Bila ayah kandung meninggaI, reaksi aku biasa je. Tak macam bila bapak tiri aku meninggaI

Bila abang bagitahu yang papa meninggaI, reaksi aku sama seperti aku mendengar berita kem4tian orang lain di group whatsapp kawan sekolah atau group taman atau group kerja. Hari ni seharian aku buat kerja sambil baca Al-Fatihah tapi bukan untuk ayah kandung tapi untuk ayah tiri aku..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Cerita ini tentang bapa dan bapa tiri aku, cerita tentang kasih sayang sesama manusia, kasih sayang bapa kepada anak. Pada 9 tahun lepas, tanggal 20hb Ogos, ayah tiri aku, yang aku panggil Abah, Haji Zawawi meninggaI dunia kerana s4kit tua.

Dan tahun ini 2021 pada bulan Jun atau awal Julai lepas, tidak berapa ingat tarikh sebenar, bapa kandung aku yang aku panggil Papa pula meninggaI dunia kerana k4nser hati pada usia 70 tahun lebih. Aku mengingati hari ini dan tergerak untuk menulis kerana hati aku tak keruan.

Tahun sebelumnya adalah hari biasa untuk aku. Aku akan membaca Yaasin dan menzikirkan Al-Fatihah pada ayah tiri aku. Sama juga pada hari ini, memasak, membasuh pinggan aku akan tidak henti membaca Al-Fatihah, sedekah aku pada Abah.

Tetapi tahun ini hati aku berbolak balik tidak sedap hati. Papa aku juga sudah meninggaI, tapi aku adalah sekali dua membacakan Al-Fatihah untuknya. Berita kem4tiannya juga adalah cuma seperti berita ramalan cuaca waktu abang aku sampaikan melalui whatsapp pada hari kem4tiannya, aku cuma beriaksi Innalillah, semoga rohnya bersama orang beriman.

Iya, sama seperti aku mendengar berita kem4tian orang lain di group whatsapp kawan sekolah atau group taman atau group kerja. Kenapa ye? Kerana Papa meninggaIkan kami 4 beradik pada usia aku masuk darjah 1 dan adik bongsu aku belum pun tadika.

Bayangkan kami tak kenal dan terus terang aku katakan Papa aku melupakan tanggungjawabnya pada kami setelah dia membina keluarga lain dan mempunyai 4 lagi anak lain bersama isteri baru. Anak sulong mereka berusia kurang setahun dari adik bongsu aku.

Kalau tanya perasaan, iya, sedih dan pilu jika dikenang. Tapi kami 4 beradik mengambil pendekatan tidak mengenang langsung apa kesusahan, kepayahan dan kesiksaan yang mama dan kami semua lalui sepanjang membesar. Pada usiaku 19 tahun, mama bertemu j0doh dengan Abah.

Abah seorang yang agak tua, kem4tian isteri dan mempunyai ramai anak, yang semuanya berjaya dan yang paling bongsu pun adalah lebih tua dari aku. Anaknya beberapa orang belajar di luar negara dan menjawat jawatan yang tinggi.

Mereka semua sangat baik, walau kadang ada konfIik seperti Abah melebihkan kami. Waktu itu aku dan adik aku saja belum kahwin dan menjadikan tanggungjawab. Abang dan kakak aku dikira telah lepas. Bayangkan Abah lah yang menguruskan pernikahan aku dan adik, Abah lah yang merawat dan berulang alik ke hospitaI ketika aku s4kit denggi,

Abah yang mencarikan aku rumah pertama sebaik saja aku kerja 3 bulan ada penyata gaji, Abah lah yang datang meraikan hari graduasiku. Dan bagi aku, Abahlah segalanya. Yang menjadi hati aku berbolak balik, sewaktu aku berkumat kamit membaca Al-Fatihah seharian ini ialah, aku mengharapkan supaya Papa aku juga didoakan oleh anaknya yang 4 orang itu setiap hari.

Diingati dan dikirimkan doa setiap hari dengan penuh kasih sayang sebagai seorang anak yang bertanggungjawab bilamana ibu bapanya meninggaI dunia. Kerana apa? Kerana aku walaupun ber binti kan Jamal, tapi hati aku tiada di situ.

Walau sering aku ingatkan diri, bacakan kirimkan doa pada Papa juga, tapi sering aku lupa, kerana memang dia tiada dihati dan tiada dalam ingatan aku. Kenapa dia tiada di ingatan aku, kerana terlalu banyak peristiwa pedih sepanjang kami membesar berlaku kerana dia, jika diingat, akan menjadi d0sa kepada kami.

Lebih lagi kami semua telah berkeluarga dan mempunyai anak. Aku sendiri Alhamdulillah mempunyai suami yang sangat bertanggungjawab, setiap kali melihat suami aku melayan anak, bergurau dengan anak, memanjakan anak, memarahi anak, menasihati anak.. aku akan terfikir, “oh, begini rupanya bahagia membesar ada ayah”.

Dan aku mula membuat d0sa dengan menyalahkan Papa atau segalanya, kemudian mulalah aku berishtighfar. Sesungguhnya aku bukan maksum untuk menerima segalanya, aku hanya manusia biasa yang punya perasaan. Cuma cara aku mengawal perasaan akan menentukan putih atau hitam hatiku.

