Bekas tunang suami tiba – tiba muncul dan suami buat keputvsan nak kahwin lagi satu

Perkahwinan kami bahagia sehinggalah bekas tunang suami muncul. Hari pertama suami terus terang yang dia tak pernah lupakan bekas tunang. Dia kahwin dengan aku hanya untuk move on. Aku tahu dia cantik, kalau nak bandingkan dengan aku ibarat tong sampah dengan bunga. Aku izinkan mereka kahwin tapi baru aku sedar..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Nama aku Lyn. Maaf kalau kisah aku panjang sangat. Sekadar meluahkan. Aku berusia menjangkau 30-an, baru bercerai sekitar bulan jun lepas, bekerja dalam bidang professional dan sekarang ni, aku rasa aku lah se-Ioser Ioser manusia. Aku kahwin sekitar umur aku 20 tahun++. Nama suami (now ex) aku Dani. Aku berjumpa Dani masa aku praktikal. Lepas praktikal aku diserap masuk company yang sama. Sampai sekarang, aku dan Dani masih bekerja dalam company sama, cuma beza tingkat dan department.

Dani tua dari aku 3 tahun. Hubungan kami was mutual. Dia suka aku, aku suka dia. Lepas beberapa bulan kenal, dia ajak aku kahwin. Masa masih berkenalan, ada dia mention yang dia pernah tunang dan putvs. Bekas tunang dia nama Ameera. Dani dan Ameera kenal dari kecik. Bercinta dari sekolah rendah, sekolah menengah bertunang, kemudian putvs tunang masa final year di university. Sebab, Ameera dikahwinkan dengan seorang ustaz. Masa ni, itu je yang aku tahu pasal Ameera. Sebabkan benda tu dah berlalu, Ameera pun dah kahwin, aku tak soal Dani lebih – lebih.

Jadi aku dan Dani pun kahwin. Dani memang lelaki yang baik. Jaga solat, baca quran hampir setiap hari, bagi nafkah setiap bulan, sama – sama buat kerja rumah dan memang bertanggungjawab lah kira. Masa aku masuk hospitaI sebab app3ndix, dia jaga aku siang dan malam. Rumahtangga kami pun happy, tak banyak masalah walaupun tak dikurniakan anak. Kami jarang g4duh, kalau g4duh pun sikit – sikit salah faham macam tu je. Sejujurnya, memang aku cintakan Dani sangat – sangat.

Dia jenis lelaki yang memang aku idamkan selama ni. Secara fizikal, dia memang seorang yang kacak. Sedangkan aku ni biasa – biasa je. Dia chinese look, kulit putih, tinggi, very athletic, rambut panjang yang diik4t rapi. Seri0usly rambut dia cantik. Cantik dari rambut aku yang wanita ni. Kisah aku bermula di sini. Lepas beberapa tahun berkahwin, Ameera muncul dalam hidup kami. Ameera kerja sama kawasan dengan ofis kami. Dani terserempak dengan Ameera masa keluar lunch. Kami memang lunch asing – asing sebab masing – masing ada geng sendiri di ofis.

Bila dia terserempak dengan Ameera, terus Dani tegur kemudian tukar nombor. Aku tahu, sebab Dani yang cerita sendiri pada aku lepas balik kerja hari yang sama. Aku dan Dani memang selalu berbual. Sebelum tido akan cerita apa yang berlaku sepanjang hari. Kalau difikirkan balik, hubungan aku dan Dani, sangat lah sihat. Tapi itulah, j0doh masih juga tak panjang. Untuk pengetahuan korang, dari hari tu Dani selalu text Ameera. Aku baca semua mesej diorang. Rupanya Ameera dah diceraikan. Sebab tu dia bekerja. Sebelum ni dia duduk rumah.

