Setiap kali budak2 main dekat padang mesti duit diorg jatuh. Aku kutip syiling beli makanan

Lepas ayah dan mak aku bercerai, mak tinggalkan aku rumah bapak sed4ra. Aku ingat lagi abang aku ada datang lawat aku bagi RM10, tapi esoknya mak sed4ra suruh aku beli bawang dan barang – barang dapur tapi suruh guna duit abang aku bagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt kepada semua warganet. Semoga kita berada di bawah Iindungannya semua, di musim pandemic yang entah bila akan berakhir. Semoga sihat – sihat semua aku doakan ye. Sebenarnya dah lama aku nak menulis tentang perjalanan hidup aku.

Tapi takde idea nak susun cerita macam mana. Jadi, harap – harap korang boleh la faham apa yang cuba aku ceritakan tentang perjalanan hidup aku. Bukan niat nak meraih simpati atau nak buat cerita sedih, tapi ini berdasarkan realiti cerita hidup yang aku tempuhi waktu aku kecil – kecil dulu.

Aku perkenalkan diri aku sebagai ‘Encik D’, apa yang aku nak ceritakan perjalanan tentang hidup aku adalah sewaktu aku zaman kecil dan kehidupan aku sehingga hari ini. Baiklah aku teruskan dengan latar belakang aku dulu ye. Aku anak bongsu dari 10 orang adik beradik.

Ayah aku kahwin dua kali, pastu cerai dengan bini dia yang pertama, dapat 6 orang anak. Kemudian dia kahwin dengan mak aku, dapat 4 orang anak, 3 orang kakak aku dan bongsu aku sorang laki. Campur semua 10 orang lah adik beradik aku.

Masa aku umur 7 tahun, mak ayah aku dah cerai. Mak aku bawak aku sorang saja untuk dia jaga, 3 orang kakak aku pulak tinggal dengan arw4h ayah aku. Bermulalah hidup aku ibarat anak tunggal. Sebenarnya mak dan ayah aku dah cerai banyak kali, tapi mungkin yang last cerai masa aku umur 7 tahun tu sebab dah taIak ke 3 kot.

Sebab tu diorang tak boleh nak rujuk lagi. Masa lepas cerai, mak aku bawak aku tinggal dengan adik dia, yakni bapak sed4ra aku di daerah yang berlainan. Mak aku kena kerja sebab nak sara aku. Sebelum ni dia kerja sekali dengan arw4h ayah aku.

Ayah aku ni seorang peniaga. Jadi bila dia dah cerai, mak aku terp4ksalah cari kerja demi menyara aku. Masa aku tinggal dengan bapak sed4ra aku, anak – anak bapak sed4ra aku ada 8 orang, yakni sepupu aku. 6 perempuan dan 2 lelaki.

Masa tu dua orang anak dia belum lahir. Aku tinggal kat sana masa umur 8 tahun, darjah dua. Aku tinggal kat sana pun tak lama. Dari darjah 2 sampai darjah 3 saja. Tapi macam tinggal kat ner4ka la pulak. Masa aku tinggal kat sana, dari darjah 2 sampai darjah 3 aku pergi sekolah tak pernah pakai stokin, sebab selalu kena rembat dengan sepupu aku.

Pencil box tak boleh bawak balik rumah, nanti tinggal kotak pencil saja, isi habis kena rembat jugak. Adehhh.. Pernah abang aku melawat aku kat sana sebab rindu aku. Dia bagi duit RM10 kat aku. Esoknye mak sed4ra aku suruh beli bawang dan barang – barang masak kot, tak ingat dah aku apa.

Tapi duitnya pakai yang abang aku bagi. So kempunan lah aku. Duit raya aku masih ingat lagi dapat RM25, aku simpan dalam almari baju, tapi masa tu sepupu aku nampak yang aku simpan dalam almari baju, esoknya bila aku nak ambik balik, dah takde dah.

Harrey betul. Bila tanya dia mengaku ambik, kemudian bagi kat mak dia. Aku tak berani tanya dekat mak dia. Sudahnya kempunan lagi la aku. Dulu setiap hari khamis, ada pasar malam. Aku teringin nak ada kereta mainan Tamiya. Korang google la sendiri macam mana bentuknya.

Sebab mainan tu lejen untuk budak – budak zaman 90an. Aku simpan la duit bekal sekolah. Masa tu tak silap aku harga kete tu paling murah RM5. Punya la susah nak simpan duit RM5, bukan seminggu ambik masa. tapi tak tahu lama mana aku simpan.

