Beberapa hari sebelum itu, ayah minta bonda transfer duit untuk modal bisnes, rupanya dia kahwin sindiket

Sepanjang saya dibesarkan memang bonda yang menyara kami 5 beradik. Gaji bonda lagi tinggi dari ayah tapi bonda langsung tak mengungkit. 27 tahun usia perkahwinan ayah kahwin lain dan bermulalah langkah ibu turun naik mahkamah untuk bercerai. Tapi dua kali ayah tak datang mahkamah, bagi ayah, biar dia kena temb4k pun dia tak akan ceraikan bonda. 

#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim. Saya Wan Empok (sangat – sangat jelas ini bukan nama sebenar. Saya sukakan nama klasik begini). Saya berusia 25 tahun, anak sulung dari 5 adik beradik.

Saya mahu bercerita tentang perjuangan bonda saya. Bonda saya berusia 50 tahun. Seorang guru skim ijazah yang sudah bergred tinggi.

Sepanjang 27 tahun berkahwin, bonda sayalah yang menanggung keseluruhan keluarga. Rumah, makan pakai, bil utiliti, pendidikan anak – anak dan semuanya. Ayah hanya menyediakan kereta (dahulu).

Gaji bonda berganda  – ganda tinggi berbanding gaji ayah. Bonda ikhlas tanggung keluarga demi kebahagiaan kami. Tidak pernah bonda mengungkit segala perbezaan dan segala peng0rbanan. Bagi bonda, rezeki bonda adalah untuk keluarga.

Keluarga kami amat bahagia dengan sikap bonda yang lemah lembut, pemurah, tidak berkira dan penyayang.

Di dalam memori saya dan adik – adik, tidak ada satu kenangan pun bonda memukuI atau menjentik kami. Yang ada, hanyalah kenangan birat – birat dipukuI ayah, padahal kami tidak nakaI pun. Hanya salah – salah biasa sebagai kanak – kanak. Ayah memang baran.

Ayah pernah curang sekali (yang dalam pengetahuan kami) sekitar tahun 2008. Bonda memberi peluang kerana ayah bersungguh – sungguh menangis meIutut bertaub4t tak akan khian4ti bonda lagi.

Bonda kurus kering mer4na waktu itu. Tetapi demi keluarga yang lengkap, bonda gagahkan diri untuk meneruskan hidup bersama ayah.

Hidup manis – manis sahaja selepas itu. Tahun 2016, ayah curang lagi. Dia nikah sindiket dengan seorang perempuan berusia 45 tahun. Dengan majlis resepsi yang giIang gemilang.

Tidak perlu digambarkan keduk4an bonda dan kami. Hanya yang pernah aIami akan tahu perasaan itu. Patutlah beberapa hari sebelum itu, ayah banyak minta bonda transferkan duit konon – konon untuk modal bisnes.

Umpama digiIis kereta api berkali – kali tetapi tidak m4ti – m4ti. KeIukaan dan ced3ra par4h yang amat dahsy4t.

Baik, di sinilah bermulanya perju4ngan bonda. Kita mulakan dengan hal di mahkamah syariah. Bonda telah berhabis 5 angka untuk kos beberapa peguam.

Bonda failkan cerai secara baik, untuk ke prosedur hakam. Tetapi ayah tidak datang walaupun telah dua kali notis dihantar.

Bagi ayah, biar dia kena temb4k pun dia tak akan ceraikan bonda. Apabila ayah tidak datang, maka kes ditutup. Bonda tidak dapat teruskan prosedur hakam kerana syarat prosedur hakam, defendan mesti hadir untuk pengakuan tidak akan ceraikan plaintif.

Kemudian, bonda failkan pula fasakh. Setiap kali buka fail, beribu ya kosnya, belum masuk kos setiap kali perbicaraan. Bonda tidak dapat menggunakan peguam percuma dari Biro Guaman kerana gaji bonda tinggi.

Bermula pula perbicaraan fasakh. MaIangnya, ayah juga pasang lawyer untuk Iawan bonda. Hairan benar, duit nafkah untuk kami satu sen pun tidak mampu beri, tetapi pasang lawyer untuk Iawan kes mampu pula.

Peguam ayah, seorang lelaki seperti dia. Yang sangat obses pada poIigami itu hak lelaki. Walau bonda telah memberikan bukti setebal 10 inci pun, tentang segala tanggungjawab ayah yang bonda gaIas, tetapi mahkamah masih percayakan peguam ayah (kes masih berlangsung ya, sudah hampir 3 tahun turun naik mahkamah).

Ayah akan memberikan bukti – bukti yang tidak kukuh seperti kononnya dia memberi nafkah by hand. Bonda pula sangat sistem4tik, semua ada dokumentasi termasuk salinan online banking.

Bukti gambar bonda dipukuI dengan penuh kesan Iebam di muka, laporan polis, laporan doktor semua lengkap. Tetapi dengan kelicikan peguambeIanya, semua dokumen bonda dianggap tiada nilai. Hakim juga lekaki, bukan?

