Sejak perniagaan saya merosot akibat Covid, mak selalu tengking bila bercakap dengan saya

Saya dah berkahwin dan tinggal dengan mak ayah saya. Sebelum ni memang setiap minggu saya akan belikan barang – barang basah seperti sotong, udang, ikan siakap tapi bila perniagaan merosot saya tak mampu. Saya boleh beli telur, ayam, sayur dan ikan kembung je. Mak pula tiba – tiba bersikap dingin dan tengking – tengking bila bercakap dengan saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada admin dan semua pembaca. Saya ingin kongsi dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya sekarang. Saya seorang wanita yang sudah berkahwin selama 3 tahun dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Suami saya kerja biasa – biasa je tapi alhamdulillah mampu sara kami dan saya plak berniaga. Selepas berkahwin kami menumpang di rumah mak ayah saya..

Walaupun kami menumpang tapi makanan basah setiap minggu saya beli untuk kegunaan kami semua. Erti kata memang saya akan beli jika barang dapur kurang sebab saya pun berniaga kat pasar pagi. Jadi memang senang untuk dapat barang basah. Saya tak pernah berkira untuk beli semua tu sebab fikirkan diri yang hidup menumpang di rumah mak ayah. Rumah kami tengah naik bata sekarang.

Masalah mula timbul dekat sini ialah semenjak covid meIanda jualan saya agak merosot dan saya kurang beli barang basah macam sebelum covid. Saya hanya mampu beli telur, ayam, sayur dan ikan kembung je. Sebelum ni sotong udang ikan siakap ke apa memang saya tak kisah sebab jualan dulu memang laku. Sekarang ni memang kurang. Kadang – kadang hanya dapat RM40 belum lagi tolak tapak berniaga dan minyak kereta..

Saya sedih mak saya macam nak bercakap tak bercakap dengan saya sekarang ni… Bila saya tanya apa – apa mak saya jawab tengking – tengking saya memang tak tahu apa puncanya. Kadang – kadang mak tengah berborak dengan adik – adik dan kakak bila saya datang mesti diorang diam, saya rasa terasing. Saya sedih sangat – sangat sebab saya tak tahu apa salah silap saya. Sekarang saya dan suami dah nak pindah masuk rumah sewa bulan 12 ni.

Suami pun sedih tengok mak saya buat macam tu kat saya tanpa saya tau salah silap saya… Adakah keputvsan saya untuk tinggal rumah sewa keputvsan yang betul. Saya buntu saya tak mau mak saya anggap saya anak derh4ka. Saya rasa terasing dalam rumah tu bila mak saya sendri tak nak bercakap dengan saya. Saya dengan suami memang tak ada  masalah rumah tangga.

Komen Warganet :

Felinna Fattah : Sebab itu dalam Islam bila berkahwin sebaiknya suami dan isteri ada penempatan sendiri. Semoga Allah mudahkan urusan Tt dan ibu. Tak boleh nak judge sebab tak tahu apa cerita sebeIah mak TT, mungkin bukan sebab TT tak beli barang basah tapi sebab benda lain sebab TT pun masih belum tahu kenapa mak berperangai macam tu.

Tapi jika betul sebab bahan basah yang berkurang mungkin mainan sya1tan untuk ganggu keluarga Tt, sebab tu dari awal memang Islam dah ajar, KAHWIN je suami perlu bagi penempatan untuk isteri. Jadi tak ada istilah derh4ka kalau keluar dengan baik. Cium tangan, cium dahi dan minta maaf. Apa pun yang terjadi mak akan tetap sayang anak. Jangan cepat buruk sangka

Nurul Amalina : Keputvsan yang puan ambik tu memang sangat – sangat betul. Dalam Islam pun tak cakap berd0sa kalau tak tinggal dengan keluarga sendiri atau mertua. Apa guna hidup dengan keluarga kalau dalam persikitaran yang penuh t0ksik. Anak – anak nak membesar pun jadi tak happy tengok family macam tu. Duduk asing bukan bermakna benci, tapi untuk kebaikan bersama. Keluarga puan senang hati, puan satu family pun bahagia. Boleh buat apa je dekat rumah sendiri tanpa fikir sapa  – sapa.

