Ibu kata nak bawak kami pindah rumah dua tingkat, rupanya kami kena tipu duduk rumah kedai

Saya perasaan kawan lelaki ibu selalu tumpang tidur rumah kami. Mula2 dekat ruang tamu, tapi satu malam saya nampak dia tidur dalam bilik ibu. Lepas zohor, dengan masih bertelekung, saya panggil ibu dengan lelaki tu untuk duduk depan saya. Saya menangis, merayu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Terima kasih untuk admin yang memilih artikel ini untuk disiarkan. Saya tidak tahu untuk mula di mana cerita ini. Tetapi berdasarkan tajuk, mungkin pembaca boleh mengagak perjalanan cerita ini.

Di usia 26 tahun ini, di saat saya bakal menjadi ibu dalam tempoh masa 3 minggu lagi, insyaAllah, saya diuji lagi dengan ujian yang telah lama saya lalui, iaitu ibu saya yang t0ksik. Saya lelah dengan artikel yang sering mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, tidak akan miskin anak yang berbakti pada ibu bapa ataupun ceramah ustaz – ustaz yang mengatakan horm4tilah ibu bapa walaupun dia berlaku zaIim ataupun anak tak boleh merajuk walaupun sekali dengan ibu.

Sejujurnya saya penat dengan semua ini dan kadang – kadang saya terfikir macam mana agaknya reaksi ustaz – ustaz ataupun ustazah – ustazah ini kalau diuji seperti saya. Mampukah mereka praktikkan apa yang mereka dakwahkan?

Tidak ada pun artikel yang menegur ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab sebetulnya pada anak, yang berlaku zaIim pada anak ataupun yang tidak pernah meminta maaf pada anak di saat mereka salah. Sesiapa yang pernah melalui apa yang saya lalui mungkin akan faham apa yang saya rasa ini.

Kita sebagai anak, rasa serba salah, Saya kehilangan ayah pada usia 8 tahun. Bermula saat itulah saya diuji dengan ibu saya yang berubah, mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Saya ditinggalkan dengan opah dan atuk di kampung.

Ibu saya menetap di KL dan tidak sampai setahun dia dah memperkenalkan kami adik beradik dengan seorang lelaki yang dipanggil Uncle Mat. Dipendekkan cerita, apa yang saya boleh ringkaskan, Uncle Mat ini seorang biawak hidup, tidak bertanggungjawab, makan duit anak yatim.

Ibu saya menerima pamp4san PERKESO setiap bulan di mana setiap kami 3 beradik mendapat RM300 seorang dan ibu rasanya dapat RM400. Mungkin jumlah semuanya RM1K lebih tapi saya tak pernah tahu jumlah keseluruhan yang ibu saya dapat.

Saya tak pernah merasa duit itu, semuanya habis dijoli dengan ayah tiri, Uncle Mat itu. Opah dengan Atok yang susah – susah besarkan saya sampai darjah 6. Masuk sekolah menengah, saya menerima biasiswa penuh kerajaan, yuran semua bayar guna duit itu.

Malah setiap bulan saya balik rumah, saya akan bagi duit sikit dekat ibu saya dan adik tiri saya, dua orang. Bawa mereka makan luar, sebab kesian saya makan sedap – sedap di asrama, mereka macam tak cukup makan di rumah.

Ketika ini, opah dan atok dah kembali ke Felda. Mereka tidak tinggal lagi dengan kami di Selangor. Masuk alam universiti, alhamdulillah, saya dapat biasiswa JPA. Yuran, makan semuanya ditanggung penuh. Duit itu jugalah saya bagi sikit dekat ibu saya.

Saya kerja part time untuk membantu ibu di kampung. Sampailah saya sambung pelajaran keluar negara, masih saya lakukan benda yang sama. Saya buat semuanya dengan rasa kesian dan niat suci untuk membantu ibu.

Setiap kali raya atau nak buka sekolah, saya dan akak akan berbincang macam mana nak cukupkan keperluan ibu dan adik – adik. Sampailah saya masuk ke alam pekerjaan. Dan klimaksnya saya rasa sekarang ini, bila saya dah berkahwin, saya ikut suami ke kawasan pedalaman, saya jadi surirumah.

