Bila aku bukak pintu aku nampak suami duduk bersila depan pintu bilik tgh menangis

Beberapa hari lepas aku g4duh dengan suami, aku halau dia tidur luar. Dia langsung tak pujuk aku mungkin sebab dia marah kena tidur luar. Aku kurung diri masuk bilik bawak anak, part ni la berlaku benda paling sedih sekali..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Assalamualaikum. Firstly aku tak pandai sangat nak menulis luahan ni. Tapi aku cuba. Maaf kalau ayat tak sedap dibaca. Sekadar luahan. Aku ada anx1ety dengan depr3ssion. Jadi cerita dia beberapa hari yang lalu, ntah la.

Aku terIampau str3ss. Mungkin tekanan sebab c0vid. Aku dah sebulan lebih tak keluar rumah, jalan – jalan tengok dunia luar. Aku takut. Aku ni paran0id tak tentu pasal. Pertama sekali pasal aku takut lif. Rumah aku lif rosak, bukan rosak tak bergerak langsung cuma dia bergerak non stop and setiap tingkat dia stop.

Aku yang jenis overthinking ni memang tak pasal la nak naik kan. Kedua, pasal kes c0vid dekat tempat aku tinggi. So aku dah lama la terperap dekat rumah dengan anak. Aku ada anak comel sorang. Baby girl. Ok, berbalik pada cerita beberapa hari yang lepas, aku tiba – tiba jadi asyik nak marah saja dekat husband aku.

Aku letih sangat. Aku cuba nak bagitahu husband aku yang aku tak ok. Aku nak dia pujuk aku. Dia pujuk kejap lepas tu buat macam biasa. Dia selalu fikir yang semua akan ok. Aku tak ok. Aku nak cerita dekat dia aku tak pandai so jadilah aku marah – marah.

Waktu tidur nak cuddle pon semua macam tak kena. Kami g4duh dan aku haIau dia tidur dekat luar. Tak pernah lagi aku biar dia tidur dekat luar. Selalu sekejap saja lepas tu aku pujuk dia tidur dekat bilik – balik. Kali ni aku memang betul – betul biarkan dia tidur sampai pagi dekat luar.

Bila aku bangun pagi tu aku suruh dia tolong mandikan anak. Dia mandikan tapi cakap sepatah – sepatah saja dengan aku. So aku terus jadi tak semangat. Actually dari malam kami g4duh tu pon aku dah mula rasa macam depr3ssion.

Aku rasa sedih, tertekan, rasa letih sangat sangat, rasa useless. So lepas dia mandikan anak aku tergolek saja atas tilam. Dia bawak anak main dekat ruang tamu, tengok tv. Aku tak buat apa apa seharian. Aku marah husband aku, sedih husband aku tak pujuk aku.

Aku tak bersemangat langsung. Tak mandi, tak makan, anak dengan husband pon tak makan pasal aku tak masak. Aku menangis sorang – sorang dalam bilik bila dah lama menangis aku jadi marah aku keluar bilik aku pukuI husband aku dan dia tolak tangan aku kuat sampai aku s4kit tangan kami g4duh lagi.

Aku pukuI dia. Dia pegang tangan aku dan nak tolak aku. Tapi aku tak mengalah jugak aku cak4r tangan dia sampai berd4rah. Masa tu aku menangis meraung dah tapi dia tak pujuk aku pon. Husband aku baik saja. Selalunya dia diam dan akan pujuk aku kalau aku marah – marah.

Cuma hari tu dia marah sangat dekat aku pasal aku biar dia tidur depan tv sampai pagi. Start dari sini aku hilang kawalan. Aku jerit dekat husband aku suruh hantar aku balik kampung. Husband aku cakap tak nak macam sengaja nak tambah marah aku.

Aku jadi lagi str3ss aku jerit kalau tak nak hantar aku balik kampung aku bunvh diri. Aku terus pegi dapur ambil pis4u. Aku macam dah tak sedar. So dari sini eg0 husband aku terus drop. Terus dia bangun nak datang dekat aku. Aku jerit “ kalau kau datang dekat aku bunvh diri” dia jauhkan diri dia sikit.

