Bila berg4duh je suami akan mengadu dekat mak mertua, sampaikan hal dalam keIambu pun dia mengadu

Saya seorang janda dan telah berkahwin lain selama 2 tahun. Seawal 6 bulan perkahwinan kami dah pergi kaunseling. Suami sangat rapat dengan ibunya sampaikan kalau nak beli sesuatu atau barang peribadi pun akan minta pendapat ibunya. Bayangkan kalau dia nak pergi outstation, dia akan balik rumah ibubapanya semata – mata mahu ibunya “packing” pakaian dia. Umur bukannya muda dah masuk 40 an..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua.. Perkenalkan nama saya Maria. Saya harap perkongsian saya ini bukanlah nak menga1bkan sesiapa cuma inginkan sedikit pandangan dan saya terima seadanya komen kalian.

Saya telah berkahwin selama 2 tahun dan mempunyai anak kecil. Dipendekkan cerita. Kami sangat tidak sehaluan dan kerap berg4duh kerana berbeza pendapat. Kami pernah ke pejabat agama untuk sesi kaunseling seawal 6 bulan perkahwinan.

Mesti para pembaca pelik baru berkahwin tapi seperti ini. Jawapan saya, kami tiada keserasian dan perkahwinan ini berlaku adalah kesilapan saya yang tidak berani membuat keputvsan untuk berkata tidak.

Lagi sekali pembaca pelik bukan? entahlah.. mungkin atas dasar kasihan. Sejujurnya saya cuma ada perasaan 50-50 saja. Saya bod0hkan? Tapi ini ketentuan Allah. oh lupa saya nak beritahu, saya adalah ibu tunggal 2 anak sebelum berkahwin.

Bermakna ini suami nombor 2. Bertahun – tahun saya mengelak tetapi kuasa Allah swt dah jod0h saya agaknya.

Mungkin pembaca tertanya – tanya kenapa saya berceraikan? Kita lupakan kisah silam saya dan focus kisah yang sekarang. Nanti ada masa saya ceritakan di confession yang lain.

Ceritanya begini, suami saya ni sangat kuat bondingnya dengan family dia. Sebelum berkahwin dia memang akan share apa saja cerita dengan ibunya, sampaikan tahap mahu membeli barang peribadi pun akan minta pendapat dan bantuan family terutama ibunya. Bagus kan?

Tapi masalah timbul selepas berkahwin. Saya ingat bila lepas berkahwin dia akan berubah tapi tanggapan saya sangat silap. Awal kawin pun apa saja perkara mesti call ibunya walaupun cuma untuk membeli sesuatu.

Pada mulanya saya diam saya sangka ok lah baru berpisahkan mesti lah masih terikut – ikut cara lama. Bukanlah saya kata salah hubungi ibunya tapi kadangkala ada benda kita perlu simpan. Dalam rumahtangga bukan semua perkara harus beritahu kepada orang tua kita.

Apalah guna saya sebagai isteri kalau khidmat saya hanya jatuh no.2. Umur pun bukan muda dan 4 siries kot. Ok lah saya cuba bersabar bagi dia masa.

Kalau ditanya jawapan dia satu.. Itu ibu dia susah senang dia keluarga yang bantu. Saya pernah jawab, jadi apa tujuan kita kahwin? Lepas tu mesti g4duh besar.

Sikap dia sentiasa masih kebudakkan. Sampaikan kalau dia akan outstation dia akan balik rumah ibubapanya semata – mata mahu ibunya “packing” pakaian dia.

Saya? Tentulah berkecil hati dan kalau saya tanya dia akan beri alasan ibunya dah biasa buat untuk dia. Wahai pembaca budiman perlukah dia berkahwin kalau ini jawapannya?

Hahaha, mula – mula saya ketawa lama – lama saya jadi menyampah. Lepas tu saya memang tak peduli dan sampaikan saya tak nak iron baju – baju dia. Eh suruhlah emak dia kan? Niat saya untuk mengajar dia. Terlalu mengada apa pun tak boleh buat.

Pernah satu hari dia outstation ke luar negara dia minta kebenaran pulang bermalam di rumah ibunya semata – mata sebab dia akan pergi lama, jadi mahu berjumpa ibunya dan dia akan pergi ke KLIA dari rumah keluarganya.

Saya pula anak – anak bersekolah jadi tak dapat lah bermalam di sana. Rumah keluarganya jauh dari sekolah anak.

Siapalah sayakan tiada kepentingan untuk hidup dia. Saya berkali – kali menawarkan untuk menghantar ke airport tapi nampaknya dia mahu kawannya (grab) hantar. Oklah saya terima alasan tidak mahu susahkan saya tekejar – kejar dengan anak sekolah.

Tapi saya memamg sayu hati dia lebihkan keluarga dari saya. Yela itu ibunya kan dan saya terp4ksa redha.

Semenjak itu saya dah nampak saya tiada kepentingan pun. Apa tujuan dia berkahwin mungkin sebab tiada pilihan dan umur dah sem4kin banyak. Diam tak diam sudah 2 tahun kami berkahwin.

Dugaan memang banyak kami kerap berg4duh hal – hal macam ni lah. Sebelum saya terlupa ingin saya beritahu bahawa saya tidak boleh langsung menyentuh atau menyebut hal keluarga dia lagi lagi ibunya.. Big no! Kalau tak kisah berg4duh.. Sila lah sebut ya..

