Bertahun-tahun ayah mertua tiri buat perkara tak senonoh dekat aku. Rupanya mak kandung aku juga pernah jadi m4ngsa dia

Beberapa tahun lepas, ayah mertua tiri aku telah buat perkara tak senonoh pada aku. Ibu mertua dan suami aku keluar. Hanya ada aku dan anak – anak. Aku mengadu dekat mak kandung aku, Rupanya mak aku pun..

#Foto sekadar hiasan. Aku.. Usia aku 40an. Masa ini sepatutnya aku tak layan perasaan sangat dan lebihkan masa kejar bekalan akhirat. Tetapi dua tahun ini aku berdepan masalah hati yang tak berkesudahan. Hati teramat s4kit dan membenci mentua aku.

Tahap benci aku sampai tak boleh tengok muka dorang. Puas aku pujuk diri sendiri. Merayu Allah. Supaya lembutkan hati aku, melapangkan jiwa aku. Tak kunjung jua kutemukan kedamaian hingga ke hari ini. Perbincangan demi perbincangan bersama suami telahpun aku buat.

Tak jumpa jalan. Sebagai anak, tentulah suami berharap aku boleh tetap berbaik dengan keluarga dia. Tak semudah itu pula bagi aku. Aku tak nak bermusvh, berg4duh, bert3ngkar.. aku tak perlukan semua itu. Aku dah sampai tahap tak nak jumpa langsung.

Walau sekedar tunjuk muka. Biarlah dorang dengan hidup dorang, aku dengan hidup aku. Tentang suami dan anak – anak aku pula aku bagi kebebasan bila – bila masa nak jumpa keluarga beIah sana tanpa melibatkan aku. Noktah.

Beberapa kali aku meminta untuk dilepaskan cara elok pada suami, dia tak nak lepaskan aku. Sampai m4tipun suami tak akan lepaskan aku. Hujah suami aku ini bukan salah dia, jadi tak patut jika aku hukvm dia dengan perceraian.

Nak teruskan pula, macam rumah tangga ini hukvman buat aku atas kesalahan yang aku tak pernah buat. Nak meminta suami aku buang keluarga dia itu memang must4hil. Usia perkahwinan kami dah mencecah 20 tahun.

Suami aku 5 tahun lebih tua dari aku. Aku habiskan usia aku sebagai suri rumah, atas permintaan suami masa awal menikah. Alhamdulillah suami seorang yang setia dan bertanggung jawab. Selama 20 tahun pula aku mengutamakan mertua. Terutama ibu mertua aku. Menjadi menantu yang paling taat dan patuh.

Menyayangi keluarga mertua sepenuh hati. Aku sedar yang aku hanya menantu, jadi aku tak pernah berharap lebih. Tak pernah berharap mendapat tittle “menantu kesayangan”, pujian, atau dilayan macam anak sendiri. Hanya berharap secebis kasih sayang ikhlas dan dimanusiakan.

20 tahun aku bagi seluruh hidup aku hanya untuk rumah tangga dan mentua. Peng0rbanan yang mungkin tak semua wanita bergelar isteri boleh lakukan. Bukan nak mendabik d4da. Tak ada kata “tidak” jika untuk ibu mentua aku.

Raya pertama hingga ketujuh setiap tahun selama 20 tahun harus di rumah mentua, aku turutkan tanpa merungut. Aku tak nak berg4duh. Orang tua aku masih hidup dan sihat. Pelbagai macam cara aku pujuk orang tua aku supaya tak kecil hati. Tiap – tiap tahun seperti ini.

Rasa sedih memanglah ada, tetapi aku selalu pujuk hati aku semoga dengan peng0rbanan aku ini Allah permudahkan hidup mak ayah aku melalui jalan lain. Aku dari keluarga b40 sederhana, mak ayah aku pentingkan pendidikan dan agama. Keluarga biasa sahaja.

Suami aku dari keluarga m40 mendekati t20 yang cerai berai dan utamakan kebendaan. Sebaik apapun manusia, jika tak menghasilkan duit bermakna useless. Halal h4ram tak kesah. Bagitulah mertua aku memandang dunia dan manusia.

Cerai dari suami kecil, secara tak elok. Ibu mertua tak nak dimadu walau ayah kandung suami aku mampu. D3ndam itu dibawa sehingga kini. Suami aku dilayan dengan herdikan sebab wajah suami iras ayah kandungnya.

