Baru seminggu kahwin mak mertua dah bagi tips ‘bersama’ suami. Pelik dia siap belikan piI peraancang, tanya ttg haid

Setiap hari mak mertua akan contact suami 7 kali. Setiap 7 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 5 petang, 7 malam dan 9 malam. Apa yang lagi meng3jutkan baru – baru ni terbongkar rupanya, mak mertua turut kerap mesej mak saya pada pukuI 6 pagi, pukuI 10 pagi, petang – petang sikit dan malam..

#Foto sekadar hiasan. Hai Assalamualaikum semua pembaca.. Sejujurnya saya taktahu macam mana nak mulakan cerita saya ni. Saya harap tiada pembaca yang salah faham dengan luahan saya ini. Saya Manis, baru berkahwin (hampir 2 tahun) dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 bulan.

Saya menulis luahan hati ini bertujuan ingin mendapatkan pendapat dan pandangan dari pembaca, harap tiada yang mengecam. Ceritanya begini, saya mempunyai mak mertua yang saya tak pasti “pura – pura” terima saya atau dia sememangnya ikhlas menerima saya sebagai menantu.

Saya dan suami berkahwin pada akhir tahun 2020. Dari urusan perkahwinan, kebanyakan saya dan suami yang uruskan tetapi ada juga campur tangan dari pihak keluarga saya dan keluarga sebeIah suami tapi kami ikutkan saja demi menjaga hati.

Kami bernikah dan bersanding pada tarikh dan tahun yang berbeza kerana terp4ksa mengikut tarikh yang telah ditetapkan tok kadi memandangkan PKP masih lagi berjalan pada waktu tu. Lepas kami sah bernikah, mak mertua saya tak izinkan saya untuk berjumpa suami.

Dia juga tak izinkan suami untuk tidur di rumah mak saya kerana dia kata takut kami terIanjur dan saya mengandung sebelum hari bersanding seolah macam kami ni belum SAH walhal dah SAH sebagai suami isteri. Pada mulanya, saya akur tapi sewaktu hari bersanding m4kin menghampiri nenek saya ada bertanya jika kami ada tidur sebumbung sepanjang pernikahan jadi kami memberitahu nenek saya yang kami belum tidur sebumbung.

Nenek saya mengatakan tidak mengapa jika ingin tidur sebumbung kerana sudah SAH dan HALAL. Tapi sebaliknya, mak mertua saya tak izinkan kami langsung walhal mak saya sendiri tertanya tanya kenapa suami saya tidak datang tidur di rumahnya selepas kerja. Hmmm..

Maka, hari bersanding telah pun berlalu. Kami pula telah berpindah ke rumah sewa selepas hari bersanding dan memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri. Sebenarnya mak mertua saya tak suka kami menyewa sebab dia kata membazir.

Dia suruh kami duduk dengan dia atau duduk dengan mak saya sebab dia kata rumah mak saya banyak bilik kosong (kakak saya ikut suami duduk dan kerja di melaka). Dia kata kalau duduk rumah mak saya, makan minum terjaga.

Hmmm ingat mak saya orang gaji ke? Sebulan pertama sepanjang perkahwinan kami, mak mertua saya setiap hari dan setiap masa akan whatsapp suami saya bertanyakan macam – macam hal. Pada mulanya saya okay saja mungkin kerana dia rindu anaknya tapi m4kin lama m4kin mengganggu kehidupan rumahtangga kami.

Seminggu pertama perkahwinan kami balik ke rumah mertua. Mak mertua saya telah memesan banyak kali (bisik) kepada saya jika lepas “bersama” dengan suami, saya kena k3ncing dan bersihkan betul – betul dengan air di bahagian tersebut. Saya iyakan saja.

Dan lepas saya dah siap – siap nak balik rumah kami, tiba – tiba mak mertua saya panggil saya ke dapur dan memberikan saya PIL PERAANCANG untuk 3 bulan. Saya mula – mula macam blur tapi saya ambil je pil tu demi menjaga hati mak mertua dan mengiyakan je apa dia cakap.

