
Ayah menangis, ayah pegang tangan aku sambil berpesan. Ayah kata, “Along, kalau ayah m4ti dulu, kalau boleh jangan bagi ibu kahwin dengan lelaki tu. Dengan orang lain ayah takde halangan.” Sampai sekarang kata – kata tu masih terngiang – ngiang dalam kepala aku…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ada satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku sepanjang minggu ni. Panjang juga cerita aku ni dan aku pun tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, luahan aku ni berkaitan ibu aku yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada minggu depan.
Untuk pengetahuan semua, arw4h ayah aku meninggaI dunia pada bulan Mei tahun lepas akibat ser4ngan jantung. Kehilangan ayah merupakan satu perkara yang sangat berat untuk aku dan adik. Sampai hari ni pun, aku masih teringat segala peng0rbanan dan kasih sayang yang arw4h berikan kepada kami sekeluarga.
Begini ceritanya. Lelaki yang ibu aku bakal kahwini adalah bekas kekasih ibu sebelum ibu berkahwin dengan arw4h ayah aku. Sejak dulu lagi aku memang kenal siapa lelaki tu walaupun tak rapat. Aku juga tahu hubungan mereka bukan sekadar kenal biasa.
Sepanjang arw4h ayah masih hidup, lelaki tu pernah beberapa kali mengganggu hubungan rumah tangga ibu dan ayah aku. Aku tak tahu sejauh mana hubungan mereka ketika tu, tapi daripada apa yang aku nampak dan dengar, ibu macam masih melayan perasaan bekas kekasihnya tu.
Perkara tu membuatkan ayah sangat terluka walaupun dia jarang menunjukkan kesedihan di depan orang lain. Aku masih ingat satu malam yang sampai sekarang tak pernah hilang daripada ingatan aku. Masa tu ayah duduk bersama aku dan tiba – tiba dia menangis.
Itulah kali pertama aku tengok seorang lelaki yang selama ni aku anggap sangat kuat menitiskan air mata di depan anaknya sendiri. Ayah cerita serba sedikit mengenai hubungan ibu dengan lelaki tu. Dia tak mengutuk ibu dan tak juga memaki hamun lelaki tu.
Sebaliknya dia cuma meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana rumah tangga yang dibina bertahun – tahun seolah – olah tergugat dengan kehadiran orang ketiga. Selepas ayah habis bercerita, dia pegang tangan aku sambil berpesan. Ayah kata, “Along, sekiranya ayah m4ti dulu, kalau boleh jangan biarkan ibu kahwin dengan lelaki tu. Dengan orang lain ayah tak ada halangan.” Sampai sekarang kata kata tu masih terngiang – ngiang dalam kepala aku.
Beberapa bulan selepas peristiwa tu, ayah benar – benar meninggaIkan kami buat selama – lamanya akibat ser4ngan jantung. Masa tu dunia aku rasa gelap. Aku cuba kuat demi ibu dan adik, walaupun hakikatnya aku sendiri masih tak dapat menerima kehilangan ayah.
Selepas ayah meninggaI, aku cuba buat yang terbaik untuk keluarga. Aku tak pernah berkira dengan ibu. Apa saja yang ibu perlukan, setakat yang aku mampu aku akan tunaikan. Kalau ibu nak makan apa – apa, aku usahakan. Kalau ibu perlukan bantuan, aku akan dahulukan ibu walaupun kadang – kadang isteri sendiri terp4ksa mengalah.
Aku dengan ibu tak pernah berg4duh besar. Hubungan kami selama ni baik saja. Sebab tu bila aku tahu ibu nak berkahwin semula, pada mulanya aku tak ada masalah kerana aku faham setiap orang perlukan teman hidup. Tetapi apabila aku tahu lelaki yang bakal menjadi suami ibu adalah lelaki yang sama pernah melukakan hati arw4h ayah, aku terus hilang semangat.
Aku rasa macam luka lama yang dah hampir sembuh terbuka semula. Aku jadi serba salah antara menghorm4ti ibu atau menghorm4ti pesan terakhir ayah. Apa yang lebih membuatkan aku sedih, ibu tak beritahu sendiri mengenai perkara tu kepada aku.
Aku tahu mengenai rancangan perkahwinan ni melalui saud4ra mara. Sebagai anak, aku rasa kecewa sebab aku tahu daripada orang lain, bukan daripada mulut ibu sendiri. Sejak aku tahu berita tu, fikiran aku jadi tak tenang. Hampir setiap malam aku teringat wajah ayah yang menangis depan aku dulu.
Aku cuba pujuk hati sendiri supaya redha, tapi setiap kali teringat pesan ayah, hati aku jadi semakin berat. Aku tahu aku tak ada hak untuk menghalang perkahwinan ibu. Aku bukan wali kepada ibu dan aku juga tahu berd0sa besar kalau seorang anak lelaki derh4ka kepada ibunya. Sebab tu aku tak pernah mengvgut atau memaksa ibu membatalkan perkahwinan tu.
Cuma aku rasa aku tak sanggup nak hadir ke majlis akad nikah minggu depan. Aku tak tahu kalau keputusan aku ni salah atau betul. Adakah dengan aku tak hadir ke majlis tu, aku dikira berd0sa besar kepada ibu? Ada satu lagi perkara yang bermain dalam fikiran aku.
