Aku hidap penyakit kr0nik dan hayatku tak lama, aku takut bila aku dah tak ada nanti, hak penjagaan dapat pada bekas suami

Aku terdesak sangat nak kahwin dengan umur yang sem4kin tua, aku tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik. Aku nekad jika ada orang meminang terima sajalah, risau jika ditolak tidak akan ada lagi yang datang. Sewaktu pihak suami datang merisik, dikhabarkan dia tak ada pekerjaan tetap, menganggur. Tapi keluarganya jaga agama, adik – adik hafal quran. Bila bab hafal quran ni aku terus sejuk hati terima saja dirinya tanpa selidik siapakah dia sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah.. Assalamualaikum, Berat nak cerita hal peribadi, tapi hati yang ters4kiti ini sering rasa ingin berkongsi, ingin meluah dan agar mereka yang samar tentang masalah hubunganku dengan dia dapat sedikit tafsiran betapa az4bnya batinku bersamanya dulu…

Barangkali aku rasa terdesak untuk berumahtangga kerana mahukan seorang lelaki yang menjadi teman sejati, impian inginkan mahligai syurga yang indah… Tapi realitinya aku sedar diri yang aku tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik dan anak dar4 tua.

Tidak hairanlah kenapa tiada orang yang sudi meng0rat atau menjadi teman lelaki, aku cuba sendiri mencari jod0h di laman sosiaI dan biasanya tidak panjang, sekadar perkenalan…

Jadi aku sangat – sangat pasrah dan berdoa bersungguh pada Ilahi yang telah menetapkan jod0h agar segera hadirnya insan itu…

Dan pada suatu hari, ada jiran datang merisik. Aku nekad jika ada orang meminang terima sajalah, risau jika ditolak tidak akan ada lagi yang datang..

Maka, jod0hku itu melalui orang tengah… Kami hanya berhubung melalui sms waktu itu, tiada keluar berdua, lantas dia hantar keluarga meminangku..

Dalam tempoh pertunangan dah mula nampak banyak yang tak kena. Aku suka jika bermesej rindu tapi dia agak serius dan suruh aku topupkan kredit. Dia ajak bernikah segera sebulan lepas bertunang seperti tergesa tapi keluarga nasihatkan ambil masa tiga bulan agar tidak timbul fitnah..

Urusan perkahwinan aku buat sendiri, naik turun butik, beli cincin kahwin, pergi pejabat agama… Dia ada datang menghantar duit hantaran yang cuma bernilai 3k. Dan majlis kenduri kahwin mencecah 15k.

Dari awal seakan dia tidak bersungguh mahu menjadikan aku permaisuri hati. Bayangkan datang akad nikah tak bawa apa – apa dulang, duit mas kahwin hanya di dalam poket, lafaz akad nikah sehingga tujuh kali, lepas akad boleh balik tak sempat nak bergambar..

Waktu itu aku malu dengan kawan, dengan saud4ra, dengan orang kampung… Kakakku dah menunjukkan ketidakpuasan hati.. Aku mengadu terk3jut dengan sikapnya kepada ibu bapaku… Di hari pertama aku sebagai isteri hati dah ters4kiti..

Tiada kenduri di beIah lelaki, aku mengikutnya balik ke rumah keluarganya meminjam kereta ayahku. Keluarganya besar, 10 adik beradik, dia anak sulung..

Sewaktu datang merisik dulu, dikhabarkan dia tak ada pekerjaan tetap, menganggur, tapi keluarganya jaga agama, adik – adik hafal quran… Bila bab hafal quran ni aku terus sejuk hati terima saja dirinya tanpa selidik siapakah dia sebenarnya..

Dan aku terkedu dengan melihat keluarganya… Ayahnya jenis cakap menengking, cakap besar bab – bab agama konon semua tahu, adik – adiknya sekolah madrasah ulum, hafal quran tapi ketawa mengiIai, duduk rumah baju ketat kain terbeIah, keluar rumah jubah hitam berniqob…

Aku banyak makan hati dengan layanan keluarga dia, mereka seperti tak suka diri ini, terutama ayahnya, jika balik ke rumah mentua nak bersalam dengan ayahnya pun susah sebab dia tak pandang,

Jika memasak ayahnya tak makan kata tak kena cara masak.. jadi jika duduk rumah mentua memang makan hati.

