, aku dulu janjikan kepada emak ayah untuk mereka duduk. Tiap kali apabila kami susah, dia suruh aku jual rumah tu.
Aku enggan kerana aku pikirkan ayah yang dah tua. Dia kata bukan tugas anak perempuan untuk bantu keluarga. Tapi ini keluarga aku, emak ayah yang besarkan aku. Apabila aku mempertahankan prinsip aku, pasti dapat tumbvkan di kepala.
Ya kami berg4duh dan aku akan m4ki – m4ki dia. Kerana masalah duit terjadi kerana dia yang tak mau kerja. Jika dia berkerja pasti kami hidup senang. Nak harap gaji seorang untuk tanggung segalanya adalah must4hil untuk hidup senang.
Dia.. entah berapa ratus syarik4t aku tolong dia mohon kerja. Dipanggil untuk interview, dia suruh aku hantar dia pergi dengan alasan ada isteri lebih semangat. Ok aku turutkan sampai sanggup minta cuti separuh hari.
Sampai di depan pejabat untuk interview, dia tak mau masuk. Ya ini benar. Dengan alasan, dia rasa syarik4t ni tak mampu bayar gaji, sc4mmer, penipu atau nak makan tenaga orang. Awal – awal aku iyakan. Lama – lama aku jadi muak.
Duit aku habis buat isi minyak. Gaji kena p0tong tapi tiada hasil. Tau nya ajak aku bersiar – siar tanpa pikir duit semua datang dari mana. Sehingga hari ini masih belum bekerja. Dan aku yang menanggung semua. Duit kereta, duit rumah dan hutang – hutang aku yang lain terp4ksa skip – skip bayar.
Mungkin aku akan hilang rumah dan kereta dalam masa terdekat. Sejak aidilfitri dia s4kit. S4kit yang tak boleh bergerak. Walau s4kit masih juga cari g4duh dengan jiran. Sampai kena halau dengan tuan rumah. Ini bukan kali pertama kena halau.
4 tahun nikah, dah 5 kali aku pindah. Semua kerana dia berg4duh dengan jiran – jiran. Apabila aku tegur sikap dia, dia kata dia berg4duh kerana aku ni b0doh. Terlalu ramah dengan jiran sampai orang ambil kesempatan.
Kesempatan apa?? Dia tak jawab. Pokok nya.. semua perbuatan orang adalah salah di mata dia. Sekarang berkat aku bawa dia ke hospitaI selalu. Alhamdullilah dah boleh jalan. Tapi masih belum mau bekerja dengan alasan masih s4kit sikit.
Kena tumbvk tu dah biasa. Cermin mata pecah dah banyak kali. Rasa sejak nikah dah 8 kali aku ganti cermin mata. Bukan tak pernah report polis. Yang polis tanya aku. G4duh – g4duh macam mana aku main? Dia tanya nak tangkap suami aku?
Aku jawab ya. Dia beritahu nak buat hal macam ni bukan mudah. Hujung – hujung suruh aku balik dan berbaik dengan suami. Disuruh batal report dan rujuk ke mahkamah syariah. Jika suami aku normal seperti orang lain ini adalah mudah.
Tapi suami aku tak normal. Ada giIanya. Dia tak malu – malu untuk berg4duh di tempat awam. Waktu pkp dulu kami pun pernah berg4duh sampai aku guna lawyer nak tuntut cerai. Tapi PKP membvnvh semuanya. Mahkamah tutup.
Dan kes aku terbiar sepi. Mungkin mereka pikir aku dah berbaik. Kerana aku ingin tuntut cerai lah aku kena pukuI. Masa tu di dalam kereta di tempat parking depan mahkamah syariah. Setelah itu, dim4ki emak ayah aku.
Katanya orang tua aku yang menghasut aku minta cerai. Ditambah lagi katanya keluarga aku menyih1r kami untuk berpisah. Yang dia tak pikir adalah. Sikapnya sendiri yang membuat aku jadi begini. Setelah reda. Dia minta maaf. Janji tak akan ulang sikap buruk nya.
Tapi masih tak berubah lah. Kaki betina. Flirt dengan perempuan sana sini di medsos. Sanggup bayar untuk langgan Omi. Mesej Iucah kepada perempuan lain. Ada yang layan, ada yang tak mau layan. Aku menjeruk rasa.
Sampai sekarang masih sebut kebaikan bekas tunang dia yang telah meninggaI dunia. Aku ni dinikahi cuma untuk tanggung hidup dia. Kenapa aku masih dengan dia? Kerana aku b0doh. Aku tiada tempat nak dituju. Keluarga aku benci aku kerana dia. Padahal mereka tak pernah tau apa yang kau lalui.
Mereka sanggup biar orang luar marah dan ugvt aku depan mereka. Puas hati mungkin. Ingat ini anak derh4ka yang taat suami. Kenapa aku tak besar – besar kan hal ni? Suami aku tak tau. Tiap kali dia marah aku kerana berbual dengan orang tu padahal dia tak tau apa yang aku lalui waktu itu.
Kerana aku tau suami aku tak akan malu untuk ser4ng mereka. Aku tak mau ayah yang s4kit bertambah s4kit. Cukup lah dulu ayah menangis kerana sikap suami aku hingga aku tak diakui sebagai anak dan dih4ramkan untuk jejak kan kaki ke rumah keluarga aku.
