Aku tak sempat nak baIas dend4m, si jah4nam tu dah m4ti kena C0vid

Lepas kilang dan bapa aku muflis, setiap hari ibu bapa aku g4duh. Aku jadi tempat ibu lepaskan marah dan aku kena jaga adik – adik. Sebabkan aku terIampau busy jaga adik, aku tak rapat dengan budak – budak lain. Aku kena pulau. Sehinggalah masa nak PMR, maIapetaka datang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Sihat? Macam mana nak mula cerita ya? Aku Kak Long, anak sulung dari beberapa adik beradik (lebih satu tapak tangan jugak lah) dengan yang last masih sekolah rendah.

Aku anak kampung. Mak ayah muda juga. Ceritanya tentang hati aku yang sukar untuk redha dengan takdirNya. Allahu… Maafkan h4mba Mu. Ibu bapa aku dulu kerja kais pagi makan pagi. Nak lahirkan aku adik beradik kira duit syiling saja.

Masa aku baru lahir tak teruk lagi sebab bapa ada duit sikit dia ada share kilang dia kerja tapi aku tak sure sangat. Lepas 2 – 3 tahun IMF melanda, kilang muflis sekali bapa aku pun muflis. Semua harta benda gadai. Mulai dari hari tu detik perit hidup kami bermula.

Sejak aku 5 tahun aku dah boleh ingat perkara yang berlaku, dan aku dah ada adik 2 – 3 orang. Hari – hari ibu bapa g4duh. Bapa macam depr3ssed tak kerja setahun, ibu kerja kebun sayur pagi, kedai makan malam. Hari – hari dengar ibu nangis, bapa diam tunduk saja.

Aku buat kerja sekolah, tolong ibu, jaga adik dan jadi tempat lempias kemarahan ibu. “Kenapa tak buat susu adik? Kenapa tak cuci pingan? Kenapa itu? Kenapa ini?” Lepas setahun, ibu p4ksa bapa follow tukang kayu, bapa slow – slow follow tapi dia buat sebab nak cari duit makan.

Tak ada ikhtiar lebih. Untuk tampung susu adik, makanan, bil elektrik, ibu kerja siang malam. Balik g4duh lagi, nangis lagi. Aku dah mula sekolah tadika, jiran hantar. Balik jaga adik pegi sekolah agama. Jaga adik punya pasal aku makan pun tak sebelum pegi sekolah agama.

Duit pulak tak cukup nak beli makanan even masa tu laksa bungkus sedut straw 50 sen saja. Aku bawak 30 sen. Malam jaga adik lagi. Sebabkan aku terIampau busy jaga adik, aku tak rapat dengan budak – budak lain. Sekolah rendah aku kena pulau.

Mula – mula aku ada kawan tapi semua pulaukan aku sebab diaorang takut kena pulau. Jadi aku memang sorang – sorang masa sekolah rendah. Meja aku depan meja cikgu, sorang – sorang aku duduk, tak ada orang nak duduk sebeIah.

Aku kena fitnah curi barang orang, ibu pukuI aku depan rumah dan dia tak nak dengar penjelasan aku. Di sini aku mula tahu, tak ada siapa peduli aku. Tapi Allah sayang aku rasanya, dalam aku kena pulau, tiap kali periksa aku nombor satu.

Itu saja kekuatan aku. Upsr 6A tapi ibu bapa aku jenis takut, tak nak tanya orang pasal sekolah asrama, “takpe, kak long kan pandai, semua sekolah boleh belajar kan. Kak long duduk rumah boleh tolong jaga adik.” Budak – budak 6A lain semua masuk SBP tak pun MRSM.

Kat situ aku tahu, pandai mana pun aku, aku masih tercicir di belakang yang pulaukan aku. Mula – mula masuk sekolah menengah aku awkward sangat sebab semua baik dengan aku, sebab tak pernah rasa kawan tegur macam tu.

Jadi aku cuba buka hati aku, dalam pada cuba belajar dengan sebaik mungkin, jaga adik – adik, kemas rumah, masak, dengar luahan ibu, perg4duhan yang tak berhenti dan Alhamdulillah result aku ok. Tapi masa nak PMR, satu maIapetaka datang.

Aku kena r0goI dengan dua pupu aku. Dia.. selalu tumpang rumah on the way pergi asrama. Aku, pelik kenapa dia selalu depan pintu bilik air bila aku mandi. Aku mandi terus pakai baju, cuma musykil. Tak sangka malam ibu kerja, adik – adik tidur, bapa keluar mengopi.

Maru4h aku.. Aku merayu, tapi dia ambil gambar aku. Ugvt nak sebarkan. Hampir setahun sehingga menghampiri PMR. Aku takut nak begitahu ibu bapa. maru4h aku.. Siapa yang tahu fikiran aku. Lepas PMR, dia hilang macam tu saja, jadi aku cuba bangun.

Aku belajar macam orang giIa untuk SPM walaupun family aku miskin aku kumpul duit part time, duit biasiswa bayar tuisyen. Bangun 4 pagi belajar sampai 11 malam. Dalam pada tu, masalah keluarga m4kin buruk. Berg4duh tak berkesudahan.

