Mak mertua nak semuanya sempurna, dia akan pastikan makanan banyak dan meriah di pagi raya. Tapi anak – anaknya pemalas, tahap kemalasan itu adalah sampah merata – rata di dalam bilik tidak dibuang. Makan, tinggal sampah, cawan dan pinggan di atas meja di atas lantai.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca. Oh ya, sebelum terlupa Selamat Hari Ibu. Naluri seorang Ibu sayangkan anak – anak. Ada 3 jenis Ibu, Ibu ‘rasi0nal’, ‘natural’ dan ‘deniaI’.
Ibu rati0nal. Bertindak mengikut keadaan. Bercakap berdasarkan fakta. Sayang dalam ketegasan dan mahu anak – anak berdikari. Selalunya garang. Bila marah selalunya akan jadi singa. Ibu natural. A very calm mom.
Bercakap dan didik anak dalam t0ne suara yang paling lembut. Tegur anak dalam berhikmah. Ibu – ibu sebegini selalunya bff anak – anak. Bukan senang ibu nak berada dalam state of caImness begini.
Ibu deniaI. Ibu yang memend4m. Walaupun semua ibu naturally pr0tective, tapi kali ini pr0tective berganda walaupun anak melakukan kesalahan yang jelas. Dan kali ini aku ingin menceritakan yang lebih tentang ibu in deniaI.
Aku juga seorang Ibu, pasti setiap orang membesarkan anak dengan cara yang berbeza. Tapi bagi aku, anak – anak perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan hakik4t kehidupan yang sebenar. Apa maksud tanggungjawab?
Seusai anak sudah boleh paham dan menerima arahan, anak – anak boleh mula contohnya mengemas katil sendiri, masuk baju kotor di dalam bakul, dan tugas – tugas sesuai seiring dengan usia, supaya bila dewasa dia tahu tanggungjawabnya di rumah.
Hakik4t hidup adalah apabila anak sudah mula paham dan kadangkala meminta, contohnya KFC pada hujung bulan sebelum gaji, ibu bapa perlu menerangkan bahawa KFC itu akan dibeli selepas gaji dan bukan sekarang kerana faktor kewangan dan pri0riti.
Nampak complicated. Tetapi anak – anak umpama span. Selagi kita menerangkan dengan sebaik – baiknya, mungkin kali pertama mereka tidak faham, tetapi lama kelamaan mereka akur.
Benar, kita menyayangi anak – anak dan kadangkala ingin penuhi semua permintaan mereka, namun jika mereka tidak belajar tentang hakik4t hidup, kita menanam t0ksik dalam kehidupan mereka yang akan datang.
Maafkan aku jika permulaan aku terlalu panjang. Aku cuma ingin menerangkan situasi betapa pentingnya pendidikan awal dari ibu bapa terutamanya seorang ibu. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang mana ayahnya tak berfungsi.
Ertinya bapa tidak bekerja, selalu tiada di rumah, dan tidak melakukan hatta sekelumit kerja rumah pun. Kalau ada di rumah pun dia hanya tidur sepanjang hari. Mak melakukan semua. Dan hakik4tnya bolehkah seorang ibu yang bekerja dan penat, menguruskan rumah apabila balik bekerja?
Boleh tetapi bukanlah sempurna. Baju yang dah dibasuh tidak berIipat. Nasi dimasak, kadang – kadang ada lauk, kadang – kadang telur goreng sahaja. Baju sekolah tak sempat dibasuh. Kerja sekolah anak tak sempat di lihat kerana semua tugas digaIas mak.
Puncanya nenek aku seorang yang deniaI. Bapa tidak bekerja jadi nenek aku menyediakan makan minum setiap hari untuk bapa (rumah nenek hanya berdekatan), disediakan duit belanja. Dalam erti kata lain dia menjalankan kehidupannya seperti orang bujang sedangkan anak -anak di rumah tidak dijaga nafkah, makan dan minum.
Nenek hanya mendiamkan perkara ini walaupun dia tahu keadaan kami di rumah. Dan sering ahli keluarga bapa menyindir mak tentang rumah kami yang tidak bersih. Apabila raya kuih yang dihidangkan ala kadar, padahal mak yang menanggung semua, mana mungkin dapat terlihat sempurna?