Suami aku tak pernah jumpa ayah kandungnya sehinggalah aku mengandung. Aku yang bawa suami cari ayah dia secara senyap – senyap. Suami tak berani cari, sebab selalu diugvt sebagai anak derh4ka jika cari ayah dia, dan sedari kecik dibrain wash bahawa ayah kandung dia kaki perempuan.

Ayah kandung suami aku tetap menafkahi suami sampai usia suami aku 18 tahun ya. Bukan lepas tangan. Tanpa boleh berjumpa dengan suami aku. Beberapa tahun lepas, ayah mertua tiri aku telah buat perkara tak senonoh pada aku.

Dia heret tangan aku masa aku baru keluar bilik air dan dia civm aku secara buas. Aku terk3jut dan menepis semampu aku. Keadaan rumah sunyi masa tu, ibu mertua dan suami aku keluar. Hanya ada aku dan anak – anak aku. Remaja dan baby. Perempuan.

Aku meminta dia tak ulangi sebab aku jijik. Dia menjawab yang itu bentuk sayang dia. Aku keliru dengan jawapan dia. Aku report pada suami. Aku minta jika bermalam di rumah ibunya, dia tak boleh tinggal aku dan anak bersendirian. Tapi aku tak didengar. Mungkin aku yang terlalu bertapis kot.

Dan itu bukan kejadian pertama dan terakhir. Kejadian itu sentiasa berulang – ulang. Pantang tengok kesempatan (entah ibu mertua aku tengah di bilik air, dan kebetulan suami aku pergi beli barang. Masa suami aku tengah tidur dalam bilik dan aku tengah siapkan makanan kat dapur) pasti dia datang buat perkara yang sama.

Dan aku akan menepis, menolak, menangis. MemeIuk diri aku sendiri bagi melindungi diri dari kerakusan nafsu buas dia. Hanya mampu merayu supaya lepaskan aku dan tak ganggu aku. Aku pernah panggil suami aku masa diperlakukan macam itu, suami lambat datang, dan sekelip mata dia berubah watak. Menjauh, diam, tenang. Macam tak ada apa – apa.

Ada sesiapa ke yang boleh percaya jika aku bagi tau yang aku dicabul? Kerja dia betul – betul clean. Aku jijik diperlakukan seperti ini. Aku tegur dia dari cara elok sampai agak meninggi suara. Tapi tak jalan. Report kepada suami telah aku buat. Berulang kali.

Aku rasa tak didengari. NO reaction. Macam must4hil satu – satunya orang yang sembahyang dalam rumah itu, kerap ke surau, pakai jubah, boleh berbuat tak senonoh pada menantu sendiri. Ya, sekali lagi aku kena telan semua itu sendiri. Bertahun aku kena hadap benda ini.

Aku tak boleh berkasar atau berteriak. Sebab aku ada anak perempuan remaja. Anak aku selalu ikut ke manapun aku dan suami aku pergi. Termasuklah bermalam di rumah mertua aku. Aku takut, anak perempuan aku yang akan jadi m4ngsa seterusnya.

Mengingat ibu kandung aku dah tak nak berkunjung ke rumah kami, sebab ibu aku juga pernah menjadi m4ngsa ayah tiri suami aku ketika ibu berkunjung ke rumah kami. Ketakutan aku akan keselamatan anak perempuan aku melebihi ketakutan tatapan liar dia pada aku.

Aku nak lindungi anak perempuan aku dari jadi m4ngsa seterusnya. Puas aku slow talk dengan suami apa yang berlaku pada aku dan kerisauan aku pada keselamatan anak perempuan kami. Suami aku hanya diam, aku tau dia sulit nak percaya, dan maybe anggap aku terlalu berlebihan.

Aku tak nak g4duh – g4duh. Suami aku sayang ibunya. Ibunya sangat mencintai suaminya. Aku kalah dari segala sisi. Andai aku nak nasib aku betul – betul dibela, akan terjadi perg4duhan. Aku tersepit. Sedangkan suami aku sendiri susah nak cerna benda ini.

Aku tak cerita pada suami aku perihal ibu aku kena raba oleh ayah tirinya. Ibu tak nak panjang cerita. Risau menjejaskan rumah tangga aku, mengingat ayah tiri suami aku berwatak alim dan rajin sembahyang. Kerap ke surau.

