Sebab saya sayangkan awak, biar saya yang failkan cerai. Biar orang nampak saya yang salah

Tiba – tiba awak cakap lepas PKP nak pergi mahkamah. 5 tahun bercinta, 3 tahun kita kahwin. Tapi kita bercerai sebab awak cakap tak ada perasaan, awak rasa kosong. Senang kan??

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah saya, sampai sekarang saya masih tak dapat move on, sampai sekarang saya masih sayangkan dia. Suami yang paling saya hormat dan sayang berubah sekelip mata.

Sebagai seorang isteri, Allah berikan kita naluri bila suami kita mula berubah. Awak mula tak balik rumah, awak cakap awak busy sebab nak kejar sales. Saya faham, saya bagi awak keluar sampai malam.

Sedikit pun saya tak pernah haIang, sebab awak nak cari rezeki untuk keluarga kita. Awak mula berubah bila awak mula tak balik rumah. Saya cakap saya s4kit tapi awak tetap tak balik rumah. Siang malam saya tunggu awak balik rumah.

Saya sanggup tunggu awak balik sampai pagi sebab nak berbincang apa masalah awak. Bila saya nak berbincang awak cakap awak penat, awak tinggalkan saya tidur sorang – sorang. Awak cakap awak “tiada perasaan” kat saya lagi.

Perasaan awak dekat saya menjadi kosong. Saya ditinggalkan tanpa beIas kasihan. Saya merayu supaya saya tidak diceraikan, awak cakap awak kena lepaskan saya. Sejak awak tak balik saya cari kawan awak untuk tanyakan keadaan awak.

Saya mula menyiasat apa sebenarnya berlaku, saya check statement bill awak, awak asyik call satu nombor ni. Awak berg4yut sampai 2, 3 jam. Saya tanyakan kawan awak, kenapa number ni dia selalu dail. Kawan awak cakap itu biasa, mungkin pasal kerja.

Kemudian saya tanya lagi, adakah perempuan itu dah kahwin. Kawan awak cakap, ya. Saya lega bila dengar kawan awak cakap macam tu. Lepas tu awak masih tak balik, saya mintak kawan awak untuk selalu tengokkan awak.

Lepas itu saya dapat mesej daripada awak, awak cakap kenapa perlu libatkan perempuan itu? Awak hanya cakap “lupakan saya” “lupakan saya” “lupakan saya”. Sampai hati awak! Salahkah seorang isteri risau akan suaminya?

Saya tak tahu nak buat apa lagi, saya call mak mertua (mama) ceritakan tentang perubahan suami. Saya mintak mama tolong tengokkan dia, apa masalah dia. Saya risau sangat. Dia mula tak balik rumah, dia pergi tidur rumah mama.

Saya serba tak kena, sampai saya naik grab pergi rumah mama. Tapi, kedatangan saya macam tak disambut dengan baik. Awak cakap awak busy, jadual awak penuh. Saya tahu awak nak pergi jumpa perempuan tu.

Sampai hati awak lebihkan perempuan dari saya isteri awak. Awak sanggup belikan semuanya untuk perempuan tu, awak sanggup belikan bunga, bag, sedangkan saya jadi isteri awak selama 3 tahun, sekuntum bunga pun saya tak pernah dapat.

Saya isterimu, tapi saya tak dapat nak call awak, saya tak dapat mesej, saya tak dapat jumpa awak. Kalau saya rindu awak, saya kena email. Sedangkan saya ni isterimu, hak saya lagi tinggi berbanding perempuan tu.

S4kit sangat semua perbuatan mu. Saya terp4ksa buat keputvsan untuk pindah dari rumah sewa. Sebab saya tak mampu nak bayar sewa rumah sorang – sorang. Saya email untuk mintak izin untuk pindah, untuk pergi bekerja, untuk semuanya.

Saya tak nak jadi isteri derh4ka. Tapi awak tak pernah baIas. Pada suatu hari awak baIas email saya, awak cakap awak akan balik rumah, awak akan pergi mahkamah selepas habis PKP. Bila awak sampai rumah, awak menangis.

Awak tak henti – henti menangis dan mintak maaf. Saya mintak awak fikir baik – baik sebelum buat apa – apa keputvsan. Lepas awak pergi awak peIuk saya, kita solat berjemaah sama – sama. Tapi selepas awak tinggalkan rumah, awak balik dengan per4ngai asal awak.