Tanggungjawab beli barang keperluan tu bukan tanggungjawab puan, itu tanggungjwb suami puan. Sepatutnya keluarga puan bersyukur dengan apa yang ada, bukan jatuhkan lagi air muka puan. Tapi tak apa, anggap tu semua dugaan dari Allah nak bagi puan kenal siapa kawan, siapa Iawan. Siapa gunt1ng dalam Iipatan dan siapa yang ada masa puan susah.

Berdoa semoga keluarga puan tu berubah berfikiran positive, orang lain ada satu lauk atas meja pun dah bersyukur. Kalau masih mampu beli ayam, ikan tu bermakna masih ada rezeki Allah bagi. BERSYUKUR DENGAN NIKMAT SEMENTARA YANG ALLAH BAGI. Bila sampai masa, semua yang kita ada ni akan kembali pada yang berhak.

Paizah Yusoff : Bagusla pindah dan merasa hidup sendiri. Makcik pun ada 5 tahun pengalaman hidup bersama anak lelaki menantu pompuan dan cucu. Tapi rasanya tak ada masalah pun. Makcik tak kisah menantu nak buat kerja ke tak ke, nak masak ke tak ke. Kalau makcik rasa nak masak, makcik masak untuk semua. Kalau menantu nak tambah masak yang lain pun makcik tak kisah.

Kalau ada terasa – terasa hati tu tak payahlah kira sangat. Hinggalah menantu bagitau nak pindah, masa tu sedih sangat. Terp4ksa berpisah dengan anak menantu dan cucu tersayang. Tapi rasa sangat gembira kerana anak mampu membelikan rumah untuk anak dan isterinya. Alhamdulillah, demi untuk kebahagiaan mereka, makcik sedih pun tak apa..

Wada Wada Syuhaida : Dah merasa sis walau dengan keluarga kandung sendiri pun. Sampaikan saya rasa mak saya ajak saya duduk sekali hanya untuk kesenangn dia sahaja. Tambah – tambah lagi sekarang tengah pregnant setelah hampir 5 tahun menanti. Kadang – kadang terdengar macam – macam dia cakap pada baby dalam kandungan bila ada perseIisihan dengan saya.

Dan suami pun sangat – sangat terasa sebab dia sendiri pernah dengar mak cakap bukan – bukan pada baby.  Sebelum ni saya menyewa sendiri, tapi oleh kerana mak saya yang beria ajak kami duduk dengan dia, nak tak nak duduk jugak laa. Duduk tak sampai setahun pun and sekarang alhamdulillah hampir sebulan dah kami suami isteri menyewa luar. Rasa tenang sangat – sangat.

Anggerik Zainuddin : Keputvsan yang terbaik nak duduk rumah sewa. Biarlah buruk di mata mak awak, awak teruskan aje gi keluar dari rumah mak awak. Kebiasan manusia masa kita sedang kaya berduit akan di puja tapi masa tak ada apa – apa akan di h1na. Berbudi tak selalu di kenang silap sedikit ungkit bertahun – tahun. Sabar dan terus berbuat baik kepada mak bapak dan adik beradik tapi selepas ini berpada-padalah.

Filzah Adilah : Baguslah dah jumpa rumah sewa untuk sementara. Itu yang terbaik. Bila duduk rumah sendiri, kita yang rancang kewangan sendiri. Lebih jimat dan ekonomi berbanding beli macam – macam tapi orang tak tau nilai. Contohnya dah duduk rumah sendiri nanti insyaAllah kalau ada duit lebih, boleh hulurkan kat mak RM300 sebulan (ni contoh). Dia akan nampak la bila dapat duit segedebuk macamtu. Itu lebih berbaloi daripada awak beli barang dapur tiap – tiap hari, total sebulan tak tau berapa ratus, ye laa sotong udang semua tu pun mahal, saya pun tak pernah beli, tapi bila awak beri sikit je terus tarik muka. Takpe lah. Doa je la yg baik-baik.