Jadi, jangan kenangkan Papa. Kerana itu adalah d0sa dia kepada kami. Jadi kenapa kami perlu ingat tentang d0sa, abang sulong sering ingatkan kami adik beradik, lupakan la segalanya hal yang lepas antara Papa dan kami. Hutang yang sudah antara Papa dan kami, hutang tanggungjawab, hutang nafkah, hutang kasih sayang dan segalanya.

Dan inilah pada terakhirnya kami redha dan lupa segalanya tentang Papa, segalanya termasuk dirinya sendiri. Jadi jika adik beradik aku, bin binti yang sama, dengan lain ibu yang 4 orang lain terbaca ini, doakan lah Papa sepenuh hati setiap hari,

Kirimkan doa kepadanya dengan penuh kasih sayang, seperti mana Papa menyayangi kalian di dunia, sayangiIah dia walau setelah dia pergi. Semoga rohnya tenang di sana dengan doa kalian. Dan aku, walau tiap kali selepas solat, aku berdoa “Ya Allah ampunkan d0sa kedua ibu bapaku, ringankan hisab mereka, kurniakan syurga bagi mereka”.

Ustaz kata niat hati itu didengar Allah swt, walau didetik hanya dari dalam hati, dan dalam detik hati aku, “ibubapaku” itu ialah Mama dan Abah. Tidak teringat aku tentang Papa yang juga sudah meninggaI dunia. Sering juga aku kurangkan rasa bersalah kerana tidak berdoa untuk Papa, dengan mengatakan pada diri sendiri,

Sesungguhnya hati aku ini milik Allah swt, jika Dia berkehendak aku mengingat Papa, aku akan ingat dia dalam doa, jika tidak berkehendak dariNYA, tidak lah aku ingat untuk mendoakannya. Apapun semoga Papa tenang di sana, kami semua telah menghalalkan segalanya hutang piutang antara kita, sesama manusia.

Semoga diringankan segala hisab bagi mu wahai Papaku. Dan bagi Abah, aku sangat yakin dan percaya, Abah sedang tidur lena di alam kubur menanti hari perhitungan, mengutip bunga – bunga doa dari anaknya sendiri dan dari anak – anak tirinya iaitu kami berempat,

Kerana jasanya pada kami, sedekah kasih sayang, sedekah wang ringgit, sedekah masanya, pasti membawakan Abah ke syurga teratas. Terima kasih Abah, aku ingin Abah tetap menjadi Abahku di syurga nanti. – Leen (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ustaz Azrai : Saya juga bernikah dgn seorang ibu tunggal anak sorang. Alhamdulillah anak tiri saya anak yang sangat baik. Tak pernah saya anggap dia orang asing. Seni menjaga anak tiri ni unik sedikit, depa lebih sensitif dan suka memendam.

Ada part – part tertentu yang sang ibu lebih sesuai untuk tegur depa, dan masa bahagian yang dua – dua boleh tegur direct. Insyaallah abang long, abi akan jaga abang long selagi ada hayat. Semoga kita sekeluarga, abi, ummi, abang long, kakak raisah dan adik rais tetap bersama bahagia hingga ke syurga.

Ezd Airaniez : Ada perasaan yang sama. Tak tahu nak doa macam mana untuk bapa yang tinggalkan kita sejak kecil. Walaupun takde bapa baru, dan bapa tu dah MIA, tapi kewujudan dia tu macam takde makna. Sebab kita dah biasa dibesarkan oleh mak saja.

Maka doa kita akan lebih kepada mak yang melahirkan dan membesarkan. I feel you confessor. Semoga dikurniakan kebahagiaan selamanya demi ubat kesedihan dirasai semasa kecil. Aamiin

Nur Abdullah : Saya masih ada ayah kandung dan ada ayah tiri tapi dua – dua asing bagi saya kerana tak pernah dapat kisah sayang dari mereka. Kenal ayah kandung masa nak jadi wali nikah jer, ayah tiri walapun dah 42 tahun berkahwin dengan mak saya tapi kami tak pernah berborak pun.

Masing – masing buat hal sendiri. Cuma jauh di sudut hati, moga Allah menempatkan mereka di syurga firdausi. Tanpa hisab dan tanpa az4b kerana az4b Allah sangat pedih. Aamiinn

Qasrina Bsn : Allah sebaknya. Apatah lagi orang yang berada lebih kurang di situasi yang sama. Saya pun membesar dengan ayah tiri yang sangat baik. Tapi Ayah kandung tetap jalankan tanggungjawab dengan baik sehingga ke hari ini, Walaupun saya telah berkahwin.

Semoga Allah meIindungi baba dan daddy saya sentiasa. Sesungguhnya kasih sayang yang ikhlas itula yang orang akan kenang sampai bila – bila.

Saya Baik : Saya menangis baca confession ni. Ini la apa yang saya rasa dengan bapa kandung sendiri. Bapa kandung tinggalkan saya masa umur setahun dengan adik yang masih baru lahir. Pernah terserempak dekat pasar dengan isteri baru dia masa umur 6 tahun.

Ibu kenalkan saya pada dia langsung salam pon tidak. PeIuk apatah lagi. Macam anak orang lain dia buat. Buat tak tahu. Masa dia meninggaI itu la sekali lagi saya dan adik tengok dia. Masa tu hanya jas4d bukan boleh cakap apa – apa pon.

Dia tinggalkan saya dan adik tanpa berita tanpa apa. Maaf hati ni belum boleh memaafkan dia. S4kit bila teringat balik. Malahan saya nak sedekahkan al fatihah pon tak nak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.