Anak pertama baru 5 bulan, saya disahkan mengandung. Ketika inilah suami kena hasut dengan mertua kata anak yang saya kandung bukan anak suami. Kerana terlalu marah maka saya sump4h suami, sambil menjerit saya kata, “Jika anak ini bukan anak engkau, maka engkau tak akan ada anak lagi untuk selama – lamanya!”
#Foto sekadar hiasan. Kawan dan sepupu sepapat kata kami pasangan ‘cinta monyet’. Nak kata apa pun katalah, cinta punya pasal, kami kahwin juga. Yang penting, emak tak bantah, cuma emak tanya betul ke saya nak kahwin? Waktu itu saya baru berumur 16 tahun.
Tapi kata emak dia pun kahwin lebih kurang seusia saya juga. Nasihat emak, pandailah bawa diri jika duduk dengan mentua. Kata emak, bukan senang serumah dengan mentua. Belum kenal hati budinya, tak tahu kesukaan dan kebenciannya.
Mesti ‘ringan tuIang,’ dan jangan bantah perintah mentua. Saya dalam tingkatan tiga, dah pandai bercinta, masuk tingkatan empat dah sibuk nak kahwin. Firus ketika itu berumur 20 tahun, bekerja di bengkel ayahnya. Kami bercinta sakan, ala filem Hindustan.
Tak lama kemudian ibu Firus masuk meminang dan kami kahwin, mudah sangat. Saya faham kahwin pada awal usia bukan mudah, kita banyak berg4ntung pada suami. Tapi suami pun sibuk. Oleh kerana dalam rumah itu cuma ada mentua suami isteri dan adik ipar baru melahirkan, jadi secara tidak langsung saya jadi pembantu rumah tak bergaji kepada adik ipar serta keluarga Firus.
Sepanjang masa berp4ntang, sayalah jaga dia, merawat dan menyediakan makan minumnya, mentua serah tugas pada saya. Umur baru 16 tahun saya sudah kahwin, kemudian tinggal dengan mentua. Nak jadikan cerita, lima bulan kemudian saya pulak hamil.
Masalahnya saya aIahan, bukan sahaja tak boleh ke dapur memasak, makan pun tak lalu. Sedihnya tak ada orang nak tolong masak. Ipar suka beli makan dan makan sendirian. Sedangkan saya tak ada duit, siapa nak belikan makanan saya?
Terasa sungguh siksanya hidup. Kalau lapar, saya masak nasi dan makan berlaukkan kicap dan telur mata. Adik ipar langsung tak bantu, apa lagi ambil pedulikan tentang saya. Dia makan sendirian dalam bilik bersama anaknya. Mentua memang tak pedulikan saya.
Oleh kerana hidup terlalu tertekan, ketika mengandung enam bulan saya minta suami hantar balik rumah emak. Tapi suami pulak tak berduit. Dia bagi belanja seratus ringgit sebulan mana cukup. Firus bekerja dengan ayahnya, jadi gajinya emaknya pegang.
Alasannya untuk simpan. Firus diberi RM100 sebulan buat belanja. Kerana kami tinggal serumah maka makan minum diurus oleh emakya. Jadi kalau Firus beri RM100 pada saya, maka itulah sahaja duit dalam tangannya. Dengan duit yang dikawal selia oleh emak, maka persediaan keperluan baby mentua juga uruskan.
Sementara upah berurut dan ubat – ubat dalam p4ntang pun emak siapkan, sebab saya memang tak berduit. Pernah saya cakap pada emak, tak sangka hidup saya begini susah. Kata emak, itu pilihan saya, emak tak bantah sebab kehidupan bersama emak pun bukan senang.
Mak pun susah, duduk kampung, makan minum bapa tiri saya sediakan, ini pun perkahwinan kedua emak. Tak sampai anak berusia lima bulan, saya mengandung lagi. Allah siksanya, mana nak jaga anak, badan pulak tak sihat. Munt4h tak berhenti.
Kerana terasa susah di rumah mentua, maka saya minta Firus hantar saya balik kampung. Niat saya habis p4ntang saya baliklah semula. Tapi entah apa yang merasuk Firus yang asalnya setuju, tiba – tiba berubah hati. Dia tak benarkan saya balik.