Bila saya tidak dapat lagi membantu ibu saya, saya nampak betapa teruk dan t0ksiknya ibu saya. Ibu saya sepanjang selepas arw4h ayah saya meninggaI, dia tidak pernah bekerja. Hanya mengharapkan duit PERKESO bulan – bulan itu dan mengharapkan pertolongan anak – anak.

Tiada usaha langsung seperti ibu tunggal ataupun ibu – ibu yang lain yang sanggup lakukan pekerjaan apa sahaja untuk besarkan anak – anak. Sekali lagi saya highlight TIADA USAHA LANGSUNG / TIDAK BEKERJA LANGSUNG.

Ibu saya sihat walafiat tanpa apa – apa peny4kit. Kadang – kadang saya terfikir, kalau ibu saya bekerja, campur duit PERKESO bulan – bulan, campur duit saya dengan akak bagi, mungkin kami sekarang sudah senang, sudah boleh buat rumah.

Tapi ibu saya tidak pernah terfikir semua itu. Kakak saya pernah bangkitkan hal ini, kenapa ibu saya tak macam ibu lain yang sanggup bekerja apa sahaja untuk membesarkan anak, tapi ibu saya sentap, tarik muka. Sejak itu, tiada siapa yang berani bangkitkan isu itu lagi.

Sekarang ini duit PERKESO itu hanya tinggal bahagian ibu sahaja sebab akak, saya dan adik lelaki dah tidak bersekolah lagi. Nak cerita hal sentap ni, banyak kali juga saya sentap dengan ibu saya. Malahan seluruh ahli keluarga kami sentap dengan ibu kami.

Banyak lagi cerita yang menbuatkan saya mengatakan ibu saya t0ksik. Tapi kalau pembaca nak kan cerita detail, nantilah saya sambung part 2. Panjang pulak rasanya saya bercerita. Mungkin ramai lagi yang ada nasib seperti saya, bahkan lebih buruk lagi.

Mungkin ramai yang boleh relate dengan cerita saya. Cuma saya harap, janganlah cepat sangat kita menasihati orang lain dengan nasihat, “Macam mana buruk sekali pun, itu ibu kamu, atau itu ayah kamu”, sebab anda semua tak ada dalam kasut orang yang mcam kami.

Anda tak tahu betapa susahnya kami untuk terima sikap ibu atau ayah yang bersikap macam ini tapi dalam masa yang sama kami cuba nak menjadi anak yang soleh dan solehah macam ustaz dan ustazah suruh tu. Cubalah untuk memahami keadaan kami dulu.

Dan support kami untuk bertindak mengikut apa yang terbaik dengan situasi kami but at the same time, terus menghorm4ti dan berbakti kepada ibu ayah kami mengikut kadar kemampuan kami. Sekian. Itu sahaja luahan saya. Terima kasih kepada yang sudi membaca. – Liza (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih di atas komen semua tentang luahan saya sebelum ini. Saya rasa sedikit terubat dengan doa dan nasihat anda semua. Saya minta maaf sebab tidak bercerita secara detail dalam post sebelum ini sebab tidak mahu terlalu panjang untuk post yang pertama.

Post kali ini mungkin akan sedikit panjang untuk saya bercerita secara detail tentang situasi yang saya alami. Sejujurnya, saya tidak merasakan yang ibu saya jahat, cuma seperti tajuk, saya rasa ibu saya seorang ibu yang t0ksik. Yang mungkin akan memud4ratkan jikalau saya terlalu mengikut rentaknya. Saya akan bercerita mengikut fasa hidup saya, di mana saya berasa kecewa dengan ibu saya.

Fasa Persekolahan. – Betul jangkaan pembaca yang sebenarnya, ibu saya dan Uncle Mat bernikah di Siam tanpa pengetahuan Atok dan Opah. Kami cuma dapat tahu tentang perkara ini apabila ibu saya telah mengandung.