Dia kata awal – awal kena makan pil ni supaya tak lekat anak cepat. Kalau lekat anak cepat nanti macam – macam kena fikir. Sejujurnya, saya dan suami sememangnya sudah berbincang pasal hal anak ni sebelum kami berkahwin.

Kami memang merancang untuk mendapatkan anak. Bermaksud kami nak stabilkan dulu ekonomi rumahtangga baru kami akan fikir soal anak. Bukan menolak rezeki tapi merancang kestabilan hidup. Saya tak bagitahu suami lagi pasal pil tu.

Bila dah balik rumah baru saya bagitau. Kemudian, bila dia dapat tahu, dia suruh saya buang je pil tu jangan makan langsung. Dia suruh saya pura – pura dah makan bila mak mertua tanya. Tapi saya tak buang, saya simpan just incase mak mertua saya dok tanya – tanya.

2 bulan berlalu, mak mertua saya masih lagi contact suami saya setiap hari. Setiap 7 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 5 petang, 7 malam dan 9 malam. Bukannya suami saya tak call mak nya tapi mak nya asyik contact anaknya.

Saya okay dia nak whatsapp anaknya tapi kalau 10 kali sehari asyik tanya hal yang sama dan setiap hari pulak, siapa tak rimas. Kalau mak mertua whatsapp saya pulak, dia memang wajib tanya pasal pil perancang dan akan nasihatkan saya untuk tak mengandung awal.

Dan pesan lepas “bersama” kena bla bla bla. Sampai satu tahap, saya dah tak boleh tahan. Saya luah dekat suami pasal benda ni. And Alhamdulillah suami saya memahami saya dan dia pun balik rumah mak dia dan bincang secara baik dengan mak dia untuk tidak lagi terlalu whatsapp dengan kerap kerana kami berdua memang akan selalu je call dia.

Mulanya mak mertua saya tak okay tapi dia akur. Selepas settle hal suami berbincang dengan maknya, saya fikir dah settle la. Rupanya tak. Bila saya balik sana, dia akan selalu bisik dekat saya bila suami takda pasal hal keIamin dan pasal anak.

Selalu akan pesan jangan mengandung awal. Dan akan bagi PIL PERAANCANG tambahan untuk lagi 3 bulan. Saya pura – pura iyakan saja apa yang mak mertua saya cakap untuk menjaga hati walaupun saya dah str3ss sangat bila dia terlalu menyibuk hal rumahtangga saya dan suami.

Bukan tu je, setiap kali balik sana dia akan suruh kami balik rumah dia kerap. Kami ni kerja 6 hari seminggu, cuti pun sehari je. Time cutilah nak spend time dengan suami. Demi tak nak dik4takan menantu derh4ka, saya akur je balik waktu hari saya bekerja dan bermalam di rumah mak mertua.

Yang saya rasa kesal, suami dah tegur secara berdepan tapi masih tak berubah. Dia tetap akan mengarah arahkan kami macam – macam seolah kami ni budak sekolah. Hari demi hari, saya bersabar sehinggalah sampai saat saya lewat datang period selama 2 minggu.

Saya dan suami plan untuk upt test kat rumah dulu, so saya pun buat test and memang double line. Esok pagi saya pergi kIinik, dan memang doktor sahkan saya pregnant 5 minggu. Mula – mula saya macam takut, tak ready sebab terkenangkan mak mertua saya memang tak suka saya mengandung awal tapi dah rezeki saya terima dengan seikhlas hati.

Saya dan suami plan untuk tak bagitau sapa – sapa lagi tunggu sehingga kandungan cecah 8 minggu. So dah cukup 8 minggu, kami pun bagitau mak saya dulu. Mak saya memang happy dan excited sebab dia memang nak cucu sebab baru ada sorang cucu anak kakak saya.

Kami berdua tak terus bagitau mak mertua sebab nak tunggu balik rumah dia baru bagitau. So kami pun balik la rumah mak mertua. Malam tu time makan malam, suami saya pun bagitau la pasal saya pregnant. Reaksi pertama mak mertua saya dia senyap pastu bila suami saya tanya kali kedua, “mak, mak nak dapat cucu baru ni..!”