Puas saya pujuk tapi dia berkeras. Akibatnya seringlah kami bermasam muka dan bertengk4r. Akhirnya Firus ceraikan saya dan tuduh anak kedua yang saya kandung tiga bulan itu bukan anaknya. Ini yang meny4kitkan hati saya.
Tuduhannya amat meny4kitkan hati. Saya sedar ibunya merancangkan hendak kahwinkan Firus dengan calon lain sebab bencikan saya. Walaupun saya cuba ceritakan yang sebenar tentang kesihatan saya, tetapi mereka tolak, semata – mata kerana mereka tak suka saya balik rumah emak semasa dalam p4ntang seperti anak pertama dahulu.
Tuduhan Firus bukan sahaja meny4kitkan hati, malah memaIukan saya dan keluarga. Entah macam mana, kerana terlalu geram dan marah yang teramat kerana dituduh anak kandungan saya bukan anaknya tapi anak orang lain, maka saya sump4h Firus, sambil menjerit saya kata, ‘Jika anak ini bukan anak engkau, maka engkau tak akan ada anak lagi untuk selama – lamanya!’
Maka tamatlah sebuah perkahwinan berputik dari ‘cinta monyet.’ Seperti yang dik4takan sepupu sepapat dulu. Kata mereka cinta monyet takkan bahagia. Dalam usia tak sampai 20 tahun saya sudah pegang title janda muda anak dua.
Macam biasalah, lelaki tak akan beri nafkah anak – anak lepas bercerai, jadi saya terp4ksa cari kerja untuk menyara hidup kami bertiga. Untung emak tolong jagakan anak – anak semasa saya bekerja. Bekerja di kampung upahnya murah, perniagaan pun tak besar.
Kerana susah dengan gaji yang kecil, selalu anak – anak minum teh O bila kehabisan duit untuk beli susu. Kerana susah jugalah, akhirnya dengan ajakan kawan saya beranikan diri datang KL cari kerja. Waktu itu saya bawa anak kecil dan terp4ksa tinggalkan anak sulung dengan emak.
Lepas dua tahun bekerja di KL, saya dilamar seorang pemuda bernama Akil, berusia 30 tahun, seorang pemandu lori. Oleh kerana hidup susah, saya terima lamarannya. Akil berjanji bantu besarkan anak – anak saya. Dengan Akil saya dapat dua orang lagi anak.
Dia memang berterus terang. Contoh, kalau dia dapat RM250 sehari, dia beri saya RM150 dan bakinya untuk dirinya. Saya pujuk dia supaya simpan duit, untuk kegunaan masa susah, sebab Akil bukan kerja tetap, kerja ikut trip, kalau ada kerja ada gaji.
Habis apa nak makan kalau tak ada kerja. Tapi Akil kata duit itu hak dia. Dia tahu apa yang dia harus buat. Untuk menyelamatkan keadaan, saya terp4ksa bekerja di gerai, nekad tinggalkan anak kecil dijaga oleh kakak yang besar sikit.
Nasib gerai tak jauh dari rumah, bolehlah saya balik menjenguk keadaan anak – anak. Tujuan saya bekerja untuk beli susu anak dan barang makan sebab ada ketikanya Akil tak ada kerja, apa kami nak makan. Lama saya bersabar dengan per4ngainya.
Akhirnya terb0ngkar rupa – rupanya Akil kaki jvdi dan pen4gih d4dah. Patutlah susah dapat kerja sebab per4ngainya men4gih, majikan takut bagi kerja. Kerana tak ada duit, susah nak makan, kami sering berg4duh, Akil ceraikan saya.
Terasa betul siksanya hidup ini. Akhirnya saya terp4ksa serahkan anak kecil saya dengan Akil kepada orang sebagai anak angkat. Sebab tak mampu. Dalam pada itu, bekas suami, Firus cari saya hendak ambil dua orang anak saya.
Memang saya tak mahu bagi, sebab dulu Firus tak mengaku itu anak – anaknya dan tuduh saya macam – macam. Tapi Firus dan emaknya terus memujuk mahu ambil dua orang anak saya kerana dua kali Firus kahwin dia masih belum ada anak.