Ibu selalu lari rumah. Aku kena hadap adik – adik. Aku pun ada tr4uma aku tapi tak ada orang mampu dengar. Hari – hari aku terbangun selang sejam sebab mimpi sejarah hitam. Aku pergi sekolah sambil menangis sebab pagi buta ibu bapa berg4duh.

Ada satu hari aku penat, aku h4ntuk kepala aku sekuat hati ke dinding sampai berd4rah baru ibu bapa senyap. Dan aku mula sedar aku kemurungan. Tapi Allah masih sayangkan aku, SPM aku cemerlang. Boleh mintak biasiswa pegi oversea.

Tapi sayang dapat ibu bapa tak faham, “Masuk matrik saja. Ada elaun. Ibu tak tau nak cari mana duit nak tampung oversea”. Dah masuk matrik aku rasa tenang sikit, aku tak perlu tanggung semua. Aku nak ambil bidang reka cipta bila degree.

Tapi ibu aku dengar kata orang, sains lagi bagus. “Ambil biologi kak long. Kalau yang lain tak payah”. Empat tahun degree, dengan tr4uma, aku dapat tau gambar aku ada di tumblr. Hati aku kosong. Aku dengan tenangnya email tumblr, email mcmc untuk remove gambar tu tapi aku tak bagitahu aku kena r0goI.

Hati yang m4kin kosong, tahun kedua aku cuba bunvh diri lagi di asrama. Menangis roommates. Cuma diorang tak faham aku. Degree aku h4ncur. Lepas degree, ibu bapa g4duh lagi sampai jiran – jiran datang. Masa ni aku dah tak mampu, aku ambil pis4u. Gelabah semua.

Dan aku dimasukkan ke hospitaI ps1kiatri. Tr4uma aku cuma aku, doktor ps1kiatri, si jah4nam dan Tuhan yang tahu. Setahun ulang alik hospitaI, makan ubat, kaunseling. Tapi aku masih tak mampu nak keluar dari tr4uma tu. Si jah4nam dah tak ada di muka bumi.

C0vid cabut nyawa dia dulu. Aku tak sempat nak baIas dend4m. Jadi aku tak mampu nak redha. Aku benci lelaki terutama yang pakai specs. Bila aku tutup mata aku teringat tr4uma. Aku tengok tv adegan r0goI badan aku terus shut down.

Aku jugak tak mampu redha sebab ibu bapa tak fikir masak – masak masa depan aku. Tak pernah nak tanya aku ok atau tak, yang penting aku ada di samping diorang untuk meluahkan perasaan “sebab aku adalah tiang kekuatan”.

Sekarang aku kerja frontdesk. Kerja frontdesk selalu senyum tapi hati aku kosong. Aku pun nak happy tapi aku tak redha. Aku selalu doa, solat untuk tanya Allah apa aku patut buat. Tapi tu lah, aku tak yakin. Aku rasa hidup aku tak berkat. Jadi.. Macam mana nak redha ya? Macam mana nak rasa bahagia?? – Kak Long (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ashyikin Ahmad Razi : Suatu hari nanti, segala kesusahan yang dialami hari ini akan dibaIas dengan nikmat yang sungguh tidak terhitung, jalani hidup dengan ini dengan tidak berputvs asa terhadap rahmat Allah. Allah sesungguhnya mengetahui setiap keluh kesah kita setiap dugaan yang meIanda.

Duhai hati seorang kak long, beratnya ujianmu. Semoga Allah mengangkat martabatmu. Semoga kamu beroleh bahagia. Sahabat warganet semua marilah kita semua hadiahkan selawat untuk kak long, mudah – mudahan dengan selawat itu mengubat sedikit hatinya.

Madamme Que : Hugs kak long, sayangi diri. Buat apa – apa yang awak suka. Toksah fikir dah pasal makpak. Urusan sekolah adik – adik, tu semua tanggungjawab makpak. Bukan tanggungjawab kakak nak pelihara adik – adik, bukannya awak yang beranak.

Takyah fikir. Adik, awak keluar dari rumah tu. Awak perlu selamatkan jiwa awak. Please. Tentang jantan tak guna tu, jangan lupa yang Allah tu Maha Adil. Allah akan baIas. Tak tenang dia dalam kubvr. Jangan siksa diri awak dik. Dapatkan rawatan, dekatkan diri dengan Allah dan bahagiakan diri dik.

Siti Hajar Binti Sidek : Kak long.. Sedih hati makcik baca luahan kak long. Kak long dalam hidup kita, kita kena cari bahagia untuk diri sendiri. Kak long belajar sayangi diri, hargai diri, banyakkan ngaji dan carilah pakar untuk bercerita macam befrienders.

Jangan botolkan rasa tr4uma. Lepaskan ia pergi dan berdamailah dengan masa lalu. Pandang depan dan cuba cari kekuatan diri. Yang hitam biarlah berlalu sebab kita hidup untuk hari ini dan masa depan. Ya makcik faham yang kelam tu memeritkan tapi jika ia meny4kitkan lepaskan sahaja. Dah dapat baIasan pun si pelaku. Salam sayang dari makcik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?