Isteri aku bila pergi hiking mesti pakai baju ketat, bila tegur dia marah. Aku suruh ustaz ruqyah, takut j1n hutan sampuk

Bermula beberapa tahun yang lalu, isteri aku tiba – tiba suka pergi panjat bukit. Dia terIampau aktif sampai semua bukit dia dah berjaya t4wan. Tapi aku perasan setiap kali hiking dia pakai baju ketat. Bila aku tegur, dia marah dan aku lepaskan dekat anak – anak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt, namaku CMO tinggal di puchong, selangor. Berasal dari N9 mempunyai dua orang anak dan seorang isteri. Usia aku sekarang 43 tahun. Kehidupan kami sangat bahagia since berkenalan pada usia aku 26 tahun.

Pada usia tersebut aku sedang menuntut di satu pusat latihan di Temerloh, Pahang. Aku berkenalan dengan isteri aku semasa sesi minggu haluan siswa berlangsung di Pusat Latihan tersebut. Isteri aku, korang boleh kenal sebagai KD (umur masa tu beza 4 tahun kot) sangat mengambil berat dan memahami jiwa aku pada masa itu.

Waktu itu beliau juga meluahkan tentang kehidupannya bersama keluarganya, sifat – sifat ibu dan ayahnya kepada aku. Pada waktu itu banyak luahan rasa tidak puas hati di dalam keluarganya. Tetapi aku tak ambil pusing sangat, sekadar hanya boleh menasihati bertenang dan tidak mendorong beliau untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap keluarganya. (Nak tunjuk baik la kononnya aku kekeke).

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2003, kami berhasrat untuk menyewa kediaman di Kuala Lumpur / Selangor atas sebab peluang pekerjaan di situ. Waktu itu aku amat – amat caring dengan isteri aku sebab memandang dia seorang sahaja di KL ni, jadi aku lah peneman setia beliau pada setiap masa kecuali waktu kerja.

Pergi balik semua berhantar (tiada masalah). Sebab nak pastikan isteri aku sentiasa selamat, sehingga datang suatu masa dia mula mengambil lesen kereta, pada waktu itu dia masih belum boleh memandu di atas faktor tidak yakin kerana kereta yang kami miliki itu transmisinya manual.

Oleh itu aku rancang untuk tukar kepada kereta yang lebih mudah di mana ianya transmisi autom4tik. Maka setelah itu baru isteri aku dapat kebebasan untuk memandu sendiri ke tempat kerja. Hari berganti hari kami membesarkan anak pertama kami yang lahir pada bulan Disember 2004 sehingga la anak kami tu membesar hingga 9 tahun, baru kami dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang comel yang dilahirkan pada tahun 2013.

Dalam tempoh tersebut, setakat g4duh kecil – kecil membabitkan hal rumah tangga tu biasalah lumrah sahaja, setakat ketidakpahaman sesama pasangan itu perkara biasa. Sehingga lah tahun 2016 maka suatu evolusi berlaku pada isteri aku di mana dia mula meminati dengan dunia hiking.

Aku tidak lah terk3jut kerana itu memang minat dia dan juga aku pada usia muda dulu. Tapi yang hairan ialah isteri aku tersangatlahhh hiperaktif bidang ini, sehingga beliau dapat men4wan semua G7 yang dibanggakan tu.

Dengan hasutan sy4itan dan ibIis, aku mula berfikir bukan – bukan tentang isteri aku, sama ada dia ada bela anak ikan ke, ada orang mula jaga dia ke, ada sugar daddy ke, sebab start 2016 tu kewangan aku mula merosot dan kerja aku tidak menentu dan hampir hilang punca pendapatan.

Apabila berg4duh kami akan berbaik semula, sama ada aku maafkan dia atau aku minta maaf, atau beliau sendiri minta maaf vice versa la. Lepas tu perkara yang sama akan berlangsung dan tamat berulang kali mengikut season hahaha. (bila tanya benda ni kat pakar atau memana orang berpengalaman, mereka akan kata “ah biasalah hidup suami isteri mesti salah seorang mesti mengalah” fine, aku terima)

Tapi bende ni berlarutan sampai sekarang, but kali ni tahap ada berg4duh sampai keluar perkataan tidak ada persefahaman dan perkataan perpisahan, di mana ayat itu sepatutnya tidak timbul. Sekarang timbul sebab atas masing – masing dah b3ngang keadaan yang berlarutan.

Isteri aku gaji sem4kin tinggi 2 ganda dari gaji aku sekarang, tapi syukur kerana aku masih tidak guna wang beliau untuk diri sendiri (memang tak mungkin) dan beliau aku akui membantu dalam membesarkan anak – anak.

Jadi faktor inilah yang m4kin membesarkan api EG0 beliau terhadap aku dan pada masa yang sama dia akan pandang rendah pada aku, dan akhirnya dia hilang respek pada aku. Aku langsung susah untuk membuat perkara luar seperti cari income lebih untuk menampung perbelanjaan, contoh aku buat uber, grab dan beberapa la kerja part time, tapi waktu itu hanya boleh dilakukan selepas waktu kerja (malam saja).