Dia tetiba terk3jut dari lamunan kot and tetiba melatah “oh TERMENGANDUNG” pastu dia macam sedar yang saya tengok dia, dia terus cover cakap “oh Alhamdulillah tahniah”.. itu je. Takde pun tanya macam – macam dan memang dia tak nampak excited langsung. Dia terus tukar topik pasal hal lain.

Esoknya waktu kami nak balik baru dia sebut – sebut dan bisik dekat saya pasal pil peraancang yang dia bagi saya. Tapi saya mengelak sebab suami saya dah pesan untuk elak bila mak mertua tanya dan pura – pura tak dengar je.

Pada awal – awal saya mengandung, saya diuji tetiba ada keluar spotting dari bawah. Jadi saya pun pergi hospitaI dan kena warded. Dan dapatlah mc seminggu untuk berehat kat rumah dan tak boleh buat kerja berat dan kena kurangkan bergerak.

Tapi mak mertua saya kerap whatsapp suami asyik tanya bila nak balik rumah dia padahal baru je balik. Memandangkan keadaan saya yang baru je nak pulih, suami dah jelaskan baik – baik dekat mak mertua tapi mak mertua saya tak faham dan tetap mem4ksa kami.

Jadi untuk puaskan hati dia, kami balik jugak. Dan ada suatu hari tu saya balik rumah mak mertua untuk bermalam. Malam tu ada lepak – lepak dengan dia dekat ruang tamu. Time tu suami saya solat isyak. Dia ambil kesempatan tanya bila period terakhir saya.

Saya pun bagitau la dia tapi saya tipu – tipu sikit. Kenapa saya tipu – tipu? Sebab bila setiap kali balik rumah mak mertua mesti akan period. Tapi beberapa kali jelah. So, lepas dia tanya saya bila last period, dia buat kira – kira.

Rupanya selama ni dia dok kira bila saya last period sebab dia nak tetapkan masa untuk beli saya PIL PERAANCANG. Tapi sebab saya pregnant, dia stop beli. Dia macam kecewa sebab pil peraancang tu tak berkesan untuk buat saya tak mengandung.

So hujung tahun lepas saya diuji positif ketika pregnant. Bila mak mertua dapat tahu, dia macam nak salahkan saya sebab tak pandai jaga diri sampai kena jangkitan sebab waktu tu kami pergi bercuti. Padahal kena jangkitan time kat tempat kerja.

So saya pun warded 5 hari dan suami kuarantin kat rumah. Dalam saya tengah kuarantin, boleh pulak dia suruh kami balik sana sebab dia kata dah lama tak jumpa padahal baru 2 minggu tak jumpa.. hmm.. So, bila saya dah bersalin dia g4duh pulak bab nama anak saya tapi kisah pulak saya, anak saya sukahatilah saya nak letak nama apapun asalkan maksudnya baik – baik kan..

Bila saya dalam pantang, dia pesan kat suami saya nanti dah cukup 2 minggu datang rumah mak pulak. Aduhai saya baru dalam pantang dah atur – atur suruh pergi sana pulak macam dia boleh jaga saya padahal dia kerja.

Tapi mak saya berkeras dekat suami saya untuk tunggu bagi betul – betul cukup 44 hari baru boleh pergi sana sebab takut nanti bentan ke apa pulak. Jadi dah settle pantang. Dan saya pun dah masuk kerja. Ada masa dia p4ksa – p4ksa kami balik sana tapi kami tak balik bermalam.

Just singgah kejap – kejap je untuk dia lepas rindu main dengan cucu. Tapi anak saya mesti akan menangis kalau nampak dia. Kalau dengan pak mertua saya, anak saya okay je gelak – gelak. Alasan dia mesti sebab dah lama tak jumpa padahal kerap je jumpa.