Awak langsung tak pedulikan saya. Saya email awak, saya mintak tolong awak teman saya sebab saya demam. Awak hanya reply “Maaf janji sekali je kan, hanya buat kerja macam biasa. Jangan buat kerja yang sia – sia.”

Sampai macam tu sekali awak layan saya? Disebabkan saya mintak satu hari awak luangkan masa sebagai hadiah anniversary kita, awak betol – betol tunaikan. Macam – macam saya usaha untuk selamatkan rumah tangga kita.

Saya pergi jumpa ustaz, saya minta untuk runding cara di pejabat agama. Saya betul – betul nak selamatkan rumah tangga saya. Saya mintak berbincang, awak tak pernah datang. Tapi awak boleh spend masa dengan perempuan tu setiap hari, awak boleh bawak dia dan anak – anaknya keluar berjalan.

Tapi saya isteri awak, awak tinggalkan saya sorang – sorang. S4kit dia hanya Allah saja yang tahu. Saya tahu rumah perempuan tu kat mana, saya tahu number telefon perempuan tu. Tapi, saya sikit pun tak pernah cari dia.

Sebab apa? Sebab saya hormat awak sebagai suami saya. Tapi awak tak pernah mengaku awak ada orang ketiga. Awak tak mengaku depan family awak ada orang lain. Cuma awak cakap awak kesian kat saya, awak tak boleh buat saya macam ni.

Awak letakkan saya list paling bawah untuk selesaikan masalah. Apa awak nak jawab dengan Allah nanti? Awak abaikan isteri awak. Berbuih mulut mama nasihatkan awak. Saya sampai kurus sebab saya tersiksa dengan perbuatan awak.

Disebabkan saya sangat sayangkan awak, saya ambil keputvsan untuk lepaskan awak. Biar saya yang failkan cerai, tak apa biar nampak semua salah saya. Saya tak nak awak terus – terusan menambah dosa. Awak g4ntung saya tak bertali.

Saya isi semua borang cerai, submit semua. Pada hari perbicaraan, awak masih cakap tak tahu, awak menangis. Tapi awak ceraikan saya jugak. Saya ingat bila saya buat macam ni, awak akan tarik balik. Awak akan menyesal, tapi awak tak pernah menyesal.

Sekarang selepas 2 bulan awak ceraikan saya, satu mesej pun tak pernah hantar untuk tanya khabar saya. Nafkah saya memang tak pernah awak nak bagi. Saya tahu saya bekerja, saya ada duit. Tapi nafkah itu wajib, kalau awak bagi RM10 pun saya terima.

Saya tak pernah mintak banyak. Tapi saya sabar, Allah akan beri rewards kepada orang yang sabar. Saya jumpa semua bukti, saya jumpa gambar awak dengan perempuan tu, kawan saya nampak awak keluar dengan dia.

Hati saya s4kit sangat, sampainya hati awak. Selama ini, saya tak pernah jaga awak dengan baik ke? Makan pakai awak tak pernah saya lupa. Bila awak tak ada duit, saya tolong. Awak pernah bersyukur tak menjadikan saya sebagai isteri awak?

Saya tak layak jadi isteri awak ke? Kadang – kadang sebagai manusia biasa, saya juga pernah buat silap. Tapi itu tugas awak untuk betulkan saya. Awak cakap dah cakap banyak kali masih saya buat jugak.

Masa ni saya sedar, bila orang dah tak suka, dia akan cari semua kesilapan kita. Susah senang kita selama ini senang je awak lupakan. Awak tak pernah hargai saya. S4kit sangat bila dikhi4nati oleh orang yang kita sayang.

Bukan pertama kali, tapi kali kedua. Sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya pun tak tahu kenapa. Sedangkan awak buat macam – macam kat saya. Setiap hari saya berdoa untuk awak, supaya awak sedar dan berubah.

Doakan saya dapat hilangkan semua perasaan ini. 5 tahun kita bercinta, 3 tahun kita kahwin. Tapi kita bercerai sebab awak cakap tak ada perasaan. Senangkan? Mudah sangat. Saya harap ini yang terbaik untuk kita.