Sekarang aku benar hidup tersepit. Pindah randah membuat kan aku tak cukup duit selalu. Duit deposit rumah sewa tak murah. Pernah kami tidur di dalam kereta di tepi kedai – kedai sementara tunggu gaji keluar untuk dapat sewa bilik.
Selalu selepas dihalau oleh tuan rumah, dia akan cakap. Orang dengki kepada kami. Orang jahat. Tak pernah sekalipun dia muhasabah diri. Apa yang terjadi berpunca dari diri sendiri. Jika aku buka suara cakap punca terjadi perkara begini, aku dapat m4kian carut marut hingga mak ayah aku pun dim4ki padahal orang tua aku dah tak campur urusan hidup aku.
Aku dah kena buang oleh keluarga. Dia ja yang tak tau. Kerana jika dia tau. Dia akan suruh aku jual rumah aku tu. Pasti dia akan cakap. Orang dah tak suka kenapa nak dibantu. Selalu dia marah aku. Katanya aku pilih hidup susah padahal aku boleh senang dengan jual rumah aku.
Aku tak suka kerana aku rasa itu harta aku. Jika dia nak hidup senang dia kena tunjuk usaha. Takkan tiap kali nak aku tanggung hidup dia. Salahkah aku pikir begini? Tiap kali berg4duh dia ugvt nak ceraikan aku. Aku setuju.
Tapi dia tak mau ceraikan aku pun. Siapa nak tanggung hidup dia? Dan aku tak berani nak lari dari dia. Jujur.. Aku tak tau aku nak melangkah ke mana. Semalam hanya kerana telur rebus kulitnya melekat waktu dikupas. Aku kena tumbvk di dahi kerana katanya makanan ini layak untuk binatang.
Dia halau aku dari bilik sewa kami. Aku memang pikir aku nak lari. Aku nak ambil baju dia tak bagi. Lepas 1 jam dia wasap suruh aku balik. Aku balik kerana aku tak ada apa. Aku tak tau aku nak pergi mana. Dengan dia yang giIa, aku tak mau dia ser4ng kawan – kawan sekerja jika aku betul lari.
Aku buntu. Kawan – kawan pun tak tau kisah aku. Aku simpan rapat dari semua orang. Masa satu jam tu, aku telusuri contact aku dalam handphone. Aku tak jumpa satu pun yang boleh aku minta tolong. Keluarga? Cukup lah orang dah benci. Kawan? Aku tak ada kawan. Pernikahan ini membuatkan aku hilang semua. Aku hilang kawan hilang saud4ra.
Aku pernah pikir nak lari ke negeri lain. Tinggalkan semua. Tapi kadang – kadang aku takut dia ser4ng tempat kerja aku. Bos aku baik. Aku tak mau dia dapat susah. Suami aku giIa. Cara dia pikir tak macam orang normal. Aku rasa aku pun dah boleh pikir dengan normal.
Bvnvh diri? Selalu hadir dalam pikiran aku. Tapi bila aku pikir macam ni, aku ambil wuduk, aku baca yasin. Aku berdoa banyak dengan tuhan. Tapi masih belum reda ujian ini.Semoga ada hikmah dari semua ini. Aku buntu, aku taktau aku nak buat apa.
Dengan dikejar – kejar pihak bank kerana hutang keliling pinggang. Kadang – kadang pikir m4ti adalah penyelesaian kepada segalanya. Masalah hidup dah tak tertanggung. Kadang – kadang terbayang – bayang di mataku aku dik4fankan. Rasanya apabila aku tutup mata. Hilang semua masalah dunia.
Mohon bantuan dari kawan – kawan dunia maya. Aku b0doh. Tolong tunjuk kan aku jalan yang benar. Aku dah mohon dari Allah. Mungkin cara Allah tunjuk jalan adalah melalui h4mbanya yang lain. Aku mohon.. – Tak Bernama dan Mungkin Tak Bernisan (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hafizah Nasir : Geram pula kita baca wak. Balik pada family, minta maaf, cerita hal sebenar dan minta bantuan. Mereka buang sebab salah faham. Mohon puan, buat tindakan segera untuk kesihatan mentaI dan fizikaI.
Lapor polis, kalau tanya untuk apa, untuk perlindungan keselamatan. Bawak report dan bukti ke pejabat Agama. Kesan Iebam tumbvk tu semua ambil gambar. Sana insyaAllah ada boleh bantu. Mohon fasakh.
Cik Mira : Kena pukuI dengan suami, jumpa doktor tunjuk Iebam kata kesan kena pukuI dengan suami.. Mintak doktor buat surat sokongan / report. Bawak surat doktor ke polis. Buat report polis.. Lepastu, bawak report polis, pergi ke pejabat agama.
Tangkap gambar semua kesan Iebam kena pukuI. Kalau dapat rekod suara atau gambar masa kena pukuI, lagi kuat hujah. Simpan semua rekod transaksi awak menanggung biawak hidup, rumah sewa, duit dia pinjam kalau ada.
Itu semua bukti untuk fasakh. Dia tak mampu jalankan tanggungjawab. Semoga dipermudahkan urusan untuk sis. Saya faham, tak semua orang akan mampu keluar dari toxic relationship dengan mudah. Hanya orang yang pernah berada dalam keadaan tu je, akan betul – betul faham perasaan tu. Jangan toleh belakang lagi sis. Nekad, planning betul – betul dan buat semuanya satu persatu.. hugs untuk sis.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.