Aku tgk mak nangis, tgn menggigiI bila dapat surat warna pink bunga2. Aku terus siasat

Aku nekad nak siasat surat apa yg mak dpt sampai dia menangis menggigiI. 6 bulan pencarian baru aku berjaya jumpa dan ketika itu aku fahamlah kenapa mak nangis. Aku buat keputvsan untuk simpan surat tu supaya mak tak dapat baca dan sedih lagi. Diakhir hayat mak, aku pegang tangan mak.. aku bakar surat tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Bila sebut tentang kifarah, mesti kita terbayang apa yang kita buat dulu akan dibaIas di dunia tak atau menanti perhitungan di akhir4t kelak. Kan? Macam tu juga kisah aku ni yang berlaku bertahun lamanya. Adakah itu tanda kifarah?

Cerita ni bermula masa aku berusia 7 tahun. Ye darjah 1. Dah lebih 20 tahun pun. Tapi masih terbayang benda yang jadi depan mata. Aku anak tengah. Family aku orang kampung. Ayah aku seorang t3ntera. Mak aku surirumah je.

Bukan pilihan mak mertua. Orang dulu – dulu bab kisah menantu bukan pilihan ni bersepah je. Kisah bermula bila kami berpindah keluar dari semenanjung. Jauh dari family ayah aku. Dan bermula lah kisah sedih mak aku.

Ingatkan bila anak dah ramai, dah dapat la terima menantu dia aka mak aku ni, tapi silap. Lagi hebat lagi kena game. Aku suka guna terms game ni. Sebab hidup memang macam game. Stay and live. Or game over! ! Finish! erm.

Game 1: Surat. Ye. surat cinta gamaknya. Masa tu posmen datang, kebetulan aku tengah main kat halaman rumah dengan kawan – kawan. Eh budak – budak weh main guli la. haha.. Aku bagi mak. Aku tak tahu surat apa mulanya.

Tapi bila aku tengok mak aku mula menangis. Sendu, gigiI – gigiI tangan dia baca. Aku dah mula suspen. Surat pe eh? Surat warna pink, berbunga – bunga. Aku terdiam tengok dia. Dan dia tak tahu aku intai dia tengah baca surat.

Pastu dia sorok surat tu ntah mane. Dia tak buang. Bermulalah episod detective conan. Aku start mencari mana surat tu. Surat pink!! Surat oh surat di mana kau surat. One day, after 6 bulan dari surat tu sampai. Mak dan kakak aku keluar gi mana ntah, aku tinggal dengan adik dan abang – abang aku je.

Aku masuk bilik dia. Aku cari – cari gakla. Kot ada terselit mana – mana. Guesss what.. Aku terjumpa kat baju – baju Iipat dalam almari. Woii. First time aku mencuri tau. Punya la nak baca surat ape. Siapa bagi. Mujur la adik aku tak bising cakap aku selongkar bilik mak aku.

Aku buka.Eh surat ape ni. Aku start baca dalam tandas. Telan air liur. Pada usia 7 tahun. Aku baca surat yang penuh m4kian. H1naan. Sump4h seranah. Apa je yang buruk – buruk semua dalam tu. Tentang insan mulia bernama mak aku.

Per4mpas anak orang! Eh. pelik kan. R4mpas wujud ke bila anak ko kahwin dengan mak aku? Ko jeles tahap ape sampai dengan menantu pun ko jeles. Aku mula benci nenek aku. Aku simpan surat tu tau. Simpan dalam beg sekolah.

Hari -hari aku baca. Aku menangis. Aku nak rasa apa mak aku rasa.Patutlah dia sedih sangat. Mak aku cari gak surat tu. Tapi aku cakap salah letak kot. Sebab aku tak nak dia baca semula dan menangis. Jadi surat tu first last dia baca.

Game 2: Pindah. Kami berpindah semula ke semenanjung selepas 2 tahun. Dan aku sekarang darjah 3. Rumah nenek iaitu mak ayah aku aka mak mertua kepada mak aku tu jarak dalam sejam la naik kereta. Dalam daerah yang sama je.

Jadi ayah aku ni selalu ajak balik kampung. Dan tiap kali balik kampung tu. Aku rasa tak best sesangat. Sebab? Mak aku kena kuIi. Dia la tukang masak, tukang hidang, tukang kemas dan orang terakhir yang tidur. Jadi aku dengan akak -a kak aku la yang setia tolong dia.