Kalau dengan orang lain anak saya okay je. Lepas tu bila anak saya dah masuk 5 bulan, dia akan p4ksa anak saya merangkak. Setiap kali saya singgah rumah dia untuk cucu dia spend time dengan nenek dia, dia akan tanya soalan yang sama iaitu anak saya dah boleh merangkak ke belum.

Dan dia akan p4ksa anak saya duduk dalam posisi merangkak dan tolak tangan kaki anak saya supaya bergerak bagi merangkak. Every single time bila kami balik sana. Dalam whatsapp pun sama jugak dia akan tanya anak saya dah boleh merangkak ke belum.

Selagi tak merangkak selagi tu dia tanya dan akan p4ksa anak saya. Mujur suami saya tegur supaya biarkan anak saya belajar sendiri. Alhamdulillah anak saya 6 bulan lebih dah boleh merangkak. So dia dah stop tanya bab tu tapi benda lain pulak dia tanya.

Dan setiap kali balik, dia akan bisik kat saya untuk merancang betul – betul supaya tak lekat anak kedua pulak. Dia kata biar jarak setahun baru fikir anak kedua. Dalam whatsapp pun sama dia akan ulang cakap benda yang sama.

Jaga anak first ni bagi besar dulu baru fikir anak kedua. Ya, saya dan suami memang dah buat planning. Kami tahu apa yang kami patut buat. Hmm.. Satu lagi masalah, mak mertua saya tak reti memandu kereta. Dia reti bawa moto je tu pun dia kata tak berani pergi jauh – jauh.

Tapi bila saya balik sana ada je cerita dia keluar ke sana ke sini jauh – jauh bawa moto. Dia akan selalu suruh suami saya bawa dia pergi sana sini time suami saya kerja. Dia anggap suami saya boleh keluar time kerja sesukahati.

Kalau nak pegi rumah mak saya, suami sayalah kena ambil dan hantar dia. Saya okay je suami saya berbakti dekat mak dia tapi kalau kerap – kerap nak suruh bawa situ sini payah jugaklah sebab kami kan cuti sehari sahaja.

Time cuti sehari tu la nak spend time puas – puas masa dengan anak. Bila kami ambik cuti dan nak pergi bercuti pulak, mesti dia akan pertikai kenapa kami pegi berjalan. Dia risau saya ni habiskan duit anak dia padahal saya share – share dengan suami.

Bila kami nak bawa dia pergi makan – makan ke pergi jalan ke dia g4duh pening nak munt4h la apa. Taknak makan itu ini. Tapi pertikai pulak bila kami pegi berjalan kata tak bawak dia la apa. Sebab tu sekarang kalau kami nak pergi mana – mana, kami diam je tak bagitau dia sebab taknak dah ada pertikaian ke apa.

Pastu awal – awal luahan saya, saya cerita yang mak mertua saya ni jenis suka whatsapp suami setiap hari tu.. bukan dekat suami saya je, dekat mak saya pun sama. Saya taktahu bila dia dapat number mak saya. Dia ada minta number mak saya waktu kami awal – awal kahwin dulu tapi saya cakap nanti saya bagi tapi suami kata jangan bagi sebab dia tak nak nanti mak mertua saya dok kerap whatsapp mak saya.

Tapi tak dapat nak elak memang mak mertua saya kerap whatsapp mak saya. Saya sempat la staalk fon mak saya dan memang ada mak mertua saya duk whatsapp. Mak saya tak save number mak mertua saya so susah sikit nak cari chat.

Yang saya perasan, mak mertua saya akan whatsapp mak saya pukuI 6 pagi, pukuI 10 pagi, petang – petang sikit dan malam. Setiap hari atau selang 2 hari. Kadang – kadang mak saya reply, kadang – kadang mak saya tak reply.

Mungkin pembaca akan kecam saya sebab sibuk – sibuk nak baca whatsapp peribadi mak saya tapi sebab saya dan suami cuma nak tahu apa yang mak mertua saya sembang dengan mak saya. Rupanya banyak kepura – puraan mak mertua saya dalam whatsapp tu.

