Tinggal 3 minggu majlis kahwin aku tekad batalkan perkahwinan..

Ikutkan perkahwinan kami pada bulan Julai, tapi pada bulan Jun, Ilyas buat pengakuan yang dia bertemu dengan orang lain, Julia. Mereka berkenalan pada bulan puasa, ketika itu mereka sama  – sama berIumba – Iumba bangun malam dan melakukan solat istikharah. Dan jawapannya buatkan aku tersedar..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan confession ni. Apa yang aku nak kongsikan ni mungkin tipikal atau dah biasa dengar, tapi aku rasa nak jugak kongsikan pada semua pembaca. Aku tak tahu macam mana nak mulakan tapi inilah sebab aku batalkan majlis perkahwinan aku sendiri lebih kurang 3 minggu sebelum majlis tu berlangsung. Aku kenal Ilyas (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun, sejak zaman sekolah lagi. Dia senior aku dan berkawan baik dengan sepupu aku, Maya (bukan nama sebenar).

Ilyas selalu datang rumah Maya dengan kawan – kawan kelas yang lain untuk study group dan aku memang rapat dengan Maya sejak kecil and selalu lepak dekat rumah dia sebabkan rumah kitorang dekat je. Tapi satu hari ditakdirkan aku jumpa Ilyas di rumah Maya dan Ilyas mula berminat nak berkawan dengan aku. Aku anggap dia macam kawan biasa je sebab jarak umur kami agak jauh (dia 4 tahun lebih tua) dan aku agak kekok untuk berkawan. Tapi sebab Maya selalu cakap dia lelaki yang baik, jadi aku kawan je macam biasa.

Sampailah Ilyas luahkan yang dia sukakan aku. Dan aku selalu jumpa dia kat rumah je. Bukan dekat luar dan family aku pun dah kenal Ilyas. Family aku agak tegas dalam bab berkawan dengan lelaki ni. Sampailah dia habis sekolah, kami jarang berhubung dan aku tahu dia jumpa orang lain dah. Yelah. Bila dah sambung belajar, macam – macam orang kau akan jumpa kan. Aku mengaku dan aku biar je. Benda dah boleh agak kan. Dan aku tak mengharapkan apa – apa dalam hubungan ni. Aku masih muda dan jauh lagi perjalanan.

Dipendekkan cerita, selepas lebih kurang 9 tahun), kami ditakdirkan bertemu semula. Ilyas menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku. Dia bekerja di Sarawak dan aku bekerja di Selangor. Lepas dia luahkan hasrat untuk berkahwin, kami balik ke kampung (Johor) pada bulan Disember dan dia bawa aku berjumpa dengan keluarganya. Semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga dia sangat baik dan menerima kehadiran aku. Kami bertunang pada Februari tahun berikutnya dan merancang untuk bernikah pada bulan Julai.

Semua berjalan dengan baik, sehinggalah sebulan sebelum majlis dalam bulan Jun, Ilyas buat pengakuan yang dia bertemu dengan orang lain, Julia. Aku memilih untuk bertenang dahulu, dan tidak membuat keputvsan terbvru – bvru. Ilyas bercerita pada aku tentang Julia. Mereka berkenalan pada bulan April. Yes, pada bulan puasa waktu itu. Ilyas beritahu bahawa Julia berasal dari Sarawak, bekerja sebagai seorang guru sekolah, dan dia merupakan bekas pelajar sekolah agama.

Aku tanya Ilyas, apa tujuan dia meluahkan semua ni pada aku? Dan dia mengaku yang dia tak dapat nak tinggalkan Julia dan pada masa yang sama dia tak nak lepaskan aku. Sehinggalah aku menyatakan hasrat untuk membatalkan majlis jika benar dia tak mampu meninggaIkan Julia. Ilyas mengugut untuk bvnvh diri jika aku batalkan majlis. Dan waktu tu aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Aku berhubung sendiri dengan Julia. Julia mengaku, dia yang cuba dapatkan Ilyas. Dia yang mengaku pada Ilyas yang dia sukakan Ilyas.