Suami tak izin bekerja. Lepas tu suami dia macam terjebak dengan satu movement ni, terus ceraikan Ameera bila Ameera tak mau join dia. Ameera dah ada 3 orang anak masa ni. Semua anak – anak dia ikut dia. Ameera sangat lah pandai dalam pelajaran. Sebab tu dia senang dapat kerja lepas bercerai. Tambah pulak dengan muka dia yang sweet sangat. Sump4h cantik. Nak banding dengan aku ibarat tong sampah dengan bunga la. Walaupun anak 3, masih maintain macam anak d4ra. Ameera jenis perempuan melayu terakhir tau. Lembut, asyik senyum je dan badan kecik – kecik. Tak hairanlah Dani sayangkan dia.

Lepas lebih kurang 6 bulan kot Dani jumpa Ameera, Dani buat keputvsan untuk memperisterikan Ameera. Dalam  6 bulan jugak, aku tahu semua pasal depa. Aku tahu sebab memang Dani bagitahu semuanya. Keluar lunch setiap hari. Bermesej setiap hari kecuali masa Dani di rumah. Aku sebagai seorang isteri, memang masa ni aku down sangat. Dalam pada Dani merendek dengan Ameera, aku dapat terima sebab Dani jujur sangat. Tak pernah dia tipu aku. Malah masa awal – awal dia jumpa Ameera, dia mengaku yang dia tak pernah lupakan Ameera.

Ayat dia, “Tiada sehari pun berlalu tanpa saya tidak memikirkan tentang Ameera”. Bila aku soal, kenapa dia kahwin dengan aku? Dia jawab, hanya sebab nak move on. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Bila aku tanya dia sayangkan aku tak, dia cakap memang dia sayang, sebab aku isteri dia. Tapi yang betul – betul dia cinta adalah Ameera. Masa ni macam – macam cara aku buat untuk Dani cintakan aku. Aku cantikkan diri aku sendiri, aku layan dia betul – betul, aku beli buku cara memik4t suami dan buat segala benda yang aku baca dan aku cari gaIi dari Internet.

Aku surpr1se kan dia dengan honeymoon, birthday dan macam – macam lagi. Aku ubah diri aku seubahnya. Aku cuba jadi diri sendiri dengan sedikit bayangan Ameera. Aku solat, aku doa sesungguhnya supaya Dani cintakan aku lebih dari Ameera. Tapi Dani macam tu jugak. Seolah – olah semuanya sia – sia usaha aku selama ni. Jujurnya, walaupun tengah hangat bercinta dengan Ameera, tak pernah kurang sedikit pun layanan Dani dekat aku. Masih bertanggung jawab macam selalu. Layan tengok movies setiap weekend, masih jalan berpegangan tangan dan memang macam normal lah.

Walaupun macam tu, aku tahu, jasad dia dengan aku. Hati, dengan Ameera. Dani masih baik di mata aku. Langsung tak s4kitkan hati aku. Sebab tu, lepas setahun kenal Ameera, lepas aku puas berusaha memik4t Dani, aku izinkan dia kahwin dengan Ameera. Masa dia nikah, aku ada di situ. Cuma masa sanding aku tak ada sebab majlis cuma buat sebeIah perempuan. Malas lah nak pergi. Jadi, bermula lah kehidupan aku bermadu. Turn kami seminggu sekali. Seminggu di rumah aku, seminggu di rumah Ameera.

Tinggal apartment berdekatan. Boleh jalan kaki lah kira. Sebelum Dani kahwin dengan Ameera, aku dah pesan, aku tak nak berkenalan dengan Ameera. Im okay with her, cuma aku tak mau rapat – rapat macam bini – bini ashraf muslim tu. Cukup la sekadar tengok dari jauh. Sebabnya, aku jadi down bila tengok kesempurnaan Ameera. Bagai langit dengan bumi nak dibandingkan dengan aku. Terlalu cemburu? Mungkin. Dani memang berlaku adil. Tapi, kadang – kadang aku tetap rasa tak best. Rasa member0ntak. Aku asyik cari pasal dengan Dani. Mungkin aku nak perhatian dia.

Dani layan aku macam biasa. Tapi hati ni masih lagi tak tenteram. Ntah la. Susah nak gambarkan benda ni. Apa yang mampu aku cakap, aku rasa macam meIukut di tepi gantang. Memang Dani ada dengan aku, baik dengan aku, tapi aku tak rasa macam Dani tu aku punya. Seolah – olah, aku ni orang ketiga dalam hubungan Dani dan Ameera. Aku tak rasa aku dan Dani dalam hubungan lagi. Rasa macam terg4ntung. Rasa macam penuh, tapi kosong. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni?

