
Aku cari ibubapa angkat untuk anak kembar dalam perut aku. Aku tak mampu nak jaga sebab mengandung luar nikah. Pasangan tu janji aku boleh jumpa anak aku setiap minggu. Bila dah dapat, aku tak dibenarkan jumpa anak langsung..
#Foto sekadar hiasan. Aku berusia 20 tahun. Baru sahaja lepas melahirkan seorang anak. Ya, seorang anak. Kadang – kadang bila aku duduk termenung, aku sendiri masih terk3jut dengan apa yang jadi dalam hidup aku. Semua ni berpunca daripada silap aku sendiri sebab terlalu percayakan lelaki tu. Tapi nak buat macam mana, aku masa tu terlampau sayangkan dia.
Cerita aku bermula macam ni. Beberapa tahun aku duduk di kampung, kerja sambilan untuk tampung diri sendiri. Satu hari kekasih hati aku ajak kerja dekat bandar, katanya senang nak cari rezeki dan boleh menyewa bersama. Pada mulanya aku agak berat hati.
Yelah, jauh dari kampung, lagi pula aku perempuan. Takkan aku nak duduk serumah dengan dia? Tapi dia pandai memujuk. Dia cakap nanti senang nak kumpul duit sama – sama. Lepas fikir banyak kali, aku pun ikutkan sahaja. Lepas selesai temuduga kerja, aku pindahkan barang – barang aku masuk rumah dia. Senang nak pergi kerja bersama.
Hampir tiga bulan aku hidup dengan dia, tiba – tiba satu hari aku mula rasa mual – mual dan munt4h tanpa henti. Aku risau, lalu aku mengadu pada dia. Dia bawa aku ke klinik untuk pemeriksaan. Sah, aku mengandung. Masa tu aku gelabah bukan main.
Aku tak tahu nak buat apa. Dalam kepala aku fikir, habis lah hidup aku. Dah sangkut. Dia bawa aku ke Chow Kit cari ubat untuk gugurkan kandungan. Tapi tak jadi. Perut m4kin lama m4kin besar. Akhirnya aku nekad berhenti kerja sebab badan aku pun dah tak larat.
Si dia masih ada dengan aku, jaga makan minum aku. Tapi hati aku tetap tak tenang. Aku cakap aku nak balik kampung, tapi dia tak bagi. Dia takut mak ayah aku perasan keadaan aku. Bulan berganti bulan. Aku jumpa Facebook penjual ubat gugur.
Aku order dengan harga RM500. Mahal, tapi aku sanggup. Nurse yang jual tu ajar cara – cara makan ubat tu dan beritahu kesan sampingannya. Aku nekad beli sebab aku memang tak nak anak ni. Bila ubat sampai, aku pun makan. Allahu, s4kit dia memang tak tergambar.
Kalau kau rasa senggugut tu dah s4kit, percayalah s4kit nak gugurkan kandungan tu berlipat kali ganda. Perut aku jadi besar, macam kena p4ksa untuk keluarkan bayi tu. Tapi aku tak mampu Iawan. Sampai dos terakhir pun aku munt4hkan balik.
Badan aku lesu, tak bermaya. Dan akhirnya proses tu gagal. Tahniah untuk aku, sebab gagal jadi seorang pengecut. Sejak tu aku mula benci dengan dia. Aku anggap dialah punca aku tanggung semua s4kit ni. Aku cuba jauhkan diri, menangis tiap malam, meratap nasib kenapa hidup aku jadi macam ni.
Aku nekad larikan diri daripada dia dan duduk dengan sepasang suami isteri yang memang teringin nak ada anak. Bermula dari kandungan aku masuk 6 bulan, aku menetap dengan pasangan tu. Boyfriend aku? Entah, hilang entah ke mana. Langsung tak mencari aku. Emosi aku memang terganggu, tapi aku cuba kuatkan diri demi kandungan aku.
Pasangan tu pada awalnya memang nampak baik. Setiap apa yang aku minta, mereka cuba tunaikan. Tapi syaratnya, anak yang aku lahirkan nanti jadi milik mereka. Tak ada sebarang bayaran pun. Aku setuju, asalkan mereka benarkan aku jumpa anak – anak aku setiap bulan. Masa tu aku fikir itu satu – satunya cara. Tapi itu janji sebelum aku bersalin.
Tiap malam aku usap perut aku, bercakap dengan bayi dalam kandungan. Aku mula sayangkan mereka. Bila tiba masa aku melahirkan, keluar dua bayi kembar yang sempurna dan sangat comel. Aku jatuh cinta berkali – kali. Ya, walaupun dalam keadaan aib, aku tetap rasa bangga sebab mampu melahirkan zuriat dari rahim aku sendiri.
Tapi lepas aku bersalin, aku perasan isteri tu mula tunjuk belang. Dia seakan tak sabar nak halau aku keluar. Dia pisahkan aku dengan anak -anak. Katanya, anak – anak tu dia nak susukan sendiri. Dia tak benarkan aku susukan anak – anak aku, katanya nanti bayi akan keliru dengan puting mak kandung.
Masa tu hati aku remuk. Aku tengah berpantang, badan lemah, emosi bercelaru. Aku tahan diri daripada menangis terlampau sebab aku takut mer0yan. Bila habis tempoh pantang, mereka bawa aku ke mahkamah buat angkat sumpah anak angkat.
Dalam surat perjanjian tu, aku langsung tak ada hak ke atas anak – anak aku. Hati aku berkecai sebab aku hilang hak sebagai mak kandung. Lebih meny4kitkan bila aku diberitahu aku tak boleh jumpa anak – anak aku langsung selama dua tahun pertama.
Aku tewas dengan air mata. Aku sayang mereka. Sembilan bulan aku tanggung d3rita, aku bawa mereka dalam rahim aku penuh aib dan h1naan. Walaupun aku salah, tapi aku tetap mak kandung. Kenapa mereka k3jam sangat nak pisahkan aku dengan d4rah daging aku sendiri?
Tapi nak buat macam mana. Hakik4tnya aku pend0sa. Aku yang salah dari awal. Aku tak salahkan siapa – siapa. Cuma aku nak pesan kepada semua, jangan sesekali mengandung anak luar nikah. Maruah kau akan hilang. Segalanya akan hilang.
Aku sekarang rasa nak lari dari semua ni, tapi aku tak mampu. Yang aku mampu, bersabar dan memohon ampun dari Allah. Pasal lelaki tu? Dia muncul balik. Dia minta maaf, katanya menyesal. Dia nak ambil aku jadi isteri. Korang rasa apa patut aku buat? — Noraniah
Komen netizen :
Nafis Luqman : Pendapat saya, awak kata awak dah nekad nak lari dari dia, mungkin masa tu dibuntu dan dia rasa awak perIukan masa.. Saya rasa sebaik – baik orang yang awak pilih, pilih lah orang yang dah tahu kisah silam awak. Susah nak cari orang terima kita seadanya.
Kira hebat dah laki tu datang balik, selalunya laki akan terus menghilang dan cari yang lain.. Kita taktahu dia macam mana, mungkin sepanjang kehilangan awak, dia setia menunggu. Apa – apa pun buat lah solat istikharah, dan fikir tentang masa depan awak.
Fikir setiap liku jalan yang kita nak hadapi.. Kalau kita buat keputusan mcm tu, macam mana effect akan datang.. Solat istikharah pun ye, tapi muhasabah diri, berfikiran jauh tu baik juga.. Ada hadith “fikir sejenak lebih baik dari solat sunat 100 rakaat” Insya’Allah awak berjaya dunia akhirat, berubah, berubah, dan berubah lah!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.