Dia juga mengaku bahawa dia yang buat Ilyas ragu – ragu untuk berkahwin dengan aku tetapi Ilyas tetap mahu meneruskan juga perkahwinan kami. Julia menyatakan pada aku, bahawa dia akan lepaskan Ilyas tetapi jika Ilyas berani berjumpa dengan walinya, dia akan terima. Dan aku tidak menyatakan apa – apa. Aku hanya mengiyakan kata – katanya. Julia ada mengatakan bahawa sepanjang bulan Ramadan, mereka selalu bersaing untuk bangun malam dan melakukan solat istikharah.

Dan jawapannya macam yang korang bayangkan, Julia mimpi Ilyas, dan Ilyas mimpi Julia. Setelah itu, aku bertanya pada Julia, jika itulah jawapannya, kenapa Ilyas masih tak nak lepaskan aku? Jawapannya, sebab KESIAN. Kesimpulannya, aku kena terima bahawa ada orang lain dalam hati Ilyas dan kemungkinan besar Ilyas akan bernikah dengan Julia setelah dia menikahi aku. Aku mengambil keputvsan untuk pulang ke kampung dan bertemu ibubapa Ilyas yang aku panggil mama dan abah. Aku luahkan segalanya.

Aku maklumkan pada keluarga aku juga. Dan mereka meminta aku untuk buat keputvsan sebaiknya. Aku bersyukur, keluarga aku tidak memberi tekanan kepada aku. Walau apa yang dilakukan Ilyas cukup meny4kitkan hati, tetapi mereka tetap meminta aku doakan yang baik – baik saja buat Ilyas. Mak usu meminta aku untuk istikharah dan sepanjang itu aku tidak berhubung dengan sesiapa untuk mendapatkan jawapan yang sewajarnya selain daripada berbincang dengan keluarga aku serta keluarga Ilyas.

Sehinggalah aku membuat keputvsan untuk menangguhkan majlis yang hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Keluarga aku memaklumkan pada keluarga Ilyas. Dan mereka menerima keputvsan aku dengan baik walau kami semua terIuka dan kecewa. Betapa h4ncurnya hati mama dan abah atas apa yang terjadi. Ya. Kenapa terlalu lama masa yang aku ambil untuk buat keputvsan? Kerana banyak maru4h yang terlibat. Aku perlu fikir apa kesannya jika aku buat keputvsan terlalu cepat sebab kesihatan mama kurang baik sehingga kini.

Dan demi kebaikan aku serta yang lain, aku tangguhkan majlis. Dalam erti kata lain, aku batalkan majlis. Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan keluarga aku dan keluarga Ilyas dalam keadaan baik. Aku masih menziarahi mama dan abah jika aku pulang ke kampung. Aku sudah anggap mereka seperti ibu bapaku sendiri. Ilyas, sejak abah memberitahu dia yang aku batalkan majlis, dia tak dapat terima keputvsan aku dan bertindak mendiamkan diri sehingga kini dan tidak pulang walau untuk bertemu mama dan abah.

Dia mengh1na aku perempuan yang tidak baik dan tidak menerima semua yang terjadi. Dan menyatakan aku pentingkan diri sendiri. Sampai satu hari Ilyas memberitahu pada aku bahawa dia hanya perlukan masa untuk meninggaIkan Julia. Tetapi bukan itu yang dia nyatakan pada awalnya kepada aku. Saya tidak akan berju4ng untuk orang yang tidak mahu berju4ng. Ilyas selalu kata Julia perempuan yang baik, jadi terimalah dia sebaiknya. Walau mama abah tidak merestui kalian, itu bukan atas kuasa saya.

Saya tidak pernah menyer4ng Julia, sebaliknya Julia yang menyer4ng saya dengan mengatakan saya tak pandai jaga tunang saya. Saya masih simpan semua mesej Julia, semua pengh1naan yang kalian lemparkan ke atas saya walau pada hakik4tnya, maru4h saya yang tercaIar. Bukan saya jika awak anggap saya akan menyer4ng awak. Saya bukan begitu. Jika dia berpaling, saya akan meninggaIkan. Keputvsan ni berat. Sangat berat, tetapi saya tidak mahu menanggung risik0 ditinggalkan suatu hari nnti.

