Suami p4ksa isteri jaga cucu, dari sorang cucu sampai 6 orang. Akhirnya isteri terlantar

Baru dpt cucu pertama, suami dah bagi arahan suruh jaga cucu tapi masa tu umur masih muda 40-an. Tapi m4kin lama m4kin ramai anak kahwin dan cucu m4kin bertambah. Sebagai ibu tak sanggup nak tolak jaga cucu yang lain sebab takut anak – anak lain terasa. Satu hari si ibu s4kit kepala yang teramat sangat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama saya Kak M (bukan nama sebenar). Kerjaya saya adalah Pengasuh kanak – kanak. Saya nak kongsikan kisah mengenai “Pengasuh Istimewa”. Kenapa saya sebut istimewa? Kerana pengasuh ini terdiri dari kalangan NENEK kepada cucu yang diasuh.

Zaman sekarang ramai suami isteri yang bekerja. Bila dah ada anak, nak hantar anak pada pengasuh. Sesetengahnya hantar pada ibu mereka untuk mengasuh anak mereka. Ada ibu yang diberi upah, ada yang bagi upah ala kadar, ada pula yang tidak diberi apa – apa upah langsung.

Sedihkan, bila ibu yang dah tua kena bekerja untuk anak – anak yang telah dijaga sendiri oleh ibu – ibu ini. Akhirnya meneruskan kerjaya sebagai Pengasuh cucu diusia emas. Kisah Kak H, Mengasuh cucunya atas ARAHAN suaminya.

Mula seorang anak berkahwin dapat cucu, maka si atok cucu ni minta isterinya, Kak H mengasuh. Masa tu umur Kak H dalam 40an++. Masih kuat lagi nak mengasuh. Maka bermulalah kerjaya kak H sebagai pengasuh cucu. Anak Kak H tinggal serumah, maka m4kin mudahlah anak menantu Kak H.

Anak nenek jagakan, kerja rumah, masak semua Kak H yang siapkan. Oklah mungkin Kak H pun tak ada masalah. Cucu sorang je. Anak-anak dah besar. Sudah urus diri sendiri. Tahun – tahun berikutnya anak – anak yang lain pun berumahtangga dan lahirkan cucu – cucu Kak H lagi.

Maka atas ARAHAN suami Kak H, kena mengasuh cucu – cucu yang lain pula. Maka rumah Kak H seolah – olah seperti taska. Kak H lah pengusaha, penyelia, tukang masak, clener dan kakitangan taska. Semua atas bahu Kak H. Dari seorang cucu meningkat ke 6 orang cucu untuk Kak H asuh.

Ketika ini usia Kak H sudah meningkat ke 50++. Sudah memasuki usia emas. Kak H sudah mula ada d4rah tinggi dan k3ncing manis. Setiap hari kena makan ubat. Pagi – pagi makan ubat sudah mengantuk. Disebabkan kerjaya tanpa rela sebagai pengasuh cucu Kak H tahan juga untuk tidak tidur dan berehat.

Sedihkan, diusia ini dengan keadaan kesihatan sem4kin merosot, anak – anaknya langsung tidak memahami keadaan ibu mereka. Lagi – lagi suami Kak H yang mencadangkan agar cucu – cucu dijaga oleh Kak H. Pandai beri cadangan dan arahan saja.

Bayangkan kebanyakan anak cucu tinggal serumah. Jadi sepanjang masa mereka bersama Kak H. Walaupun anak – anak Kak H sudah ada di rumah, Kak H masih kena uruskan beberapa tugasan sebagai pengasuh sepanjang masa.

Kak H ni nak jaga hati anak – anak saja. Kalau tolak jaga cucu yang lain, nanti terasa pula anak – anak lain. “Anak along boleh jaga.” “Anak angah, alang, ateh, acik semua tak nak jaga. ” Memang Kak H ni mempunyai anak – anak yang tak bertimbangrasa, nak kata zaIim pun ye, kerana menjadikan ibu mereka sebagai “pekerja” mereka.

Taska dan pengasuh berlambak ada, tak nak usaha hantar ke sana masih mengharapkan ibu mengasuh anak – anak mereka diusia emas dangan kesihatan tidak mengizinkan. Hingga lah satu hari Kak H s4kit kepala teramat sangat. Kak H dimasukan ke hospitaI kerana salur d4rah Kak H pecah dan menjalani pembedahan.

