Bila aku bangun awal dan buatkan sarapan mak ayah mertua akan bersorak siap tepuk tangan

Suami bagi cadangan duduk dgn mertua lepas kahwin. Aku dah tahu selalu mesti ibu mertua tak akan ngam dengan menantu perempuan. Aku dah la jenis banyak cakap, dapat ibu ayah mertua jenis pendiam. Mula – mula aku simpan dulu per4ngai, sikit – sikit aku keluar per4ngai sebenar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, tengok tajuk pun tahu aku nak tulis pasal apa kan. Aku baru kahwin dengan anak lelaki ibu dan ayah, belum sampai setahun lagi dan dari kahwin kami duduk bersama 1 rumah, ibu ayah dan kami suami isteri.

Masa awal – awal nak kahwin tu memang dah plan nak cari dan duduk rumah sendiri, nak – nak sebelum kahwin aku tak pernah langsung berkomunikasi dengan ibu ayah dalam telefon. Sekali dua face to face pernah lah sebab aku bercinta dengan suami aku pun dah nak masuk musim datang nya Covid.

Jadi tak ada lah istilah nak bertandang ke apa. Bila suami bagi cadangan untuk duduk dengan ibu ayah dulu lepas kahwin, sebab rumah ada 5 bilik dan tak ada orang selain ibu ayah, dan ibu ayah pun okay. Aku pun okay jela walaupun dalam kepala dah ada bayangan skeptikal ‘Ibu mertua tidak akan ngam dengan menantu perempuan’.

Konsep redha aku sangat tinggi waktu ni. Aku doa yang baik – baik. Nak dijadikan cerita, suami aku ni jenis pendiam. Anak yang baik, bertanggungjawab dan rajin menolong bila dipanggil. Tapi tu lah, pendiam, hahaha. Dia ada ke tak ada ke dekat rumah sama saja.

Ni cerita dia sebelum kahwin. Aku pulak, jenis menonong saja meriah, banyak mulut, asyik nak bagi bunyi saja bila ada dekat rumah. Jadi lepas kahwin bila dah duduk sekali satu rumah, aku simpan dulu jemah aku. Aku perhati dulu keadaan dalam rumah, ibu ayah tu macam mana. Boleh masuk ke tak.

Rajin kan diri masuk dapur, kemas sana sini, basuh itu ini. Awal – awal memang persembahan tip top lah. Aku pun sikit – sikit keluar per4ngai sebenar aku, walaupun aku nampak ibu ayah pun jenis diam – diam jugak tapi dorang okay saja layan aku itu ini.

Lama – lama, rumah yang dulunya suram, jadi meriah walaupun kami berempat. Suami aku? Masih pendiam depan ibu ayah, sekali sekala tu aku sakat saja dia depan ibu ayah, sampai dia terkekek – kekek macam bila kami berdua, biar ibu ayah tahu anak dorang pun sebenarnya masuk air jugak.

Ibu pun dah jadikan aku teman berborak. Bila aku balik kerja dan terus ke dapur, laju saja ibu bukak topik borak hal – hal kebun lah, kucing depan rumah lah, per4ngai ayah la hahaha. Ayah pun sekarang duduk dekat kerusi bawah tunggu aku balik kerja.

Kalau suami aku, balik lambat ke tak, takpe, kalau aku lambat, ‘Mana Bomboloni ayah?’ Hahaha, aku lah tu bomboloni. Ayah pun dah pandai bergurau, buat lawak b0do – b0do dengan aku time makan, belikan sarapan untuk bawak pergi kerja.

Untuk suami aku sarapan dia tak ada takpe, tapi untuk aku mesti ada hahaha. Bab dekat rumah, memasak ke apa, tiada p4ksaan. Dulu masa mereka bertiga dekat rumah, sangat jarang masak. Asyik beli luar makan. Tapi sejak aku ada, hari – hari masak, aku beli barang dapur macam – macam, dari tak pandai masak pun jadi boleh la masak.

Kalau aku balik lambat, ibu dah siap – siap p0tong dulu apa yang patut, jadi aku balik terus sambung saja. Bila weekend tiada istilah takut bangun lambat ke apa, sebab ibu ayah jenis cool and chill. Kalau aku bangun awal dan buat sarapan, dorang akan bersorak dan tepuk tangan sebab selalunya aku dengan suami akan terlajak tidur hahaha.

Kadang – kadang dah lambat bangun pastu terkocoh – kocoh turun bawah, ibu dah buat sarapan dah and tinggal nak makan sama – sama saja. Aku ada cakap dengan suami, bila nak pindah rumah sendiri. Walaupun sebenarnya seronok duduk sekali dengan ibu ayah.

Aku pun suka tengok dorang gelak – gelak sebab lawak b0do – b0do aku. Faham anak sendiri pendiam. InshaaAllah, niat nak pindah tu ada. Walaupun dah survey rumah nak duduk dekat – dekat dengan ibu ayah jugak. Sebab nanti rindu ibu ayah selalu excited bawak balik buah dari kebun nak tunjuk dekat aku ‘ha tengok ni ayah bawak balik betik. Ha banyak pisang ni, boleh la buat cekodok untuk ayah’.

Realitinya, ada saja ibu dan ayah mertua yang baik, yang penyayang, yang boleh sayang kau macam anak sendiri. Aku bersyukur sebab ni rezeki untuk aku. Mungkin juga sebab asbab aku sentiasa utamakan dan selalu tolong mak ayah sendiri dari zaman belajar sampai sekarang.