Waktu itu, saya 9 tahun, ibu saya mengambil saya kembali untuk tinggal di Sepang bersama Uncle Mat. Di usia 10 tahun, saya diberitahu yang kami akan berpindah ke Kajang untuk duduk di rumah 2 tingkat. Tetapi sebenarnya, kami ditipu.

Kami dibawa tinggal di rumah kedai. Ibu saya seakan lupa tanggungjawabnya. Dia selalu keluar malam dengan Uncle Mat. Saya dan akak banyak berdikari sendiri. Persekolahan kami terjejas. Yuran tak dapat dibayar yang akhirnya menyebabkan saya kembali duduk bersama Opah dengan Atok di Hulu Selangor.

Alhamdulillah, saya dapat fokus kembali pada pelajaran dan dapat keputvsan cemerlang dalam UPSR. Saya pun mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Kecewa yang pertama, di hari pendaftaran untuk masuk asrama, beberapa hari sebelum itu, saya dah maklumkan pada ibu untuk menyediakan sedikit wang untuk urusan pendaftaran.

Ibu saya berjanji di telefon, dia akan masukkan duit tetapi sampai ke hari pendaftaran, bila akak check akaun bank, tiada pun duit yang dimasukkan. Saya kecewa dengan ibu saya sebab dia dah berjanji banyak kali untuk masukkan duit itu.

Sampai di sekolah, Atok dengan Opah menjelaskan pada cikgu di sana tentang situasi saya, mereka mencadangkan saya memohon biasiswa kerajaan. Urusan yuran boleh ditangguhkan pembayarannya. Tapi Opah dengan Atok ada keluarkan duit untuk bayar keperluan lain.

Kecewa yang kedua berlaku ketika tingkatan 4, di akhir tahun, guru kelas saya bertanya tentang yuran makan asrama. Dia kata saya tak bayar lagi yuran itu padahal saya ada keluarkan duit untuk bayar tetapi tak sempat pergi bank untuk urusan pembayaran sebab saya cuti hujung minggu sahaja.

Saya serahkan pada ibu saya untuk bayar yuran itu. Berkali – kali saya tegaskan pada cikgu yang saya dah bayar yuran itu. Cikgu cakap saya jangan main – main sebab ini melibatkan makanan, takut tak berkat apa yang saya makan.

Saya rasa marah sangat. Terus saya telefon akak saya untuk bertanya tentang yuran itu. Rupanya, ibu saya tak bayar pun yuran itu, Dia pakai duit itu tak tahu untuk apa. Akhirnya yang bayarkan yuran itu ialah guru kaunseling saya, tempat saya selalu share masalah saya.

Fasa Asasi dan Universiti. – Alhamdulillah, saya dapat rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan JPA. Saya ditakdirkan untuk melalui asasi di kolej swasta yang agak mahal. Living cost di area yang mahal. Makan mahal.

Saya agak struggIe dengan duit waktu itu sebab elaun tak cukup, ditambah lagi dengan duit nak bagi family. Ada sekali, saya makan satu pisang je sehari itu sebab tiada duit. Saya malu nak pinjam dekat kawan. Saya buat kerja part time dekat restoran steamboat terkenal.

Ada waktu itu, seminggu cuti raya Cina saya tak balik kampung, saya bekerja sampai kaki saya bengkak tak boleh nak kerja. Terp4ksa balik kampung untuk berehat. Kecewa ketiga, waktu dinner habis asasi, saya mintak duit dekat ibu saya untuk beli baju baru.

Ibu saya cakap dia tiada duit, dia suruh saya pakai baju yang saya pakai hari – hari untuk ke kelas. Saya sedih sebab kalau ibu saya, setiap kali ada kenduri, dia nak pakai baju baharu. Baju dia banyak. Tapi untuk dinner ini, dia suruh saya pakai baju kurung hari – hari ke kelas.

Saya tak pernah minta apa – apa pada dia. Duit bulan – bulan pun dia tiada bagi dekat saya. Saya sedih menangis bila dia play v1ctim dan cakap pada saya, ”Ibu tak hantar kau belajar tinggi untuk jadi lupa diri macam ini.”