Bila duit dah cukup, sepupu aku yang sulong nak pinjam RM3 nanti bila malam pasar malam tu dia cakap akan bayar balik time aku nak beli. Bila sampai waktunya pasar malam, aku mintak la balik hutang aku dengan dia, last – last dia kata tak de duit nak bayar, apa lagi, aku menangis jela kat pasar malam tu kat dia.

Masa tu dia pergi pasar malam skali dengan aku. Bila aku menangis tak henti – henti dia marah aku, last – last adik dia, adik lelaki no 2 sepak aku kat pasar malam, terus rebah tak bermaya macam orang pengsan gitu. Kakak dia yang sulung panik terus dukung aku bawak balik rumah.

Kereta mainan idaman tak dapat, penyepak pulak yang aku dapat. Tadi aku ada cakap kan yang aku tak boleh bawak balik pencil box kat umah takut hilang semua alat tulis, ntah macam mana seingat – ingat aku, aku terbawak balik kot satu hari tu.

Esoknya nak pergi sekolah memang tak de la alat tulis aku. Jadi dalam kelas nanti macam mana aku nak menulis? Tiba – tiba ada ubat pencil picit yang kecik 2B dalam laci meja aku. Jadi, aku pakai benda alah 2 la buat menulis hari tu.

Tiba – tiba member baik aku nampak, dia bagi pinjam pensil dia, baru aku sedar, masih ada lagi orang kesiankan aku. Sedih siot time ni. Satu ketika tu, masa hari hujung minggu, seingat aku la, baru lepas bangun tidur ke, atau aku kena k3jutkan dari tidur, aku lupa part tu.

Mak sed4ra aku suruh tolak sampah pakai kereta sorong untuk buang sampah belakang rumah ke tong sampah besar majlis daerah. Jarak lebih kurang 200 Meter kot dari rumah. 5 trip kot aku kena buang sampah. Bila dah settle tolak sampah, aku balik rumah, tengok semua sepupu aku tengah khusyuk tengok tv dan makan nasi.

Belum kira part malam – malam aku kena keluar beli barang rumah. Aku yang banyak jadi m4ngsanya. Masa darjah 3, aku kena peny4kit kud1s buta dekat belakang Iipatan lutut, lepas tu melarat ke betis hingga ke lutut. Takde sapa pun peduli nasib aku masa tu.

Mak aku sendiri pun tak ambik tau sebab sibuk dengan hidup kerja dia. Mak sed4ra aku sampaikan pernah cakap betis aku yang berkud1s ni macam tiang jamban. Bila keadaan kud1s aku dah m4kin teruk, aku lupa sapa yang belikan aku ubat sapu.

Mungkin mak sed4ra aku sendiri atau bapak sed4ra aku yang tolong belikan. Masa sapu ubat tu, tak de sapa yang sudi nak tolong aku sapukan, sebab jijik kot, kena berdikari sendiri la sapu. Ada satu detik tu, kakak aku pernah pergi sana dan tido sana, malam tu dia tengok aku tengah sapu ubat kat betis aku, dia pun mintak ubat dari tangan aku dan tolong sapukan untuk aku.

Aku pada masa tu walaupun aku masih kecik, aku macam kaku, tak percaya, teruja, sedih, yang masih ada lagi orang yang sanggup sapu ubat kat kud1s aku. Masa tu aku rasa macam ada orang sayang dan pedulikan aku. Kenapa perasaan aku tiba – tiba lain pada masa tu, hatta aku masih kecil dan tak mengerti semua ni.

Mungkin sebab aku dah lama tak rasa kasih sayang kot. Mungkin. Sekolah aku sebeIah saja dengan rumah mak sed4ra aku, kadang – kadang mak sed4ra aku tak de duit kecik nak bagi duit sekolah time pagi tu. Dia pesan time rehat nanti panggil dia kat tepi pagar.

Pernah ada ketika, aku panggil dia tak keluar – keluar. Jadi, tak makan la aku time rehat hari hari tu. Bila waktu sekolah kena sambung untuk sesi fardu ain, sampai petang la aku tak makan. Kadang – kadang member bagi kat aku roti yang mak diorang bekalkan.

