Ibu anak asuhan selalu mesej, konon kata anak dia rindu dekat saya, sekali hantar sampai tengah malam tak ambil

Ibu anak asuhan ni selalu mesej kata anak dia rindu saya. Mula – mula saya layankan jugak ‘rindu’ anak asuhan tu tapi sampai lewat malam baru ambik. Kalau saya tak layan mesej, dia akan datang bawak meng3jut dan tinggalkan anak dia. Lepas PKP memang dia hantar anak tapi tak bayar, hantar atas alasan anak asuhan rindu saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Admin. Minta tolong share masalah saya dan hide profil saya. Terima kasih. Kisah Anak Asuhan. Saya nak kongsi masalah yang sedang saya hadapi dan nak minta pendapat pembaca yang lain.

Saya memang kerja sebagai pengasuh kat rumah. Memang tak ada kerja samping lain. Itu sahaja sumber pencarian saya untuk bantu suami saya. Sama – sama cari duit nak cukupkan keperluan hidup. Masalah saya sekarang adalah saya dapat ibu anak asuhan saya suka mengambil kesempatan.

Biasanya kita dah deal sebelum mula jaga budak, harga sekian – sekian dan waktu sekian – sekian. Jadi kedua – dua pihak bersetuju barulah boleh saya ambil jaga anak orang. Mula – mula tu memang okay semua berjalan lancar.

Saya pula jenis ramah, rapat juga dengan ibu anak asuh ni pada mulanya. Keluar makan sama, beriadah sama – sama. Selepas PKP di sini lah mula masalahnya. Mula je PKP semua berkerja kat rumah. Jadi kiranya saya bercuti dulu jaga anak asuhan saya tu.

Bila dah cuti tu, kadang – kadang ibu anak asuhan saya ni mesej cakap anaknya rindukan saya. Saya pun kadang – kadang ambillah anak asuhan saya tu jaga menghilangkan rindu sebab lama tak datang. Tapi lama kelamaan jadi kerap plak dia hantar.

Seminggu 2 atau 3 kali mesti nak hantar. Sebelum hantar berderet – deret mesej saya, kata anaknya rindukan saya, tapi selepas je hantar diam seribu bahasa. Selagi boleh meleret masa sampai ke malam, sampaikan pukuI 11 malam baru nak ambil.

Sangatlah liat nak ambil anak sendiri. Bermacam – macam alasan diberi. Sampaikan suami saya bersuara, “selagi kesian kan anaknya selagi tu ibunya ambil kesempatan.” Selepas PKP tu kalau dia hantar anak memang dah tak berbayar dah.

Saya pula niat mengasuh memang nak cari rezeki lebih sebab kami memang cukup – cukup makan je. Saya akui anak asuhan saya memang senang dijaga dan baik, sebab tu saya tak kisah kadang – kadang kalau dia nak datang melepas rindu.

Tapi bila sampai mesej pun macam mendesak, saya rasa tak selesa, bila saya cuba tak layan chat ibu asuhan tu dia jenis suka datang rumah meng3ut. Tiba – tiba je ada depan pintu. Sampai tahap saya suami isteri berg4duh, datang tu kadang – kadang sampai lewat malam.

Datang waktu saya tengah makan bersama dengan keluarga. Bila datang meng3jut terus nak tinggal anaknya sekali. Sampaikan sekarang saya rasa takut nak mesej tanya khabar ataupun beriadah bersama. Sebab bila keluar bersama terus dia suruh anaknya ikut saya balik.

Kalau menolak ada je jawapannya sampai rasa dip4ksa. Mungkin juga ibu asuhan tu tengok saya jenis susah menolak, lembik tekak sebab itu dia sampai hati buat saya macam ni. Selalunya bila balik beriadah waktu sebelum maghrib, saya dan family suka solat jemaah bersama masa maghrib dan isya’.