Ibu hanya menasihati aku agar selalu berhati – hati terhadap ayah tiri suami aku. Kemuncaknya apabila ibu mertua aku tak lagi nak berwasap dengan aku. Tak nak call. Aku call pun di reject. Last – last aku diblock. Aku risau, takut ibu mertua aku s4kit.

Kitorang tinggal berlainan negeri. Ayah tiri pula tak selalu ada dekat rumah. Ibu mertua aku adalah isteri kedua. Dan ini pernikahan ke-4 ibu menrtua. (Ya, ibu mertua aku per4mpas. Hal yang paling dia benci dahulu. Sampai sekarang pun dia akan panggil isteri ayah kandung suami aku dengan sebutan per4mpas tak sedar diri. Dia terlupa yang dia pun di posisi yang sama).

Mertua selalu wasap dan misscall. Setiap hari, tanpa miss. Untuk mengawal gerak geri kehidupan kami. Apabila misscall, aku kena cepat – cepat call dia. Dia tak nak kuota ataupun kreditnya berkurang. Ayah tiri suami aku pula selalu wasap menggatal. MeIucah.

Aku hanya baca tanpa jawab. Jawab pun seperlunya sahaja bila betul – betul urgent. Ayah tiri suami aku mempunyai jawatan yang sama besar dengan ibu mertua di salah satu syarik4t kenamaan. Rupanya mertua sedang melangsungkan pernikahan adik ipar. Pesta meriah. GiIang gemilang. Di sebuah hotel. Dengan anak orang kenamaan. Aku tau benda ni 3 bulan lepas majlis itu.

Dan yang lebih lawak adalah besan dia tinggal 1 negeri dengan tempat tinggal aku dan suami. Majlis besar – besaran pun dibuat oleh keluarga beIah lelaki. Di negeri aku tinggal. Tanpa aku ketahui. Tanpa kami anak beranak dijemput.

Aku macam blur. Aku lah orang yang terakhir tau tentang hal ni. Pun bukan dari mulut mertua sendiri. Tapi dari mulut ke mulut. Suami dan aku memang selalu di belakangkan oleh ibu mertua. Selalunya ibu mertua akan mencari kami balik bila dah rasa sunyi, atau segala majlis dah berakhir.

Tapi aku tak pernah berkecil hati. Suami pun tak pernah dilayan elok, apatah lagi aku yang hanya berstatus menantu. Walau hidup mewah serba serbi ada, selalu bercuti keluar negara, hakik4tnya suami tak pernah ikut merasakan semua itu.

Ibunya selalu ingatkan kami dengan ayat yang meny4kitkan hati. Suami aku tak ada ayah, jadi tak boleh kacau hidup dia, masa kecik dah dibagi makan. Ya.. ayat itu direct diucapkan ibu mertua pada aku atau pada suami. Tanpa tapis. Selalu. Berulang – ulang. Setiap bulan. Setiap tahun.

Tetapi setiap kali jumpa, kami memang wajib bagi yang tak sedikit, pelbagai buah tangan, termasuk untuk keluarga isteri pertama ayah tiri suami aku. Suami tak pernah kecil hati. Sedari usia 13 tahun, ibunya menyuruh dia kerja part time untuk sara keperluan diri.

Jadi setakat ayat – ayat meny4kitkan macam itu taklah meIukai suami aku. Dia tetap layan ibunya dengan santun. Bahkan aku tengok dia lah satu – satunya anak yang sentiasa cakap lembut terhadap mertua. Sekalipun aku tak pernah tengok suami tinggikan suara, walau ibunya bercakap dengan dia dengan sangat kasar.

Tak.. ibunya tak kasar, ibunya boleh menjadi lembut dan tersenyum bahkan ketawa, hanya jika bercakap dengan manusia selain suami aku. Tak ada sesiapapun yang bercakap lembut dengan mertua selain suami aku, seluruh keluarga dia termasuklah anak – anak dia selalu bercakap dengan kasar pada ibu mertua, tetapi ibu mertua tak kesah bahkan selalu manis melayan dorng.

Apapun yang mertua aku buat pada aku selama 20 tahun ini, aku tak pernah mengeluh. Walau terkadang kerap tak memanusiakan aku. Sebab, aku mencontohi suami aku. Macam manapun jua ibunya sisihkannya, dia tetap berbakti terhadap orang tua. Sangat halus budi bahasa suami aku terhadap siapapun.

