
Mak mertua call balik cakap dengan aku. Mak mertua suruh aku balik kampung bulan depan. Dia nak meminang isteri baru untuk aku. Mak mertua marah sebab anak dia tak jaga ‘suami’. Balik tu, isteri aku menangis, cium kaki aku…
#Foto sekadar hiasan, Kadang – kadang bila aku tengok keluarga orang lain, aku rasa happy je. Tapi bila aku tengok keluarga aku sendiri, entah la sampai bila boleh bertahan. Aku dengan isteri sama – sama bekerja. Aku kerja, dia pun kerja. Anak – anak cuma ada masa dengan kami waktu malam je.
Aku setiap hari keluar rumah pukuI 7.30 pagi pergi kerja dan balik dalam pukuI 5 petang. Isteri aku pula keluar kerja pukuI 9 pagi, balik pula pukuI 10 malam. Jadi masa dengan anak – anak memang sekejap, apatah lagi masa dengan pasangan. Cuti kami pun tak sama. Kalau aku cuti hari Ahad, dia pula cuti hari Isnin.
Jadi memang banyak masa bersama itu tak ada. Aku memang kerja sendiri, ada pekerja bawah aku. Kadang – kadang bila time dia cuti, aku just pergi tengok pekerja buat kerja pagi – pagi, lepas tu aku balik rumah. Ingat nak habiskan masa dengan dia, makan sama – sama dekat rumah.
Tapi entah la, kadang – kadang jadi lain pula. Aku dah buntu nak makan apa sebab asyik makan luar je setiap hari. Gas dekat rumah tu dah 9 bulan lebih tak berusik. Itu yang selalu jadi punca g4duh. Kami dua – dua penat, balik je mula la berg4duh.
Tapi walau macam mana penat sekalipun, tanggungjawab aku sebagai seorang ayah tetap ada. Aku mandikan anak – anak, bagi mereka makan walaupun beli dekat kedai je. Aku cuba jugalah luangkan masa dengan mereka. Semalam aku cakap dekat isteri aku yang aku teringin sangat nak makan gulai lemak.
Dia boleh jawab, “pergi la kedai beli”. Terasa giIa aku masa tu. Aku cakap macam tu sebab nak dia masak sendiri. Aku terus keluar, bawa anak – anak pergi mall jalan – jalan, makan dekat situ je, lepas tu balik. Masa kami keluar tu, mak mentua aku call, anak aku yang angkat panggiIan tu.
Dia tanya anak aku, “mana mama kamu?” Anak aku dengan selamba jawab, “mama marah papa, tadi mama pukuI papa.” Aku pun terdiam. Mak mentua aku terus letak telefon aku, dia terus call anak dia. Aku pun tak tahu apa dia cakap dekat isteri aku.
Lepas tu dia call balik cakap dengan aku, bulan depan balik kampung, ibu nak masuk minang isteri baru untuk kamu. “Biar padan muka dia. Ada suami tak jaga.” Aku terus tergamam. Biar betul mak mentua aku ni nak carikan madu untuk isteri aku.
Tak lama lepas tu, isteri aku call tanya aku dekat mana. Dia suruh aku balik cepat. Aku balik tengok dia dah duduk dekat luar rumah dengan muka lepas menangis. Dia terus cium kaki aku minta maaf. Aku pun pelik. Aku tanya, “kenapa ni? Sawan ke?”
Dia kata dia tahu dia salah, dia bukan isteri yang baik. Aku pun gelak – gelak je, terus pujuk dia. Aku cakap, “mama, papa tak pernah salahkan mama dalam hal ni. Papa tahu papa sendiri yang gagal jadi suami yang baik untuk didik mama jadi seorang isteri.”
Masa tu dia terus cakap sendiri, bulan ni akan jadi bulan terakhir dia kerja. Lepas ni dia nak duduk rumah jaga anak – anak dengan aku. Aku senyum panjang. Memang dah lama aku nak dia berhenti. Bukan sebab aku tak mampu nak jaga keluarga, tapi aku nak dia lebihkan masa dengan anak – anak. Aku ajak dia kerja dengan aku jadi kerani, tapi dia tak nak.
Dia tahu kalau minggu – minggu duit masuk, memang semua duit itu aku serahkan dekat dia. Kadang – kadang pening juga aku. Aku tak tahu apa yang mak mentua aku cakap dengan dia sampai dia boleh berubah macam tu. Mak mentua aku memang baik sangat.
Dia layan aku macam anak sendiri. Macam bulan lepas, aku ada cakap aku teringin nak makan masakan Thailand. Terus dia dari sana datang ke Perak semata – mata nak masakkan. Memang patut la anak dia garang, sebab mak dia orang Thailand. Hahaha. Tapi dah jodoh aku dengan dia, aku terima je la.
Alhamdulillah sekarang aku nampak perubahan pada isteri aku. Pagi – pagi dah siap buat sarapan sebelum aku pergi kerja. Siap tanya aku balik nanti nak mandi pakai baju apa, dia dah siapkan siap – siap atas katil. Aku rasa syukur sangat. Penat pun hilang bila dapat layanan macam tu. Aku rasa seronok, rasa dihargai.
Kadang – kadang aku terfikir, sebagai suami kita pun banyak buat silap. Silap sebab tak didik keluarga kita dengan betul. Aku tahu aku salah sebab dari dulu asyik sibuk cari duit sampai tak pernah ajar dia betul – betul jadi seorang isteri. Duit memang boleh bagi keselesaan, tapi duit tak boleh beli kasih sayang. Itu yang aku sedar.
Anak – anak aku pun pernah cakap dekat orang yang jaga mereka, mama selalu berg4duh dengan papa. Mama tak masak. Sampai orang yang jaga anak aku tu siap bekalkan makanan untuk anak – anak bawa balik rumah. Rupanya anak aku sendiri yang bagitahu mama dia tak masak.
Bayangkan betapa dalam anak – anak ni sebenarnya nampak semua benda, cuma kita tak sedar. Sekarang aku cuba betulkan balik. Aku belajar untuk lebih sabar, lebih banyak bercakap elok – elok dengan isteri, walaupun kadang – kadang aku pun panas hati. Tapi aku yakin kalau sama-sama usaha, rumah tangga ni boleh jadi lebih baik. Aku cuma doa semoga Allah kuatkan hati aku untuk terus jadi suami dan ayah yang lebih baik.
Komen Netizen :
Wingsearch : Beza isteri bekerja dengan isteri suri rumah. Bagi aku kalau dapat suami yang rajin bekerja, yang suami tiada per4ngai pelik, baik biarlah suami sahaja yang cari nafkah. Biar isteri duduk rumah jaga dalam rumah sahaja. Lainlah kalau suami per4ngai macam h4ntu.
Norhidayah Jaffar : Eloklah tu. Pasal tindakan mak mertua tu aku sokong sangat. Aku pun kalau anak perempuan aku malas nak urus keluarga padahal suami dah bagi cukup segala, memang nak kena la jawabnya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.