Kemuncaknya… Saya dapat tahu setiap kali berg4duh suami isteri (orang sebut hal dalam kelambu) dia beritahu ibunya. Allahuakhbar.. Saya yang perempuan ni pun tidak pernah sedikit pun memburukkan suami kat keluarga apalagi untuk mengadu.

Bagi saya, pasangan adalah cermin kita.. Buruk dia buruklah kita.. Terbongkar benda ni bila suatu hari tu kami bertekak dia terlalu marah tanpa diduga dia menelefon ibunya mengadu depan saya.

Mengutuk keburukan saya siap tambah lauk, sempat dia menangis minta simpati ibunya. Saya memang terper4njat macam tak sangka tindakan dia. Saya terkedu apabila dia pas telefon kerana ibu mertua nak bercakap dengan saya. Dah macam saya pula yang lelaki.

Saya dimarahi oleh ibu mertua akibat dia terdengar saya tinggi suara kat anaknya. Ya memang saya tinggi suara sebab saya sudah hilang pertimbangan tak tahan dan teper4njat dia call ibu dia…

Saya mengaku saya menjerit. Dia banyak tambah nasi dalam cerita sedih dia. Saya tak mampu nak ceritakan satu persatu apa tuduhan dia kat saya. Saya terasa sangat marah dan malu. Maru4h saya seperti dipijak – pijak dimalukan macam tu.

Kemudian saya diam, saya biarkan dia terus mengadu di dalam phone sampaikan saya secara tak sengaja dengan jelas dengar tiap butir suara ibu mertua. Punyalah kuat dan bersemangat mengutuk saya.

Sedihnya saya, mereka memperlekehkan saya dan mengutuk dan boleh saya katakan ianya adalah fitnah kerana mereka membuat tanggapan sendiri atas kesilapan kecil dari perg4duhan tersebut. Susahkan jadi perempuan dan bekas janda. Mesti orang akan kaitkan dengan status janda saya.

Alangkah terh1nanya saya. Agak – agak para pembaca apa perasaan saya? Maafkan mereka macam tu saja? Lupakan semua?

Ohhh tidak semudah tu. Hati saya terlalu s4kit terlalu pedih sampai tak mampu nak menghadap muka suami apalagi untuk bertegur sapa. Dan saya rasa buat masa ni memang saya tidak akan berjumpa mertua.

Saya manusia biasa, punya hati dan perasaan. Saya tak mampu nak menghadap mereka mesti akan ada lagi tazkirah si ibu kepada saya nanti. Dalam hati saya ada sesuatu perasaan s4kit yang paling dalam. Maka dapatlah saya gelaran isteri derh4ka, biad4p dan somb0ng. Apa perlu saya buat? – Maria (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, Kalau tanya makcik, apa pilihan makcik kalau di tempat confessor, makcik jawab, makcik angkat kaki jer. Kita hidup untuk bahagia. Jika ada pilihan untuk lari dari hidup penuh Iara, baiklah bawa diri. Tapi, makcik tak cadangkan perpisahan. Cuma makcik tak kuat hadapi kata kata penuh fitnah. Semoga ada jalan bahagia. Big hug.

Suzie Aziz : Jawapan ada di tangan puan. Setia dan terus hadap kanak – kanak yang terperangk4p dalam tubuh orang dewasa itu atau tinggalkan dan hidup sendiri dengan anak – anak tanpa perlu memikirkan nak jaga anak orang yang ‘belum dewasa tu.

Aton Omar : Paling hilang respect dengan lelaki yang mengadu pasal g4duh suami isteri kat mak sendiri, lebih teruk mak dia buat press conference cerita kat sanak saud4ra. Pergi pejabat agama la sis, sebelum ni dah biasa hidup sendiri kan, tak apela single sekali lagi asal hati tak s4kit.

Mohd Nas Alexander : Kalau saya jadi puan, saya sangat happy sebab puan tak payah fikirkan benda yang konkrit seperti itu. Puan tak perlu g4duh apa – apa pun. Puan hanya tanya keputvsannya sahaja. Kalau suami out station, lagi mudah. Puan tak payah penat hantar ke KLIA. Tak ada masalah.. buat apa nk fikir. Puan ada anak – anakkan. Tak susahkan.. sepatut bersyukur, suami tak susahkan puan untuk fikir. Beranak lah anak suami baru, mungkin beliau berubah. Mungkin puan terikut – ikut kisah lama kot. Mana mungkin, suami dulu sama dengan suami sekarang.

Umma Sharifah : Pandai – pandailah buat keputvsan tt. Hidup ni masih panjang. Tak salah kalau nak pentingkan diri, cari kebahagiaan sendiri. Sampai bila tt nak pend4m perasaan macam ni? Memang syurga bawah tapak kaki ibu, tapi suami tu ketua keluarga kalau hak anak bini sendiri tak boleh nak jaga, untuk apa dia kahwin. Baik dia berbakti je untuk ibu dia. Sebagai lelaki dia kena pandai bezakan tempat isteri dan ibu. Kalau tu pun dia tak boleh nak buat, memang dia tak layak jadi suami atau bapa.