Dia mahu ambil anak – anak setelah sedar kesalahannya. Mulanya memang saya dan emak tak bagi, tetapi Firus berjanji benarkan saya datang tengok anak, dan demi masa depan anak – anak maka saya setuju serahkan. Kini tinggallah saya dengan seorang anak, sebab dua orang di ambil bekas suami, seorang saya bagi pada orang sebagai anak angkat
Sekali lagi saya turun KL cari kerja. Anak saya tumpangkan dengan kakak, kebetulan mereka duduk di KL. Oleh kerana tak ada kelulusan, kerja yang paling sesuai dengan saya jadi pembantu gerai, atau pembantu di kedai. Kerja tu tak perlu sijil, hanya perIukan kemahiran dan saya memang suka masak.
Sesekali saya disuruh masak ketika gantikan tukang masak bercuti. Empat tahun jadi ibu tunggal, saya dilamar lagi. Pemuda ini Amar namanya, dia tak kisah saya janda anak empat. Dari segi umur, saya masih muda daripada dia. Tetapi setelah enam bulan berkahwin baru saya faham per4ngai Amar, dia suka bertukar – tukar kerja.
“Dia mengadu tak tahan jadi pemandu teksi, jadi saya ajak dia bekerja gerai makan. Mulanya dia setuju, tapi tak sampai lima bulan dia nak berniaga sendiri. Tak ada duit, dia pujuk saya pinjam pada ah l0ng. Saya bantah, tetapi dia berjanji akan bayar. Saya mengalah.
Berbekalkan sedikit pengalaman, mungkin lokasi tempat berniaga cantik, berniaga maju, bolehlah bayar hutang. Tapi tak sampai setahun ada pulak gangguan dari pihak berkuasa, suruh tutup. Peniaga lain terus berniaga tetapi Amar mahu berhenti cari tempat lain.
Kebetulan ayahnya ajak balik kampung di Pahang, tolong dia berniaga. Amar setuju dan kami pindah. Pinjaman ah l0ng tak berbayar. Amar main lari aja, kata nanti ada duit bayar. Tapi bila? Peliknya ibu tiri Amar tak setuju kami duduk rumahya.
Ayah Amar tak berani bersuara. Oleh kerana dah pindah, terp4ksalah cari rumah sewa. Janji ayahnya tolong dia berniaga, tapi ibu tiri suruh berniaga sendiri. Buat sementara Amar bantu ayahnya sebab tak ada duit nak makan. Di sini Amar dan saya belajar pelbagai jenis masakan popular ayahnya seperti buat roti canai dan pelbagai jenis mi.
Kemudian Amar buka gerai sendiri. Kurang modal, pinjam ah l0ng lagi. Tak sampai setahun, kerana s4kit hati dan tak selesa dengan ibu tiri, Amar cari kerja jadi tukang masak di Melaka. Taukeh janjikan rumah untuk kami. Kami pindah ke Melaka, terlepas lagi dari ah l0ng.
Tapi tak sampai setahun pindah pulak ke Johor. Kata Amar, sana kerja lebih baik dan gaji lebih besar. Pindah lagi. Tetapi saya rasa tak selesa, takut pun ada. Dalam huru hara pindah randah, saya mengandung lagi dan melahirkan anak ke lima, tetapi anak sulung kepada Amar.
Bila dah mengandung, tentulah tenaga kurang, tambahan bila ada anak kecil. Amar mula kurang minat bekerja. Rupanya bila saya bantu dia, baru dia suka bekerja. Tapi sampai bila nak berg4ntung dengan saya, patutnya saya berg4ntung pada dia.
Anak belum sampai lima bulan, kami pindah balik ke Melaka. Konon bos lama nak serahkan tempat berniaga pada dia. Amar percaya sangat. Saya nasihatkan dia fikir dulu, kalau berniaga bagus takkan orang dengan mudah mahu bagi tempat berniaga mereka pada kita.
Tapi Amar tetap dengan keputvsannya. Alasan Amar berhenti kerja pada bos konon ayahnya suruh balik bantu ayah berniaga. Tentulah bos percaya dan nasihatnya kalau tak selesa nanti datang semula kalau nak kerja. Sampai Melaka, benarlah seperti yang saya katakan, tempat berniaga kurang pelanggan sebab kilang dah tutup pindah tempat baru.
Dulu pekerja kilang itulah jadi pelanggan kami. Bila dah pindah tentulah perniagaan kurang maju. Tapi Amar tetap nak berniaga. Pertama, sebab dah malu dengan bos di Johor. Kedua, dia memang ada rancangan nak pinjam ah l0ng lagi.