Arw4h ayah meninggaI ketika masih berkhidmat dalam kerajaan. Ayah ada tinggalkan dua buah rumah, beberapa ekar tanah dan sebuah rumah sewa yang sehingga hari ni hasil sewanya digunakan oleh ibu. Selain tu, ibu juga menerima duit pencen peninggalan arw4h ayah.
Selama ni aku tak pernah mempertikaikan semua tu kerana aku tahu ibu membesarkan adik aku yang masih bersekolah. Adik aku sekarang baru darjah enam dan masih memerlukan banyak perbelanjaan. Tetapi bila ibu berkahwin nanti, aku mula tertanya – tanya mengenai hak penggunaan duit pencen dan hasil rumah sewa tu.
Bolehkah ibu menggunakan duit pencen dan hasil rumah sewa tersebut untuk kegunaan dirinya bersama suami baru? Aku bukan nak berkira, cuma aku takut kalau hak adik aku terabai. Setahu aku, kalau balu masih belum berkahwin, duit pencen boleh digunakan untuk dirinya dan anak – anak.
Tetapi kalau sudah berkahwin semula, aku pernah dengar duit tu sepatutnya lebih mengutamakan anak yang masih layak. Aku tak pasti sama ada apa yang aku faham ni betul ataupun salah. Aku juga risau kalau suatu hari nanti lelaki tu mula menguruskan kewangan ibu.
Aku tak tahu per4ngai sebenar dia sekarang. Mungkin dia dah berubah menjadi lebih baik, mungkin juga masih sama seperti dulu. Sebab tu aku rasa takut kalau dia mengambil kesempatan atas harta peninggalan arw4h ayah. Satu lagi perkara yang membuatkan hati aku tak tenang ialah ibu bercadang nak buat akad nikah di rumah peninggalan arw4h ayah.
Terus terang aku cakap, aku sangat tak selesa. Rumah tu penuh dengan kenangan ayah bersama kami. Aku rasa sangat berat nak melihat lelaki yang pernah menyakitkan hati arw4h ayah melangkah masuk ke rumah tu sebagai suami kepada ibu.
Aku tahu mungkin orang lain anggap aku terlalu ikut perasaan. Tapi hanya aku yang tahu apa yang aku rasa setiap kali teringat segala yang pernah berlaku. Sebenarnya rasa marah aku kepada lelaki tu bukan baru muncul hari ni. Aku masih ingat satu peristiwa 21 tahun yang lalu ketika aku darjah dua.
Masa tu ibu bawa aku ke satu majlis kahwin di kampung kerana lelaki tu berasal dari kampung yang sama. Ketika kami terserempak dengan lelaki tu, dia sempat berkata kepada ibu, “Kamu ni Za, geram aku tengok kau, nasib kau dah kahwin.”
Walaupun masa tu aku baru darjah dua, aku masih ingat ayat tu sampai sekarang. Aku terus menjeling lelaki tu dan angkat penumbvk sebab aku tak suka cara dia bercakap dengan ibu. Mungkin orang akan kata budak kecil mana faham apa – apa.
Tetapi entah kenapa peristiwa tu melekat dalam ingatan aku sampai hari ni. Tak sangka pula selepas 21 tahun, lelaki yang sama bakal menjadi bapa tiri aku. Aku cuba pujuk diri supaya melupakan semua yang dah berlaku. Aku cuba fikir mungkin lelaki tu dah berubah dan mungkin ibu benar – benar bahagia bersama dia nanti.
Tetapi setiap kali aku cuba menerima kenyataan tu, wajah ayah yang menangis kembali muncul dalam fikiran aku. Aku betul – betul buntu. Aku tak mahu jadi anak yang derhaka kepada ibu. Dalam masa yang sama, aku juga rasa macam mengkhianati pesan terakhir arw4h ayah kalau aku merestui perkahwinan ni begitu saja.
Jadi aku harap sangat kalau ada yang lebih arif mengenai hukvm dan pengalaman dalam perkara macam ni, boleh berikan pandangan. Aku perlukan nasihat yang ikhlas supaya aku tak membuat keputusan mengikut emosi semata – mata. Aku cuma nak buat perkara yang betul tanpa meny4kiti ibu dan tanpa mengabaikan amanah yang pernah dititipkan oleh arw4h ayah kepada aku.
Ulasan Pembaca:
Zaidai Mohd Jusoh : Urusan faraid selesaikan segera. Adik dah cukup umur, boleh urus tu. Jaga hak dan kepentingan anak yatim sangat sangat dituntut dalam Islam, terlebih lagi saud4ra kandung kita sendiri. Harta arw4h ayah apa diuruskan secara faraid, akan lebih banyak dapat dekat anak – anak, bukan isteri arw4h. Boleh menggunakan khidmat Unit Pesaka Kecil Pejabat Tanah, melalui mahkamah atau Amanah Raya.
سارينا امت : Nak tanya, bakal bapa tiri tu suami orang ke? Kalau single, tak salah pun mak tu kahwin lagi. Mak tu nak berteman. Walaupun kita sayang sangat dekat arw4h ayah, tapi hidup mesti diteruskan. Bab harta tu pula, kena tanya pada orang yang betul – betul tahu akan hukvm hakam harta ni. Mak dapat, anak – anak pun dapat. Cuma tu lah, mak nak kahwin dengan lelaki tu kan. Harap sangat mak tu tak salah pilih suami. Risau si lelaki tu ambil kesempatan dengan balu yang ada harta je. Doa yang baik – baik je lah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.