Ramai g4ngster datang rumah bawak paraang. Mak aku ingat abg aku ni orang bawahan rupanya abang aku ‘abg long’ kawasan

Sebelum abang aku meninggaI dunia, dia sempat suruh mak tolong buangkan tatu dia. Aku pelik masa abang meninggaI ramai nurse – nurse datang menangis tengok jen4zah abang. Aku tak rasa apa pun. Sebenarnya sebab dah lama sangat duduk hospitaI, abang dah jadi tok siak dekat surau hospitaI..

#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera semua. Hari ni aku nak berkongsi cerita pasal hidup aku. Semoga kalian tak jemu membaca curahan hati aku ini. Tujuan aku bercerita adalah supaya korang yang sedang menghadapi ujian yang Allah bagi, tak give up dan terus cekal dalam mengharungi dugaan.

Serba sedikit tentang aku. Aku anak bongsu perempuan dan ada tiga orang abang. Ibu ayah aku bekerja sebagai seorang eksekutif kewangan bagi sebuah syarik4t. Dari segi kewangan, aku memang tak ada masalah.

Alhamdulillah mak ayah cukupkan serba serbi untuk aku dan abang – abang. Tetapi, aku dibesarkan dengan abang – abang yang bermasalah. Abang sulung aku terlibat dengan kongsi gelap. Abang ngah aku menghadapi tekanan mentaI.

Abang chik pulak ket4gih bahan terIarang. Aku? Alhamdulillah normal. Tak terpengaruh dengan dark side family aku. Aku cerita pasal abang sulung dulu ya. Masa aku kecik dulu, berapa banyak g4ngster datang rumah bawak parang cari abang.

Nasib baik aku tak diced3rakan. Yang rambut kuning hijau semua ada. Bertatu penuh lengan. Datang rumah ketuk pintu macam nak r0boh tengah malam. Mak ayah bukak pintu sikit lagi nak dilibas parang. Bila bincang elok – elok.

Ayah la bayar ganti rugi yang diorang nak. Hulur 10k – 20k macam hulur sekupang dua. Mulanya kami ingatkan abang tu konco bawahan ja. Rupanya abang long ‘ketua kawasan’ area tempat tinggal kami. Menangis mak bila tahu.

Apa saja dia tak buat? Mer0mpak? Berg4duh? Hampir bunvh orang? Semua lah. Penjara tu macam hotel la bagi dia. Kecik – kecik aku dah pegi penjara melawat abang. Bagusnya mak ayah aku ni diorang tak pernah putvs asa dengan anak diorang.

Masuk penjara pun mak ayah selamba saja pegi melawat macam anak masuk asrama. Aduh. Penjara Pokok Sena tu sampai guard pun dah kenal kami. 4 tahun. Lepas tu masuk balik 3 tahun. Mahkamah pun aku jejak sebab dengar perbicaraan abang.

Masa ni aku dah besar sikit. Aih sabar jelaaa. Abang ngah pulak sebab dia terlalu rapat dengan abang long, bila jadi macam ni, dia yang paling terkesan. Mak ayah pulak sibuk bekerja. Malam baru nampak muka diorang kadang – kadang tu.

Ayah mak sambung belajar la apa la. Sangat bizi kehidupan diorang. Jadi abang aku yang kedua ni selalu rasa sunyi dan akhirnya mula cakap sendirian. Mula – mula kami ingat dia kena sampuk dek h4ntu. Hahahaha. Ni lawak.

Bawak jumpa b0moh sekali r0tan dia libas abang ngah konon suruh h4ntu keluar. Berbirat badan kawan oi. Bila gi hospitaI rupanya abang skiz0. Jadi, dia kena berg4ntung makan ubat seumur hidup. Abang ngah pernah hemp0k jam aku sampai berterabur spring sebab aku tak nak mandi dan dia tengah str3ss.

Masa ni aku darjah 4. Sampai sekarang aku ingat. 4 tahun jugak kami struggIe dengan peny4kit dia sebab dia tak nak disiplin makan ubat. Selepas 4 tahun, alhamdulillah ada kesed4ran untuk kekal dengan ubat. Sekarang abang ngah dah bahagia dengan isteri dan anak – anak.

Jadi, jangan ingat pes4kit mentaI tak boleh ada kehidupan sendiri ya. You all just have to accept yang you all s4kit dan kekal dengan ubat dan saranan doktor. Dan terakhir abang chik aku. Mungkin sebab rasa diri dia terabai, abang chik mula bergaul dengan orang – orang tak baik.

Dalam kalangan kami, abang chik yang paling bijak sebenarnya. Result UPSR PMR dia memang power. SPM dah down sebab dia dah terbabit dengan d4dah. Apa yang aku tak pernah jumpa dalam bilik dia? Aku selalu masuk bilik dia cari komik – komik aku yang dia cilok.

Macam – macam la aku jumpa. Paip la. Pil la. Polis pernah datang geledah rumah yer sebab bahan terlarang. Akhirnya masuk penjara jugak. Nasib baik polis jumpa tak banyak. Kang tak memasal kena tali g4ntung. Jadi reunion la abang chik dengan abang long kat penjara.

