Belum kahwin dah kena control, tengah kerja nak pergi tandas pun kena minta izin. Nak cakap dengan boss pun tak boleh

Serta merta aku dihamun oleh teman lelaki. Sebab aku tidak minta izin pada dia. Aku WAJIB meminta izin dia terlebih dahulu termasuk lah nak pergi tandas waktu berkerja. Kata dia aku ni kena jadi isteri solehah dan dia tu suami aku. Wajib buat semua ni dan JANGAN MEL4WAN.

#Foto sekadar hiasan. Hi. Aku seorang perempuan yang berumur lewat 20-an. Ini kisah tentang perkenalan aku dengan seorang lelaki yang muda 5 tahun daripada aku. Kami telah berkenalan selama 9 bulan. Aku kenal dia sewaktu kami berkerja dahulu.

Aku tertarik dengan sifat dia yang solat penuh 5 waktu, seorang yang caring, seorang yang ambil berat tentang aurat aku, di mana dia akan pastikan tudung aku menutupi d4da, baju longgar dan labuh, solat awal waktu. Dia juga seorang yang tidak suka main game, bukan kaki lepak.

Senang cerita dia seorang lelaki yang suka duduk di rumah dan habiskan masa dengan workout dan exercise sahaja. Dan benda yang paling ajaib sekali, kami mempunyai tarikh lahir, hari yang sama cuma berbeza tahun sahaja.

Dia tidak mempunyai kereta, hanya pakai motor itu pun motor abang dia dan aku mempunyai kereta. Tiap kali kami nak keluar, aku akan ambil dia di rumah dan kami akan luangkan masa bersama. Cerita dia bermula di mana awal perkenalan kami tu cukup indah, dia sangat menjaga tutur kata, dan tidak pernah buat aku marah memandangkan aku seorang yang sangat sangat penyabar.

Lama kelamaan, aku nampak per4ngai dia sedikit demi sedikit di mana dia cuba untuk mengawal pergerakan aku. Aku tidak dibenarkan berbual dengan kawan lelaki sekerja (kami kerja sekali jadi setiap gerak geri aku diperhatikan),

Aku tidak dibenarkan mesej atau approve / follow social media mana – mana kawan lelaki atau kawan sekerja mahu lelaki ataupun perempuan (perempuan pun kena tunggu dia tapis mana boleh kawan baru boleh follow).

Aku ikutkan sahaja tanpa ada apa – apa bantahan. Setiap pagi dia akan make sure aku dah breakfast, dia akan belikan makanan atau bawa dari rumah dan aku juga kerap memasak untuk dia dan makan bersama. Pada satu hari, aku berbual dengan kawan kerja aku (boss aku waktu itu di mana dia minta aku selesaikan satu kerja).

Tanpa berlengah, aku bantu boss aku dan dengan serta merta aku dihamun oleh teman lelaki aku. Sebab dia marah? Sebab aku tidak minta izin pada dia untuk ke tempat duduk boss aku, tidak minta izin pada dia untuk bantu boss aku dan sama juga jika kawan sekerja minta tolong aku,

Aku WAJIB meminta izin dia terlebih dahulu termasuk lah nak pergi tandas waktu berkerja juga perlu inform pada dia. Dan itu lah pertama kali dia keluarkan bahasa kesat aku kau pada aku, aku terasa sangat sebab aku tak biasa dikasari.

Perkara tu buatkan aku menangis depan dia dan dia janji tidak akan ulangi lagi (dan Alhamdulillah itu pertama dan terakhir dia cakap aku kau bila marah). Aku tak tahu macam mana nak explain per4ngai dia, tapi tiap kali kami berg4duh mesti sebab dia SANGAT REMEH bagi aku.

Bagi dia benda tu BESAR yang membuatkan dia akan h1na aku. Biarlah aku point kan satu persatu sebab yang buatkan kami berg4duh di sini. Dan sejujurnya kami tak pernah langsung berg4duh tentang orang ketiga ke, menipu ke, atau pasal perkara – perkara yang besar.

1. Bila weekend waktu bercuti, biasalah perempuan kalau PMS akan bangun lewat sikit around 10am. Bagi dia tu MASALAH BESAR dan dia bagitau aku dia paling benci perempuan kuat tidur (sedangkan aku tak pernah tidur petang).