Aku ingat pesan mak aku, biar kita h1na di mata manusia, jangan sesekali kita baIas. Sebab Allah ada. Pastu.. lagi. Bila ramai dalam rumah tu.. ruang tak de nak tidur. Aku satu family hanya tidur kat dapur. Alas tikar je. Bantal? tidur atas beg je. Selimut? Selimut dengan nyamuk jer.

Orang lain dah lena pun. Dengan tilam bantal dan selimut yang disediakan. Ayah aku jenis pendiam. Dia tak rapat dengan adik bradik dia. Lagi satu, ayah aku dia dulu dijaga oleh nenek dia iaitu mak kepada mak dia. Gelaran moyang la untuk aku, jadi dia tak rapat dengan mak ayah dia.

Tapi still jadi anak kesayangan la kan. Dia terima je apa – apa sebab tu family dia kan. Bila ada apa – apa kenduri, yang jadi m4ngsa kami la, semua kena buat. Pastu dipinggirkan. Adik beradik dia mulut sangat laser. Celupar.

Suka menyindir. Kutuk depan – depan. Bahan lawak kami ni la. Orang kampung kan. Cucu lain dapat kasih sayang sebaiknya. Kadang – kadang jeles sangat, nak sangat rasa dihargai , disayangi. Tapi semua tu tak wujud. Hanya impian semata. Dan itulah kami hadapi bertahun lamanya. Sehinggalah aku berusia 19 tahun.

Game 3: K4nser stage 3. Finish . Bila mana mak aku mula jatuh s4kit. Tak siapa lagi berani sentuh mak aku. Mak aku k4nser rahim stage 3. Nenek aku, mak mertua dia datang menjenguk. Dan aku lihat dia mula berubah. Mula sedar yang permata bersinar selama ini malap dek kerana kegemerlapan kaca.

Dan akhirnya bintang hati aku terus malap kerana s4kit yang diaIami. Game ni la aku tak larat nak hadapi. Sebab dia selama ni menyimpan duka. Terp4ksa simpan sendirian tanpa sesiapa pun tahu. Dan hari itulah juga aku bakar surat tu.

Surat yang menjadi punca kedukaan hati mak aku. Yang mer4gut jiwa dia. Kebahagiaan dia. Surat tu ditulis oleh adik beradik perempuan ayah aku. Memang ada tertulis nama mereka dalam surat tu dan tak siapa tahu aku membacanya.

Sehinggalah 1 hari aku pegang tangan mak aku. Aku duduk di sisi dia dan aku mengaku aku pegang surat tu selama ni dan dah bakar pun surat tu. Mak aku tunduk lesu. Tiada kata – kata hanya tangisan sendu. Aku peIuk dia dan aku cakap, selama ni aku pr0tect dia untuk tak lagi dicaci m4ki.

Aku sayang dia macam nyawa aku. Dia menangis semahunya. Dia cakap dia maafkan semuanya. Dia redha. Sejak hari tu, keadaan s4kit mak aku m4kin hari m4kin merosot. Dia terp4ksa ulang alik dan stay di HKL, berbulan lamanya.

Aku jarang – jarang pergi sekolah untuk teman dia di hospitaI. Aku penaman duka lara dia. Sampailah 1 hari, doktor cakap.. saya dah tak boleh buat apa – apa. Aku menangis semahunya. Dia dah stage 4. Cepat sangat sel k4nser merebak.

Dah tak boleh buat apa – apa dah. Perlu bawa balik kampung je. Aku masuk tandas dan menangis. Kebetulan waktu melawat masa tu. Maksu aku adik kepada ayah aku masuk tandas juga masa tu. Dia tepuk bahu aku. Dia cakap bersabar atas ujian Allah beri ni.

Siapa tak sayang mak kan? Semua orang sayang mak awak. “Sayang??? “Oh.. Sayang ye. Surat yang maksu tulis dengan adik beradik maksu tu tanda sayang ke?? Maksu happy tak sekarang? Tengok mak saya terlantar s4kit? Happy ? Puas hati tak?

