Sewa rumah, duit kereta, bil tnb, air, internet, malah hutang suami pun aku yang bayar. Balasannya, suami curang dengan janda anak ramai

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bayangkan, isteri baru lepas bersalin, masih dalam pantang, suami sibuk bergembira dengan janda anak ramai. Aku rasa sangat terh1na. Dah la takde duit, curang. Aku bela biawak hidup selama ni..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku Cik J, seorang wanita yang sudah pun bercerai dengan bekas suami. Aku tulis cerita ini bukan sebab nak aibkan sesiapa tapi lebih kepada nak bagi pengajaran kepada kawan – kawan di luar sana.

Terutama yang sedang bercinta, yang tengah bertunang atau yang tengah buat persiapan nak berkahwin. Tolong, tolong sangat pilih bakal suami betul – betul. Jangan sampai tersalah pilih macam aku. Aku pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang pada mulanya tiada pekerjaan tetap.

Masa tu aku seorang penjawat awam gred 41. Aku bukan jenis memilih sangat bab pasangan, asal boleh terima aku seadanya, itu sudah cukup. Aku percaya kalau kita sama – sama usaha, insyaAllah hidup akan jadi baik. Tapi aku silap. Sejak dari awal persiapan perkahwinan lagi, semua belanja aku yang keluarkan.

Aku fikir benda baik elok dipercepatkan, jadi aku redha je guna duit sendiri. Aku langsung tak selidik betul – betul siapa sebenarnya lelaki yang aku nak kahwini. Aku rasa aku kenal dia cukup, tapi hakik4tnya aku hanya kenal luaran sahaja. Masa awal perkahwinan, kami diuji bila dia kena buang kerja.

Enam bulan aku tanggung semua benda seorang diri. Bayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, air, internet, malah hutang dia pun aku yang selesaikan. Aku guna duit simpanan yang aku kumpul bertahun – tahun. Bila fikir balik, memang aku terlalu b0doh waktu itu.

Aku usaha carikan dia kerja. Sampai aku tolong mohonkan kerja kerajaan untuk dia. Aku siapkan semua dokumen, aku hantar, aku juga yang bimbing dia jawab soalan temuduga. Akhirnya dia dapat jawatan tetap. Masa tu aku bersyukur sangat.

Aku ingat hidup kami akan berubah. Tapi rupanya bermulalah episod baru yang lebih meny4kitkan. Walaupun sudah ada kerja tetap, semua bil rumah tetap aku yang tanggung. Dia kata gaji dia kecil, tak cukup. Aku pelik sebab setiap kali gaji masuk, sekejap sahaja duit dia habis.

Aku cuba tanya elok – elok, dia marah. Dari situ aku dah mula rasa lain macam. Sampai satu hari Allah tunjuk kebenaran. Masa aku tengah sarat mengandung, dia kantoi curang. Dia keluar jumpa perempuan lain dengan alasan berjumpa kawan.

Handphone dia siap pasang kata laluan. Tapi akhirnya terbongkar juga. Aku dapat tengok gambar – gambar dia dating dengan perempuan tu. Aku rasa dunia aku runtuh sekelip mata. Bila aku tanya, dia marah dan tanpa fikir panjang dia lafazkan cerai.

Masa tu aku menangis sungguh – sungguh, bukan sebab sayang sangat pada dia tapi sebab fikirkan anak dalam kandungan. Lepas dipujuk, kami rujuk semula sebab aku fikir anak perIukan keluarga yang lengkap. Lepas anak lahir, kami duduk berjauhan.

Dia bagi alasan kerja malam, tambah pula waktu tu musim kovit, dia kata bah4ya untuk bayi kecil. Aku terp4ksa percaya, walaupun hati aku selalu rasa tak sedap. Aku doa pada Allah tunjukkan jalan. Rupa – rupanya, betul sangkaan aku. Dia curang lagi, kali ini dengan seorang janda yang ada ramai anak.