Selalunya lepas subuh kami akan otp dan aku hanya diberi keizinan tidur lepas subuh pun limit sampai 8.30am sahaja then dia akan meng4muk kalau aku bangun lewat daripada tu. Jika aku mandi dan solat lewat pun dia akan bising. Tapi jika dia buat, tak apa. Dia kata dia tak apa, tapi aku tak boleh sebab aku perempuan.

2. Dia marah bila aku reply chat dia lambat (contoh waktu ni aku tengah kemas rumah) dia marah sebab dia kata sekurangnya bagitau lah dia yang aku nak kemas rumah. Kalau aku dah kemas rumah, kemudian aku mengadu aku s4kit badan, dia akan meng4muk sebab aku degil buat kerja berat -b erat sedangkan dia dah pesan jangan buat kerja berat.

Bila aku mengadu aku s4kit badan ke, pening ke mesti kami berg4duh. Dia tak suka aku mengada – ngada. Dia kata setiap benda yang aku mengadu meluahkan pada dia tu semua nya mengada – ngada. Aku sedih sangat. Biasalah kita perempuan nak mengadu itu ini.

Bila dia s4kit badan, aku sanggup order pandamart belikan dia panadol, yoko yoko, koyok untuk kurangkan s4kit dia. Tapi bila waktu aku mengadu itu ini dia kata aku ni mengada – ngada. Dia juga sangat pantang kalau aku reply mesej dia pendek walaupun dia reply OK, BAIK. Aku wajib reply panjang dan dia benci kalau aku reply emoji sahaja. Katanya hanya dia sahaja yang boleh reply sepatah atau tak nak reply langsung.

3. Kalau aku nak online socmed, aku WAJIB inform dia terlebih dahulu bila nak on social media, nak post atau upload apa – apa di socmed. Aku tidak dibenarkan online terlalu lama instagram, fb, kalau aku tengah online tanpa bagitau atau reply mesej dia, kami akan berg4duh.

Kalau dia tak apa, kadang – kadang bila tengah chat aku nampak saja dia online tapi aku tak pernah pertikaikan. Aku sabar. Aku sampai pernah deactivate instagram aku sampai 2 bulan sebab aku tak tahan berg4duh benda kecil. End up dia pujuk aku untuk activekan balik.

4. Jika aku nak beli apa – apa di shopee aku kena inform dia terlebih dahulu. Tak boleh beli sesuka hati kena tunggu keizinan dia boleh atau tidak beli tu. Untuk pengetahuan pembaca, setiap bulan kami akan contribute duit gaji masing – masing dalam RM500 – 600 untuk duit kahwin di ASB.

Sama juga kalau aku nak pergi mana – mana aku wajib bagitau dan minta keizinan dari dia dulu termasuklah jika nak balik rumah family aku. Kata dia aku ni kena jadi isteri solehah dan dia tu suami aku. Wajib buat semua ni dan JANGAN MEL4WAN.

Sebenarnya terlalu banyak sangat perkara yang aku nak senaraikan pantang larang teman lelaki ku yang menjadi punca kami berg4duh. Kadang – kadang dia jadi seorang yang sangat matang dalam menasihati aku, cuma benda kecil macam ni pun boleh berg4duh.

Dan boleh aku katakan ini lah pertama kali aku bercinta dan berg4duh disebabkan perkara remeh sehingga dia akan BLOCK aku di socmed. Aku tak pernah block dia sebab bagi aku benda tu tak matang. Setiap kali berg4duh, dia akan h1na aku, pernah sekali dia h1na keluarga aku.

Dan dia akan cakap dia tak kisah dan tak heran jika aku nak cari lelaki lain atau nak pergi dari hidup dia. Kalau aku tak boleh tahan dengan pantang larang dia, aku boleh berambus. Dia seorang yang sangat – sangat eg0 dan pantang dic4bar.

Dia juga kadang – kadang pernah jadi play v1ctim macam aku yang teruk, aku tak akan jumpa lelaki macam dia yang tak kaki lepak, tak main game. Aku tak nafikan dia memang solat penuh 5 waktu dan selalu pesan pada aku tentang agama cuma dia tak boleh kawal sifat marah dia.

