
Agen insurans tu kawan suami aku, suami orang pun. Tapi memang jenis romantik. Ada satu hari tu, dia lalu depan rumah aku, letak kopi panas atas tembok. Aku berbunga, sampai sekarang teringat – ingat..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Kembali lagi, saya Chemp. Saya tahu ramai kecam post saya sebelum ni. Part 1 >> Suami rajin tolong buat kerja rumah, layan anak, bagi duit nafkah cukup. Tapi aku tetap sunyi, bosan sebab dapat suami kayu, tak romantik.
Saya bukannya apa, cuma nak kongsi perasaan yang dah lama saya simpan. Kadang – kadang orang susah nak faham. Ni saya nak explain lagi. Benar suami saya baik, nafkah cukup, rumah terjaga. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab, balik kerja layan anak – anak, bantu buat kerja rumah bila perlu. Saya tak nafi dan memang bersyukur part hok tu.
Memang suami yang ramai orang impikan. Gajinya 12k tu takla banyak mana pun untuk zaman menc4bar macam sekarang ni. Bolehlah nak hidup, semua keperluan kami lengkap ala kadar. Dia terlalu serius, hidup ikut logik dan fakta. Tiada k3jutan, tiada kata manis kecil yang buat hati rasa berbunga.
Kadang – kadang saya cuma berharap dia tanya ‘apa khabar hari ni’ dengan nada manja, atau hantar mesej pendek untuk buat saya tersenyum. Perkara itu sahaja… tapi entah kenapa bagi saya terasa seperti hilang. Contohnya baru – baru ni, ada urusan claim takaful. Suami minta saya tolong uruskan terus dengan agent kami.
Bukan nak kata jatuh cinta ke apa, tapi cara agent tu balas WhatsApp, cuma tegur ‘take care’ pun buat hati saya tersentuh sebentar, manis je buat kita boleh tersenyum sendiri. Tapi tak lebih dari itu, cuma perasaan kecil yang buat saya sedar kadang – kadang hati ini masih mahu sedikit perhatian.
Saya bukan nak curang, bukan nak jatuh hati ke apa. Saya cuma nak bagitau saya manusia biasa. Kadang – kadang hati ini terasa rapuh walaupun suami saya lelaki impian ramai orang. Saya rasa bersalah menulis ini, tapi saya cuma cuba jujur dengan perasaan sendiri.”
Saya tahu ramai orang seakan envy dengan suami saya, lelaki bertanggungjawab kononnya, dan kelihatan cukup sempurna untuk keluarga. Tapi bagi saya… kadang – kadang hati tetap rasa kosong. Walaupun semua duniawi dan tanggungjawab dia dah sempurna, sedikit kelembutan dan perhatian kecil yang saya rindu kadang-kadang tetap hilang. Umpama makan nasi tapi takde lauk. Kenyang tapi. Hmmmm… – Chempaka Timur (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam semua. Its me again, Chemp. Ramai yang triggered dengan tulisan saya yang lepas – lepas. Its ok la itu hak memasing dan saya akui banyak juga yang betulnya. Saya pun sekadar ingin meluah perasaan supaya rasa lega sikit hati ini.
Tentang ejen insuran tu, ramai yang komen kata diorang nak jaga customer sebab tu dia manis mulut. What ever la.. Tapi saya dah kenal dia lama, saya tau dia memang soft spoken dan pandai berkata – kata. Dah berkahwin juga pun. Sebenarnya dia kawan kelas suami masa sekolah menengah.
Lepas suami sambung universiti, dia spm je terus ke bandar bekerja. Suami saya pernah cerita macam tu lah. Fyi, saya background degree edu kat upsi. Tapi tak pernah kerja cikgu sebab suami nak saya tolong urus hal rumah masa dia keluar kerja.
Suami saya tua 5 tahun dari saya, kenal pun masa tu suami dah kerja, dia dipanggil bagi career talk kat upsi. Masa tu dia yang approach saya, pandai pulak kan dia romantik masa tu sampai saya pun cair. Saya lupa nak bagitau dalam tulisan sebelum ni, sejak 3 tahun lepas, lepas zaman kovit tu suami ada upah helper untuk tolong saya di rumah tapi helper ni datang 4 hari je dalam seminggu masa weekday, bolehlah tolong saya buat kerja rumah sikit – sikit.
