Belum kahwin lagi tapi bakal suami dan sibuk cari calon madu

Saya memang seorang yang menjaga batas pergaulan dengan lelaki. Saya taaruf dengan seorang lelaki, memang atas sebab nak cari calon suami. Banyak soalan yang saya tanya dan salah satunya dia bagitahu yang dia terima poIigami. Selepas masing – masing dah jumpa keluarga dan buat persiapan perkahwinan, rupa – rupanya dia sedang giat cari calon madu. Saya tak sangka secepat itu…

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum buat semua pembaca. PoIigami. Perkataan yang buat orang patah hati dengar terutama untuk kaum wanita. Saya tak ada kawan lelaki. Cuma yang kenal kat kelas je. Itupun saya tak simpan atau tak pernah nak kenal lebih rapat dengan mereka. Sebab, tak ade sebab pun perlu nak jadi rakan baik dengan mereka. Seboleh mungkin nak meminimumkan pergaulan dengan orang lelaki.

Saya taaruf (kenal) dengan seorang lelaki ni, atas sebab memang nak mencari bakal suami. Memang segan habis. Apa saya buat, saya bagi dia macam – macam soalan. Tentang beberapa aspek yang saya nak tahu pasal dia. Latar belakang, biodata, pegangan agama, status kewangan, keperluan dia, kesihatan dia , ada aIergy ke tak, benda – benda macam ni lah.

Dalam part pegangan agama, dia tanda, dia terima poIigami. Saya maklum hukvm poIigami dalam Islam. Kami kemudiannya bersetuju untuk terus jumpa dengan ibu bapa masing – masing. Saya maklumkan dengan ibu bapa saya hal dia, dan dia pun maklumkan kat ibu bapa dia. Kami masing – masing buat persediaan.

Isu timbul bila mana, saya dapat tahu rupanya, dia sedang giat mencari calon – calon madu. Memang saya terima poIigami tapi saya tak sangka ia terlalu awal. Kami belum kahwin pun lagi. Belum stabil sebagai suami isteri. Ada banyak perkara lagi yang saya belum belajar tentang dia. Ya, memang saya sentiasa impikan bercinta selepas nikah. Tapi, saya tak tahu sama ada saya boleh pupuk atau tak perasaan tu sekarang. Sebab kami belum apa – apa lagi dan dia dah mula cari calon madu.

Saya cuba utarakan kat dia pendapat saya, tapi dia bid4s. Dia cakap, sekali saya terima poIigami, tak kisah bila kahwin. PoIigami tu masih sah. Masih boleh Jalan. Tak perlu tunggu bila, selepas sebulan kahwin pun boleh je kalau nak mula poIigami dah saya terkedu dengar dia cakap camtu.

Kalau ikutkan keseluruhannya dia memang ok dan saya tak mahu tolak dia hanya sebab poIigami je sebab dalam Islam poIigami memang boleh. Saya tak mahu tolak hukvm Allah tapi, saya tak nafikan, hati perempuanku agak retak bila dia langsung tak fikir pasal perasaan orang.

Saya nak bagitahu ibu bapa saya nak batalkan perkahwinan, tapi saya fikir balik. Fikir panjang, persiapan kahwin dah mula. Saya ada terfikir nak hadap je semua ni. Mesti ada hikmah di sebalik semua ni tapi saya tak rasa saya kuat untuk laluinya nanti. Saya muda lagi, baru 26 tahun. Banyak benda lain yang saya boleh buat selain dari fikir pasal kahwin.. Melancong ke, umrah ke.

Tapi bila fikir balik, saya cuma alihkan celaru hati saya tu ke tempat lain. Tapi ia masih tak boleh selesaikan masalah dan jauh di sudut hati saya sebenarnya tak sedia bermadu awal. Tak sedia poIigami, dan rasa macam tak ikhlas dengan hukvm Allah. Saya tak nak jadi h4mba Allah yang tak terima hukvm Allah.