Jadi Allah hadiahkan aku ibu ayah mertua yang baik. Doakan aku bahagia bersama suami hingga akhir hayat eh. InshaaAllah aku doakan korang semoga dikurniakan mak ayah mertua yang baik dan terbaik. Jangan lupa doa banyak – banyak taw.

Doakan orang lain jugak semoga doa tu berbalik pada diri sendiri. Ok lah dah habis office hour, nak balik cepat -epat nak borak dengan ibu dekat dapur. Anyway, sharelah pengalaman best – best korang pulaaa.. – Bomboloni Nutella (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Terima kasih sebab doakan yang baik – baik untuk aku dan suami dan juga mertuaku tersayang. Semoga doa berbalik kepada kalian semua balik ye! Okay, sekarang ni aku rasa nak cerita pulak tentang planning aku dan suami untuk berpindah keluar dari rumah mertua.

Kenapa eh tiba – tiba? Dah tak sehaluan ke? Hehe, tak lah. Syukur sangat rasa sebab Allah bagi rezeki aku dapat mertua yang baik dan sayang aku macam anak sendiri. Punyalah dah seronok dah happy dah semua tinggal bersama lalui suka dan duka, baru – baru ini dapat pula lagi satu berita gembira.

Alhamdulillah adik suami aku yang belajar di luar negara akan pulang ke tanah air sebab dah habis belajar. Jeng jeng jeng, apa kaitan kan? Okay nak diceritakan, adik ipar aku ini lelaki. Budak baik sangat, lemah lembut sopan, sama baik macam suami aku.

Tapi suami aku dah terjebak sikit la jadi giIa – giIa ikut aku, hehe. Jadi, bila dah dapat berita gembira ini, suami aku terus cakap ‘Okay dah boleh start cari rumah dah ni’. Aku pun yelah kena lah ikut suami kan. Aku faham suami aku dia concern dengan aku nanti yang kena bertudung setiap kali dekat rumah, rimas lah apa lah kan.

Yang bagi aku sebenarnya, alahai small the matter lah benda itu! Pakai jelah tudung kan, bukan setiap masa pun aku berada di luar bilik. Banyak masa dalam bilik jugak sebab tv, bilik air memang dalam bilik. Turun bawah pun sebab nak masak atau bagi makan kucing dekat luar.

Tapi, bila aku fikirkan balik, sebenarnya aku lagi pentingkan adik ipar aku itu. Yelah aku tak nak lah dia berkurung dalam bilik sebab kesian kan aku kena bertudung kan. Kesian dia. Sebab adik ipar aku memang budak baik, pemalu sopan – sopan.

Culture sh0ck kot nanti kalau tahu per4ngai sebenar kak ipar dia ni nanti haha. Jadi, atas dasar itu aku plan dengan husband untuk berpindah saja lah keluar. Sekurang – kurangnya ada yang boleh tengok kan ibu ayah dah. Tapi masalahnya sekarang adalah ibu ayah pula, okay kah dorang ye kalau tahu plan kami laki bini ini.

Sebab kitaorang dah geng, geng borak dekat dapur, geng tunjuk menu viral lepas tu mintak aku buatkan. Geng cerita hal dekat kebun lah, per4ngai kucing depan rumah lah, hal surau lah, hal lembu kacau pokok cili lah. Mana ibu ayah nak cerita sangat dekat suami aku, nanti dapat hmm hmm jelah hahaha.

Aku suka je sebenarnya duduk dengan ibu ayah, tapi teringin jugak nak hidup berdikari dengan suami. Sekurang – kurangnya kalau aku menjerit h4ntu dalam bilik, tak de lah nanti ibu ayah dengar kan. ‘Apa lagi lah per4ngai si bomboloni ni’, kata ayah.

Bila fikir balik, aku rasa nanti aku pun mesti rindu, balik – balik kerja je mesti terus ke dapur cari ibu tanya masak apa tu. Bila weekend je mesti berebut dengan ayah nak makan menu breakfast yang mana satu yang ayah beli dekat luar,

Hari – hari tanya buah apa bawak balik kebun harini, nak bawak ofis bagi colleague aku. Ibu ayah ni suka sedekah. Semoga pahala buat mereka ye. Buat masa sekarang kitaorang takde bagi tahu lagi planning kitaorang nak pindah ni. Korang doakan lah yang baik-baik ye! Ok lah, stay safe semua! – Bomboloni Nutella (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Le Soleil De Jardin : Kesian la nanti mak ayah awak. Mesti rindu kat awak. Hmmm… apakata, beli jer rumah. Sebagai aset. Ni pendapat saya la kan. Luang je masa bersisa mak dan ayah tu, sebab rasanya tt dah menjadi keceriaan kat umah. InsyaAllah, ada banyak masa untuk awak suami isteri duduk bersama.

Nazihah Saha : Aku plak yang rasa bahagia baca cerita kau nie dik. Happy je baca….!! Aku rasa mesti ibu ayah sedih menantu dia nak pindah. Semoga dipermudahkan urusan kau laki bini dik.

Aisyah Nur : Alahai.. sweet ja. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Santuni ibu ayah mertua macam mak ayah sendiri. Benda atau masalah kecik – kecik jangan ambik dan simpan dalam hati sangat. InsyaAllah semua akan baik – baik.

Faiq Khairi : Sama macam pengalaman manis saya. Saya berkahwin dengan isteri (anak tunggal). Sejak saya masuk family mertua, macam – macam depa belajar daripada saya, saya jenis suka meraikan dan bagi hadiah bile birthday orang.

Family mertua memang bukan culture dorang macam tue. Jadi saya raikan birthday mak bapak mertua, bagi hadiah. Tibe birthday saya, dorang plak buat k3jutan dan bagi hadiah which is before nie dorang tak pernah pon buat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?