Sebab apa ayah berkeras tidak mahu ceraikan bonda? Sudah termaktub di dalam hukvm pencen di negara kita, jika pasangan meninggaI maka segala faedah persaraan dan pencen bulanan secara autom4tik akan dapat kepada pasangan.

Walau jahat macam mana pun seorang suami, jika isteri meninggaI, maka berjoIi katak la sang sang biawak. Sudahlah sepanjang hayat isteri, suami makan hasil titik peluh isteri, sudah m4ti pun masih enjoy dengan duit isteri?

Bonda sudah buat wasi4t, tetapi pengurus tadbir wasi4t kata pencen bulanan tidak boleh diwasi4tkan.

Sebagai makluman, gratuiti (ganjaran pencen) bonda saya mencecah 300k, dengan pencen bulanan 5k. Suami mana yang sanggup lepaskan lubuk emas?

Saya dan bonda telah pergi ke bahagian pencen di JPA untuk bertanyakan hal ini. Untuk tukar nama kepada anak atau adik beradik bonda, tetapi pegawai di kaunter menerangkan, memang telah termaktub begitu dalam pekeIiling.

Menurut pegawai tersebut, anak di bawah umur 18 atau belum habis degree sahaja layak dapat 1/10. Ya tuan-tuan, 1/10 sahaja. Adik saya cuma seorang sahaja yang masih bersekolah.

Jika pencen bonda saya 5k, maka adik saya cuma akan dapat rm500. Dan 4.5k lagi ayah saya boleh tabur ke mana dia suka. Titik peluh bonda saya tu!!!

Saya mohon semua pembaca doakan bonda saya panjang umur dan dapat hak dia sebagai wanita. Saya juga mohon confession saya ini dipanjangkan kepada pihak berkenaan. Semoga yang adil – adil sahaja buat kita di bumi bertuah ini.

Buat pengetahuan semua, bonda saya pes4kit kr0nik tetapi masih bekerja demi kelangsungan hidup. Doakan bonda kami dapat rasa bahagia dan mengecap manisnya keadilan sebagai seorang peju4ng di hujung – hujung hayatnya. – Wan Empok (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Marina Ibrahim : Allahu. Simpati sangat dengan nasib adik dan keluarga.  Semoga Allah mudahkan segalanya. Kak rasa lawyer yang bonda ambik tu macam tak berapa nak berfungsi sangat. Apa – apa pun kak doakan bonda panjang umur dan adik sekeluarga sentiasa dirahm4ti Allah. Hati hakim, dan semua makhluk dalam dunia ni Allah yang pegang. Mudahan Allah buka hati depa semua untuk nampak kebenaran

Haizum Abu Hassan : Dah banyak saya dengar undang – undang syariah malaysia lebih menyebeIahi lelaki sampai wanita terani4ya banyak tertind4s. Ada dari kenalan terdekat masih turun naik mahkamah masih tak dapat dilepaskan dengan suami kaki dad4h, kaki pukuI, nafkah jangan cakap la, peras duit lagi ada. Jangan sampai orang lain pandang rendah dengan islam sebab ketidakadilan macam ni.

Shahanie Habibur Rahman : Saya aaminkan doa anak ini dan doa Bonda yang sedang diani4ya itu. Teruskan berdoa wahai anak – anak, doa orang yang terani4ya ini tiada hijabnya. Semoga sebelum Bonda menutup mata, Bonda perolehi kemenangan dunia dan akhir4t nya. InsyaAllah. Aamin amin yra. Bantulah mereka ini ya Allah.

Aisyah Nur : Saya sebenarnya sudah hilang keyakinan terhadap pengendali institusi agama kita dalam isu kekeluargaan. Tidak menyebeIahi golongan wanita! Moga urusan bonda awak dipermudahkan. Harap – harap Bonda awak panjang umur berbanding ayah awak. Maaf. Saya sangat berem0si.

Nurul Afiful Huda Othman : Ya Allah, kej4mnya ayah dia.. Kej4m lagi sang peguam beIa. Bersekongkol dengan Sang ayah yang tak bertanggungjawab.. Menjawab la hangpa dua kat mahkamah akhir4t. Kau mudahkan lah urusan wanita kuat ini dan anak – anaknya.. Kau beIalah mereka yang diani4ya oleh suami dan ayah mereka.. Semoga wanita ini terus kuat berjuang demi dirinya dan anak – anaknya.. Aaminn

Hidayah Suria : Kadang sedih sangat, ada wanita – wanita sampai ke sudah nak f1ght nafkah anak, nak fight minta cerai, dan sebagainya dalam tempoh yang lama dan panjang sudahnya give up macam tu saja. Nafkah anak culas tapi bekas laki boleh kahwin lain, tak ada rasa bersalah langsungkah? G4ntung isteri tak bertali, kalau tak nak cerai saja, rasa macam tidak adil sistem perundangan syariah kita..