Aku pernah saja nampak abang chik ter4jang ayah masa dia tengah lalok. Panggil mak anak h4ram la. Macam – macam hal. Mak ayah dah macam – macam cara berubat. Tapi bila abang chik nak berubah, kawan – kawan lama datang cari balik.

Susah nak berubah selagi stay dalam surrounding yang sama. To drvg add1ct out there, korang nak berubah sila tinggalkan tempat korang sekarang dan cari life baru di tempat lain. Jadi, apa kesudahan abang long dan abang chik?

Umur diorang tak panjang. Abang long meninggaI kemaIangan dan abang chik meninggaI sebab kegagalan organ. Mungkin sebab dia ambil bahan terlarang untuk masa yang lama, jadi organ dia dah mula tak berfungsi.

Tapi apapun aku tak ralat sebab abang – abang aku ni sebelum diorang meninggaI diorang sempat berubah dan bertaubat. Abang chik dah mula jadi tok siak surau hospitaI sebab dia tinggal hospitaI tu lama. Dah mula ketuai bacaan yassin. Nurse – nurse pun sayang.

Masa dia meninggaI nurse semua datang ziarah dan menangis. Aku saja yang rileks tengok jen4zah abang. Sebab benda ni aku dah ready for so long. Abang long pulak sebelum meninggaI dia sempat cari keje di KL selama dua bulan. Dah nampak perubahan.

Dia mintak mak tolong dia buang tatu. Ajar solat semula. Jen4zah dia pun tak de calar apa masa kami mandikan. Sedih sebab abang baru nak mula hidup baru. Tapi Allah lebih sayang dia. Mungkin Allah tak nak dia kembali ke jalan lama jadi cepat – cepat Allah ambil dia.

Abang ngah pulak aku cakap tadi dah kahwin. Anak 3. Isteri dia tau sejarah s4kit skiz0 abang dan terima seadanya. Mak terp4ksa terus terang sebab abang ngah tak boleh str3ss terIampau. Mak minta kak ngah faham dan jika rasa tak boleh terima baik tinggalkan sebelum jadi suami isteri.

Alhamdulillah kak ngah okay dan dia yang jaga ubat – ubat abang sekarang. Aku? Walaupun aku dibesarkan dalam suasana yang penuh str3ss mcm tu. Syukur aku masih cemerlang dalam pelajaran. Tingkatan 1 mak ayah terus hantar aku ke asrama sekolah sains sebab mak ayah nak bergelut dengan abang – abang di rumah.

Tapi walaupun aku di asrama mak ayah tak pernah lupa jenguk aku tiap dua minggu. Walaupun aku dah biasa dengan penjara, d4dah, mentaI health issue, sikit pun aku tak terkesan. Mungkin sebab mak ayah aku yang sangat supportive cumanya mereka ni kurang ada masa untuk guide kami.

Tapi tulah, kita takkan dapat semuanya. Mak ayah sibuk kerja keras untuk siapa kalau bukan kami? Alhamdulillah aku sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Dikurniakan suami yang baik dan anak – anak yang comel.

Walaupun usia aku dah hampir menginjak 40-an, tapi aku masih ada rezeki bersama dengan mak ayah. Kerja aku pun nak kata kaya tu tidak tapi cukup semuanya. Mentua aku pun baik. Ipar duai pun bagus – bagus. Kawan sekerja pun seronok.

Entahla kadang – kadang aku fikir ni semua hikmah daripada aku bersabar dari kecil. Sampai aku pulak rasa takut Allah rentap semula kebahagiaan yang aku rasakan sekarang. Dah biasa hidup bergelumang masalah, bila Allah bagi bahagia jadi risau kehilangan.

Apa yang bakal terjadi kita belum pasti. Yang aku tau aku nak nikm4ti hidup aku sekarang dan masa depan biar Allah tentukan. Tu ja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca. – Miss C (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adliah Ramli : Kuatnya mak ayah dan mereka tidak pernah berputvs asa dengan anak – anak, agaknya asbab doa dan kasih sayang mak ayah, kembali anak – anak itu mengadap Allah setelah insaf dan bertaubat. Wahai anak – anak bila dah remaja tu dan mak ayah dah berusaha segala – galanya untuk kita, bertanggungjawablah menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri, agama dan masyarakat.

Usahlah merosakkan diri sendiri. Kalau pun mak ayah yang t0xic, tetaplah jaga diri sendiri kerana Allah S.W.T dan kebahagian diri sendiri juga.

Honey Gee : Bila baca confession ni, tt memang seorang yang sangat positif. Ujian ibubapa dalam membesarkan anak – anak.

Syukrin Syukur : Alhamdulillah, semua baik – baik akhirnya. Keluarga saya pun cam keluarga tt dan haraplah pembaca dapat doakan pengakhiran yang baik – baik untuk adik beradik lelaki saya. Kita semua pend0sa. Pend0sa yang ada secebis rasa nak masuk syurga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.