Apalah yang saya lupa diri. Saya hanya minta baju baru, bukan yang mahal pun. Menangis saya bercerita dekat akak, akak pos baju kurung dia pinjam dari kawan dia untuk saya pakai waktu dinner itu. Untuk pengetahuan pembaca, saya tiada lagi dinner selepas itu di alam universiti, cuma graduation dinner sahaja di luar negara.

Dua kali sahaja dinner saya. Balik kampung, ibu masih lagi sentap pada saya. Saya yang meminta maaf sebab minta duit pada ibu. Takdir Allah, Ibu saya bercerai dengan Uncle Mat pada tahun saya berlepas ke luar negara.

Saya rasa lega sangat pada waktu itu sebab akhirnya kami lepas dari cengkaman biawak hidup itu. Seakan rasa ada sinar kembali untuk kami membina masa depan kami. Susah kami waktu itu hidup dengan dia. Duit pun tak cukup untuk makan.

Ada sekali, saya dan adik beradik terp4ksa kutip kelapa sawit belakang rumah untuk dijual supaya boleh beli makanan. Di alam universiti, saya hanya balik ke Malaysia sekali untuk cuti musim panas sekali dengan sambutan hari raya waktu itu.

Saya teruja untuk menghabiskan masa dengan keluarga. Di telefon, ibu ada bercerita tentang Ajib, lelaki yang banyak membantu dia sepanjang saya di luar negara. Saya malas nak ambil tahu sangat. Yang penting saya nak luangkan masa dengan family.

Balik kampung, saya sedih dengan keadaan rumah sewa yang ibu saya duduk. Sebelum ini, ibu saya duduk di rumah Atok dan Opah tanpa bayar sewa, mungkin rumah itu sudah usang, ibu tiada duit untuk selenggara. Saya kesian, saya di luar negara hidup selesa tetapi ibu dengan adik – adik duduk di rumah sewa yang teruk.

Saya offer untuk carikan rumah sewa baru di pekan. Depositnya RM1K saya rasa, saya kurang ingat, tetapi saya tolong bayar half, Ajib tu bayarkan half. Kecewa keempat, bila saya perasan yang rupanya Ajib itu selalu tumpang tidur di rumah ibu.

Mula – mula tidur di ruang tamu, sampai satu malam tu saya nampak dia tidur dalam bilik ibu. Luluhnya hati saya. Serba salah untuk saya menegur, ketika itu bulan puasa pula tu. Sampai satu tahap, saya tak tahan, saya ambil keputvsan untuk tegur ibu.

Lepas zohor, dengan masih bertelekung, saya panggil ibu dengan Ajib untuk duduk depan saya. Ada sesuatu yang saya nak cakap, saya kata. Saya tegur mereka sambil saya menangis. Ibu saya persoalkan hak saya untuk menegur ibu. ”Apa hak kau untuk tegur ibu? Kau takde hak nak tegur ibu.”

Dia cakap Ajib banyak tolong dia. Saya cakap saya pun ada hantar duit pada ibu. Ayat ibu yang membuat saya kecewa, ”Setakat RM300 tu cukup ea?” Ya Allah, saya belum pun bekerja waktu itu. Sampai hati ibu berkata pada saya macam itu.

Saya teruskan masa cuti saya dengan bekerja part time untuk requirement universiti. Langsung tak bertegur dengan ibu. Malam raya saya habiskan dengan berjalan di pekan. Saya fed up sebab akak pula bawa teman lelaki dia juga untuk beraya di rumah kami.

Tidur di rumah kami. Saya sedih sebab saya nak luangkan masa dengan family. Bukan dengan lelaki yang tiada kena mengena dengan saya ini. Akhirnya, pagi raya, saya nekad untuk lari dari rumah itu. Mereka bergembira seakan – akan saya tiada pun dalam rumah itu.

Saya naik bas yang penuh dengan warga asing untuk balik ke Pahang, ke rumah Atok dan Opah. Langsung ibu tak bertanya tentang hal saya. Sedih dan s4kitnya hati saya waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang sangat kecewa dengan ibu. Saya tak contact dengan ibu sampai saya kembali ke luar negara, grad dan balik kembali ke Malaysia. 6 bulan saya bawa diri.