Dapatlah juga aku rasa makanan hari tu. Nasiblah. Tapi nasib baik aku pulak, waktu sesi petang nak sambung kelas fardu ain, ada waktu rehat. Ramai saja budak – budak pergi main dekat padang sekolah. Diorang kadang main lari – lari la, kejar – kejar la, lepas jatuh apa semua, yang aku perasan ada duit syiling jatuh kat padang sekolah.

Aku apa lagi, kutiplah duit – duit syiling yang aku anggap rezeki. Jahat betul aku masa tu sebab ambik hak orang. Terdesak beb, pastu budak lagi pada masa tu. Bila aku dah tahu yang budak – budak main kat padang tu selalu duit diorang jatuh, aku tiap – tiap hari kutip duit yang jatuh, sampai boleh simpan dalam beg sekolah aku.

Beg sekolah aku ada poket kecik kat tepi. Kat situ la aku simpan duit syiling yang aku kutip. Sampai satu hari, kant0i dengan sepupu aku yang ada duit syiling banyak kat dalam beg sekolah aku. Lepas tu diorang report kat bapak sed4ra aku yang aku ni mencuri duit.

Bila bapak sed4ra aku tanya aku dan soal selidik sebab aku dah kena tuduh mencuri masa tu, aku apa lagi, jawab sambil menangis la dengan bapak sed4ra aku takut kena pukuI. Pasal part mak aku pulak, bila dia dah tinggalkan aku kat sana, mak aku jarang melawat aku.

Kadang – kadang dua hingga tiga minggu sekali baru datang jenguk aku. Pernah paling lama dia tak datang melawat aku, rasanya sebulan lebih kot baru dia muncul. Mak aku tau saja semua ni, tapi dia tak de pilihan nak tinggalkan aku kat mana ketika tu.

Dia sedih sebenarnya aku diperlakukan begitu, tapi apakan daya, dia tak boleh buat apa. Kenapa mak aku tak bawak aku sekali duduk dengan dia? Sebab mak aku warganegara Thailand, jadi nak uruskan pasal perpindahan sekolah aku tak boleh nak dibuat sebab status dia.

Bila mak aku balik dan tinggal beberapa hari sekali dengan aku, aku dapat rasa macam diIindungi, rasa takut tu kurang dan yang paling penting aku boleh tidur dengan mak aku untuk lepaskan rindu. Bila mak aku nak tinggalkan aku untuk pergi kerja, masa tu la drama air mata aku terjadi, walaupun dia dah bagitau aku siap – siap hari apa yang dia nak pergi.

Bila dia nak pergi kerja naik van / teksi yang datang ambik kat rumah mak sed4ra aku, pernah aku menangis nak ikut dia sampai lompat naik van / teksi tu sebab tak sanggup kena tinggal. Apa yang aku fikir pada masa tu, tak de dah orang yang boleh Iindungi aku.

Dia tak tau apa yang aku tanggung pada masa tu. 2 saja yang ada dalam kepala otak aku. Tapi dia tak tau. Masa aku taip ni bila nak imbas balik untuk cerita dalam ni pun aku nak menitis air mata. Mungkin terkesan sangat kot untuk aku sebab childhood time aku jadi gini.

Lepas mak aku dah blah naik van / teksi tu, aku pergi bawah rumah sorang – sorang menangis semahunya sampai bengk4k mata. Sepupu aku? Apa lagi diorang datang mengejek je la atas kesedihan aku. Diorang dah boleh start naik toncang untuk buIi aku balik.

Adegan buIi akan bersambung balik la jawabnye. Aduh. Oh ye, satu lagi pasal kereta mainan Tamiya tu kan, lepas pada kejadian tu, aku sebenarnya masih lagi berusaha untuk simpan duit balik untuk beli kereta mainan idaman. Seingat – ingat aku, aku simpan duit bawah baju dalam bakul baju.

Sepupu aku tak tahu kot yang aku simpan duit bawah tu. Aku ingat lagi jumlah duit aku simpan ada RM6. So boleh la aku beli kereta mainan idaman aku yang tak terbeli dulu akibat sepupu aku tak bayar hutang. Aku ingat – ingat lupa saja kisah ni macam mana sebenarnya, tapi yang aku ingat la, bila duit aku dah cukup untuk beli kereta mainan Tamiya.

Hari tu hari khamis yang merupakan hari pasar malam, tengah hari aku seluk la duit aku bawah baju RM6, tapi tinggal RM2 ke RM3, atau tak de langsung. Tah lah dah lupa aku. Aku pun frust la sebab benda ni berulang lagi la pulak dah.

