
Rupa – rupanya kereta saya dah jadi tempat simpan k3tum juga. Duit jual benda tu, suami buat sebagai duit harian sara kami anak beranak. Bila suami segar, dia akan duduk dalam jamban lama – lama..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam. Selepas kami berdua berbincang, suami saya kata esok dia hendak bawa saya pergi ke pejabat agama untuk berpisah dengan cara baik. Suami saya kata saya selalu tidak melayan batinnya. Jadi di sini saya hendak senaraikan dari awal punca kenapa saya jadi begini. Saya bukan hendak salahkan sesiapa, tapi saya hanya hendak cerita dari sudut hati saya sendiri.
Mula – mula sekali, suami saya ini jual k3tum. Dia pergi kerja naik kereta yang kami beli, tapi atas nama saya. Kereta itu memang saya yang uruskan dulu, sebab dia tidak lepas pinjaman. Dari awal saya sudah redha, saya fikir tidak mengapa, yang penting ada kereta untuk pergi kerja.
Tapi rupa – rupanya kereta itu jadi tempat simpan k3tum juga. Kalau ap a- apa berlaku, nama saya yang akan terseret sama. Dari situ hati saya sudah mula rasa resah. Suami saya pula jenis kuat minum k3tum. Ada masa dua atau tiga hari dia tak tidur sebab asyik melayan air tu.
Dia jual tapi orang pula asyik berhutang. Bila saya tanya, dia hanya jawab “nanti orang bayar.” Tapi hakik4tnya duit gaji hanya cukup untuk lepas tekak, bayar rumah sewa, bil air, api, beli susu anak dan barang dapur untuk dua atau tiga hari sahaja.
Selebihnya, duit jual benda itulah yang digunakan untuk belanja harian selama sebulan. Itu pun kejap ada, kejap tidak. Kadang – kadang saya sendiri terp4ksa ik4t perut. Bila anak – anak minta jajan, saya hanya mampu tengok. Hati seorang ibu rasa luluh sangat.
Dari segi nafkah batin, main sekejap sahaja sudah keluar. Saya tak tahu hendak cakap macam mana, tapi memang mengecewakan. Solat pun dia buat cincai. Selama lima tahun berkahwin, saya tak pernah nampak dia puasa walaupun sehari. Dia solat pun subuh dan maghrib sahaja, yang lain tinggal.
Bila ajak solat berjemaah dengan saya, dia kata malu, tak pandai dan sebagainya. Bila saya ajak mengaji, dia pula melenting sebab dia memang tak pandai mengaji. Per4ngai dia kalau hendak pergi mana – mana, mesti kena minum dulu. Kalau tak, dia akan lembik.
Lepas itu tak boleh tidur, duduk melayan game sampai ke pagi. Esoknya tak pergi kerja, kemudian cuti lagi. Bayangkan dalam sebulan, dia boleh cuti 10 atau 12 hari. Kalau cuti, dia tak pernah tolong saya basuh pinggan ke apa. Dia hanya duduk menghadap game dia yang b0doh itu.
Lima tahun saya kahwin, setiap kali hari cuti, dia tak pernah tidur di sebelah saya. Dia akan duduk dalam jamban lama – lama, atau duduk luar main game. Tak pernah rasa ada suami kalau hari offday. Bayangkan macam saya ini tiada suami, padahal ada di depan mata.
Tahun demi tahun, hati saya m4kin taw4r. Hubungan kami m4kin keruh. Dia salahkan saya, kata saya ini tak boleh dipeluk, tidak mahu layan batin. Sedangkan saya sudah cuba, tapi m4kin lama m4kin tak mampu. Sejak dia minum k3tum, semuanya berubah.
Perkahwinan kami sem4kin h4ncur. Dia sendiri mengaku, tapi tetap dia kata puncanya sebab saya tak layan nafsu dia. Daripada masing – masing asyik salahkan satu sama lain, kami fikir lebih baik berpisah. Saya ikut sahaja keputusan dia. Sebab sebelum ini, setiap kali berg4duh, dia selalu merungut kata dia kena ikut cakap saya.
Walhal saya cakap untuk kebaikan masa depan kami bersama. Bukan sebab saya hendak jadi queen control. Kali ini biarlah dia buat keputusan, saya ikutkan sahaja. Saya sudah suruh dia berhenti jual tapi dia tidak mahu. Katanya itu sahaja sumber makan seharian. Sampai bila hendak begini, saya pun tidak tahu.
Dia kerja shift malam, tapi dalam peti ais penuh air tu 20 hingga 30 bungkus. Kalau polis datang geledah rumah, tidak ke saya yang akan masuk ke dalam? Dia jual di tempat kerja, letak dalam kereta. Sedangkan kereta itu atas nama saya. Hati saya tak pernah tenteram dengan semua ini.
Kalau hendak pergi mana – mana, mesti kena minum air s3tan itu dulu. Balik rumah pula mula lah tidak boleh tidur, kemudian cuti, cuti, cuti, menghadap game. Bayangkan lima tahun hadap benda ini. Sem4kin lama, hati saya m4kin taw4r. Saya sudah tidak ada rasa hendak bersama pun. Tetapi saya tidak pernah curang pada dia. Saya masih ingat Allah SWT.
Kadang – kadang saya teringat zaman belajar dulu. Saya bukan orang senang. Ada masa hendak pergi kelas pun saya terp4ksa ik4t perut, makan nasi dengan kicap sahaja. Ada sekali itu, duit belanja saya tinggal seringgit sahaja dalam dompet.
Saya menangis seorang diri dalam bilik sewa. Saya hendak balik kampung pun tak ada duit tambang. Saya tahan lapar, hanya minum air kosong sepanjang hari. Saya belajar dalam keadaan perut lapar, tapi saya kuatkan diri. Saya selalu cakap dengan diri sendiri, “Sabar, satu hari nanti mesti ada sinar.”
Saya tak sangka selepas berkahwin, saya masih rasa lapar yang sama, masih rasa terabai. Bezanya sekarang saya ada anak – anak yang perlu diberi makan. Itu yang buat saya sedih, seolah – olah kisah lama berulang balik. Mungkin orang nampak saya kuat, tapi hakik4tnya hati saya pecah berkecai.
Saya tidak pernah curang, saya masih jaga solat walaupun tidak sempurna, saya masih cuba dekat dengan Allah. Saya tahu Allah ada dengan saya. Sebab itu saya redha, kalau memang ini jalan yang terbaik, biarlah kami berpisah dengan cara baik. Saya penat tanggung semua seorang diri. Saya bukan minta kemewahan, saya hanya hendak hidup sederhana dengan suami yang bertanggungjawab. Itu sahaja.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.