Dia suka buat macam saya dengan suami tak contact dia langsung. Whatsapp lama – lama sebelum saya pregnant dan waktu saya pregnant, dia suka pura – pura tanya pasal keadaan saya, sihat ke tak apa semua dekat mak saya.

Padahal saya ni seminggu 4 kali saya akan whatsapp mak mertua saya untuk tanya khabar dan sembang – sembang sikit dengan dia. Semua conversation dia dengan mak saya mesti akan tanya keadaan saya konon – konon prihatin lepas tu dia akan sebut – sebut pasal rindu anak menantu cucu la lama tak jumpa la padahal kami kerap je balik rumah mak mertua saya.

Sampai tahap, bila kami nak balik rumah mak mertua saya, saya akan update dekat mak saya yang kami nak balik sana. Pastu mak saya pulak, setiap kali saya jumpa dia ke singgah rumah dia kejap ke, mesti soalan wajib dia “tak balik rumah mak ke?” (Rumah mak mertua).

Suami saya sendiri sampai str3ss sebab mak saya asyik tanya soalan tu. Mak mertua saya selalu sangat “mengadu” konon – konon kami ni tak prihatin dengan dia sampai nenek dan mak – mak sed4ra saya perli – perli saya.

Katanya saya ni menantu h4ntu la, derh4ka la, menjauhkan suami dari berbakti dengan mak sendiri la. Dan saya rasa, pembaca pun mungkin akan ada yang kata benda yang sama dekat saya. Tapi, tiada siapa yang faham dan tahu apa yang saya rasa dan apa yang saya lalui.

Disebabkan sikap mak mertua saya yang terlalu sibuk hal peribadi rumahtangga kami sampai hal keIamin pun dia sibuk, saya kadang – kadang rasa macam nak pindah jauh – jauh. Tapi tak boleh sebab kesian dekat mak saya sorang – sorang.

Saya dah usaha macam – macam untuk ambil hati mak mertua. Belikan itu ini tanpa berkira wang ringgit tapi sikit terima kasih pun dia tak pernah cakap dengan saya sebab dia rasa yang belikan tu semua anak dia yang bayar bukan saya, walhal saya guna duit saya sendiri.

Mak mertua saya memang selalu “pura – pura” kalau melibatkan saya dan anak saya. Apa – apa dia hanya akan peduli dan kisah pasal anaknya saja. Baru – baru ni saya, suami dan anak kena jangkitan positif kali kedua. Suami saya dah call dia bagitau yang kami suami isteri positive.

Anak saya belum positive dan mak saya yang tolong jaga (mak saya tak bagi saya jaga sebab kesian kat cucu). Tapi selang beberapa hari anak saya pulak positive, so saya pun ambik semula anak saya dari mak saya. So, saya pun whastapp la mak mertua saya nak inform yang anak saya positive (kebetulan dia ada whatsapp saya dulu) dan anak saya dah ada dengan kami dekat rumah.

Dia baca dan faham je apa yang saya sampaikan sebab dia dah reply tapi bila suami saya call dia tanya baca tak whatsapp saya, dia kata tak faham apa yang saya cakap. Padahal saya dah explain detail dekat dia. Yang saya terkilan, mak saya tanya saya waktu nak hantar anak saya ke rumah saya.

“Tak bagitau mak mertua ke yang Manis pun positive?” Saya tengok suami saya, dia pun tengok saya. Kami berdua terus macam eh dah bagitau awal lagi. Siap call dah inform. Pastu mak saya macam oh okay. Macam tak percaya dengan jawapan saya tu.

Seolah – olah macam saya menipu pulak.. padahal memang suami dah call inform mak mertua saya yang mulanya suami saya positive pastu saya pulak. Tapi sebaliknya dia bagitau mak saya. Dia “pura – pura” terk3jut bila mak saya bagitau dia yang saya pun positive (dia call mak saya pagi – pagi untuk tanya keadaan anak saya walhal saya dan suami dah inform awal lagi kat dia).

