Setiap kali balik kampung abang mesti hulur duit dekat mak abah, lepas tu kak ipar pun hulur jugak

Mesti kak ipar terk3jut bila masuk dengan keluarga kami yang ramai ni. Tapi saya perasan apa yang abang dan kak ipar saya beli untuk mak dan abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak dan pak mentua dia. Sama brand, sama warna. Size je tak sama. Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut dan handbag besan dia sama dengan dia punya.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konfIik keluarga. Saya pun nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kita semua dapat ambil iktibar dan contoh.
Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan kepada adik – adik yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula – mula kahwin dengan kakak ipar saya). Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secara penuh, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang – kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terk3jut masuk keluarga kitorang yang ya ampun ramai ni.

Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik – adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana. Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua – dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang abang dan kak ipar saya beli untuk mak dan abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak dan pak mentua dia. Sama brand, sama warna. Size je tak sama. Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut dan handbag besan dia sama dengan dia punya.

Kak ipar saya pulak, pant4ng belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya. Bukan setakat tu, setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya. Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan – jalan, bulan depan pasti giliran mak dan pak mentua.

Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua – dua ni berkasar dengan orang tua. Cara dorang memuliakan ibu bapa masing – masing sangatlah saya kagumi. Dari gaji yang cukup – cukup makan sampai lah hidup senang lenang. Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing – masing walaupun ada yang belum bertemu jod0h tapi alhamdulillah semua bekerjaya.

Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia “pegang hati orang tua, doa dorang tak ade tandingannya. Bahagiakan mak abah dan mak ayah mertua. Jangan Iokek dengan adik beradik dan ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Keutamaan.”

Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata “sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak. Akak tak pernah nampak awak semua sebagai ‘alah just adik ipar’. Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik – adik kandung. Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua, kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa. Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita.”

Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang. Apa yang saya tahu dua – dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang dan kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghorm4ti orang tua. Dua – dua tahu tanggungjawab masing – masing.

Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah. Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya ” ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi.”

Nak tau apa akak ipar saya jawab? ” itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping lebih sikit bulan ni hehe.”

Bila saya tengok akak ipar, saya berdoa satu hari nanti jika saya diberikan peluang untuk berkahwin dan mempunyai keluarga mertua, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.

Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya. Tapi kalau suami tahu kalau dengan memuliakan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga.

Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa sekurang – kurangnya yang sentiasa bersama kita. Untuk hati – hati yang terIuka sebab konfIik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati – hati yang terIuka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami dan menyayangi. – nana

Komen Warganet :

Nawar Rutherford : Alhamdulillah. Doalah supaya jod0h kita untuk masa depan nanti macam ni. Mereka berdua melengkapi antara satu sama lain. Ni baru betul relationship goal. Semoga mereka diredhai Allah. Jadikan luahan ini sebagai semangat untuk kita jadi lebih baik. Jadikan iktibar. Bila kita buat orang happy, kita pun sendiri akan happy dan rasa barakah dia. SaIute la kat pasangan ni. Doakan kita semua jadi macam dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhir4t. aamiin

Rahimah Mohamed : Alhamdulillah. Tepat sekali apa yang dikongsikan Nana tu. InshaAllah kami buat benda yang sama pada ibubapa dan ibubapa mertua. Mereka didahuIukan walau dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun saya dan suami pendapatan tak seberapa tetapi sentiasa cukup, sentiasa dipermudahkan urusan.

Azah Ahmad : Abang sulung saya pun macam ni. Ketika hanya dia sahaja yang berkahwin dalam keluarga kami, setiap kali beli baju raya, dia akan bagi kami pilih dulu, yang lebih baru kakak ipar punya, tapi selalunya mak akan pilih siap – siap utk menantu dia, kalau biarkan kami, confirmlah kami yang pilih dan baki untuk kakak ipar!!

Tapi sehingga kini kakak ipar sulung mahupun yang kedua kami anggap macam keluarga sendiri. Gaji pertama saya, semua ipar – ipar dan abang kakak dapat baju kurung dan baju kemeja. Kini saya pun dah berkahwin, ada keluarga mentua. Alhamdulillah, mereka menerima saya seadanya. Yang penting ikhlas dan hormat kepada yang lebih tua.

Rozila Kasim : Alhamdulillah, keluarga awak, keluarga yang baik – baik. Tak ambil kesempatan pada abang dan kakak ipar. Tak membuIi kakak ipar. Tak macam kisah yang saya baca sebelum ni. Perbelanjaan sekolah anak – anak saud4ra pun dia yang tanggung, bukan saja adik – adik. Tak semua orang ada keluarga macam awak. Bersyukurlah.

Siti Nordiana : Kagum, baca sambil mengalir airmata sebab terharu. Mulianya hati diorang. Betul laa kata org, semuanye atas peranan sang suami. Jika suami layan ibu bapa mertua sama sperti ibu bapa kandung, sang isteri pon pasti boleh buat begitu. Tapi yang banyaknya, suami je yang suruh isteri terima keluarga dia, keluarga beIah isteri suami endah tak endah.