Tak apa… Aku cuba berlapang d4da. Aku masih berharap mertu aku berubah. Boleh pandang kami anak beranak sebagai satu keluarga. Aku gagahkan diri dan tabahkan hati. Tetap ikut suami ziarah ibu dia. Melapangkan hati, asalkan yang menikah dah selamat berkahwin. Bab jemputan itu tak apa lah.. mungkin terlepas pandang.

Rupanya tak ada perubahan. Ibu mertua aku sentiasa sama. Selalu membelakangkan, sisihkan, dan menipu kami. Merahsiakan apapun dari kami. Sedangkan apapun tentang kami anak beranak wajib buat report penuh pada ibu mertua dan segala sesuatu pergerakan kami kena atas izin ibu mertua.

Sampai sekecil – kecil bab apa yang aku masak atau apa yang kami beli. Kena minta izin. Padahal duit adalah duit kami sendiri dan kami tinggal berjauhan dari mertua. Penipuan ibu mertua sekali ini aku macam tak boleh terima.

Masa aku persoal, jawaban ibu mertua sungguh membuat aku terIuka. Aku hanya orang luar. Tak perlu nak tau itu ini perihal keluarga dia. Itulah jawapan ibu mertua aku. Aku fikir sebagai satu keluarga tak salah berkhabar jika masih dalam batasan.

Tetapi mertua aku tak berfikir seperti itu. Jadi aku rasa hubungan yang terbina dah macam h4mba dengan tuan. Bukan macam family. Dan pada masa yang sama jantan tak guna tu tetap mengambil peluang. Macam biasa, aku memeIuk diri sendiri melindungi diri.

Dan sekali ini dia nak buat lebih dari itu. Masa itu kesabaran aku dah mula terhakis. Aku ugvt dia nak bagitau suami aku. Jawapan dia sangat meny4kitkan hati aku. Suami aku tak boleh berbuat apapun jika tau. Itu jawapan dia.

Aku rasa diri aku dah jadi macam sampah peIacur. Balik rumah, aku hilang sabar. Aku mengadu dengan suami semua yang terjadi. Satu persatu. Aku nak sekali ini dia dengarkan aku. Teresak – esak aku menceritakan semua yang aku pendam selama ini.

Aku benci keluarga dia. Aku dah tak boleh nak tengok muka dorang lagi. Cukup sudah 20 tahun aku ikut rentak dia dan cukup sudah pencabulan yang aku kena terima. Aku call ibu kandung aku. Aku buka pembesar suara. Aku buat ibu ceritakan kembali detik hitam macam mana ayah tiri suami buat pada ibu aku. Beberapa kali.

Suami mendengar sendiri pengakuan ibu aku. Aku fikir suami mendengar dan faham posisi aku. Faham kerisauan aku pada anak kami. Faham aku sangat terIuka. Dan boleh akur pada keputusan aku untuk menjauhkan diri dari keluarga dia. Tetapi aku salah… kot..

Beberapa bulan lepas itu, ibu mertua call suami. Kami tak boleh datang rumah dia untuk bermalam, sebab menantu baru dia akan kerap tidur di rumah dia. Aku yang sudah terIuka, menyambut baik keinginan ibu mertua. Setidaknya inilah jalan aku untuk selamat.

Tak apa lah kami dibuang, demi kebaikan aku dan anak perempuan aku. Tanpa aku sangka, lepas kejadian itu ibu mertua mula mencari aku. Mencari anak – anak aku. Dia rasa sunyi sebab tak ada yang datang tengok dia. Menartu barunya kerap bawa anaknya balik kampung.

Ibu mertua minta kami datang hanya pada masa menantu kenamaan dia tak ada. “Only”. Kata “Hanya” betul – betul ditekankan oleh mertua. Bukan andaian aku sendiri. Suami aku akur. Hati aku sungguh s4kit. Suami tak mendengar keluhan aku.

Aku meng4muk dan menangis. Itulah pertama kali hati aku h4ncur – seh4ncurnya. Aku tak habis pikir, macam mana suami aku boleh nak berbaik – baik dengan orang yang mencabul isterinya berkali – kali. Yang bertindak tak senonoh pada ibu kandung aku.

