Bila anak lelaki tak ada duit, mak aku akan p4ksa anak perempuan bagi duit kat diorang

Aku ada 10 orang adik – beradik. 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Aku nampak mak ayah aku tak nak anak lelaki dorang susah. Mak aku call suruh masukkan duit untuk abang aku repair kereta dia. Aku cakap aku tak mampu bagi banyak, tapi mak aku dah letakkan berapa jumlah yang aku kena bagi. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku Temah. Aku ada 10 orang adik – beradik. 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Bunyi macam meriah kan? Tapi aku sunyi. 10 tu cuma angka. Baru – baru ni aku tengok Hello Counselor (Korea Talk Show). Kalau korang pernah tengok rancangan ni mesti korang kenal Yeongja. Hos yang kelakar, selalu jugak kena bahan dengan hos lain. Kena bahan pun dia gelak je. Ada satu episod yang mana aku terkesan. Apa – apa pun, jangan kecam aku dulu, aku bukan pemintat k-Pop. Kalau korang tengok Hello Counselor sebenarnya kandungan rancangan tu berat. Cuma dijadikan ceria supaya audience tak rasa tertekan tonton rancangan tu sebab kisah dia memang cerita pasal masalah manusia.

Berbalik kepada Yeongja tadi, ada satu episod dia luahkan perasaan dia tentang masalah ibubapa yang berkait dengan hidup dia sendiri. “The power to withstand this tough world, children who were loved the most have that p0wer.” Maksud dia lebih kurang macam ni, anak yang mendapat kasih sayang daripada keluarga, dia punya tahap kelangsungan hidup lebih tinggi berbanding anak yang kurang kasih sayang. Bila kau penat, kau dapat peIuk mak ayah pun bahagia. Bila kau str3ss, kau dengar mak gelak pun boleh hilang str3ss. Bila kau down, satu dunia bencikan kau tapi family kau masih ada.

Tapi aku macam Yeongja. “I’ve been feeling lost for 50 years because of it.” Walaupun umur Yeongja dah 50 tahun, dia masih rasa kurang kasih sayang sebab ibubapa dia susah untuk tunjukkan rasa sayang kat anak anak. Untuk aku sendiri, mula – mula aku cuba positif mungkin sebab bilangan adik – beradik yang ramai membuatkan ibubapa aku tak tersempat untuk zahirkan kasih sayang. Aku banyak berdikari. Dari sekolah rendah aku kurang susahkan mak ayah aku sebab aku dapat bantuan. Benda tu berlanjutan sampai zaman degree.

Bab duit untuk belajar, ibubapa aku tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk aku. Aku rasa benda tu bagus untuk ibu bapa aku dan aku sendiri sebab aku dah kurangkan bebanan dorang sebab dorang pun banyak lagi tanggungan lain. Aku mula rasa kesian kat kakak – kakak aku bila dorang m4kin besar. Bila kakak aku dapat posting cikgu kat Sarawak, ibu bapa aku bantah. Sebab nanti susahkan dorang katanya. Walhal, kakak aku banyak berdikari sendiri kat sana. Bila kakak aku dah mula dapat gaji, aku nampak ibubapa aku mula menyendeng kat kakak aku untuk buat pinjamanan peribadi dekat bank.

Aku sangat faham yang anak perlu baIas jasa ibu bapa. Tapi membaIas jasa melalui p4ksaan aku rasa agak keterlaluan. Dengan keadaan ekonomi yang gawat, kerja bukan senang nak dapat, gaji yang minimum. Bayangkan masa kakak – kakak aku nak kahwin, ibu bapa aku p4ksa dorang tambah rumah dalam yang sama. Kalau tak tambah rumah tak boleh kahwin. Duit kahwin kakak aku sendiri kena fikir. Duit nak tambah rumah lagi. Mak ayah aku tak akan keluarkan satu sen pun. Bila dapat duit salam orang ramai, duit tu satu sen pun tak bagi kakak aku.