Sebab inilah aku pilih untuk undur diri. Dani mintak aku fikir sedalam – dalamnya. Aku tak mampu nak bendung perasaan aku sendiri. Aku pilih untuk k0rbankan perasaan aku sendiri supaya Dani boleh berbahagia dengan Ameera. Betul lah kata orang, menyayangi tak semestinya memiliki. Aku redha seredhanya. Masa malam akhir aku dan Dani berbincang dalam bilik, tak satu pun air mata aku terjatuh depan Dani . Aku salam Dani, aku mintak ampun pada Dani kalau aku ada d0sa dengan dia selama aku bergeIar isteri dia, dia cakap, tak ada sekelumit d0sa pun.

Dia pun mintak maaf sebab tak mampu cintakan aku sepenuhnya. Dani mintak maaf sambil genggam, civm dan nangis di tangan aku. Aku terkaku, sebab aku baru perasan, itu lah pertama kali aku tengok Dani menangis. Dani civm dahi aku, bagi salam, kemudian keluar dari rumah. Saat aku tak dengar lagi kaki dia melangkah, terus aku peIuk diri aku sendiri. Aku tekapkan bantal pada muka aku, aku jerit, aku nangis semahunya. Harapan aku masa ni supaya Dani patah balik. Tengok sayang, im in p4in. Come back and pick me. Pilih la aku balik. Terima la aku balik.

Cakap dengan aku, kau sayangkan aku bukan Ameera. Love me, not her. Tapi apakan daya, aku kalah. Dani tak pandang belakang. Masa ni aku tengah peri0d. Nak solat, pun tak dapat, sentuh quran pun tak boleh. Selama 3 hari aku menangis. Aku tak makan, aku minum je. Aku nangis, aku tido, bangun tido, nangis sampai tertido balik. Sampai la mak bapak aku sampai rumah. Aku dah Ionglai, busuk 3 hari tak mandi, terbaring macam orang giIa atas katil. Mak bapak aku datang ambik. Mak aku mandikan aku, setiap kali dia halakan shower kat aku, terkumat kamit aku dengar mak aku berselawat dengan suara terketar – ketar menahan tangisan dia sendiri.

Aku rasa, jiwa mak aku jugak h4ncur tengok pend3ritaan satu – satunya anak perempuan yang dia ada. Diorang tak cakap apa – apa. Diorang mai rumah aku sebab Dani bagitahu segalanya lepas dia tinggalkan aku. 2 hari aku tak angkat phone, sebab tu diorang mai nak cek apa jadi kat aku. Mak bapak aku bawak aku balik kampung. Abang -abang aku kemaskan rumah aku, carikan rumah sewa baru dan pindahkan aku ke rumah lain supaya aku dapat move on. Sebulan aku cuti, tinggal dengan mak bapak aku. Kutip sendiri sisa – sisa kekuatan yang masih ada.

Dalam masa sebulan tu jugak penceraian aku disahkan. Cepat, sebab aku dan dia bekerjasama dengan elok. Aku wakilkan bapak aku untuk berhubung dengan Dani. Hari pertama aku masuk kerja, aku kuatkan diri. Memang berat langkah aku, tapi sebulan tinggal dengan mak bapak aku, sebulan tu jugak mak bapak aku kuatkan semangat aku. Alhamdulilah, dengan kekuatan yang dibekalkan oleh ibubapa aku, aku boleh lagi meIawan perasaan aku. Aku kuat melangkah, tapi jiwa aku seakan m4ti. Sepi, ketandusan. Aku tekan lift, menuju ke tingkat 11.