Macam mana suami masih boleh tunduk pada ibunya walau dia tau ibunya hanya mencari dia untuk buang masa sahaja. Sebagai pelarian jika tak ada sesiapa layan dia. Macam mana suami boleh letak aku pada tempat yang aku rasa tak selamat, pada masa yang sama aku kena jaga keselamatan anak – anak perempuan kami juga. Menjaga sendirian.

Aku sudah sampai batas tak boleh nak hadap muka dorang semua. Aku meluat. Aku jijik. Aku tak minta dibela dengan cara berg4duh, atau tumbvk muka ayah tirinya, atau panjangkan jadi kes polis, atau persoal ibunya kenapa suka perlakukan kami anak beranak macam binatang. Aku tak minta semua itu… Aku hanya minta dia empati pada perasaan aku.

Aku sungguh terIuka dan kecewa pada keluarganya. Aku dah sampai limit. Aku tak nak jumpa manusia – manusia itu. Aku tak halang dia jumpa. Nak bawa anak – anak kami bawalah asal jangan bermalam. Dia boleh bermalam sendiri. Jangan bawa aku lagi masuk dalam keluarga dia. Aku tak nak dah…

Aku sangat kecewa dengan sikap suami. Dia masih tetap beradab di depan ayah tirinya. Hujjah dia, itu adalah suami ibunya. Dia kena hormat demi ibu dia. Jadi…aku macam mana??? Perasaan aku letak kat mana? Bertahun – tahun aku sembah kaki isteri pertama ayah tiri dia semata – mata supaya isteri pertama tak berd3ndam dan tabur fitnah.

Aku yang jadi bibik tanpa gaji setiap kali ibu mertua mengadakan jamuan. Jadi bibik bagi keluarga mertua dan jaga anak aku sendiri tanpa bantuan pada masa yang sama. Aku yang selalu ada untuk ibu mertua pada masa tak ada sesiapapun nak.

Aku letakkan ibu mertua pada kedudukan tinggi. Aku sayangi dia. Aku horm4ti dia. Segala arahan dia adalah wajib bagi aku tunaikan. Tenaga, masa, duit ringgit. Aku sampai tak mempunyai apapun untuk diri aku sendiri. Aku telan setiap h1naan ibu mertua pada anak – anak perempuan aku yang konon berpeny4kit semua sebab aku ibu yang tak pandai jaga anak.

Walhal resdung pada anak sulung a aku dan eczema pada anak kedua aku adalah keturunan dari d4rah dia. Ya, ibu mertua dan keseluruhan anak – anak dia mend3rita peny4kit yang sama. Aku tak pernah persoal suami pembawa thalasemia dari genetik ibunya.

Aku telan setiap tahun kena tengok ibu aku menangis nak beraya bersama aku, anak perempuan dia satu – satunya, tetapi aku lebih memilih menjadi bibik free di rumah mertua untuk persiapkan segala jamuan rumah terbuka mertua.

Aku dah buat semua segala yang terdaya. Sepanjang hidup aku. Untuk dorang semua. Sampai aku terlupa bahagian untuk diri aku sendiri. Dan kini aku tengah betul – betul terIuka atas segala yang terjadi. Aku hanya ingin suami aku horm4ti dan akur pada keputusan aku.

Tapi aku merasa tak mendapat itu semua apabila suami masih memutuskan aku kena jumpa sekali sekala walau sekejap. Rumah tangga aku seolah – olah dah ada jurang pemisah. Dah tak sama rasanya macam dulu.

Aku dah berubah mudah melenting, kerana aku merasa diri aku terIuka tetapi tak mendapat support mental dari suami. Aku tak boleh lupa macam mana aku diperlakukan. Bertahun – tahun. Tanpa kerelaan aku. Tanpa pembelaan. Penuh ketakutan. Tak terdaya.

Aku tak boleh lupa macam mana perlakuan ibu mertua pada aku, suami dan anak – anak aku, bertahun – tahun. Aku terkenang balik semua perbuatan diorang selama 20 tahun ini, apabila aku tengok muka diorang. Semua itu meny4kitkan hati aku.

Aku tak nak baIas balik segala bentuk kek3jaman diorang. Aku hanya tak nak jumpa, tak nak tengok muka diorang semua, tak nak sebut nama diorang supaya aku tak ingat balik hal yang dah lepas. Noktah. Tetapi permintaan sesimple itu, suami aku tak dapat tunaikan… – Aku (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.