
Aku memang dah tak tahan sangat, aku tulis surat dekat ayah, aku mengadu yang ibu selalu marah mencarut dekat kami. Aku intai dari bilik, aku nampak ayah baca surat tu dan simpan dalam poket..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Dahlia. Anak kedua dari 8 beradik. Dah berumur 30 lebih, berkahwin dan ada anak yang kacak dan cantik. Waktu kecil, aku dan adik beradik yang lain sering dimarah dan diherdik oleh ibu sendiri. Ibu suri rumah, bertudung labuh, menjaga pakaian makan minum kami, urus kami ke sekolah.
Ayah bekerja waktu pejabat. Adik beradik ayah pandai pandai dan kerja bagus bagus semuanya. Tapi adik beradik ibu ada kerja juga tapi tidak sehebat kerja adik beradik ayah. Ayah lembut tapi tegas. Marah yang berisi dan tidak melalut. Semua adik beradik hormat dan takut pada ayah.
Tapi ibu, seringkali mencarut dan mem4ki hamun kami bila datang mood tidak baik dia. Ibu memang selalu marah – marah, sampai kami nak bergurau pun jadi takut takut dengan ibu. Segala perkataan yang tidak elok keluar dari mulut ibu.
B0doh laa, b4ngang laa, b4bi, pukim4k, anak tidak boleh harap, pemalas ya rabbi, tidak guna sesen pun, dan banyak lagi perkataan yang tidak baik selalu dilemparkan pada kami. Dulu memang tidak pernah terlintas langsung nak mengadu dekat ayah yang ibu marah kami macam tu.
Bila ayah balik kerja, lagak ibu macam biasa sahaja, tutur kata dijaga depan ayah. Rasanya ayah tidak tahu yang ibu keluarkan perkataan tidak baik pada kami ketika marah. Ada suatu hari, aku memang dah tidak tahan sangat, aku tulis surat kepada ayah, aku mengadu yang ibu selalu marah kami dengan cakap perkataan – perkataan yang mencarut.
Aku intai dari bilik, aku nampak ayah baca surat tu dan simpan dalam poket. Mungkin lepas tu ayah ada tegur atau marah ibu, itu aku tidak pasti. Korang percaya kata – kata seorang ibu itu adalah doa? Kesannya adalah, adik beradik aku tidak ada seorang pun yang pandai, ada yang memang betul – betul susah nak terima pelajaran, dan ada yang pertengahan, dan ada yang pandai tapi tidak boleh berjaya.
Aku kategori pandai pada awalnya, tapi lama – lama aku jadi sangat malas belajar dan autom4tik jadi tidak pandai. Aku memang jadi betul – betul pemalas. Kesian ayah, ayah sangat – sangat pandai belajar, terror matem4tik, tambahan matem4tik, akaun. Tapi anak dia seorang pun tidak ada yang mew4risi kepandaian dia.
Kami 8 beradik tidak ada seorang pun yang jenis rajin ringan tulang, kami semuanya buat kerja rumah berkira kena ikut giliran. Dan kami semuanya tidak solat. Senang cakap, susah solat, memang kami malas nak solat dan solat bila disuruh sahaja.
Sedangkan ayah dan ibu aku solat tidak tinggal, ibu pula bertudung labuh menutup aurat. Tapi hakik4tnya dalam rumah, kami adik beradik sahaja yang tahu. Dan lagi satu yang aku perasan bila dah tua ni, kami adik beradik amat amat jarang peIuk dan civm ibu ayah.
Tidak pernah cakap sayang ibu ayah depan – depan, dalam whatsapp pun tidak pernah cakap I love you. Semua tu aku rasa kekok nak buat. Sebab dari kecil memang kami tidak dibiasakan dengan cakap I love you. Tidak biasa cakap I love you, terima kasih, dan minta maaf. Seingat aku memang tidak ada ibu ayah ucap sayang pada kami adik beradik depan depan.