Suami pula jika ada yang tak kena akan tengking depan keluarganya… Berubah air mukaku, s4kit hatiku,memang selalu niat nak bercerai. Tapi pujuk hati agar sabar, malu jika bercerai, tunggu 5 tahun mungkin hidup akan stabil… Nyata lebih teruk.

Kami tak mampu kumpul harta, duduk di rumah mak ayah, tiada kereta pinjam sahaja, duit simpanan terp4ksa disembunyi dari pengetahuan suami kerana dia langsung tiada simpanan.. duit simpananku sem4kin susut kerana tidak menyimpan selalu keluar..

Selepas kahwin aku masih kerja, dia banyak di rumah memilih kerja atau malas, jadi aku keluar pagi balik petang dia merungut, isteri mesti selalu ada di rumah, siapkan makan pakai tidur… Aku melihat pemikirannya terlalu ortod0k dan sempit…

Sering juga berteIagah tak sefahaman. Contoh dia tak bagi aku mengundi kerana kata politik kotor, aku ikutkan, dia kutuk dan komen itu ini tentang kerajaan, aku pening… Yelah apalah sumbangan dia untuk negara sumbangan untuk isteri pun berkira… Bod0h somb0ng.

Itu belum dia komen orang agama, imam ni salah, mufti tu tak betul, sehingga mak ayah aku pun dia cari kekurangan… Aku tahan sabar. Apa ertinya perkahwinan jika tidak suka dan bahagia…

Rezeki adik – adik perempuan dia berkahwin dengan keluarga alim dan bekerjaya bagus… Aku bagai kecil hati, sebab kami miskin, bila balik kampung tak bawa apa sangat buah tangan tapi jika keluarga adiknya balik macam – macam benda beharga, enak dan cantik dibawa untuk mentua…

Sungguh jika kami balik bagai tak dirai jika adik ipar balik macam – macam lauk mahal beli… Aku kecil hati dan tak pandai ambil hati…

Bab ilmu agama juga cetek, mengaji tak betul, jadi sering pasang sahaja alunan mengaji dari henfon sehingga diperIi henfon pula yang dapat pahala… Aku hairan orang yang alim hafal Quran tapi mulut suka sindir, mengumpat diriku.. bab solat ngaji mereka ok.

Cuma suamiku memang tak ok. Solat ikut suka, aku tak pernah berkesempatan menjadi makmumnya kerana dia langsung tak menungguku dan jika aku sempat dia solat sangat laju.. dia pandai mengaji jika ku tanya dia tak mahu tunjuk.. kami sangat bermasalah komunikasi..

Selepas dua tahun baru aku dapat hamil, aku sangat bersyukur, tapi bila kuberitahu dia hanya diam seperti tiada perasaan, aku kecewa, aku cemburu melihat orang yang suka kongsi aksi suami bila tahu isteri mengandung sangat teruja dan dia diam buat tak tahu…

Sepanjang mengandung dia langsung tak bertanya masalah, aku pergi seorang ke kIinik, beli barangan baby seorang…

Waktu nak bersalin pun dia buat tak tahu je, tidur je kita dah s4kit sangat baru dihantar hospitaI, lepas bersalin tak dapat hubungi suami rupanya dia tidur dalam kereta… Terkilan, sepatutnya dia tolonglah banyakkan berdoa agar dimudahkan segala..

Sepanjang berpant4ng dia hilangkan diri, aku berpant4ng di rumah mak ayahku, mak ayahku sering juga mengeluh dengan sikap lepas tangan dan kurang memberi nafkah.

Aku sedih sangat mujur tak meroyan je. Aku selalu fikir nak cerai tapi pujuk hati sabar terutama bila ada anak, kasihan anak nak kasih seorang ayah bersama ibu..

Rupanya aku berpant4ng dia main perempuan lain… S4kitnya hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tengok je permainan dia sejauh mana.

Aku anggap sikap dia sangat lain macam, tak sama seperti orang lain.. Aku sanggup tak keluar dengannya termasuk pergi kenduri kerana dia akan s4kiti hatiku..

Dia perok0k tegar, merok0k depan – depan orang sahaja kadang dengan berjubah berserban berjanggut tapi rok0k berkepul. Rupanya, dia sebenarnya kaki n4jis dad4h.

Panjang ceritanya, sebenarnya aku dah lama syak tapi tiada bukti sehingga orang lain yang beritahu… Bayangkan betapa kecewanya aku suamiku pen4gih dad4h. Bila kumengadu pada keluarganya mereka buat tak tahu, yang mereka tahu cari salah aku.