Masa aku melalui tingkat 5 di mana ofis Dani berada, aku rasa berdebar. Mengharap pintu lift terbukak dan Dani menunggu di pintu. Tapi lift mendaki laju sampai ke ofis aku. Sampai aku di ofis, kawan – kawan aku tersenyum. MemeIuk dan mengusap kepala aku. Aku bersyukur sangat aku direzekikan dengan kawan – kawan ofis yang baik dan memahami. Tak seorang pun bertanya apa yang berlaku. Semua mendoakan aku kuat, mendoakan aku melalui ujian Allah dengan tenang, memesan berkali – kali mereka ada jika aku perlukan pertolongan.

Seminggu berlalu tanpa bayangan Dani. Setiap kali sampai ke ofis, aku akan melalui tapak kereta dani. Aku tatap kereta dani. Menatap kereta berwarna putihnya dah cukup buat aku tersenyum. Teringat masa aku duduk di kerusi penumpang sebeIah dani. Dani sentiasa seri0us masa memandu. Bah4ya jika terleka katanya. Selalu aku ditegur jika tidak memakai tali pinggang. Kadang – kadang sengaja aku tak pakai, saja mahu bermanja apabila ditegur. Hari isnin menjelma, hari yang paling aku tunggu.

Setiap isnin seluruh ofis akan mengadakan perhimpunan pagi. Dani sebagai head of department akan berada di hadapan. Hari isnin tu aku awal ke perhimpunan. Dari tempat aku berdiri, aku kaku memandang Dani di hadapan. Sebulan lebih tak berjumpa, rasa macam nak lari dan peIuk Dani seerat – eratnya. Rindu sangat. Tapi aku tak mampu. Dani terpandang aku, senyum, aku memandang tempat lain. Senyuman manis itu tak sangup aku baIas. Sebab aku perlu meIindungi diri aku sendiri. MeIindungi perasaan aku.

Selepas perhimpunan, aku update status whatsapp buat pertama kali, I NEED TO KEEP STRONG. 1 minit selepas tu, Dani membaIas, May Allah ease your way. Aku kaku lagi, berdebar jantung, berkaca mata aku dengan tangisan sendiri. Kenapa perlu kau reply??? Kau faham tak kau dah menggangu perasaan aku?? Aku benci, tapi dalam masa yang sama aku terharu. Dani masih ambik berat pasal aku. Aku reply, terima kasih. Blue tick. Ikutkan aku mengharap sangat Dani reply lagi lebih lanjut. Aku nak main text dengan dia lagi. Aku rindu sangat – sangat. Menitik lagi air mata aku. SpoiI mood aku sepanjang hari.

Mulai hari tu, hari – hari aku update status whatsapp aku. Selalu aku tunggu sama ada Dani online ke tak. Bila dia online, terus aku update status. Bila Dani view, aku rasa berbunga hati. Oh ya, Dani tak ada insta dan fb. Whatsapp saja. Sebab tu aku hanya gunakan whatsapp untuk men4gih perhatian Dani. Walaupun sekadar view status whatsapp, tapi dah cukup buat aku hepi. Cukup buat aku rasa Dani tahu aku wujud. Setiap kali Dani view, aku tengok nama Dani di senarai viewed status aku.

Dari bulan 7, sampai hari ni, itu lah rutin aku setiap hari. Update status, tunggu Dani view. Hepi bila dia view, tak keruan kalau dia online tapi tak view. Dulu dia selalu reply, sekarang langsung tak reply. Sekadar view. Aku pun tak tahu kenapa. Bosan agaknya aku asyik update status. Aku tahu, aku sedar, memang aku p4th3tic. Tapi itu ja cara untuk aku rasa macam dia beri perhatian pada aku. Hingga pada saat ni, aku masih menunggu perhimpunan Isnin untuk aku tatap wajah Dani walau untuk 15 minit.