Fasa Bekerja dan Berkahwin. – Selepas 6 bulan, Allah buka pintu hati saya untuk maafkan ibu. Saya cari ibu balik untuk meminta maaf pada dia. Sebab dengan nasihat,”Seburuk mana ibu, itu ibu kamu,” saya rendahkan ego saya untuk minta maaf.

Masuk alam pekerjaan, saya diuji dengan tidak mendapat penempatan di dalam kerajaan. Saya terp4ksa bekerja di sektor swasta dengan gaji RM2K sebulan. Tiap bulan saya bagi RM250 pada ibu. Saya mengalami mild depr3ssion disebabkan rasa sunyi dan juga disebabkan ujian yang tak berhenti dalam hidup saya.

Ibu saya tidak macam ibu lain. Dia tiada pun menelefon untuk bertanya khabar, saya dah makan ke belum. Kalau ada contact pun, dekat nak gaji untuk minta duit. Tetapi Allah itu Maha Adil dan Penyayang, Dia menghadirkan suami saya waktu itu untuk bantu saya lalui semua ujian.

Dia pun was at his lowest point at that time. Kami support each other sampai la kami berkahwin. Bila saya mengikuti suami saya ke kawasan pedalaman, saya terp4ksa berhenti kerja dan menjadi surirumah, saya pun dapat tahu yang saya sedang hamil.

Saya tidak dapat bagi duit bulan – bulan kepada ibu saya lagi. Saya sedih sebab rasa bersalah tak boleh bagi duit lagi dekat dia. Sampai saya menangis mengadu pada akak. Saya rasa saya anak yang tak bertanggungjawab.

Saya str3ss bila dalam telefon ibu saya cakap, ”Liza, kerjala. Nanti boleh tolong ibu.” Ya Allah, ibu saya masih mengharap saya untuk bagi dia duit bulan – bulan. Dia selalu post di FB artikel tentang ”Keberkatan rezeki anak dari doa seorang ibu”.

”Jangan kedekut dengan ibu bapa walaupun gaji lelaki bini beribu” Saya str3ss sebab walaupun suami saya ada memberi nafkah duit pada saya tetapi saya tak boleh bagi ibu banyak sebab saya pun mahu simpan duit untuk kepentingan saya sendiri.

Mungkin di mata dia, suami saya mampu sebab profesion suami saya dianggap kaya di mata orang kebanyakan. Tetapi kenyataannya tidak, kami berjimat untuk sediakan simpanan dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu.

Tetapi akak nasihatkan saya, sepatutnya saya tak payah sedih, tolong je apa yang saya mampu. Bermula dari sekarang saya kena fikir tentang diri saya dan keluarga saya sendri. Saya pun dah ada family sendiri. Bakal ada anak sendiri.

Sampai bila saya kena pentingkan ibu. Padahal ibu saya tak pernah fikir masa depan dia sendiri, tak pernah kerja. Adik saya yang lelaki itu pun dibiarkan tidak bekerja. Berlingkar di rumah. Tiada pula ibu sentap dengan dia.

Alhamdulillah, sekarang saya menunggu hari untuk melahirkan. Kecewa terakhir ini, saya mulanya ingin berpantang di rumah ibu saya tetapi tidak jadi sebab ibu saya selamba sahaja mer0kok di depan saya yang sedang sarat mengandung.

Saya dah bagi hint dengan keluar daripada bilik bila dia hisap r0kok or turun ke tingkat bawah, tetapi dia masih tidak faham. Sampai satu malam, saya terp4ksa bukak langsir bila dia mer0kok tapi dia sibuk nak tutup langsir itu katanya silau, dia nak tidur.

Saya sampai merayu pada dia, tolonglah biar je bukak langsir itu sebab saya tak tahan bau r0kok. Tetapi akhirnya dia biarkan kejap langsir tu bukak tetapi dia tutup juga bila dia nak tidur. Tidurla saya dalam keadaan sesak nafas.