Sebaliknya isteri aku dah penuhkan aktiviti nye pada setiap isnin hingga jumaat dengan aktiviti zumba dan gym, followed by saturday – sunday outdoor activity (hiking) almost 94% activity dia!!! Aku cuba tegur dia supaya kurangkan, tapi beliau akan melenting dan akan menuduh aku asyik menyalahkan dia sahaja, dan akhirnya dia akan tumpahkan airmata (senj4ta orang pompuan) which is this is the main point yang aku selalu tegur.

Selain tu juga aku tegur tentang etika dia berpakaian semasa hiking yang bagi aku menjolok mata jugalah pada lelaki gatal luar sana. Dia akan pin point setiap kali aku tegur ialah pasal Aur4t dia. Memang dia melenting malah dia keluar bahasa kesat juga.

Sampai satu masa aku terfikir nak suruh ustaz buat ruqyah je pada isteri aku ni. Sebab selalu masuk hutan takut ada J1n yang ikut balik dan duduk damping dengan dia. Silapnya aku ialah aku dulu kurang mendidik dan bertegas kepada beliau sebab aku sendari jika aku tertegur hal yang membabitkan kesalahan beliau, beliau akan melenting marah dan melampiaskan kepada sesiapa yang ada kecuali aku (sebab mungkin dia sayang aku rasanya).

Maka dia mula melepaskan kemarahan dia kepada anak sulung kami. Setiap petang asal balik kerja kalau salah anak tu dia malas sikit ke, tak kemas rumah ke, habis bergegar dihamunnya anak aku yang sulung tu (kesian). Ini berlarutan sepanjang bulan demi bulan dan aku dah mula rasa tak selesa dengan per4ngai isteri aku ni.

Karakter diri aku ialah, jika boleh aku tidak mahu ada sebarang perkara yang boleh mengur1s perasaan orang lain , melainkan perkara tersebut sudah sampai kemuncak dan harus diatasi. Baru aku akan bertindak menegur dan sebagainya, insyaaAllah memukuI itu tidak sekali la sebab aku tahu juga batasnya.

So diharapkan lelaki yang baik – baik di luar sana, jangan fikir selalu artikel banyak pin point hal EG0 kepada kaum lelaki sahaja, kaum Hawa juga kalau kita termiliki mereka ni, memang payah sangat nak setelkan, korang perlu ada ketabahan hati yang padu untuk berhadapan dengan perempuan spesies semacam ini.

Sebaik mungkin aku tak nak juga perkara begini diakhiri dengan perceraian, kerana memikirkan kebahagiaan anak – anak. (Siapa tak sayang bini oii : kata P.Ramlee) mudah – mudahan perkara ini akan dapat aku selesaikan dengan cara yang terbaik. – CMO (Bukan nama sebenar)

Fydd Arsat : Dia kurang ilmu. Carikan dia ilmu. Dekatkan dia dengan ilmu. Ajak dia sama – sama ke kelas agama, faham balik tanggungjawab sebagai seorang islam, seorang isteri, tuan pun perlu tahu tanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak – anak.

Keseronokan tak kira la spesis apa pun keseronokan tu kalau dijadikan makanan harian, akan keraskan hati. Bab aur4t tu, kalau tuan ada anak perempuan, ajarkan dia cara jaga aur4t dengan betul, sambil – sambil tu suruh dia ajak mak dia jaga aur4t sama.

Jenis eg0 memang jenis pantang ditegur tapi tuan boleh mulakan dengan ajak satu keluarga solat sama – sama, adakan sesi tazkirah lepas solat, mengaji bersama – sama, kaji hadith bersama – sama. Semua tu sebenarnya melembutkan hati isteri dan anak – anak. Semoga berjaya tuan.

Ayu Aziz : Bab hobi ni masalah jugak kalau tak bendung. Tak kira laki mahupun perempuan. Jangan berlebih – lebih. Hobi sekadar sudah la. Kalau dah tahap boleh merosakkan ik4tan kekeluargaan, hentikanlah hobi yang meIampau ni. Buat lah hobi yang boleh melibatkan anak @ pasangan sekali. Lebih selamat dari fitnah dan g0daan sy4itan kiri kanan.

Suzilawati Muntalib Manja : Saya dulu pernah memandang rendah dengan suami sehinggalah seorang makcik dititipkan Allah untuk sedarkan saya yang tak semua perempuan berpeluang bersuami. Tak semua perempuan berpeluang ada anak dan berpelajaran tinggi.

Nasihat dia santai tapi menusuk kerana saya sedang dalam konflik bersama suami. Tak semua suami baik agama dan mampu bimbing kita. Wanita ni pulak kena sentiasa baiki diri dan percayalah proses belajar sama – sama suami untuk baiki rumah tangga ini memakan masa dan perlu kerjasama dua beIah pihak.

Saud4ra perlu dedahkn isteri dengan kawan – kawan yang dapat rendahkn eg0 dan larikan sikit dia dengan dunia dia tu. Mungkin dengan cuba kongsi hobi. Lepas tu, usaha untuk selalu jemaah bersama. Curi masa untuk berdua dan luahkn segalanya. Perempuan ni fragiIe walau sehebat mana pun dia. Semoga rumah tangga saud4ra bahagia akhirnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.