Tiap – tiap hari aku tanya nenek apa salah aku? Nenek dengan wajah cuba ditenangkan tanya aku bersedia atau tidak nak dengar cerita sebenar. Aku angguk. Aku terus peIuk nenek. Patutlah ibu selalu panggil aku macam tu….
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sorry bercerita di sini, aku rasa sini je yang sesuai sebab tak dedahkan identiti. Nama aku N. Aku merupakan anak angkat yang dilahirkan di Kedah dan diambil untuk dijaga oleh ibu bapa angkat aku yang berasal dari Penang. Dari kecil aku memang tak pernah jumpa mak ayah kandung aku. Menurut nenek (mak ibu angkat aku) aku diambil ketika berusia seminggu.
Aku membesar dengan jayanya dan dijaga oleh nenek. Ibu ayah aku berniaga sendiri. Jarang ada dekat rumah. Neneklah yang urus aku dari a-z. Tidur pun aku tidur dengan nenek. Jarang aku dapat bermesra dengan ibu ayah. Dia orang kadang penat dan tak ada masa nak layan aku. Kadang tu aku yang jadi m4ngsa m4kian dia orang. Tapi aku kecil lagi apa nak hairan. Aku pun peIuklah bantal busuk lari – lari pergi bilik nenek nak tidur sama. Hasrat nak bermanja terkubvr macam tu je.
Bila aku dah besar, masuk sekolah rendah ibu selalu marah – marah. Katanya aku bod0h, tak pandai macam anak orang lain. Result math aku teruk. Dapat B tu ibu kata macam dapat b4bi. Aku nangis teruk hari tu. Balik rumah aku kena bant4i dengan ayah. Dia kata aku menghabiskan duit dia orang. Ingat bila kutip aku dapatlah beIa nasib mereka, bila aku berjaya dapatlah bantu dia orang jadi senang. Dia kata lagi aku ni suwei tak mewarisi kepandaian mak aku yang jadi ***** tu (aku tak nak sebut. Jaga sensitiviti) Hari tu baru aku tahu rupanya mak aku agak bekerjaya. Tapi nak buat mcm mana mak aku tak nak aku. Puas aku pujuk nenek cerita pasal emak kandung aku. Sampai ke sudah nenek diam.
Bila aku masuk sekolah menengah, time ni perniagaan ibu ayah agak merosot. Bila aku minta duit belanja sekolah, m4ki yang aku dapat. Anak pungut tak sedar diuntung. Anak pungut tak bawa apa – apa hasil. Menyesal kutip anak pungut macam kau. Ayat tu semua dah Iali dekat telinga aku. Ibu ayah bercerai masa aku tingkatan 3. Ayah suruh ibu beIa aku, tapi ibu suruh ayah. Ibu pindah duduk rumah lain. Ayah pun. Aku duduk tinggal berdua dengan nenek. 2 minggu lepas tu ibu datang ajak kami duduk dengan dia. Aku baru nak bahagia, ingat ibu dah berubah.
Rupa – rupanya aku jadi ‘bibik’ dekat sana. Hari – hari buat kerja rumah. Nenek nak buat tapi aku halang. Kesian nenek tak kuat sangat. Lepas balik sekolah ibu kerah tolong ibu meniaga di pasar malam. Aku suka, bila lagi nak berbakti pada ibu. Cuma yang aku tak suka, ibu gemar m4ki – m4ki aku. Kadang tu depan customer aku kena m4ki. Balik rumah ibu camp4k semua baju kotor, pinggan mangkuk, barang – barang niaga suruh aku kemaskan. Nak tak nak aku kena buat sebab ibu banyak berjasa.
Satu hari, masa aku habis SPM aku buat keputvsan untuk kerja. Nak tolong ibu luaskan lagi perniagaan pasar malam tu. aku kerja sungguh – sungguh dan dapat kumpul duit modal. Habis kerja aku nak balik rumah. Nak tunjuk buku bank hasil tabunganku. Namun separuh perjalanan aku kemaIangan. Kereta Ianggar lari. Jalan kat situ agak sunyi dan jarang orang lalu. Aku terus teringat ibu. Dengan kudrat yang ada aku call ibu cakap aku kemaIangan. Tapi ibu cuma baIas “call lah ambuIance. Call ibu nak buat apa”
H4ncur hati aku masa tu. Mujur ada mat motor yang lalu. Dia yang bantu aku uruskan semuanya. Motor aku memang rosak teruk. Aku patah peha kiri dan tangan kanan. Masa aku duduk hospitaI, ibu tak pernah datang melawat. Nenek dengan bongk0k – bongk0knya datang melawat aku. Aku nangis, mengadu pada nenek. Apa salah aku?
Tiap – tiap hari aku tanya nenek apa salah aku? Nenek dengan wajah cuba ditenangkan tanya aku bersedia atau tidak nak dengar cerita sebenar. Aku angguk.
