Bekas kekasih mesej isteri aku, nak jadi isteri kedua. Aku pelik isteri diam macam takde apa

Bekas kekasih aku add dekat fb, lepas tu dia suka like semua post dan status aku. Mula – mula takde la nak fikir apa, tapi dah orang selalu muncul, aku pun layan la. Satu hari aku terbaca wassap isteri aku, rupa – rupanya bekas kekasih aku diam – diam mesej isteri aku cakap nak jadi bini no dua. Aku tunggu jugak isteri aku sound tapi takde..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Hide fb yer. Aku bukan nak luah apa – apa kat sini. Aku nak kisahkan dugaan yang aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni. Mula – mula nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit hanya cukup – cukup makan.

3 bulan nikah, bini dah mengandung. Aku mintak dia berhenti kerja, sebab kitorang PJJ. Aku nak dia dekat dengan aku. Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup untuk sara hidup. Terus terang aku cakap bini aku bijak, cantik dan sempurna bagi aku.

Tapi ye lah, dah godaan sy4iton, semua yang h4ram tu nampak baik. Perempuan – perempuan dekat media sosiaI aku layankan. Ni lah dugaan dan kesilapan terbesar aku. Betul la orang cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik dari bini yang halal.

Ceritanya tahun kedua perkahwinan aku diuji dengan kehadiran bekas kekasih aku di mana dia seorang wanita yang baik, aur4t terjaga bertudung labuh bekerjaya serba serbi ok. Mula – mula kitorang friend dekat fb, start dari tu dia selalu like dan komen post /status yang aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada.

Mula – mula aku takde la nak fikir apa, tapi dah orang selalu muncul, aku pun layan la. Kitorang jadi rapat balik dan mula berhubung. Bekas makwe aku ni siap chat bini aku bagitahu pasal hubungan kitorang, walaupun sebenarnya aku takde cakap apa – apa pun dengan dia.

Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu. Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca wasap tu. Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu.

Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan. Hidup dengan anak bini aku rasa dah jadi macam h4mbar. Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena. Aku hampir berputvs asa. Nak dik4takan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari – hari duk imamkan bini.

Sampailah satu hari ni selepas je solat jumaat aku terjumpa dengan sorang kawan lama tak sangka dia dah jadi ustaz. Sembang – sembang sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yang serba tak kena. Free – free aku kena tarbiah tapi alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar.

Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dengan bini aku, mak ayah aku dan keluarga bini aku. Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dengan dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dengan media sosiaI, chat dengan bekas makwe.

Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri. Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dengan wanita yang h4ram buat aku walaupun dia serba serbi ok tapi dah terang – terang dia tahu aku ni suami orang, kenapa nak mulakan dengan add friend, likes dan komen – komen kat fb, dan chat aku? Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku.

Perwatakan dia baik, aur4t terjaga, tapi ni lah yang orang kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yang tarik lelaki ke ner4ka. Mata hati aku dikaburi dengan kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba untuk mengh4ncurkan rumah tangga aku.

Seorang wanita yang baik tak akan buat semua tu. “Letak bini kau kat tempat dia. Bini kau ade buat tak ape yang perempuan tu buat? Dia ade tak cuba berhubung dengan bekas kekasih dia? Kau nak tak bini kau jadi wanita seperti itu?”

Aku sangat tersentap dengan ayat kawan aku ni. Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya. Dia sangat menjaga hubungannya dengan kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosiaI. Jika dibandingkan dengan bekas makwe aku yang hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku.

Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yang gatal duk layan jugak, tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan godaan sy4itan lagi – lagi yang bertopengkan wanita baik – baik, sape tak nak.

Balik rumah tu aku terus peIuk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yang aku terbaca dari bekas makwe aku ke dia. Bini aku jawab, “Saya jaga hubungan saya dengan Allah, saya yakin Allah jaga hubungan saya dengan awak.

Saya tahu semua yang awak buat, awak layan perempuan semua saya tahu. Saya cuma berdoa Allah kuatkan hati saya, tak kan buat seperti apa yang awak buat ke saya. Saya bersyukur awak imamkan saya hari – hari. Saya bersyukur rezeki kita, anak kita.

Saya sayang awak, kalau awak j0doh saya, tetap akan jadi j0doh saya. Saya berserah dengan Allah.” Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yang aku kahwini. Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah.

Balik kampung pun susah. Hulur duit pun kadang – kadang je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku. Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa – apa, aku susah sangat nak muncul. Senang cerita, memang aku tak gaul sangat dengan family bini aku.

Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua. “Jaga hubungan kau dengan mak ayah, mertua dan keluarga baru kau. Jangan lupa nafkah mak ayah, mertua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.”

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dengan bini aku. Dialah teman aku dunia akhir4t. Hubungn dengan mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan – lahan.

Alhamdulillah sekarang anak dah 2, rezeki pun meIimpah ruah. Harap – harap korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni. Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah. Jangan contohi aku. Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku.

Yang belum kahwin, jagalah maru4h diri, jangan contohi bekas makwe aku. Buat kawan aku yang dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh baIas jasa kau kat aku. Sekian..

Komen Warganet :

Maimun MadSapleh : Alhamdulillah.. J0doh korang kuat setakat ni dan tambah cantik walau hanya seorang sahaja yang menjaga dan berusaha dengan sabar (tidak membaIas sedikit pon perbuatan suami) pada awalnya tapi kabel isteri ko guna memang kuat.

Dia yakin dengan pencipta manusia, Allah, dia bersandar hanya kepada Allah pemilik segala hati. Kalaulah dapat difahami oleh mereka yang bergeIar suami dan isteri. Tentu indah kehidupan berumahtangga. Ujian tu tetap hadir tapi Insya allah, Allah hadirkan juga ilham dan Iindung keluarga kita. Seronok baca. Kepada Allah jua kita berserah. TQ TT

Juaini Jue : Ada je wujud perempuan macam ni. Luaran imej baik, bagus. Tutup aur4t. Tapi dark side dia pasti semua takkan percaya. Yang laki yelah kalau dah ada yang halal kat rumah, yang harrom lagi nak dapatkan. Cuma beruntung lah kau dapat bini penyabar macam tu. Kalau orang lain aku tak tahu ler.

Zuraidah Wahab : Bersyukurlah dikurniakan isteri sebegitu. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, baikilah hubungan sebagai suami isteri. Jagalah hati dan perasaan seorang isteri yang banyak berk0rban untuk kau. Nak dapat keberkatan dalam rumahtangga, jangan sesekali menipu isteri.

Bagi perempuan yang jadi orang ketiga, sailang hak orang pun pilihan. Dah tahu orang tu suami orang, kau boleh je tak melayan. Jagalah maru4h sebagai seorg wanita.

Nor Aishah Zakaria : Sebenarnya isteri tahu kecurangan suami tapi berdiam diri dan berserah pada Allah. Yang h4ram tu yang dikejar. Isteri di depan mata tak dilayan. Bukan suami je yang buat hal. Sekarang ni isteri orang dan suami orang pun bercinta sebab tak kuat iman dan tak takut d0sa. Maksi4t merata – rata. Jangan menilai seseorang dari luaran. Alhamdulillah anda boleh terima teguran kawan dan dah mula sedar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?