Saya tak selesa waktu saya dan family terganggu. Satu hari saya cuba bersuara, berterus terang dengan ibu pengasuh yang saya tidak selesa dan saya juga ada keluarga sendiri yang nak dijaga. Tapi semuanya hanya elok sementara waktu sehaja.

Tak lama kemudian, berulang balik. Saya ni hanya fikir sebab saya sayangkan anaknya yang baik tu, kesian jika betul dia rindukan saya, tapi dalam masa sama saya mesti kena utamakan family saya dahulu terutamanya suami saya.

Saya tak nak berg4duh dengan suami kerana orang lain. Tapi masa tu saya pilih untuk bersabar sebab bila waktu PKP dah habis saya fikir ibu anak asuhan tu akan hantar anaknya macam biasa tapi saya silap. Masa waktunya hantar “berbayar” selagi boleh cut waktu, selagi boleh ambil awal, dia akan ambil awal anaknya, tak pula sampai lewat malam.

Malah dalam sebulan tu hanya seminggu je hantar. Selepas tu sampai waktu gaji ibu anak asuh cakap tak bayar penuh sebab hantar anak cuma seminggu je sbulan. Saya jadi terkilan dengan sikapnya. Sebelum saya mengasuh anaknya, saya pernah mengasuh anak orang lain juga, anak – anak chinese, anak kurang upaya tapi berbeza sangat.

Ibu anak asuh sebelum – sebelum ni diorang bayar full kat saya walaupun hanya hantar 5 hari sebulan. Mereka sendiri cakap, “saya bayar full sebab saya yang tak hantar anak saya, bukan awak minta cuti.” Saya terbiasa jumpa ibu asuhan yang baik sebelum ni sebab tu saya jenis tak kisah hari Sabtu atau Ahad pun saya sudi jaga kalau dapat ibu asuhan yang tak berkira.

Lain pula macam yang sekarang ni. Suami saya cakap, kalau berterusan diambil kesempatan, saya dah tak diizinkan untuk mengasuh lagi. Saya tengah buntu nak susun ayat macam mana nak berterus terang yang saya dah tak nak jaga anaknya lagi.

Tapi dalam masa sama, saya sayangkan anak asuhan saya. Puas fikir ayat yang tak menggur1s hati bila bercakap, yang saya dah tak mau mengasuh. Supaya bila – bila masa nanti saya masih dapat jumpa anak asuhan saya lagi. Saya terp4ksa juga berhenti mengasuh sebab saya lebih pilih keharmonian suami dan keluarga saya.

Komen Pembaca :

Dee Ya : Watpe sayang anak orang lebih – lebih. Sayang je keluarga sendiri. Kalau mak dia baik takpe. Memandangkan mak dia jenis ambil kesempatan. Cakap je kat mak budak tu, lepas ni awak tak mengasuh dah anak dia.

Suami tak izinkan mana – mana budak pun masuk dalam rumah selepas waktu maghrib atau pada hari minggu. Sebab suami nak berehat dengan isteri. Suami tak suka ada orang lain. Awak gunakan je nama suami untuk menjauhkan diri dari mak budak tu. Takpe. Bohong sunat.

Zuraidah Zue : Semoga dipermudahkn urusan puan. Kadang kadang kene kental hati untuk tidak diambil kesempatan. Yela sebab puan baik sangat susah nak cakap tidak ada orang akan ambil kesempatan. Sekali sekala cakap je tidak atau berterus terang.

Tak salah berbuat baik tapi berpada – pada. Jangan sampai terasa diani4ya. Kepada ibu anak tu plak. Agak meIampau jugak lah. Orang dah buat baik boleh pulak ambil kesempatan.  Tak malu kot buat orang macam tu. Dah orang elok layan anak dia, boleh pulak dia macam tu. Hmm aneh – aneh orang ni ye.

Zana Kamis : Jujurlah terus terang bagitau suami TAK IZIN lagi jaga anak – anak orang. Masa untuk suami dengan keluarga takde. Jangan hantar lagi. FULL STOP fikir pasal orang begitu yang suka – suka ambil kesempatan atas kebaikan awak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.