Bayangkan, isteri baru lepas bersalin, masih dalam pantang, dia sibuk bergembira dengan orang lain. Aku rasa sangat terh1na. Bermula dari situ aku nekad. Aku angkat kaki, aku failkan penceraian di mahkamah. Aku tak peduli dah dengan rayuan dia, sebab aku tahu hatinya bukan pada aku lagi. Dia pun sebenarnya lega sebab boleh kahwin dengan perempuan pilihannya.

Aku rasa sangat kecewa. Semua peng0rbanan aku ibarat sia – sia. Dari seorang lelaki yang tiada apa – apa, aku bantu sampai dapat kerja tetap. Tapi bila dah senang sikit, dia tinggalkan aku. Aku rasa macam bela biawak hidup. Bukan setakat curang, dia juga boros.

Pernah sekali gaji dia habis dalam seminggu sebab beli barang yang bukan – bukan. Dia suka main game online, siap belanja untuk top up dalam permainan tu. Aku yang kerja siang malam, berjimat cermat, tiba – tiba nampak duit dia hangus macam tu je. Bila aku tegur, dia kata itu hak dia, duit dia. Aku hanya mampu telan air liur.

Pernah juga dia balik rumah dalam keadaan m4buk. Aku terk3jut sebab aku tak pernah sangka dia jenis macam tu. Dia janji nak berubah, tapi janji tinggal janji. Satu lagi per4ngai dia, suka sangat keluar rumah tanpa khabar. Kadang – kadang aku tunggu sampai tengah malam, dia balik dengan muka selamba.

Bila aku tanya, dia jawab pendek, katanya lepak dengan kawan. Padahal aku tahu dia bersama perempuan lain. Akhirnya aku pilih jalan berpisah. Aku tak sanggup nak teruskan. Aku lebih rela jadi ibu tunggal daripada terus jadi isteri pada lelaki yang tak tahu menghargai.

Sekarang aku lebih bahagia hidup dengan anak kesayangan. Walaupun susah, aku rasa tenang. Aku percaya setiap ujian Allah turunkan sebab Dia sayang pada aku. Setiap malam aku doa minta Allah mudahkan rezeki aku dan beri kekuatan untuk besarkan anak.

Aku harap kisah aku jadi teladan untuk semua wanita. Jangan cepat percaya, jangan cepat serah segalanya. Kenal betul – betul bakal suami sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Sebab ada lelaki yang hanya mahu hidup senang lenang atas usaha isteri.

Aku bersyukur sebab Allah tunjuk kebenaran awal. Aku anggap semua ni satu pengalaman berharga. Sekarang, fokus aku hanya pada anak dan masa depan. Doakan aku semoga terus kuat, dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari lelaki yang salah lagi. – Aku, Cik J (bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Jenny Loo : Cari lelaki yang ade kerja tetap. Jangan asal terima je atas alasan lelaki tu boleh terima kita seadanya. Jangan manjakan lelaki dengan tanggung perbelanjaan keluarga yang patutnya dia yang kena tanggung sebagai suami. Lelaki kalau dah sekali curang pasti akan curang lagi. Lelaki takkan berubah.

Kita kahwin untuk lelaki tu menyenangkan kita bukan m4kin menyusahkan dan mengikis harta kita. Kebanyakan lelaki biawak hidup suka gunakan ayat “isteri yang baik kena sanggup susah senang bersama suami.” Kita dah biasa hidup senang sejak anak d4ra mengapa mesti hidup susah lepas dah berkahwin?

Nor Hidayah : Bior la dia cari tanggungjawab jaga janda anak ramai tu sis. Dia tak sedar dia sengaja cari tanggungjawab tambahan. Anak dia dengan puan tanggungjawab juga tu. Tindakan Puan untuk angkat kaki adalah betul. Move on. Saya percaya Allah dah ada plan yang sebaik – baiknya untuk Puan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.