“N anak perempuan simpanan bapak N. Ibu N dapat tahu dan dia meng4muk. Atas rasa tanggungjawab, mereka ambik N juga. Jaga N.”
Allahu…. panjang lagi ceritanya cuma cukuplah aku cerita sampai situ. Takut terbuka a1b lagi besar. Aku terus peIuk nenek. Patutlah ibu selalu panggil aku anak pungut.
Semoga aku si anak pungut terus cekal hidup. Doakan aku cepat sembuh. Aku dah tak larat duduk hospitaI pandang keluarga orang lain melawat sedangkan aku cuma ada nenek sahaja. Semoga ibu ayah bahagia selalu. – Anak Yang Bersalah
Komen Warganet :
Violet Heart : Sedihnya, rasa macam nak peIok je awak ni. Hati awak baik sangat walaupun dilayan terok oleh mak pak awak tu. Takpe dik, fokus kat nenek awak je. Hargailah orang yang sayangkan awak. Tentang hati ibu dan ayah awak, serahkan semuanya pada Allah sebab dia yang pegang hati dorang. Akak fikir besar hikmahnya awak kemaIangan tu supaya awak boleh menilai mana baik dan buruk. Rasanya lebih baik duit simpanan tu awak simpan untuk kegunaan awak sendiri nanti. Fikirkan masa depan sendiri. Pernigaan mak awak, biarlah dia fikirkan macam mana. Tugas awak sekarang, belajar dan jadilah orang yang cemerlang. Ingat jasa dan bakti nenek awak tu. Dialah yang sebenarnye IBU awak.
Nor Fadhilah : Adik, awak tak bersalah dalam hal ni. Yang salah ayah awak dan mak awak. Kalau mereka tak sanggup nak jaga awak, keluar dari rumah itu. Jaga nenek awak, cari kerja yang halal. Kami di luar doakan semoga awak akan temui kebahagiaan awak.
Nik Nur Raidah : Dah namanya luahan hati, atas dia la nak cerita banyak mana. Akak faham je cerita dia, dia cuma nak bagitahu diIema hidup dia sebagai anak luar nikah yang dipungut oleh mak angkat dan bapa kandung sendiri tapi tak dipedulikan. Dia dari kecil sampai umur 17 tahun belajar berdikari. Confessor, alhamdulillah awak ada seorang nenek yang menjaga awak dari terjebak dengan perkara – perkara yang tak baik. Kalau diikutkan remaja lain mesti dah member0ntak, tapi anda seorang yang baik, masih bersangka baik pada ibu angkat, masih nak baIas budi dia. Bersabarlah confessor, insyaAllah satu hari nanti ibu awak akan nampak keikhlasan hati awak tu. Dia mungkin masih dikaburi dengan kesalahan bapa confessor tu.
Mohamad Fadzil Abd Hamid : Allahhuu.. Sedihnya saya baca perjalanan hidup kamu. Saya nak pujuk, tapi saya risau akan keluar ayat – ayat cIiche, bersabar, bertabah, redha atau bersyukur! Ia tak mungkin mampu membayar dan memujuk kesedihan awak. Berbaik sangka dengan Allah yer dik…
1) Walaupun mak awak bersikap kej4m, dia ada sebab yang kukuh. Siapa yang berada dalam ‘kasut’ dia akan faham yang dia akan melihat awak sebagai masa silam dia yang meny4kitkan.
2) Cuba terus bertahan dik.. Kalau dia m4ki awak abaikan je. Anggap mak tengah str3ss. Jangan ada rasa malu, sebab orang akan lihat dia teruk, bukan awak.
3) Jaga kesihatan awak sebab awak perlu jaga diri sendiri.
4) Kumpul duit, sambung belajar dan cari bahagia sendiri.
Bila sedih cari Allah sebab dia sebaik-baik penyejuk hati. Saya doakan Allah pelihara awak dan hidup berjaya dunia akhir4t. Aminnnn
Ummi Adham : Kesian kau dik, kuatkan semangat dan berjuanglah demi nenek yang baik, jika kita susah ada orang yang teruk dari kita. Sabar dik awak masih muda.
Fatimah Majid : Betul cara ayah ambil awak, cumanya salah cara mendidik dan melepaskan awak pada bukan ibu yang kandungkan awak. Amarah sang ibu angkat atas kesilapan ayah awak mana mungkin terpadam jika ayah awak perbaiki salah silap dia. Malahan dorang berpisah nak buang awak pada orang yang salah yakni ibu angkat awak. Apa pun tetaplah berjasa walaupun mereka benci sekalipun sungguh akan ada sinar buat awak.
Jaga nenek baik – baik, ada kelapangan dan masa cari ayah, mintak cari ibu sebenar. Manusia tak lari melakukan silap, maafkan mereka, dunia kian pudar dunia sem4kin tua. Lagi menanam benci kelak mer4cun diri. Hayati dan hargai kehidupan ini. Semoga sinar bahagia milik awak kelak.