J0doh itu rahsia Allah. Dan Allah sudah menyelamatkan saya daripada hubungan t0xic ini. Saya sayangkan dia. Tak pernah saya tinggalkan namanya dalam setiap doa saya. Tapi bukan dia yang terbaik. Semoga kalian bahagia dunia akhir4t. Dan semoga mama dan abah merestui kalian. Buat ‘orang ketiga’ di luar sana, kalian bukan hanya mengh4ncurkan satu hati, bukan hanya mencaIarkan maru4h seorang manusia, tetapi kalian telah mengh4ncurkan hati serta mencaIarkan maru4h setiap insan yang menantikan penyatuan ini.

Sekarang aku dalam process untuk melanjutkan pelajaran. Mohon kalian doakan segala urusan dipermudahkan. Aku yakin dengan hikmah Allah yang indah. Ada yang lebih baik yang Allah persiapkan untuk aku. Buat kalian yang sedang kecewa, yakinlah dengan rahmat Allah. Jika bukan dia yang terbaik, lepaskanlah. Jangan bersedih terlalu lama, Allah itu ada. Dia maha MeIindungi. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan ini. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin. – E.L (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fahana Puzi : Jangan berju4ng pada yang tidak pernah berju4ng untuk kita. Percaya la nanti ada lelaki yang lebih baik darinya. Kita hanya merancang dan dia juga merancang. Tetapi perancanganNya jauh lebih hebat daripada kita . Semoga confessor diberikan kekuatan.

Lyana Aziz : Lagi satu dik, berhenti melawat ibubapa ilyas. Ini akan jadikan benda compIicated terutamanya bila Ilyas dah kahwin esok. Fikir begini, semua yang berlaku ada sebabnya. Memang hati jadi s4kit, tapi ini sebenarnya cara Allah bagitahu awak yang dia bukan lelaki terbaik untuk awak.

Nur Zarith Azhar : Aku paling menyampah watak macam Ilyas dan Julia ni, play vict1m. Nak m4ki pun tak guna. Naisb baik kau batalkan majlis, kalau tak tak tahulah angau si Ilyas tu, silap – silap dia ternikah dengan Julia sekali. Semoga confessor jumpa j0doh yang terbaik! Jangan jumpa lagi Ilyas yang segan nak hidup m4ti tak mahu.

Sazreena Shamsuddin : Bagus tindakan awak. Ustajah apa kalau merenyam dengan tunang orang! Nasib baik awak. Kalau saya, lama dah saya bagi penamp0. Ada hati ser4ng awak. Ini bukan perempuan, ni adalah contoh betina. Anyway awak. Saya doakan awak dapat suami yang baik, suami yang kacak, suami yang soleh, suami yang bertanggungjawab dan kaya dari bekas kekasih awak tu. Biarkan dia bersaing pertandingan solat t0nggang terbalik. Tak guna pon beriman kalau s4kitkan hati orang lain. Tak perlu tunggu untuk manusia sampah.

An Nida : Memang p3rit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayang turut menyayangi orang lain. Apatah lagi dengan hati terbuka dia mengaku kehadiran orang ke-3 itu dalam kehidupan kita. Dan pada masa yang sama bangga menyenaraikan setiap kekurangan, kelemahan dan kesilapan kita. Redhalah, jika sudah begitu keadaannya, dia bukan lagi utk kita. Kita tak boleh p4ksa orang boleh menyayangi kita sepertimana kita sayangkan dia. Sedih, pedih.. tapi itu kenyataan.

Afida Zulkiffeli : Keputvsan yang bijak. Ilyas tu buat statement perlukan masa untuk tinggalkan Julia sebabnya dia mungkin terima tekanan daripada keluarga dia, padahal jelas dia nak kan Julia. Orang yang baru jumpa, memang indah – indah belaka, lagipun dorang bekerja dalam 1 negeri. Takut nanti lepas kahwin pun, Ilyas dok fikir – fikir pasal Julia.