Bab pinjam ah l0ng inilah yang merunsingkan fikiran. Saya takut suatu hari nanti Amar jadi m4ngsa ah l0ng, sebab per4ngainya suka meminjam, tapi tak mahu bayar dan suka lari. Apa jadi suatu hari nanti salah seorang ah l0ng terjumpa dia?
Sedangkan kami tak ada duit nak bayar, nak gadai apa, satu benda pun tak ada dalam rumah. Bayangkan setiap kali pindah kami naik teksi dan bawa pakaian saja. Saya takut dia kena pukuI dengan ah l0ng. Sudahlah hidup susah, setiap hari saya risaukan keselamatan kami sekeluarga yang diburu oleh ah l0ng.
Memang kami tak ada harta. Yang saya simpan periuk nasi elektrik, kuali, dapur, cerek, sedikit pinggan mangkuk adalah saya simpan dalam kotak. Kotak itulah kami usung setiap kali berpindah. Itu saja harta kami. Rasanya tak ada orang lain sesusah hidup kami.
Hinggakan tikar pun tak ada. Kami tiga beranak tidur atas lantai simen beralaskan kain batik, berbantalkan beg pakaian. Dulu saya ada tiga biji bantal tapi terp4ksa tinggalkan sebab tak muat nak masuk dalam teksi ketika pindah.
Kerana sering berpindah randah, anak ketiga saya merasa bersekolah di tiga buah negeri. Nasib dua orang lagi diambil oleh ayahnya, kalau tidak tak tahu apa nak jadi. “Biasanya bila kami pindah tempat kerja ada saja orang sedekahkan saya pakaian anak – anak dan beri kami tikar bantal. Agaknya mereka kesiankan saya.
Kalau tak silap saya, sepanjang berkahwin dengan Amar saya berpindah randah lebih dari lapan kali, dan merasa duduk di tiga buah negeri. Kata orang tua – tua, tujuh kali pindah papa. Memang dah papa pun. Dulu masa duduk di KL saya ada mesin cuci pakaian, bila nak pindah Amar jual, buat tambang teksi katanya.
Dulu saya ada TV, pun Amar jual dengan alasan yang sama, hinggakan peti sejuk pun Amar jual, janjinya nanti beli yang lain. Tapi memang tak belilah, sebab Amar memang tak ada duit. Bayangkan duit ah l0ng pun Amar lari tak mahu bayar, inikan pulak nak beli mesin basuh.
Katanya pakaian bukan banyak rendam semalaman pagi esok cuci. Senang. Memanglah senang, bukan dia cuci. Akhirnya bila pindah ke Melaka, saya buat keputvsan balik duduk kampung, sebab tak larat nak pindah randah. Tambahan kehidupan saya sem4kin hari sem4kin susah.
Amar bagi amaran, kalau balik kampung saya akan diceraikan. Saya dah buat keputvsan, saya reda bercerai. Saya fikir, ketika duduk sendirian di KL kerja pembantu di gerai dulu hidup saya lebih senang, boleh bayar sewa bilik, beli mesin basun dan TV, walaupun secara ansuran, tetapi setelah berkahwin hidup saya sem4kin susah.
Hati lebih susah sebab takutkan ah l0ng. Yang bertambah cuma anak, tapi saya bimbang tak boleh beri mereka pelajaran secukupnya. Mulanya Amar enggan ceraikan saya, tetapi saya tak boleh sabar. Janji saya pada Amar, biar kita cerai dulu, nanti bila hati saya dah tenang, kita rujuk semula.
Kini sudah tiga tahun berlalu, saya tak jumpa pun Amar. Mungkin dia sudah berubah hati. Saya doakan dia bahagia. Bagi saya semuanya kerana tidak dapat bimbingan dalam rumah tangga. Kemiskinan mem4ksa ibu bapa melepaskan anaknya ketika muda lagi.
Orang zaman dulu lain, zaman sekarang terlalu banyak cab4ran. Selain itu, masih terdapat mentua yang mahu mengawal selia anak lelaki, akhirnya menantu jadi m4ngsa. Dan saya tak nafikan, saya kahwin muda kerana kehidupan kami susah, bila ada orang janjikan kehidupan lebih baik, tanpa usul periksa kita terima. Kalau keluarga kita mampu, tentu mereka berusaha beri pelajaran lebih baik untuk anak – anaknya. – Norhidayah
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.