Setiap kali melalui tingkat 5, aku mengharap lift terbuka dan Dani berdiri di depannya, setiap kali aku melalui kereta Dani, aku mengharap untuk pulang dengan Dani. Tapi semua pengharapan yang kosong. Menyedihkan hidup aku. Aku sedar. Aku masih mengumpulkan kekuatan untuk aku lupakan Dani. Aku dah mintak transfer ke cawangan lain. Aku sayang nak tinggalkan kawan – kawan ofis aku yang baik sangat. Tapi aku mesti lakukan. Aku kena Iindungi diri aku. Aku kena lupakan Dani untuk aku terus ke depan. InsyaAllah, bulan depan aku transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan kampung aku. Pada saat ni, aku cuma mengharap yang baik – baik. Muhammad Daniel, I’m sorry. Tapi, i really love u. I’m sorry. – Lyn

Komen Warganet :

Nurhidayah Anhar : Kalau Ameera baca ni, kalau lelaki tu boleh buat bekas isteri dia macam tu, percayalah cakap saya, dia pun boleh buat benda yang sama dekat kau. Dah tau kau tu hanya bekas, pergi cerita masalah dekat laki tu kenapa? What u give u will get back. Kalau tak jadi balik dekat kau, anak kau ada. Ada 3 orang anak kan. Heh

Nur Fadzilah Abdullah : Sayangnya, satu ik4tan rumahtangga putvs begitu sahaja. Lyn boleh dapat bahagia dia, tapi dia rela melepaskan. Bagi saya betul – betul keputvsan yang mengikut hati dan nafsu sendiri.. Dah tahu exnya baik, bertanggungjawab, tapi nak bercerai kenapa? Sebab dia rasa suami lebih sayangkan Ameera? Kalaulah Lyn boleh lebih bersabar, cari ilmu, redha dengan takdir, rasanya dia pasti akan lebih bahagia sekarang. Hidup ni semuanya ujian. Tapi sesuatu yang berlaku sebab Allah sayang kita. Kalaulah Lyn boleh perbaiki hati, bersangka baik, dekatkan diri denggan Allah, pasti semua ni tak akan terjadi. Dani bukan pilih perempuan yang tak senonoh untuk jadi isteri, gr0 atau perempuan tepi jalan. Alangkah bahagia jika sama – sama berbaik dengan madu, kenali dia, anak – anak tiri. Pasti semuanya akan jadi lebih indah. Aturan Allah adalah yang terbaik, tapi seringkali manusia menilai mengikut hati, nafsu dan perasaan sendiri

Aten Rashid : Aku tak hairan bab laki bini tapi aku tersentuh part ibu dan anak. Ya, emak tetap emak. Pernah ibu cakap kat aku sejak tahun lepas, ‘walau apa pon terjadi, Aten tetap anak ibu, walau siapa pun buang Aten, ibu tetap terima Aten. Rumah ibu sentiasa terbuka untuk Aten.’ Maka melelehlah airmata aku di bahu ibu. Laki atau bini m4ti boleh diganti tapi ibu ayah tiada pengganti. Kena selalu ingat tu.

Natasha Nadira Mohd Zulkifli : Sis. Saya doakan sis jumpa seorang yang lebih baik dari Dani. Seorang yang pandang sis sebagai seorang wanita yang paling dia cintai dalam hidup dia. Sebagai satu – satunya perempuan yang dia tak boleh lupakan dan hilang dalam hidup dia. Sis isteri yang baik sebab sanggup dimadukan. Saya yakin sis akan dapat suami yang sebaik – baiknya untuk sis. Allah tu maha adil.

Fathilah Zakaria : Aku pernah melalui. Tapi, bukan sebagai suami isteri. Bezanya, aku sendiri, aku tak ada mak atau ayah untuk beri aku kekuatan. Aku tak mandi 2 hari, aku tak makan, makan pun sikit. Aku menangis sepanjang masa. Pergi kerja pun macam tak kerja. Last – last aku jadi sangat kurus. Cara aku move on. Tiap – tiap malam aku bangun tahajud, aku merintih pada Allah. Minta dia kembali pada aku, aku baca mathurat pagi dan petang. Aku mengaji, aku memang harap dia kutip aku balik. Bulan puasa, aku teruskan amalan tahajud aku, aku solat hajat. Doa agar dia kembali tetapi Allah Maha kuasa. Sedikit demi sedikit perasaan aku kat dia hilang dan pada 7 syawal.. Kenalan aku datang ke rumah makcik aku dengan tujuan merisik aku. Aku terk3jut tapi selepas fikir, aku terima. Dialah yang isi kekosongan jiwaku.. Suamiku..

Apa kata anda?