Aku kalau dari kampung nak balik Kuala Lumpur, salam – salam ibu ayah je tidak ada peIuk – peIuk cakap sayang ibu ayah. Lepas salam, terus masuk kereta dan suruh anak – anak bye bye atok nenek dorang. Even sampai sekarang pun, adik beradik aku semua susah nak cakap sayang dekat ibu ayah.
Itu kesan – kesan yang aku perasan bila dah tua ni. Even dah besar pun, adik – adik aku yang lain ada juga bercakap kasar dengan ibu aku. Kadang – kadang jadi tertinggi suara, dan ayat macam kurang ajar bila cakap dengan orang tua. Tidak tahulah korang, adakah ini kesannya bila dari kecil otak kami dah kena serap perkara – perkara macam tu dari ibu sendiri.
Aku jadi cemburu dengan keluarga suami aku. Dorang bercakap lemah lembut dan sopan je. Tidak ada pun yang tinggi suara bila bercakap sesama dorang. Suami aku lagi la, bercakap dengan mak ayah dia tu sangatlah sopan santun. Sangat berbeza ya nada bercakap keluarga aku dengan keluarga mertua.
Sebab tu, bila aku dah ada anak ni, aku cuba sedaya upaya tidak nak keluarkan kata – kata yang kesat, mencarut dengan perkataan – perkataan yang tidak elok. Dan sekarang aku dalam usaha nak tegur anak – anak dengan nada yang lembut tetapi tegas. Tidak nak menjerit – menjerit lagi.
Dan hari – hari juga aku akan peIuk civm anak aku, ucap sayang hari – hari, selalu cakap terima kasih, dan cepat – cepat minta maaf bila ada buat salah. Aku takut nanti anak – anak dah besar, kesannya terjadi macam apa yang berlaku pada diri aku sekarang.
Jadi mak mak ibu ibu di luar sana. Nak marah anak jangan sampai mem4ki hamun dan menc4rut. Tolong lah. Aku sampai sekarang, rasa macam nak luah je dekat ibu, kenapa dulu ibu selalu marah kami dengan cakap perkataan yang tidak baik? Kenapa ibu marah kami dengan menc4rut dan mem4ki hamun sangat – sangat? Aku tidak d3ndam, cuma rasa nak meluah. Dahlia (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen:
Anie Alja :Â To be honest, kita semua lalui tr4uma ini. Anak 8 orang, degil – degil belaka, apa peranan si ayah? Bapak kalau ambil peranan mendisiplinkan anak – anak, banyak memudahkan kerja si mak. Dan kau sendiri dah jadi mak, bayangkan lelahnya mak awak dulu dulu.
Memang betul jangan m4ki hamun anak – anak, tapi naratif awak di atas menyalahkan mak sahaja, padahal korang semua dah tua – tua belaka, boleh berfikir, sangat tidak bertanggungjawab bagi aku. Anak perempuan aku pernah cerita, si abah sembang dengan dia, ‘Abah balik dari USA, peIuk nenek… nenek kaku, tak reti nak peIuk.’ Anak perempuan aku rasa pelik, dia tanya, ‘Kenapa..’ Aku cakap, mak ayah dulu dulu memang macam tu, even my own mom. Tapi kita dah besar, peIuklah mak ayah… seek to understand.
Nur Farhanah Syamimi :Â Salam puan. Mind over body. Jangan simpan kepercayaan karut. You own your life, your body jangan bagi sy4itan dictate hidup you. Orang boleh cakap apa saja tapi you yang tentukan. I know I faham bila parents mulut jenis mengh1na mem4ki hamun.
Saya pun dibesarkan macam tu dengan segala pukuI yang tidak jelas. You yang decide sama ada orang itu penting atau tidak. You kena kuat. Jangan simpan kata – kata kotor tu dalam otak. Kita dah 30 an dah tidak boleh nak salahkan siapa – siapa. You boleh sis. You boleh kalau nak patah balik and study. Kalau you memang pandai you memang akan pandai balik.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.