Bila berg4duh kadang – kadang dia akan cakap aku tak ada otak, dia suruh aku pergi dari hidup dia dan macam – macam. Tapi bila aku tak contact dia 2 – 3 hari, dia akan cari jalan nak berbaik walaupun dalam keadaan penuh dengan keeg0aan cara dia pujuk.

Dia kata dia sayang aku sebab aku ni tak pernah berputus asa dengan dia, aku masih setia dan sabar dengan dia. Aku tak pernah cari salah dia, tak pernah aku cari point buruk dia untuk kami berg4duh sebab bagi aku tak ada apa yang nak dig4duhkan pun.

Tapi dia sering cari point walau sekecil kuman. Setiap kali berg4duh, aku banyak sangat mengalah dan pujuk dia baik – baik. Aku datang rumah dia. Dia suka kalau aku datang cari dia, senang cerita dia suka aku terhegeh – hegeh dengan dia.

Aku dan dia dah sama – sama berhenti kerja beberapa bulan yang lepas dan dia akan make sure contact list aku tak akan save satu pun nama budak budak office lama kami. Aku seorang yang periang, banyak cakap, dan suka melawak. Dia seorang yang tegas tapi penyayang.

Dia paling benci jika aku buat lawak. Dia kata dia tak suka perempuan main – main, dia suka perempuan yang serious sahaja. Ada masa boleh bermain. Cuma sejak aku kenal dia, aku dah tak jadi diri aku sendiri. Kadang – kadang aku terp4ksa fake jadi serious sedangkan sifat aku memang happy go lucky.

Dan lama kelamaan aku menjadi seorang yang anx1ety, depr3ssion pun ada. Aku terlalu sayangkan dia walaupun per4ngai dia suka cari g4duh (end up aku dituduh tak pernah bagi mentaI dia okay, aku yang cari masalah langgar pantang larang yang kecik kuman tu).

Aku sayang dia, aku tak boleh kehilangan dia walaupun dalam fikiran aku banyak kali nak move on, lupakan dia, putus terus. Tapi aku tak boleh menafikan aku perIukan dia. Aku teringat segala kebaikkan dia pada aku, contoh macam sekarang aku takde kerja, setiap bulan dia akan bagi aku duit belanja walau tak banyak tapi katanya dia nak didik diri dia supaya lebih bertanggungjawab.

Dia juga tak malu suap aku makan di public, temankan aku ke mana saja, make sure cuti dia ada aktiviti dengan aku, pakaikan aku stokin, ketipkan kuku aku dan sebagainya. Benda kecil macam tu buat aku sayang pada dia.

Jika kami berbaik, ayat – ayat dia sentiasa menyenangkan. Dia boleh jadi seorang yang pemarah, yang baik sangat, yang sweet sangat. Dia boleh berubah semua tu bila – bila masa sahaja terutamanya bila aku langgar pantang larang dia. Aku buntu. Teman lelaki aku ni sayang aku ke tidak sebenarnya? – Uqasha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Karen Sundram : Minta maaf sis. Anda dalam hubungan yang teramat sangat t0ksik. Jika laki tu betul – betul sayang anda, dia tak akan control sis instead dia akan percaya awak. Possessive tu common but biarlah bertempat. Kalau saya lama dah angkat kaki. Tak suka dicontrol macam ni. Harap sis dapat penyelesaian yang terbaik.

Madamme Que : Ketipkan kuku, pakaikan stokin kata suka bagi nasihat agama. Bf awak ketip kuku awak dan pakaikan stokin awak, tangan dia pakai gloves ke? Penunggang agama betul. Dia buat awak bukan macam gf tau, bagi akak la.

Tapi dah macam tahanan penjara dik. Sampaikan nak gi tandas kat ofis kena mintak izin dia atau dia teringin nak jadi cikgu ke ape? Melampau betul. Too absurd, narc1ssistic and weird. Extremely strange too. Dik, look. A real man will never clip his woman’s wings. Instead he’ll suport u to succeed.

Confessor, sayangi diri sebelum orang lain. Menakutkan bf awak ni. Baik undur diri sebelum ter’kahwin’ dengan dia. Kalau tak, no turning back dah. Bertindak la sekarang sebelum awak siksa dalam ik4tan perkahwinan yang bakal jadi umpama penjara, nampak gayanya. Eiii seram.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.