Kempunan lagi aku rupanya pasal kereta mainan tu. So aku ambik balance duit aku yang ada, aku pun fikir tak boleh jadi ni, daripada aku simpan asyik kena remb4t baik aku pakai sume terus, at least yang guna duit tu aku sendiri.

So petang tu aku pun berjalan pergi kedai runcit, beli jajan dengan biskut tiger. Aku makan kat pondok sorang – sorang sambil aku fikir, kenapala nasib aku macam ni, then macam mana ye aku nak dapatkan kereta mainan Tamiya tu.

Aku budak kot time tu. Tapi dah terfikir nasib. Malas dah aku nak menaip. Aku takut orang baca cerita aku ni menyampah atau boring. Tapi sebenarnya tujuan aku menulis kat sini bukan nak meraih simpati ye. Cuma aku nak bagitau yang nasib kanak – kanak yang jadi m4ngsa perceraian ibu bapa macam aku ni maIang.

Jadi m4ngsa keadaan akibat orang tua aku nak settlekan masalah diorang dengan cara bercerai, tapi tak pernah nak fikirkan apa nasib anak – anak diorang bila lepas dah bercerai. Kalau aku rajin lagi, nanti aku sambung untuk part seterusnya ye.

Tapi cerita ni bukan rekaan. Memang cerita perjalanan childhood aku yang suram. Takut orang kata ni cerita rekaan la pulak. Terima kasih sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni. Yang benar, – Encik D (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazliza Lyn : Walau pun saya tak kenal En D ni siapa tapi saya doa kan dengan seikhlas hati semoga setiap kesedihan yang Encik lalui dulu Allah akan gantikan dengan rezeki yang meIimpah ruah, halal dan berkat dan dikurniakan keluarga (isteri dan anak – anak) yang soleh dan solehah.

Di permudahkan segala urusan di dunia dan akhir4t. Berat telinga mendengar berat lagi bahu yang memikul nya. Semoga asbab kisah kehidupan Encik yang dulu akan menjadi kan Encik ayah dan suami yang penyayang dan bertanggungjawab untuk keluarga Encik sekarang.. Aaamiin

Faranisyah Hakim : Bila pasangan bercerai, make sure kebajikan anak – anak diutamakan. Kawan baik Acik dulu walaupun tunggang langgang laki bini bercakor, time bercerai, eh, boleh pulak tolerate jd kawan baik. Sebab nak minimisekan kesan perceraian kat anak – anak.

Masing – masing walaupun dah ada keluarga lain, tapi untuk setiap event anak – anak, they both boleh join sama – sama mcm takde g4duh apa pulak. Itu baru matang. Ini tak, banyaknya yang jadi, pasangan bercerai ni jadi takde otak tak fikir pasal anak.

Berebut anak lah,tinggalkan anak terus lah. Kadang – kadang tu marah kat ex wife, nafkah anak pun taknak bayar. Yang ex wife pulak, marah kat ex husband, tak kasi ziarah anak. Last – last yang tanggung siksa.. si anak. Confession ni patutnya buka mata kita, apa yg jadi pada anak – anak m4ngsa perceraian. Ambik iktibar

I-nieyl Hawani : Sedih dan em0si betul baca confession ni. Salah satu sebab saya selalu doakan semua kenalan saya kekal bahagia dalam perkahwinan walau saya sendiri belum berkahwin. Sebab taknak anak – anak mereka lalui sama macam confessor ni.

Buat confessor, ingatlah setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Dalam alquran surah al sharh dua kali ayat tu diulang. InshaAllah akan hadir pelangi dalam hidup confessor lepas ni.

Yang Tercinta : Aku dalam LRT.. Aku menangis bai.. Semua orang tengok. Tapi takpa mmg da biasa nangis dalam public transport. Antara effect mentaI sc4rs.. Haha.. Encik D.. Aku tak tahu siapa kau, berapa umur kau apa semua..

Tapi kalau kau baca komen aku ni, aku minta sangat – sangat kau pm la aku. Aku betul – betul nak berkawan dengan kau.. Aku janji akan jadi kawan yang baik.. Sebab.. Kisah hidup kita tak berbeza.. Orang lain takkan faham apa dan kenapa.. Lagi pada em0si dan kesihatan mentaI.. Bagaimana p4rut zaman kanak – kanak mer4gut kebahagiaan, meninggaIkan kesan tr4uma. Yang sama nasib je akan sangat memahami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?