Pujuk aku, cakap jangan buat macam tu, dia cakap ok dia pegi balai sekarang buat surat nak hantar aku balik kampung. Terus masuk bilik tukar seluar. Aku dekat dapur macam tersentak, terus aku baIing pis4u masuk dalam sinki lari keluar dari dapur.

Aku nampak husband aku keluar dari bilik pakai seluar jeans, aku terus cakap aku menyesal kahwin dengan dia. Aku nak cerai. MelaIak meraung jerit aku nak cerai. Waktu ni memang aku rasa str3ss aku dah tak boleh kawal, nafas aku pon dah huru – hara sampai aku rasa nak pengsan.

Husband aku cakap tak nak, aku terus dukung anak lari nak pegi balcony rumah and jerit dekat husband ‘kalau kau tak nak cerai aku terjun dengan budak ni!’ Husband aku terus lari pegi dekat sliding door tak nak bagi aku keluar. Aku lari pegi balcony bilik pulak.

Husband aku tarik aku peIok aku entah mana kekuatan aku dapat pon tak tahu la sekejap saja aku terlepas dari dia. Husband aku dah merayu jangan la buat macam tu. cakap la aku nak apa pon semua dia bagi. Dia tolak aku duduk atas kerusi bagi aku rileks.

Aku menangis tak berhenti. Tak tahu nak cerita macam mana tekanan nya aku. Suasana dah tenang sikit. Aku lari masuk bilik bawak anak. Kunci pintu. Dekat sini la part paling sedih untuk aku. Anak aku waktu aku berg4duh dengan husband aku, dia tak menangis sikit pon.

Waktu aku dengan husband aku bergelut sebab aku nak bawak anak lompat dari balcony anak aku gelak – gelak ingat kami tengah main dengan dia. Baik sangat anak aku. BercaIar peha anak aku sebab kami berebutkan anak waktu aku cuba buat benda giIa.

Aku tak nak lepas anak aku aku jerit dekat husband ‘ni anak aku, kalau aku m4ti dia pun m4ti!’ Ok berbalik part aku rasa paling sedih untuk aku. aku kurung diri dengan anak dalam bilik tu. Aku duduk atas katil menangis. Aku biar anak main dekat lantai.

Aku cuba bertenang. Tadi sebelum berg4duh teruk aku lapar aku pegi dapur ambil roti sekeping bawak masuk bilik, aku gigit sikit saja terus aku baIing ke lantai. Semut dah hurung roti waktu tu, anak aku mungkin dah lapar dia kutip roti tu makan.

Aku tengok dia. Dia tengok aku balik dia berdiri datang dekat aku nak suap aku roti dia makan tu. Aku tengok mulut dia ada bekas kena gigit semut yang ada dekat roti tapi sikit pon dia tak menangis. Siap datang nak suap aku lagi.

Terus aku ambil roti tu buang. Lap mulut anak aku. Anak aku baru setahun empat bulan. Tersentak terus hati seorang ibu. Apa aku dah buat ni. Terus aku peIuk anak aku. Terus hilang semua marah aku, sedih aku, str3ss aku. Aku dukung anak aku. Aku civm dia.

Aku buka pintu bilik husband aku duduk bersila depan pintu bilik menangis. Ya Allah apa dah jadi ni. Saat ni baru aku rasa s4kit dah bengk4k susu. Dah lama sangat anak tak menyusu. Anak aku tak menangis pon mintak susu. Baru rasa pedih mata sebab menangis tak berhenti.

Baru rasa s4kit tangan sebab bergeIut dengan husband sebab dia nak halang aku buat benda b0doh. Aku susukan anak aku. Dia tertidur. Aku keluar bilik. Rasa lemah nak berjalan. Aku tersandar dekat dinding, husband aku datang peIuk aku, minta maaf dengan aku.

Padahal apa yang jadi bukan salah dia. Aku yang terlalu tertekan. Keadaan kembali tenang. Aku terus ke dapur. Masak untuk anak, untuk suami. Betul lah. Anak tu penyejuk mata. Bagi ketenangan. Bagi kekuatan. Sedikit pesanan. Depr3ssion is real.

Ambil tahu kesihatan mentaI para isteri. Ambil berat. Semoga para isteri yang macam aku terus kuat. Kadang – kadang kita kalah dengan em0si. Tak apa. Kadang – kadang kita perlu lepaskan apa yang terbeban dalam hati. Cari balik semangat.