Kini Kak H terlantar menerima rawatan. Nampak tak bertapa bersusah payahnya seorang ibu besarkan anak – anak, dan diusia emas bersambung pula tugas mengasuh cucu – cucu pula. Kerjaya yang tidak pernah selesai. Kepada anak – anak elaklah menghantar anak anda untuk diasuh oleh ibu anda sendiri.

Mungkin ibu anda sendiri yang tawarkan untuk mengasuh. Ketika itu mungkin ibu masih sihat, tetapi sampai satu masa, mereka sudah tidak larat untuk mengasuh cucu. Berikan mereka masa untuk mengisi usia emas mereka dengan meningkatkan amalan mereka untuk dibawa ke sana kelak. Jangan jadikan mereka seperti “Pekerja” anda. – Kak M (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zurina Zulkefli : Menjaga budak – budak  ni, nak kena masak makanan untuk diorang, nak berhidang, nak kena tengok waktu diorang makan, jaga waktu diorang mandi, basuh ber4k. Belum lagi nak leraikan diorang berg4duh, main sana sini buat sepah, kena kemas, dengan bising lagi.

Mak – mak  muda boleh la uruskan terpekik – pekik nak marah anak, tapi kalau orang tua, tak larat wey. Sungguh tak larat nak urus semua benda, waktu makan untuk diri sendiri memang terkejar – kejar, nak tidur siang pula bising. Str3ss orang tua tu.

Ann Fardan : Emak saya dulu awal – awal masa kami kecik dah pesan. Esok korang ada anak, jaga anak masing – masing. Mak abah nak rehat. Jalan – jalan. Beribadah. Selalu lah dinyanyikan doktrin yang sama. Alhamdulillah sampai sekarang mak abah masih sihat dan tetap berdua Tenang – tenang tanpa perlu jaga mana – mana cucunya.

Jika cucu s4kit masuk hospitaI. Emak abah datang melawat. Tiap – tiap minggu emak abah masak sedap – sedap hantar rumah anak – anak yang dekat untuk cucu – cucu mereka. Amik berat pasal pendidikan cucunya. VC selalu dan layan sembang – sembang bila cucu datang rumah emak abah saya.

Tapi jaga?? Tak pernah. Saya pun sedang doktrin anak saya. Saya kalau boleh taknak jaga cucu. Saya nak sayang dan prihatin tentang perkembangan akhlak dan pendidikan cucu secara langsung. Untuk jadi baby sitter. Harap – harapnya tidak lah. Moga Allah permudahkan hari tua saya. Anak – anak sihat senang dan saya bebas beribadah.

Sya Nysya : Masa bersalin anak pertama dulu, arw4h mak mertua saya hingga bermasam muka dengan saya sebab nak saya tinggalkan anak di kampung, dia nak jaga, saya berpantang di rumah mertua, dia yang letak syarat pantang di rumah dia sebab suami anak tunggal.

Tiap kali sed4ra – sed4ra melawat arw4h cakap “ni nanti tinggal kampung, uwan jaga”. Nasib baik saya ni jenis not overthinking jadi takde mer0yan masa pantang. Apapun saya berjaya bawa anak balik KL dan arw4h ikut sekali, arw4h yang uruskan gilir – gilir dengan arw4h mak saya.

Kesian pula bapak saya sering ditinggal. Kadang – kadang bila adik saya cuti adik saya kena jaga, arw4h taknak bagi pengasuh. Susah sungguh hati saya hingga arw4h pernah nak ambil anak angkat kecil sebab marah kami tak bagi dia jaga cucu.

Saya kata pada suami, “mak tu duit bulan kita bagi sebab takde pendapatan. Nak amik anak angkat sapa yang nak belikan susu? Nanti nak sekolah, anak sendiri kena uruskan, adik angkat lagi” Last – last tak jadi amik anak angkat.

Agaknya sbb penat ulang alik KL, bila anak 6 bulan, arw4h lepaskan juga cucu dijaga babysitter. Tu pun saya terp4ksa menahan mendengar sesekali bila dia datang, mengadu pasal babysitter.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.