Bila manager tahu aku dapat elaun, dia minta duit dekat aku, dia suruh aku belanja. Bila tak bagi, dia kacau keluarga aku

Kiraan KPI akan dihantar pada manager setiap bulan. Jadi dia akan tahu berapa kami dapat duit. Dia punya busuk hati, dia akan suruh orang belanja dia la, jadi grab driver dia la. Manager aku ni licik..

#Foto sekadar hiasan. Hai korang, aku nak cerita pengalaman kerja dengan manager t0ksik teruk. Aku kenal dia dah lama, lebih 10 tahun. Selama tu jugak aku bersabar dengan dia. Dipendekkan cerita, dia ni ada ciri – ciri narsis.

Apa yang aku perhati, dia ni tak nak kalah. Semua benda dia nak menang. Apa saja dia cakap kita kena iyakan. Dia tak suka tengok orang lebih sikit dari dia, termasuk aku. Dia punya tahap insecure tu sampai tak bagi aku bergaul dengan sesiapa kat pejabat ni. Nak bercakap dengan pihak atasan dari dia pun tak boleh. Semua kena bagitau dia je.

Cara aku pulak, bila aku tertekan aku cepat – cepat set otak aku yang aku ni nak bekerja. Cukup masa aku balik, cukup bulan ambil gaji. Sampai lah baru baru ni, manager aku ni macam dah melampau. Bermula lepas pandemic, pejabat kami ada beri bayaran tambahan untuk pekerja level eksekutif dan ke bawah (termasuk aku).

Oh ya sebelum tu, kami kerja Syarik4t global, so kononnya manager aku lah yang jawatan paling tinggi kat bandar ni. Ok berbalik pada bayaran tambahan tu, amount nya tak lah banyak, ada lah dalam 500 ke 1000 sebulan, ikut pada kpi bulanan.

Nak jadikan cerita, setiap kiraan kpi ni akan dihantar pada manager setiap bulan, sebelum keluar gaji. So manager ni akan tau lah berapa duit geli – geli yang kitorang dapat. Bukan saja tu, apa saja bayaran macam bonus ke, naik gaji ke, elaun khas semua dia tau.

Manager aku ni punya busuk hati, dia akan suruh orang belanja dia la, jadi grab driver dia la, macam – macam lah sebab pada dia kitorang ni ada banyak duit elaun, nak banding dengan gaji dia. Tapikan, kalau dikira – kira, campur semua tu tak lebih pun dari gaji si bongok ni.

Dan, dia pun dapat bonus, naik gaji bagai tu. Disebabkan tamak dan dengki, dia buat orang macam ni. Jadi, lepas 2 tahun aku hadap per4ngai ni, aku dah tak tahan. Aku report la pasal dia dekat pihak atasan. Dalam tempoh siasat tu, aku tetap dikejar dek manager b0doh ni.. pasalkan dia hadap sangat duit elaun aku tu.

Aku takde hutang dengan dia, tapi dia ada hutang lama dengan aku (lebih dari RM500). Dan sekarang, dia minta aku duit elaun kerja aku yang susah payah aku cari ni, bagi kat dia. Dia ni agak licik, semua dia minta – minta tu dia buat dari call je. Takde wasap bagai. Mungkin dia tau orang nak trap dia.

Buat masa ni, aku dah block semua channel dan nombor yang dia boleh dapat aku. Dan aku tak masuk meeting bila ada dia. Nak tau sebab apa? Sebab meeting tu sekadar hiasan pada pihak atasan. Dia peras aku waktu aku jumpa dia.

Aku dah tak tahan, benda masih berjalan dan si b0doh ni masih men4gih macam orang giIa. Tak cukup dengan tu, dia ganggu ahli keluarga aku jugak. Untuk pengetahuan, aku dah kerja dekat company ni lebih dari 10 tahun.

Aku enjoy buat kerja aku, company ni betul – betul jaga aku. Tapi disebabkan lalat ni lah, buat aku putus asa. Aku rasa nak berhenti. Aku ni jenis apa saja semua aku beli sendiri, aku tak pernah minta – minta dari orang. Aku dah rimas dengan orang macam ni.

Sekarang ni, si giIa ni memburukkan aku kat tempat kerja sebab dah seminggu aku block dia. Aku tak nak bagi apa yang dia minta, cukup – cukup la sebelum ni aku dibuIi dan emosi aku dipijak – pijak. Orang macam dia ni, m4kin aku diam m4kin menjadi kata – kata dia.

Sekarang aku tak tahan, aku rasa baik aku blah dari company ni dari hadap orang ni. Ape pun, aku sayangkan kerja – kerja aku tapi takpelah. Kalau korang ada idea untuk aku – apa yang aku boleh buat untuk lalui hari – hari aku kat sini, share lah ye.

Aku ada jugak cuba pert4hankan diri aku, tapi sudahnya dia pulak play v1ctim. Sebab tu sekarang aku berdiam dan block dia terus. Aku dapat rasa yang nama aku akan busuk tak lama lagi, so sia – sia lah performance yang aku jaga selama aku kerja kat sini. Ok guys, tu je aku nak luahkan. Terima kasih. – Kentang Busuk (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Farah Ant : Wei bukan ke telefon sekarang ada ciri boleh rakam panggiIan? Telefon kau zaman bila ni? Kalau pun, andaikanlah telefon kau sangat lama, kau pinjamlah telefon lain, dan rakamlah bila dia telefon. Orang lain tak ada masalah kan? Dia saja kan? Sepatutnya dialah yang kena tend4ng. Bukan kau menend4ng diri sendiri dulu.

Hanez Lee : Beli perakam kecil atau kamera pengintip kecil untuk rakam perbuatan dia. Guna telefon pun boleh. Semua mesyuarat atau perbualan berdua dengan dia, rekodkan. Dulu saya ada Sony Walkman kecil macam pendrive tu.

Setiap kali pengurus t0ksik saya panggil masuk bilik mesyuarat atau bercakap di meja saya, saya akan tekan butang rakaman. Saya sorokkan Sony Walkman tu dalam poket sweater syarik4t yang saya selalu pakai di pejabat.

Saya pilih untuk berhenti walaupun saya suka syarik4t itu. Beberapa tahun kemudian saya kembali bekerja dengan syarik4t tersebut selepas pengurus t0ksik itu dipindahkan ke jabatan lain. Masa temu bual akhir, saya isi borang keluar dan serahkan semua bukti tentang per4ngai pengurus t0ksik itu.

Saya kembali bekerja di syarik4t itu dengan syarat saya takkan ada apa – apa tugas berkaitan dengan pengurus tersebut. Pernah ada projek yang melibatkan dia, tapi pengurus saya yang menjadi orang tengah. Dia tak boleh bercakap atau email terus kepada saya. HR tahu, pengurus lain tahu, jurutera lain semua tahu sejarah pengurus t0ksik itu. Jadi, mereka sangat menyokong bila saya kembali ke syarik4t itu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.