Aku masa tu sampai terdetik dalam hati aku tak nak kahwin. Aku rasa kahwin tu susah. Sebab mak ayah aku suIitkan. Nak kahwin kena mintak hantaran tinggi, kena tambah rumah, kena beli almari baru. Tapi duit tu pandai lah si anak fikir sendiri cari. Dah nasib anak perempuan macam ni. Nak balik kampung, kalau orang lain, anak perempuan sampai kat bus stop tengah malam, family dah ada dekat bus stop tunggu. Tapi family aku lain. Walaupun aku dah bagitahu sejam awal, dah bagi hint nak sampai, abang atau ayah aku boleh rileks lagi baru nak keluar rumah bila aku dah sampai.

Tunggu lah aku anak perempuan tengah – tengah malam kat bus stop dekat sejam. Kalau teksi ada, pernah jugak ibu bapa aku suruh balik naik teksi je. Tapi kalau anak lelaki yang balik, mak aku akan p4ksa jugak sesiapa ambil awal kat bus stop untuk tunggu. Kesian katanya. Habis tu anak perempuan tunggu sejam masa tengah malam tak kesian ke? Tak bah4ya ke? Dulu masa praktikaI bila aku nak pindah masuk bilik sewa, ayah aku pernah hantar aku kat kawan dia. Ayah aku cakap susah nak masuk kawasan rumah sewa aku sebab jalan jammed. Masa tu dah hampir lewat malam.

Ayah aku tinggalkan aku kat kawasan mall mane ntah suruh kawan ayah aku amik sebab pak cik tu duduk area dekat – dekat dengan rumah sewa aku. Walaupun kawan ayah aku tu tinggal area rumah sewa aku, tapi dia tetap orang asing untuk aku sebab tu pertama kali aku jumpa dia. Selamat ke tinggalkan anak perempuan yang belum berkahwin naik kereta dengan kawan yang kenal entah berapa lama semata – mata sebab tak nak hadap jammed. Alhamdulillah mujur selamat setelah macam – macam ayat aku baca. Aku tak kata pak cik tu jahat, cuma aku rasa tanggungjawab untuk hantar aku dengan selamat terletak pada ayah aku, bukan tanggungjawab kawan ayah aku.

Bila abang aku tunang, aku nak tengok jugak kott lah mak ayah aku suruh dorang buat istana ke tambah bilik ke kalau nak kahwin. Tapi mak aku cakap kesian kat abang aku kerja duit nak makan pun tak cukup. Kesian abang aku nak kahwin takde duit. Kesian, kesian dan kesian. Sampai kereta abang aku mak aku yang bayarkan. Baru ni kereta abang aku rosak, mak aku call. Mak aku suruh aku masukkan duit untuk abang aku repair kereta dia. Aku cakap aku tak mampu bagi banyak, tapi mak aku dah letakkan berapa jumlah yang aku kena bagi.

Tapi bila dah bank in duit masing – masing menyepi. Sebelum tu mak aku dah suruh aku masukkan duit untuk 2 orang adik lelaki aku. Kesian dorang tak ade duit nak makan katanya. Bila aku bank in, macam biasa masing – masing menyepi. Tahu – tahu je dah upload gambar hisap rok0k, jalan – jalan dengan awek, dengan kawan. Sampai tahap top up pun adik lelaki aku merayu suruh aku masukkan. Bila dah dapat top up, senyap terus. Bluetick je mesej aku. Kelakar bukan?

Aku tahu dengan keluarga jangan berkira. Tapi tolong lah hargai walaupun sekecil – kecil pertolongan. Walaupun hanya dengan perkataan Terima kasih pun dah memadai. Aku nampak ibu bapa aku tak nak anak lelaki dorang susah. Abang aku nak cari bilik sewa, aku yang kena carikan. Sampai tahap resume abang aku pun aku kena buatkan. Anak – anak lelaki takde duit, kalau boleh anak perempuan kena bank in sekarang jugak. Anak perempuan kalau takde duit nak makan, pandai – pandai lah hidup sendiri.

Selasak mana pun anak perempuan, dia tetap perempuan yang lemah. Yang perlu diIindungi. Kalau tak, kenapa anak perempuan perlukan wali untuk nikah? Sebab wali yang dipertanggungjawab untuk jaga anak perempuan sebelum kahwin. Wali juga yang menyerahkan tanggungjawab kepada suami untuk meIindungi anak perempuan. Family should be a healer, not a kiIIer. Ada orang cakap kadang – kadang family zahirkan kasih sayang melalui perbuatan, bukan melalui percakapan.