Weekend suami ada di rumah, jadi dia boleh tolong so tak perlu helper ni. Hari – hari saya berlalu macam biasa urus hal di rumah, tunggu suami balik. Walaupun ada helper, penat tu takyah cakapla, macam sama je. Sesiapa surirumah semua mesti faham kan?
Kadang – kadang rasa macam hidup ni cuma pusingan sama tanpa penghujung. Suami pula sibuk dengan kerja, balik rumah dah penat. Makan, mandi, spend masa dengan kami sementara nak tido tu, habis sehari. Saya tahu dia usaha kuat cari rezeki, tapi kadang – kadang saya tertanya, ada tak dia perasan saya juga m4kin penat dari dalam?
Masa cuti sekali sekala ada jugala balik kampung kami berdua dekat dekat je. Kadang – kadang bercuti sikit – sikit dalam negara je sebab dia susah nak cuti panjang tambah lagi kalau time cuti sekolah. Saya bising hari tu sekali boleh pulak dia adjust cuti dia sama dengan sekolah anak, bawak kitorang pergi europe, tapi seminggu jela, kelam kabut terkejar masa. Bolehlah, best jugala.
Balik pada cerita ejen insuran kami tu. Saya namakan dia Jay, m4kin kerap pulak wasap saya. Mula – mula pasal polisi, tapi lama – lama soal lain. Kalau saya bagitau s4kit kepala, Jay akan tanya dah makan ubat ke belum. Kalau saya cakap penat, Jay balas “jangan p4ksa diri sangat, nanti jatuh s4kit.” Benda kecil je, tapi entah kenapa saya rasa lega bila ada orang ambil berat.
Ada sekali masa suami outstation, dia lalu kawasan rumah ni dan tinggalkan kopi kat pagar. Katanya dia teringat saya suka kopi panas waktu petang. Dia tak masuk pun, cuma lambai dari jauh. Tapi senyuman dia masa tu, sampai sekarang terbayang – bayang dalam kepala saya.
Saya sendiri pelik kenapa hati ni rasa lain bila terima mesej dia. Malam – malam bila rumah dah senyap, hp berbunyi. “Semoga hari awak baik – baik je.” lepas tu ada emoji senyum. Hati saya berdebar, padahal itu cuma ayat ringkas. Tapi saya ketawa kecil sorang – sorang.
Suami ada perasan sekali. Dia tanya kenapa saya tersenyum tengok hp. Saya jawab “group lama sekolah buat lawak.” dia diam, angguk, lepas tu teruskan scroll hp dia sendiri. Rasa bersalah tu datang sekejap tapi hilang bila mesej lain masuk. Saya bukan tak sayang suami.
Cuma lama sangat rasa kosong, kadang – kadang benda kecil pun boleh jadi pengisi. Saya cuba yakinkan diri ini sekadar kawan, sekadar borak. Tapi bila tiap kali dia tulis “jaga diri,” saya termenung lama, tertanya -tanya kenapa rasa itu m4kin kuat.
Malam tadi saya duduk depan tingkap, angin masuk perlahan. Anak – anak dah tidur, rumah sunyi. Saya ulang – ulang baca mesej dia. Ada perasaan yang sukar saya jelaskan. Antara gembira, takut, dan bersalah. Macam tak tau la nak cakap. Saya tak tahu ini sekadar fasa atau petanda saya dah terlalu jauh hanyut.
Tapi untuk pertama kali, saya rasa ada orang nampak kewujudan saya, cara ke saya. Dan itu buat saya takut. Tapi saya tau batasnya, takkan lebih dari ini. Korang takyah lah mikir kokse deh.. Jujurnya dapat share, confess kat sini memang rasa lega. Saya tau, memang ada kecaman. Tapi saya anggap tu semua nasihat.. K bye.. – Chempaka Timur (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Na : Laahhh.. Patut la nampak lubang – lubang suami. Ini la puncanya. Penat kami nasihat suh bersyukur. Sikit pun tak masuk dalam hati. Rupanya dibuai perasaan. Allah, dah tua – tua malu la kat anak – anak kak..
Bucksey Ai : Terlalu banyak masa TT ni, sebab tu banyak melayan perasaan sendiri. Jangan sampai kehilangan baru nak terhantuk sedar. Masa tu tak guna dah. Suami jenis acts of service, memang la takda kata – kata bunga keluar. Cuba adjust expectations TT, tinggi sangat tu. Takut kecewa kemudian hari, mengejar benda yang remeh. Yang penting diambil mudah. Ini namanya tak bersyukur. Sudah – sudah la tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.