Sebab lepas ni dia takkan jadi per4mpas, takkan lagi jadi kakak ipar yg dibenci, takkan ada lagi menantu yg dihina.”  mata maksu aku berkaca. Terkedu dengan apa aku cakap dan aku toleh, aku cakap, “minta maaflah maksu. Sebab baIasan Allah tu akan ada dan dia juga di penghujung nyawa.”

Itulah kali terakhir aku tengok dia. Aku keluar sambil kesat air mata. Aku redha Ya Allah. jika ini takdirnya.. Aku redha melepaskan mak pergi menghadapMu. Dan di situlah berakhirnya aku berjumpa adik beradik ayah aku sampailah 6 bulan lepas tu mak aku meninggaI dunia.

Al fatihah untuk mak aku. Dia wanita terhebat! Dia Memaafkan segala yang terjadi. Kifarahkah? Ntahla. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, selepas 10 tahun mak aku meninggaI dunia dan menyepi serta tak ambik tahu hal adik beradik ayah aku, aku dengar macam – macam cerita tentang pergolakan hidup diorang dari sepupu aku, nama dia Ana.

Ana cerita kat aku, makngah, anak – anak dia semua membenci dia dari yang bongsu sehingga yang sulong. Yang mak teh, perniagaan dia lingkup dan bungkus. Hidup pun rumah pondok je. maksu? Dia bercerai. Hidup dia merana.

Aku dengar cerita suami dia ada skandaI, masuk pub dan macam – macam lagi. Dan Ana? Siapa ana? sepupu aku ni. Dia juga anak kepada penulis surat layang tu. Dan macam mana aku boleh baik dan rapat dengan dia?

Sedangkan mak dia juga terlibat? Aku maafkan semua salah mereka. Sebab tak de gunanya berd3ndam sedangkan hidup kita Allah aturkan. Nenek aku? Aku yang jaga nenek aku ketika dia s4kit di hospitaI dan aku menyaksikan dia tak dijaga anak – anak dia, anak – anak perempuan dia.

Dan setelah 15 tahun mak aku meninggaI dunia, nenek pun pergi menghadap Ilahi. Dan aku dah pun memaafkan dia. Segalanya.. Redha. Terima segala. Jika arw4h mak aku dah maafkan, kenapa aku tidak? Aku belajar memaafkan.

Tapi semua kenangan tu terpahat dalam hati. Untuk mereka yang pernah buat macam tu, ambil iktibar. Semoga dijauhkan semua perilaku yang boleh meny4kiti hati orang lain  Kita ada khilaf. Bertaubat dan mohon ampun. Itu adalah terbaik. kan

Al-fatihah untuk mereka yg telah menghadap ilahi. Untuk nenek aku. Moyang aku. Atok aku. Mak aku. Semoga Allah merahm4ti roh kalian di sana. Kisah ini bukan untuk menunding jari siapa salah siapa benar. Tapi menjadi ikhtibar agar kita sedar.. Allah Maha Berkuasa. – Nadirah

Komen Warganet :

Mastura Burhanuddin : Bila mana dalam keluarga atok n nenek memulakan budaya diskriminasi dan pilih kasih bermula dari kalangan menantu hingga ke cucu. Pernah merasa dilayan sebegitu, tido beralaskan kain batik di lantai papan.

Yang cucu lain disediakan toto selesa dan bantal lengkap berselimut. Yang kami apa adanya je. Kalau cucu kesayangan buat salah. Kami dituduh punca angkara. Kami dah besar tapi kami tak lupa.

MeAs Azami : Samalah macam kisah famili saya. Menantu (mak) dan adik – adik saya yang dia tak suka juga yang jaga sampai ke m4ti. Apa yang dia buat membuatkan saya takda hati dan perasaan untuk jaga semasa dia s4kit sampai la habis hayat.

Herne Abd Ghapar : Hampir sama cerita, hanya kita sahaj yang tahu bagaimana sedih dan d3ndam orang yang h1na mak kita.

Mas Ayu : Sampai sekarang saya ingat pesan mak. Sekarang ni anak – anak sed4ra masih kecil – kecil lagi. Mak pesan jangan sesekali s4kitkan / h1na mereka walaupun dalam bergurau sebab mereka akan ingat bila mereka dewasa kelak.

Jadi sayangi dan horm4ti anak – anak buah dan ibu – ibu mereka. Jangan marah ikut hati herdik semua mungkin sekarang mereka kecil lagi tapi besar tu mereka akan ingat sampai bila – bila.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.