Bangun. Mula kan semula. Untuk yang ada depr3ssion and anx1ety. Aku paham apa kau rasa. Kita sama – sama cuba buang peny4kit ni sama – sama. Jangan mudah mengalah. Nanti kalau aku ada masa aku tulis lagi macam mana aku boleh ada depr3ssion dengan anx1ety.

Dua benda ni tak kan wujud dalam masa sehari dua. Dan dua benda ni wujud pon bersebab. Maaf kalau pening sikit cara aku menulis. Aku tak pandai sangat. Nak tolong lukis pon aku tak reti melukis. – Ann (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

AzilawatiAzie Aziz : Saya rasa tt memang ada depr3ssion sebab bila depr3ssed memang ada simptom akan kurung diri dalam bilik dan tak nak jumpa orang. TT patut cari pertolongan dari segi perubatan atau mungkin boleh jumpa ustaz untuk ruqyah.

Kadang – kadang tu depr3ssion berkait dengan gangguan yang kita tak nampak dengan mata kasar. Yang komen kata tt bersikap kasar dan guna alasan depr3ssion untuk justify perbuatan dia, I think maybe you never experienced how depr3ssion or anx1iety feel.

Be carefull of what we wrote, sometimes we thought our opinion is right, we use h4rsh words. It doesn’t help others who cannot control their emotion, it w0rsen their condition

Nuraini Ismail : Pergi jumpa doktor kak. Jangan cerita kat sini, orang tak faham kak. Habis – habis orang akan kata sabar, jangan ikut perasaan. Sebab memang setakat tu je aku dengan diorang ni boleh tolong. Ko kena tolong diri ko kak.

Masa ko waras ko bagitahu husband siap – siap apa yang dia perlu buat bila perasaan giIa macam ni datang. Kalau ko perlu tidur, ko tidur. Kalau ko  laki ko peIuk, ko suruh dia peluk. KOMUNIKASI KAK! aku cakap sebab aku pun pernah ada dalam situasi ko kak.

Aku percaya tak keluar rumah tu bukan punca ko menggiIa, tapi terkurung tu menambahkan lagi depr3ss. Aku percaya masa ko r4mpas anak semua tu masa tu ko tak waras dan ko tak berniat pun. Jumpa doktor dan makan ubat.

Norlaila Mohd Din : Tulis kat kertas, saya nak kena pujuk bila saya merajuk, saya kena peIuk bila saya meng4muk, saya kena civm bila saya menangis, saya nak sembang sembang bila saya banyak diam. Bagi kat suami, tak reti tulis, copypaste ayat saya ni.

Sambung sikit lagi, saya janji takkan ced3rakan diri, takkan s4kitkan anak, takkan marah – marah suami, takkan haIau suami tidur kat luar , takkan minta cerai, bantu saya untuk tidak buat semua tu dengan buat semua yang saya sebut tadi, saya minta maaf, saya berd0sa kepada suami, doakan saya boleh buang per4ngai yang buruk ini. Saya sayang suami kerana Allah.

Zainatul Zahara : Aku tak tau pun yang aku ada depr3ssion sampai la ada satu ins1den luar kawalan jadi masa aku mengandung anak second. Nurse dan dari kat kk suruh buat ujian dass dan results aku sangat teruk. Rupanya aku dah depr3ss dari mengandungkn anak sulung lagi.

Aku sendiri tak sedar dan aku rasa aku normal je. Aku anggap perubahan tu semua sebab aku str3ss je. So terp4ksa la pergi terapi dan belum boleh on ubat sebab masa tu tengah mengandung. Terapi tu pun banyak dah membantu.

Pergi la buat rawatan dulu. Tegok tahap mana s4kit tu. Dan satu lagi, stop lean em0si ke apa – apa perkara je la pada manusia. Tak payah harap apa – apa pada manusia sebab kita yang akan s4kit nanti. Apa – apa berg4ntung pada Allah je, mesti rasa tenang je tiap masa. Sebab aku dulu antara orang yang lupa dirinya ada tuhan. Slow – slow ubah.. insyaallah akan kuat

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?