Dan mak saya pun mula la salah faham dengan saya dan suami. Saya seikhlas hati terima suami dan keluarga mertua walaupun suami saya hanya belajar sampai SPM dan mereka dari keluarga yang kurang senang.

Saya pula dari keluarga yang agak senang dan saya pula mempunyai degree tapi tak pernah sekalipun saya bangga – bangga sebab bagi saya janji suami saya seorang yang bertanggungjawab dan menjaga saya sebaiknya, itu sudah mencukupi untuk saya.

Benarlah, jika kita dapat suami yang baik akan diuji dengan mertua yang kurang senang dengan kita. Dari SAH nya lafaz akad nikah, mak mertua saya merasakan saya seolah telah “mer4mpas” anaknya dari dia. Waktu saya berkawan dengan suami, mak mertua melayan saya dengan sangat baik sampai saya rasa tak sabar nak jadi menantu dia.

Tapi bila dah kahwin, lain pulak yang jadinya. Saya pulak jenis tak pernah berkira atau menghalang suami saya berbakti kepada mak ayahnya. Tapi kadang – kadang sikap mak mertua yang membuatkan suami saya sendiri rasa hilang nak berbakti tapi saya sentiasa pesan supaya jangan buat macam tu.

Nanti saya jugak yang dipandang enteng sebab orang akan kata saya la punca suami saya berubah dan tak berbakti dengan org tua dia. Hanya saya dan Allah yang tahu betapa peritnya hari – hari saya sampai saya jadi tekanan. Str3ss yang amat.

Apa yang saya cerita ni hanya “basic” sahaja belum detail dan banyak lagi yang saya tak ceritakan. Suami saya memahami saya dan dia pun dah taktahu macam mana lagi nak tegur mak dia supaya mak dia boleh faham dan hormat rumahtangga kami.

Mohon maaf jika cerita saya macam bercelaru atau tak teratur sebab terlalu banyak yang ingin diluahkan tapi takut terlalu panjang.. dan saya mohon pembaca share pendapat anda. – Manis (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Donna Karan : Acik cleaner i adik beradik dia 14 orang, semua adik beradik dia paling ramai anak 2 je. Dia cakap mak dia yang control anak paling ramai 2 je. Kalau dengar kisah dia macam lawak.. bila baca kisah ko logik la ada orang tua macam tu.

Siti Rosmiza : Ada betulnya jugak mak mertua awak tu bagitau pasal bab merancang. Amik la benda baik – baik, awal – awal manis dik mak mertua tu mak mertua ni. Kang laki buat hal berlari nak mintak mak mertua backing jugak.

So pandai – pandai lah. Hal mak dan suami biar suami setel kan. Awak kalut kalau dia kacau awak je. Kalau setakat dia pura – pura terk3jut ke apa biar je la. Jangan la str3ss – str3ss sampai nak benci mak mertua pulak… tutup mata je la. Laki awak okay lagi kan,

Kak Ain : Mak mentua sendiri mungkin pernah tr4uma dapat anak di usia muda, dan rapat – rapat pula. Dia masih mentality orang lama, kalau belum sanding atau belum disambut keluarga lelaki, tak manis kalau suami isteri bersama awal – awal.

Di awal luahan, akak nampak keikhlasan puan, tapi bila di akhir cerita puan sebut tentang tak berkira bila suami hanya Spm dan keluarga susah, terus hilang respek kerana anda sudah menunjukkan hati anda yang sebenar. Tak perlu sebut pun dan tak terfikir untuk sebut pun jika anda ikhlas.

Orang tua – tua akan ada per4ngainya sendiri, yang m4kin menjadi – jadi bila usia meningkat. Terima dan pandai – pandailah kita sesuaikan diri. Jangan cerita pada dia hal – hal rumahtangga kita sangat supaya kurang kebimbangan – kebimbangan dia.

Mentua ikhlas nak bermenantukan anda. Bila dah jadi menantu, dia anggap macam anak sendiri. Sebab itu dia cakap hal – hal intim dan nasihat itu ini seperti puan anak perempuan dia sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.