Saya ambil keputvsan untuk tidur di bawah tetapi bilik di bawah sempit dan panas. Saya terp4ksa tidur di ruang tamu yang keadaannya tidak bersih disebabkan bau kencing kucing yang suka memancut di dalam rumah. Saya sedih dengan ibu yang sampai ke sudah tidak sedar kesalahannya.

Saya ingatkan dia ada common sense tentang hal begini sebab dia dah ada 5 anak dan dia yang volunteer untuk jaga saya. Akhirnya, saya mengambil keputvsan untuk berpantang dengan ibu mertua. Biarlah ibu saya terasa hati.

Saya buat semua ini untuk kepentingan kesihatan bayi saya nanti. Kesimpulannya, luahan hati ini bukan untuk mengundang kecaman pada ibu saya. Ia sekadar luahan dalam penceritaan supaya kita boleh ambil iktibar. Saya pun dahulu sering tertanya mengapa ibu saya bersikap seperti itu.

Sukar untuk saya terima ujian ini. Tetapi cerita ini tidak cukup lengkap lagi. Mungkin ibu saya mengalami depr3ssion sebab diberhentikan sekolah pada darjah 6, diuji dengan kem4tian suami, keluarga beIah lelaki senyap tak ambil tahu, ditakdirkan berkahwin dengan ayah tiri yang abvsive dan tak bertanggungjawab.

Sampai sekarang langsung tak bertanyakan or bagi nafkah pada adik tiri saya. Mungkin sebab semua ini, ibu saya susah untuk bangkit memperbaiki kehidupan dia. Dia seolah – olah terper4ngkap dalam usia remaja, suka play v1ctim and tak nampak kesalahan sendiri.

Untuk sesiapa yang senasib dengan saya, saya doakan semoga kita tabah untuk menghadapi ujian ini. Mungkin ada lagi yang bernasib lebih buruk daripada saya. Jika ditakdirkan ibu saya terbaca cerita saya ini, saya nak dia tahu, saya tak berd3ndam dengan dia.

Hari – hari saya doakan dia diberi hidayah untuk memperbaiki diri, untuk saya diberi kekuatan untuk terus menghorm4ti dia sebagai ibu yang melahirkan saya dan untuk saya terus berbakti kepada dia semampu saya. Aamiin. – Liza (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azrul Hassan : Selepas membaca kisah kau ni, saranan aku adalah, kau boleh maafkan mak kau dan bersangka baik dengan dia. Tapi berhentilah kau nak pegi dekat – dekat dengan dia, nak stay sebumbung dengan dia. Kerana obviu0sly dia t0ksik dan t0ksiknya berjangkit.

Stay away from her, even dalam socmed. Kau boleh tunjuk prihatin dengan berziarah sekali sekala yang tak lebih 1 jam 30 minit, atau pun call tak lebih dari 3 minit. Ingat, kau dah ada famili tempat kau membina hidup baru yang lebih fresh. GoodLuck.

Zarina Ghazali : Semoga puan menjadi ibu yang baik pada anak – anak puan. Betul ibu puan tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu tapi tak semestinya dia perlu disingkirkan terus dari hidup puan. Dari apa yang puan cerita ibu juga ada sisi hitam dalam hidupnya.

Puan jangan berhenti berdoa agar ibu puan diberi kesed4ran untuk mendekatkan diri dengan Allah. Doa saya semoga puan bahagia bersama suami dan anak puan. Dan mendapat kasih sayang dari ibu mertua. Yang puan tak pernah kecapi sejak dari kecil dari ibu sendiri.

Rabiatul Adawiah Subahi : Hidup untuk Allah.. suami dan diri sendiri.. Berhentilah berharap ibu akan melayan anda seperti yang anda impikan. Terimalah kenyataan dan redha dengan situasi dan ibu anda. Jangan lupa doakan dan sedekah bacaan Quran untuk ibu ayah supaya Ruhnya kembali sedar.

Banyakkan berdoa. Dan jangan str3ss – str3ss kerana syurga anda telah berpindah ke tapak kaki suami. Moga pengakhiran yang baik untuk anda, ibu dan keluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.