Main perempuan, pen4gih, tak bagi nafkah, tak sefahaman, aku tak serasi keluarga mentua, dia tak hormat mak ayahku, tak ambil peranan jaga anak, kenapa aku mesti terus bertahan dengan perhubungan yang retak menanti beIah..

Lama, tujuh tahun baru ku bersungguh meminta cerai, selepas berkali solat istikharah, akhirnya dia lepaskan taIak. Aku rasa bebas. Bebas dari rasa kecewa dan s4kit hati, tapi sebenarnya aku juga sedih, anak ini terp4ksa melalui kehidupan dengan ibu dan ayah berpisah.

Sepanjang tujuh tahun, must4hil tiada langsung kebaikan darinya… Ada, kenangan itu sering membuatku termenung bersedih kerana pasti aku juga ada kelemahan dan keburukan yang tidak melayakkan aku lulus sebagai isteri dan menantu..

Sesuatu yang agak terkesan kini, aku disahkan mengidap peny4kit kr0nik yang jangka hayat tidak lama.

Aku mula memikirkan takut s4kit dan takut kem4tian tanpa bersedia, aku rasa sangat kurang amalan dan memikirkan anak yang akan ditinggalkan, adakah hak jagaannya akan diberi kepada bapa.

Aku muskil dengan sikap buruk bapanya.. Aku mula s4kit – s4kit dan aku tak mahu menyusahkan ibu bapaku jika ku s4kit.. Adakah ini kifarah.. – Eida (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ellyuna Rose : Semoga saudari dipermudahkan urusan.. ujian Allah untuk saudari pasti ada hikmahnya. Sentiasa optimis dengan Allah.. mana – mana wanita memang mengimpikan kebahagiaan setelah berkahwin tapi x semua yang dapat bersama hingga akhir hayat dalam hubungn suami isteri. Ujian Allah pelbagai bentuk, ujian itu menguji keimanan kita dan ganjarannya sangat besar bagi yang berjaya.. moga saudari sentiasa dalam Iindungan Allah..

Hazwani Abdullah : Kalau ikutkan memang hak jagaan anak lepas isteri meninggaI jatuh pada bapanya.. tapi kalau dapat buktikan yang dia tu pen4gih dad4h x bekerja semua, memang bleh dapat hak kepada sesiapa yang sis percaya nak letakkan hak jagaan anak tersebut.. in sya Allah umur sis panjang untuk besarkan anak.. dalam masa yang sama sis bleh jugak buat wasi4t siap – siap.. saya salah sorang perunding harta pusaka di bawah assalihin trustee berhad di mana kami ada buat penulisan wasi4t, hibah & macam – macam lagi mengenai harta pusaka & amanah anak – anak bawah umur.

Madira Zafirah : Sungguh! ujian dunia ini untuk awak… Bertabah dan bersabarlah. Banyakkan berdoa, solat taubat dan solat hajat. InsyaAllah mak ayah awak ada untuk jaga anak awak. Buatlah persedian sebaik mungkin untuk anak awak sama ada dari segi harta, amanah pada orang yang akan menjaga dan pendidikannya. Semoga awak terus kuat dan tabah demi anak awak.

Derwena Mohd Bazain : Saya doakan TT berfikiran positif sentiasa .TT bertuah dapat tahu awal peny4kit TT agar TT boleh bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Namun, jangan rasa putvs asa berusaha untuk mencari dan dapatkan kesembuhan kerana Allah sebenar – sebenarNya Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Lega kerana TT dah bebas dari belenggu suami yang sedemikian, pandang ke hadapan dan siapkan perisai untuk anak dan masa depannya. InshaAllah.. moga TT diberi kemudahan dan masa. stay strong and keep positive.

Mush Mush : Puan, nikm4ti hidup ini, jangan terlalu salahkn diri, selagi hayat di kandung badan, bina memori indah bersamanye, ajari selagi bole si anak agar dapat membina kehidupan ini, selitkn selagi bole nasihat, guideline dan amalan ilmu. Live your life di samping amal ibadah, selebih itu biarlah di tangan tuhan. Puan, ini bukan kifarah sebab puan bercerai dengan bekas suami, Allah nak cuci d0sa puan, puan… tolong hidup dengan bahagia jangan sia -siakan. Berhenti salahkn diri.