Entah – entah, memang betul ada s3tan kacau. Macam mana baby boleh jatuh? Baby baring terlentang je, tak pandai terlangkup lagi. Mengesot pun tak pandai. Saya tengok video cctv, kaki baby ditarik, terangkat..
#Foto sekadar hiasan. Saya seorang ibu tiga anak, berusia akhir 30-an. Sebelum berkahwin, saya pernah dengar mak saya cakap kalau ada baby baru lahir jangan tinggalkan baby tu tidur sorang – sorang. Nanti ada je s3tan datang kacau. Kena biarkan baby tidur di tempat yang orang boleh nampak dan pantau setiap masa.
Ada juga saya baca di media sosiaI orang lain cakap benda yang sama. Tapi masa tu saya rasa perkara tu mengarut sangat. Sehinggalah saya dah berkahwin, ada dua orang anak. Saya masih fikir nasihat tu mengarut. Sebab kedua – dua anak saya tak ada masalah gangguan bila saya biarkan mereka tidur sendirian dalam bilik walau pun baru lahir.
Tapi berbeza dengan baby saya yang ketiga. Dua minggu lepas baby lahir, saya tinggalkan dia tidur dalam bilik gelap sorang – sorang. Pintu bilik saya tak tutup habis, tapi dirapatkan saja. Supaya saya boleh dengar kalau dia menangis.
Waktu tu saya ambik masa untuk berehat tengok TV. Tak sampai setengah jam saya rehat, tiba – tiba baby menangis. Cepat – cepat saya masuk bilik check. Terperanjat saya tengok baby dah jatuh tergolek dari katil. Katil saya tu tak tinggi mana. Bukanlah katil berangka, hanya tilam tebal diletakkan atas board yang tebalnya sejengkal tangan orang dewasa.
Tapi bila dicampur dengan ketebalan tilam, jumlah ketebalan katil kira – kira dua jengkal. Baby dua minggu tak pandai gerakkan badan lagi. Saya pelik macam mana dia boleh jatuh? Masa saya tidurkan dia, saya letak dia di tengah katil queen size tu. Lepas tu saya buat kepungan bantal di semua sisi, jadi kepungan segiempat.
Tapi saya tengok bantal sebeIah kiri dah beralih jadi laluan terbuka. Macam baby sendiri yang tolak bantal, lepas tu dia bergerak sampai jatuh. Apa pun saya memang tak percaya baby bergerak sendiri. Sebab dia memang tak pandai bergerak alih badan lagi. Baring terlentang je.
Banyak hari jugaklah saya tertanya – tanya. Apa yang dah jadi sebenarnya? Nasib baik baby ok tak ada keced3raan. Lepas tu saya teringat nasihat mak saya pasal s3tan tu. Tapi saya masih rasa tu semua mengarut. Takkanlah…..
Kemudian masa baby umur sebulan, jadi lagi macam tu. Saya tinggalkan baby sekejap atas katil sebab nak ke tandas. Saya memang dah pastikan posisi baby selamat untuk ditinggalkan sekejap. Tak sampai 3 minit rasanya, saya dengar bunyi gedebuk! Diikuti bunyi baby menangis.
Saya boleh dengar bunyi jatuh dari dalam tandas sebab saya tak tutup rapat pintu bilik air. Cepat – cepat saya keluar dari bilik air check baby. Sekali lagi saya rasa pelik. Macam mana dia boleh jatuh? Baby baring terlentang je, tak pandai terlangkup lagi. Mengesot pun tak pandai. Tapi dalam masa 3 minit dia boleh bergerak dari tengah katil ke hujung sampai jatuh.
Saya dah mula rasa seram. Tah – tah memang ada s3tan yang kacau. Mungkin betul nasihat mak saya dulu. Lepas tu saya search Google, Youtube tentang pengalaman orang lain. Ada satu video yang saya tengok, tak tau betul ke tak? Kejadian di Indonesia.
CCTV dalam bilik menunjukkan baby kecil ditarik kakinya ketika tidur dalam bilik gelap. Masa tu adik beradik lain pun tidur sekali. Tapi kaki baby tu je yang ditarik. Tak nampak apa yang menarik. Tapi boleh nampak kaki baby tu terangkat, badan baby meluncur bergerak macam ditarik.
Seram tengok video tu walaupun tak pasti sahih betul atau tipu saja. Apa pun, yang pasti saya dah alami kejadian pelik dan saya masih tertanya dan mahu tahu apa yang menarik baby saya? Kenapa dia tarik baby? Nak ajak main ke, atau nak ced3rakan baby?
Apa masalah dia sebenarnya kacau baby? Masa tu rasa nak je menjerit, “Kau nak apa ha tarik – tarik anak aku?! Jangan kacau boleh tak?!’ Tapi risau pulak kalau benda tu muncul menampakkan diri. Sejak tu, saya tidurkan baby di tempat terbuka yang saya boleh nampak.
Kalau pergi tandas pun saya buka pintu tandas luas – luas sambil tengok baby buat apa. Lepas baby dah besar pandai alih badan sendiri, barulah saya rasa lega sikit nak biarkan dia sorang – sorang sekejap. Dua kali itu sajaIah gangguan pelik yang saya alami. Ada sesiapa yang pernah alami pengalaman macam saya? – Mommy (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Anne Ash: Saya pernah kena juga… satu macam kes ini… saya tengah tidur… bantal keliling bayi… saya pula tidur di tepi untuk halang bayi jatuh… dengar – dengar bayi menangis jatuh walaupun tidak pandai meniarap. Kali kedua jadi dekat buaian.
Buaian itu kainnya jenis besar… terjadi lagi… kali ketiga… tinggal bayi sekejap… rasa tidak sedap hati… tengok bayi balik… bayi meronta – ronta tangan bergerak – gerak… bantal tutup muka dia… cepat – cepat ambil bantal alih…
Reen Reen: Rupanya orang lain pun ada alami perkara yang sama. Saya mengalami masa anak usia sebulan. Anak tiba – tiba tiada atas katil tapi jumpa tidur tertiarap di belakang pintu bilik kecil di dapur. Saya sambung sedikit: masa itu saya tidak percaya hal – hal mistik ini.
Pada saya adalah must4hil bayi boleh sampai ke bilik belakang kecuali ada orang letak di situ. Jadi saya percaya ayahnya yang ambil dan bermain – main dengan anak di bilik itu (bilik study dan kerja dia juga). Dia yang letak di situ dan dia tertidur di ruang tamu.
Suami menafikan sebaliknya dia pula kata saya bermimpi atau berhalusinasi dan suruh baca ayat – ayat al-Quran untuk halau gangguan. Suami tidak nampak saya jumpa anak di bilik belakang sebab masa saya k3jutkan dia beritahu bayi hilang, suami bangun tidur tapi masih mamai.
Bapa mertua ada datang ke rumah dan baca – baca ayat pada anak dan baca – baca ayat al-Quran sekeliling rumah dan luar rumah. Cerita ini dah lama. Anak pun dah umur 16 tahun.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.