Jadi nenek seorang ibu yang in deniaI, dan kami menjadi m4ngsa. Disebabkan itu, mak terbawa – bawa kepercayaan mengharapkan semua di bahu anak perempuan. Maka aku dengan tegasnya meminta mak supaya ‘melepaskan’ anak – anak lelaki.
Melepaskan di sini membawa maksud, selepas mereka habis belajar, mak berhentilah tanggung mereka dan biarlah mereka berdikari mencari kerja. Kerana mereka mampu dan ada kudrat itu. Dan benar, mak aku seorang ibu yang deniaI juga.
Bertahun – tahun menanggung anak lelaki yang sudah dewasa, tidak bekerja tetap dan akhirnya berkahwin, dan masih ditanggung mak pada beberapa tahun awal perkahwinan. Anak – anak perempuan? Kami pandai berdikari, awal – awal mak sudah lepaskan.
Nenek? Nenek sebelum meningg4Ikan kami, masih menanggung anak lelaki bongsunya yang hampir berusia 40an. Adakah seorang ibu hanya beIa anak lelaki? Ya dan tidak. Ketika aku kenal mommy (mak mertua), aku baru sahaja berkahwin.
Memang rutin aku akan bangun awal, kerana mommy bukanlah sihat sangat, jika aku di rumah mentua aku akan tolong apa yang patut. Teringat jika hari raya di rumah mertua, aku akan menangis seorang diri di dalam tandas kerana terlalu penat memasak.
Mommy perfecti0nist. Dia akan pastikan makanan banyak dan meriah di pagi raya. Mana anak – anak yang lain? Jika hari biasa, mommy cakap anak – anaknya penat dengan kelas, sebab tu tidur sampai tengahari belum bangun.
Jika hari raya, hanya diam tiada alasan kerana yang berbau lauk pauk itu aku, dan yang bermake up dan wangi – wangian itu anak – anaknya. Anak – anak perempuannya tidak masak di dapur. Anak lelakinya tidak boleh susah – susah, semua isteri perlu sediakan.
Tahap kemalasan itu adalah sampah merata – rata di dalam bilik tidak dibuang. Makan, tinggal sampah, cawan dan pinggan di atas meja di atas lantai. Tidak bekerja tapi mengharap makan sedap – sedap, bercuti di luar negara.
Alhamdulilah suamiku terkecuali, dia ringan tuIang. Part ni aku bersyukur sangat. Dan tidak lama selepas itu mommy tinggalkan kami dalam keadaan meng3jut. Umur anak – anak semua lebih 20 tahun tetapi basuh dan Iipat baju pun mommy buatkan.
Anak – anaknya tak boleh nak berdikari. Dah besar tak tahu memasak dan mengemas. Akhirnya selepas beberapa tahun mommy tinggalkan kami, adik – adik iparku yang perempuan sudah pandai menguruskan rumah dan memasak.
Namun kesannya kepada anak lelaki masih sama. Masih malas, tidak bekerja. Mengharapkan isteri melakukan semua kerja. Tetapi jangan risau, isterinya tak kisah kerana dia isteri yang in deniaI juga.
Tak perlulah aku menerangkan panjang lebar mengenai ini. Bapa mertuaku awal – awal sudah berkahwin lain sebab? Ya, sebelum ini mommy buat semua. Dan bapa hidup janggaI tanpa isteri menguruskan hidupnya.
Peringatan kepada kita sebagai ibu bapa, anak – anak apabila dilahirkan ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Anak – anak juga adalah cerminan ibu bapa. Jika melihat ibu bapa menjalani hidup dengan penuh tanggungjawab, anak – anak juga akan turut serta mencontohi.
Bagaimana kita mengharap sikap anak – anak apabila dewasa, begitulah sikap yang patut kita praktikkan bermula dari rumah, seawal usia. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Ringankan beban, kerja dipikuI bersama, barulah benar RAYA. – Teratai Di Tasik Jingga (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cikgu Mary : Sebab tu beza istilah ‘beIa’ dan ‘didik’. Itik ayam belakang rumah tu saya beIa, hari – hari saya bagi makan, gemuk belaka. Tapi anak – anak dalam rumah ni saya didik selain adab makan minum, pendidikan, pengurusan diri dan hubungan dengan adik beradik rakan dan masyarakat, juga didikan terpenting iaitu hubungan dengan Allah.