Dia orang yang baik. Kalau saya tolak dia, memang terang – terang sebab saya tak sedia berpoIigami, dan saya terang – terang tolak hukvm Allah. Tapi kalau saya terima dia pun, hati ni tak akan ikhlas, mesti tak tenteram. Saya tak mahu hati saya ni, ada rasa macam salahkan Allah dan tak redha.. – cik bakal pengantin

Komen Warganet :

Chan Mian : Itulah masalah dengan orang yang terIampau nak alim ni. Laki senang – senang je cari calon nak poIigami kononnya dibenarkan dalam Islam. Bila bantah, cakap sikit kata kita tolak hukvm Allah. Yang depan mata pun tak terjaga, nak plak cari calon lain. Musykil betul.

A’liyah Ahmad : Aku tak faham. Laki tu sebok sangat nak berpoIigami sebab dia dah mahir sangat ke bab perkahwinan? Berbini satu pun belum tahu macam mana, ini kan pula nak berbini – bini. Apa punya orang. Kepada sister, fikir masak – masak la kalau nak kahwin laki macam ni. Kalau belum kahwin pun dah macam ni, jangan berendam air mata dan makan hati berulam jantung pulak nanti. Kita bukan menafikan konsep poIigami dalam Islam tapi ternyata cara dan justifikasi lelaki itu macam berIandaskan nafsu semata.

Syamil Fahmi : Tolak je la sis, poIigami ni dah lama wujud sebelum islam lagi, cuma islam menghadkan berapa jumlah yang dibenarkan untuk poIigami tu je, hukvm Allah ni luas bukan bab kahwin je yang nak kena ikut. Lagipun benda sunat, lain la kalau hukvm wajib. pandai plak laki tu cakap “selepas sebulan kahwin boleh je kalau nak mula poIigami dah..” apa dia ingat pinang anak orang tu setakat nak halalkan hubungan je ke? Bab d0sa pahala bini, anak – anak kena pikir gak, sebab tu Allah cakap satu dah la, sebab Dia tahu manusia ni susah nak berlaku adil.

Khairul Haqeem : PoIigami memang boleh, tapi yang lelaki lelaki sekarang ni tak faham, mampukah berlaku adil kepada kedua dua isteri. Bukannya kena bahagi sama rata hak batin dan hak zahir, kena letak pada tempat yang sesuai. Kalau salah seorang isteri terasa, bukankah tu dah tak adil? Belum lagi masuk bab nafkah dan sebagainya. Brothers in islam, bukan saya menghalang kalian nak berpoIigami, tapi fahamlah ape yang Rasulullah cuba ajar melalui poIigami, bukannye main ikut je pemahaman tak ade. Kopiah atau tak ade kopiah saya nasihatkan sis pikir masak – masak dulu

Ishmah Musfirah : Ye, memang poIigami itu harus. tapi hukvmnya boleh berubah ikut situasi. Yang penting perlaksanaan poIigami tidak wajar digalakkan ataupun dihar4mkan sewenang – wenangnya, simple. Saya tak kisah orang lain berpoIigami dan saya juga risaukan kepentingan akhir4t saya, jadi saya tak terima jika bapa saya berpoIigami dan di masa depan suami juga, sekian. Wanita ada hak untuk terima atau tolak. Bahkan isteri boleh memilih jalan penceraian dengan baik jika suami ingin berpoIigami. Tak ade konsep derh4ka pada suami (seperti yang dicanang – canangkan oleh orang sekeliling) jika wanita memilih untuk dilepaskan.

Hanim Norlaila Mamat : Hmmm, cuba cerita kat mak dan ayah. Kalau diorang dengar barangkali bukan awak yang batalkan perkahwinan tapi mak ayah awak yang tolong cakapkan. Dia macam agak eg0 je. Kahwin 1 pun belum dah cari calon madu. Berduit sangatkah? Hensem sangatkah? Dia sempurna sangatkah? Walaupun syarat nak poIigami bukan bererti sempurna tapi dia agak over. Sebelum kahwin dah tak nak mengalah, dah kahwin nanti semua dia betul payah gak. Masa tu nak pusing balik laaagiii payah.