Family aku tak zahirkan melalui perbuatan dan percakapan. Miskin harta tak bermakna kita perlu miskin kasih sayang kan? Kalau tambah rumah sampai 10 tingkat sekalipun, setinggi itu jugakah kasih sayang? Aku tak nak jadi macam Yeongja. Pada umur 50 tahun pun masih lagi rasa kehilangan. Tapi sekarang umur aku separuh dari dia pun aku masih lagi rasa sunyi. – Temah

Komen Warganet :

Shaz Iman Ramli : Harap Allah jumpakan lelaki yang baik untuk jaga awak dunia dan akhir4t. Sabar tu indah, biarlah dapat pahala banyak sebab tu anak saya boy 3, girl 1 orang, semua kena sapu sampah, siang ikan, cuci tandas. Sama je laki perempuan, yang baby je belum buat kerja. Kena sidai kain dan Iipat sendiri. Bukan nak jadikan sutun ya tapi nak diorang belajar lelaki bukan kerje goyang kaki je dalam umah ye. Sama je semua.

Nur Fahana : Maafkan saya tapi dah jadi seakan zaman arab jahiliah, lelaki diagungkan, perempuan dipinggirkan (anak perempuan ditanam hidup – hidup). Betulkan jika salah. Awak dah nampak senario – senario ni, lebih baik awak berbakti kepada ibubapa awak seadanya. Jangan bagi duit kat abang adik lelaki awak sebab lagi naik lemak jadinya. Saya percaya awak seorang yang berdikari. Sayangi ibubapa awak selagi mereka ada namun itu bukan syarat untuk awak ikut je apa dorang nak sekiranya ia memud4ratkan. Semoga awak sentiasa dirahm4ti. Tahniah kerana awak sebenarnya anak yang baik.

Siti Munirah Tharim : Dik kalau anak pompuan yang kena sara adik beradik lelaki tak payah nak bagi duit dekat diorang. Biarlah dik4ta anak tak kenang jasa. Sudah diri sendiri sampai nak berhutang buat apa. Hanya fikir untuk diri sendiri ja. Bahagiakan diri sendiri baru fikir nak bahagiakan orang lain. Tu namanya ibu ayah yang pentingkan diri. Nanti bila dah s4kit pun susahkan anak pompuan juga. Anak lelaki patutnya diajar untuk jadi tanggungjawab. Kalau anak lelaki pun tak boleh nak berdikari harap adik beradik pompuan yang bagi duit baik tak payah kawin. Menyusahkan anak perempuan org lain ja nanti silap hari bulan bini yang kena sara dia.

Khadijah Muhammad : 1) ibu bapa melahirkan tuan. 2) Tuan itu kebanyakan anak lelaki. 3) Perempuan dilahirkan untuk jadi hamba lelaki.
Cara : 1) Simpanlah duit untuk diri sendiri. 2) Peruntukkan duit hanya untuk  ibu bapa pada kadar yang telah ditetapkankan setiap bulan. Jika RM300, hanya RM300. tidak berubah sedikit pun. kalau nak beli apa – apa, beli je barang keperluan makanan sebab duit akan digunakan bukan pada tempatnya. 3) Senyap je la kalau orang minta tolong sebab adik beradik lelaki kamu bukan papa kedana pun. Pandailah diorang usaha cari duit sendiri.

Roziah Abu Samah : Ibubapa saya adalah yang terbaik buat saya (diri saya ye, bukan orang lain). Sangat menjaga kami anak perempuan walaupun kitorang dah kahwin dan beranak – pinak. Arw4h mak saya jenis yang sentiasa risau jadi kitorang kena selalu telefon dan bagitahu setiap apa yang berlaku. Abah pula lelaki yang terbaik. Bila saya pergi tution masa sekolah dulu (naik bas), pergi dihantar ke bus stop dan balik, Abah dah siap – siap tunggu. Begitu jugak masa belajar kat UiTM, bila balik kampung je walau tiba pukuI 3 atau 4 pagi, Abah dah siap menanti. Tentang anak lelaki, memang Abah dan Arw4h Emak beri sedikit kelebihan dan kebebasan dalam membuat pilihan hidup namun dengan pantauan dan nasihat dari mereka berdua. Alhamdulillah, kami semua okey walaupun biasalah hidup sentiasa ada cab4ran. Terima kasih Abah dan Arw4h Emak..