Doakan supaya saya dapat maafkan awak dengan perempuan tu. Andai kita ada j0doh lagi, kita akan bersatu kembali. Saya yakin pada Allah, dia yang atur segala – galanya. Doakan supaya saya kuat dan tak menangis lagi. Terima kasih sebab bahagiakan saya. Saya sayang awak. Salam, – Alyaa Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rosjusuziana Jumaat Ali : Saya doakan Allah padamkan perasaan sayang dan cinta awak pada bekas suami. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berganda – ganda untuk awak. Big hvgs untuk awak.

Nonie Nuralia : Kadang – kadang kerana kita terlalu memuj4, terlalu takut kehilangan, terlalu bersandar dan terlalu yakin pada pasanganlah hati dan hidup kita akan diuji. Sebab kita lupa hati sesiapa pun bila – bila akan berubah. Dik.. lepaskan.

Berhenti mengharap pada manusia yang sudah mengakui tidak lagi punya perasaan. Berdoa banyak – banyak pada Allah SWT, minta Iupuskan dia dari ingatan dan padam dia di hati. Tidak mudah dan tidak singkat tetapi berusahalah. Semoga kembali tenang dan bahagia. In sha allah. Amiin.

Aisyah Nur : Masa akan ubati Iuka tu tt. InsyaAllah.. Jangan kenang lagi. Jangan tanya dia tak ingat ke apa yang awak berdua dah lalui, apa yang dah awak k0rbankan. Sebab kalau dia ingat dia takkan khi4nati hubungan.

Apa – apa masalah jangan mengadu dengan mertua. Jarang mertua nak sebeIahkan menantu. Itu anak dia. Dia akan sebeIahkan anak dia jugak. Sibukkan diri, f0kus kehidupan mendatang. InsyaAllah semuanya akan baik – baik.

Syaida Manja : Baru 2 bulan kan. Sama laa macam saya awal – awal dulu. Takpe sis. Nangis sepuas – puasnya. Rasa nak nangis , nangis ja. Saya dulu tiap kali solat. Mesti akan menangis. Sekarang dah 5 bulan saya diceraikan.

Macam tu jugak laa tiba – tiba berubah sekelip mata. Tapi bukan sebab orang ketiga sebab mertua. Ntah apa yang mertua hasut sampai ex saya macam tak pernah sayang saya. Siap taIak 3 lagi dia bagi. Sekarang alhamdulalh saya m4kin ok m4kin kuat.

Saya bl0ck habis semua tentang dia. Mesti sis pun tak kuat kan nak bl0ck rasa nak staIker ja kan. Sis kena cuba dan buat. Baru hati sis akan tenang. Sekarang ni saya dah m4kin pulih, rindu yaa tipu kalau tak rindu.

Kami masih lagi dalam fasa honeymoon tapi dah kena cerai. Yang paling s4kit lepas cerai 3 hari satu – satu Allah tunjuk. Ex komen dekat gambaq perempuan len. Ex cari bekas gf lama dia. So Allah pisahkan bersebab, sebab Allah lebih mengetahui diri kita.

Dulu saya macam tu jugak rasa macam tak mampu lupakan ex saya. Takkan ada lelaki len dapat bukak hati saya. Tapi sekarang saya rasa saya m4kin kuat dan mampu untuk hidup tanpa dia. Saya siap masuk p0rtal cari j0doh lagi untuk cari j0doh yang lagi baik.

Serik? Hahahaha. Saya tak pernah serik. Buat apa nak tak0t dengan benda blum jadi kan. Semoga sis kuat tabah dan yang paling penting. Stop staIker ex. Ubah diri jadi lebih baik. Kalau sebelum ni just solat fardu ja. Sekarang sis bangun buat solat-  solat sunat mintak kekuatan dri Allah. Semoga dipermudahkan.

Amelia Zainuddin : Saya doakan bila awak bangun dari tidur nanti, Allah hilangkan dia terus dari hati dan perasaan awak. Dan saya doakan dia rasa apa yg awak rasa satu hari nanti. Buat peny0ndol, enjoy la r4mpas kasih sayang suami orang puas – puas. Takkan bahagia. Kalau kau ada anak perempuan satu hari nanti, moga – moga diperlakukan jugak seperti ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.