
Dia cakap aku isteri derh4kala. Dia samakan aku dengan binatang yang h4ram tu. Memang ner4kala tempat aku. Kenapalah wahai suami.. kau sanggup
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin approve luahan hati ini. Aku luahkan dekat sini sebab aku hendak minta pandangan kot ada di kalangan followers page ni yang arif tentang masalah yang aku hadapi ini.
Tolong cadangkan dekat aku apa aku perlu buat. Sama ada pergi kaunseling rumah tangga atau minta fasakh. Aku dah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum ada rezeki anak. Masih baru. Ya aku tahu. Masih dalam fasa mengenal hati budi dan tingkah laku orang orang tua kata. Tapi aku dilema sangat – sangat.
Kenapalah ya Allah. Engkau jodohkan aku dengan suamiku yang sekarang ni. Kami berkahwin atas dasar cinta setelah setahun lebih perkenalan. Masalah sebenarnya dah timbul masa kami dalam fasa bertunang lagi. Kami sering berg4duh.
Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja isu yang nak dig4duhkan. Kami g4duh ke tahap fizikal pun ada. Tapi tidaklah teruk. Ada pernah satu kejadian di mana kami tengah makan di satu kedai. Selepas itu ada salah faham. Dia melenting marah. Tinggi suara. Aku merajuk hati.
Time dia tengah bayar aku keluar dulu dari kedai itu dan terus berjalan kaki ke petronas yang terletak tak jauh dari kedai itu. Kemudian dia langsung tidak ada rasa bersalah terus tinggalkan aku sendirian dekat situ. Dia ada telefon aku dan aku cakap aku nak balik jalan kaki ke rumah sewa aku. Dia tak ada rasa hendak pujuk. Terus balik.
Tapi aku ugvt kalau dia balik aku nak batalkan pertunangan. Kemudian baru dia datang pickup aku. Tu pun aku kena jalan seberang jalan ke kereta. Aku tahu dekat situ dah nampak red flag. Tapi entahla kenapa aku masih teruskan pertunangan sampailah ke kahwin.
Dalam fasa tunang banyak kali sangat berg4duhnya. Tinggi suara. Caci m4ki. Itu benda biasa bagi aku. Aku akan maafkan dia selepas dia pujuk aku. Mudahnya aku memaafkan. Lembutnya hati aku. Aku menyesal sebab tidak bertegas dengan dia masa itu. Aku macam bagi muka dekat dia untuk terus layan aku macam tu.
Dipendekkan cerita, kitorang dah kahwin. Dan masalah yang sama masih berulang. Bila g4duh dia akan marah aku. M4ki – m4ki aku. Lepastu mintak maaf dan kami akan ok. Tapi aku tertanya – tanya sampai bila keadaan ini akan jadi.
Suami aku jenis yang keras hati sangat. Aku pernah ugvt nak cerai. Sikit pun dia tidak peduli. Jenis yang panas baran. Apa sahaja yang tidak kena dengan cara dia. Memang akan jadi perg4duhanla.
Aku tak minta banyak pun. Cukupla layan aku selayaknya isteri dilayan. Aku usaha sabar jugak.. Tapi aku ada limit aku jugak. Sampai bila aku nak kena tindas ja. Sebab aku bukan jenis yang suka orang bagi arahan dekat aku.
Kalau cakap nada yang elok. Bahasa yang elok. Aku ok ja walaupun apa yang dia suruh tu aku tak rela.. Demi Allah, aku rasa macam dah taw4r hati. Ada banyak kali jugak terjadi perg4duhan sampai ke tarik rambut aku dan banyak lagi.
Sedangkan punca perg4duhan itu kecil sahaja. Hanya sebab aku menjawab bila dia marah. Aku jenis yang kalau nak marah atas benda tak relevan memang aku menjawab jugak. Sedangkan dia sendiri pun pernah buat kesalahan yang sama. Tapi bila aku buat. Aku dimarahi.
Ibu dan ayah aku pun dah tahu per4ngai suami aku. Sebab bila g4duh yang teruk aku akan call ibu aku untuk cerita. Sebab aku tak mampu tahan sorang. Bila dia marah dia suka nak cakap yang bukan – bukan.
Dia cakap aku isteri derh4kala. Dia samakan aku dengan binatang yang h4ram tu. Memang ner4kala tempat aku. Kenapalah wahai suami.. kau sanggup cakap benda – benda macam tu. Boleh bayang tak betapa kecewanya hati aku sebagai isteri.
Bila g4duh aku hendak keluar tenangkan hati. Dia tak izinkan. Tapi aku p4ksa jugak cakap aku nak keluar redakan kemarahan. Dia cakap kalau aku keluar dia doa aku eksiden. Kalau eksiden c4cat pun dia tak mau jaga. Biar m4ti terus lagi senang dia kata.
Ya Allah. H4ncur lebur hati aku dengar. Mana ehsan mu suamiku.. Aku rasa cukupla kot setakat itu sahaja luahan hati aku. Aku sedih bila tengok kawan aku yang kahwin kemudian selepas aku dah ada anak.
Tapi aku masih lagi struggle nak suaikan diri dengan sikap suami… Sepatutnya kami dalam fasa toleransi. Fasa bersabar. Sabarkanlah hati ini ya Allah. Suami aku ada sisi baik dia. Tapi per4ngai baran dan caci m4ki itu mengaburi kebaikan – kebaikan yang dia pernah buat.
Tolong bagi pendapat apa aku perlu buat. Aku masih sayangkan suami aku. Tapi aku tak sanggup nak hadap caci m4ki dia lagi. Maaf kalau cerita aku berterabur.. Yang kecewa, – Isteri dilema, Zulaika (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sherri Hazmi : Errrmn… Nasi dah jadi bubur. Dari awal dah red flag tapi masih nak kahwin atas alasan sayang. Tanggung la sendiri. Laki panas baran ni takkan berubah. Dah sebati. Sama ada ko kena jadi puppet b0do dia, terima je segala caci m4ki h1naan, hidup la dalam kesedihan sampai akhir hayat.
Atau, Angkat kaki, beIah, cari la kehidupan lain. Takde anak pun kan. Better takde anak dari dapat bapak baran lepas tu anak esok jadi baka yang baran jugak. Cut the cycle. Penceraian bukan end of the world. Ramai je orang bercerai boleh survive. Tapi kok berpegang gak dengan kata – kata “saya masih sayangkan dia”, pergi m4ti lah kau di situ. Aku padankan aje muka kauuuuuuu
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.