Solatnya, mengaji. puasa, tauhidnya, akidahnya, dan sebagainya. Terlalu banyak yang perlu di didik untuk jadikan seorang anak yang bertanggungjawab. Sebab tu dulu Kementerian Pelajaran dan kini ditukar menjadi Kementerian Pendidikan. Kerja Mendidik Adalah Proses Berterusan Hingga Akhir Hayat.
Insyirah Soleha : Ibu mertua saya ada 6 anak lelaki, 2 anak perempuan. Seorang anak lelaki meningg4I masa remaja. Tapi ibu mertua sejak muda memang hardworking, ambil upah masak dan menjahit. Kalau malam raya ada tempahan orang kampung untuk juadah di masjid dan juga persendirian.
Biasanya anak – anak lelaki lah tolong kerja yang berat. Anak dan menantu perempuan, kupas bawang, hir1s bawang. Anak lelaki tak dibiar tidur sepanjang hari. Ada yang kena mengemas, ada yang memasak.
Suami pula memang banyak membesar di asrama, lepas tu belajar masak dengan guru – guru. Sekarang, kami ada 4 anak lelaki. Sejak anak sulung usia 4 tahun dah ajar senduk nasi sendiri, kalau weekend anak – anak akan tolong suami memasak, saya tak boleh ajar anak memasak, sebab diorang banyak tanya.
Saya tak sabar Tapi, kemas bilik, sidai, angkat dan Iipat baju memang selalu saya ajak anak – anak buat sama. Sekarang yang sulung umur 10 tahun, saya ajar iron baju sendiri. Ini semua KEMAHIRAN HIDUP. Semua orang yang hidup kena belajar dan buat.
Lesung Kecik : Benda ni “normal” dalam masyarakat Melayu. Kaum lain tak tau lah kan. Sesetengah mak bapak hanya garang terhadap anak – anak perempuan, semua kerja disuruh buat, tidak boleh sebarangan keluar rumah.
Tapi anak lelaki keluar dan balik rumah suka hati. Kadang – kadang tak balik rumah sebab tidur rumah kawan. Esoknya balik ke rumah, mak tanya tidur mana barulah nak bagitau, pastu habis la cerita kat situ.
Time raya, anak perempuan buat semua, pasang langsir, kemas rumah, memasak, basuh pinggan. Manakala anak lelaki bangun tidur terus makan, pastu keluar beraya dengan kawan – kawan, bawa kawan – kawan balik rumah ramai – ramai pastu keluar lagi.
Nanti dah tengah malam balik untuk tidur. Bila anak – anak perempuan dah berkahwin dan tinggal berasingan dari ibu bapa, baru mak – mak akan rasa alahai penatnya nak kena beIa anak lelaki yang dah tua bangka, yang tak tau berdikari, tak kerja dan tunggu diberi makan je.
Najwa Mhsmdn : Mak saya selalu pesan ke saya, kalau nak elak anak jadi pemalas dan tak guna, tak mau dia dewasa jadi sangat depend pada pasangan dia, ajarkan dia jadi rajin sejak kecil untuk buat kerja – kerja rumah, memasak both anak lelaki dan wanita.
Kalau ibu tak mendidik macam tu, bila pemalas dia akan jadi pemalas sampai ke tua. Dah tua sikap – sikap pemalas tak reti urus diri sentiasa harapkan orang akan jadi masalah bila dah kahwin nanti.
Kadang – kadang terfikir juga ada kes mak – mak Melayu ni sayangkan anak sampai tak pernah ajar pun sifat tanggungjawab melalui kerja – kerja di rumah. Inilah punca jadi King dalam rumah dan jangan lah harap dah tua bangka akan berubah
Angela E. James : Saya mak yang malas. Kecik – kecik lagi saya dah pegang kuasa vet0. Baju kotor mesti letak dalam bakul. Mainan sila simpan, kalau tak simpan, mak buang. Tidur, kalau tak tidur mak letak kat luar, gelap sorang – sorang.
Lepas makan pinggan letak singki. Lap meja. Mandi sendiri, pakai baju sendiri. Baju jangan terabur mak dah kemas. Esok kalau panjang umur, menantu laki aku nak tapis dulu. Kalau pesen serupa biawak aku ker4t awal dulu lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.